Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

Contoh Laporan Kerja Lapangan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


SERI SEMANTAN, MENTAKAB
PAHANG

AMALAN KITAR SEMULA DI TAMAN RIMBA,


MENTAKAB, PAHANG

Siti Azlina Binti Haji Kamaruddin


3 Bestari

1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


SENARAI KANDUNGAN

KANDUNGAN HALAMAN

Penghargaan 1

Pendahuluan 1

Objektif Kajian 1

Kawasan Kajian 2

Kaedah Kajian 3

Hasil Kajian 3

Rumusan 10

Rujukan 11

Lampiran 12

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2


PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Semantan, iaitu Puan Ramlah Binti Haji Kassim kerana
memberi kebenaran kepada saya dan rakan-rakan yang lain utuk menjalankan kerja
lapangan ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Geografi saya
yang dihormati, iaitu Encik Khaidir bin Osman kerana banyak memberi bimbingan
dan tunjuk ajar kepada saya sehingga kerja lapangan ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya.
Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih ditujukan kepada kedua-dua ibu
bapa saya yang tercinta kerana banyak memberi sokongan moral kepada saya.
Akhir sekali, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan
saya dan semua responden serta orang sumber saya di Taman Rimba yang banyak
memberi bantuan dan kerjasama kepada saya sepanjang kerja lapangan ini dijalankan.

PENDAHULUAN
Saya telah memilih tajuk “Amalan Kitar Semula di Taman Rimba, Mentakab” sebagai
tajuk kajian saya. Hal ini kerana kitar semula merupakan satu amalan penting yang
sedang dititikberatkan oleh semua pihak di negara kita. Sejak akhir-akhir ini, pelbagai
kempen giat dijalankan di seluruh negara oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan
yang menyokong program berkaitan dengan kitar semula. Selain itu, di tempat
tinggal saya, iaitu Taman Rimba juga mempunyai sebuah pusat kitar semula yang
memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.
Saya diberi tempoh selama enam minggu untuk menyiapkan kajian ini, iaitu
bermula daripada bulan September hingga akhir bulan Oktober. Saya menjalankan
kerja-kerja pengumpulan data dan maklumat yang diperlukan dalam kajian ini selepas
waktu persekolahan atau pada hujung minggu. Manakala kerja-kerja penulisan
laporan pula dijalankan pada waktu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Geografi di dalam kelas.

OBJEKTIF KAJIAN
Melalui kajian Amalan Kitar Semula di Taman Rimba, Mentakab, Pahang, saya dapat:
1. mendefinisikan konsep dan takrifan kitar semula
2. menyenaraikan jenis bahan-bahan yang dapat dikitar semula
3. mengenal pasti kepentingan amalan kitar semula di kawasan kajian
4. mengenal pasti masalah atau halangan dalam menjalankan kitar semula di
kawasan kajian
5. mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan
amalan kitar semula di kawasan kajian
1

3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


KAWASAN KAJIAN
Saya memilih Taman Rimba sebagai kawasan kajian saya. Taman Rimba merupakan
salah satu daripada taman yang terletak di Mukim Mentakab. Jarak di antara taman
ini dengan pusat bandar Mentakab adalah kira-kira 3 km atau 15 minit perjalanan
dengan menaiki kereta. Keluasan kawasan kajian saya adalah kira-kira 3 km persegi
dan terletak di kawasan tanah pamah yang rata.
Secara umumnya, Taman Rimba merupakan salah satu daripada taman
perumahan yang mempunyai bilangan penduduk yang padat di Mentakab kerana
kedudukannya yang sangat strategik. Berhampiran dengan Taman Rimba, terdapat
beberapa buah taman perumahan lain seperti Taman Saga, Taman Saga Indah, Taman
Rimba Emas, Taman Rimba Permai dan Taman Gopeng.
Saya memilih Taman Rimba sebagai kawasan kajian saya kerana saya tinggal di
kawasan ini. Hal ini memudahkan saya untuk mengumpul data dan maklumat yang
diperlukan dalam kajian ini. Tambahan pula, di kawasan ini juga terdapat sebuah pusat
kitar semula yang sesuai dengan tajuk kajian saya.

Taman Rimba Taman Sri U


Kedai
Permai Layang

Taman Taman Saga


Rimba Indah
Kedai

Emas

Taman Rimba

Taman Saga

Taman
Gopeng

Sek.
Jalan Karak

PETUNJUK
Jalan raya Kawasan kajian
Petempatan Kedai
Masjid Sek. Sekolah

Peta 1: Kedudukan Taman Rimba

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4


KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mengumpul maklumat dan
data dalam kajian ini. Kaedah-kaedah tersebut ialah:
1. Rujukan
Saya telah merujuk pelbagai sumber seperti buku teks, buku rujukan, majalah
dan Internet untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi kajian ini.
2. Pemerhatian
Pemerhatian dibuat secara langsung di kawasan kajian untuk melihat jenis-jenis
bahan yang dapat dikitar semula oleh penduduk di kawasan tersebut.
3. Soal selidik
Soal selidik dilakukan dengan cara mengedarkan borang soal selidik kepada
20 orang responden yang terpilih untuk mendapatkan maklumat tentang
kepentingan amalan kitar semula di kawasan kajian. Di samping itu, kaedah ini
juga digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang masalah atau halangan
dalam menjalankan kitar semula di kawasan kajian serta langkah-langkah yang
dapat diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

HASIL KAJIAN
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, kitar semula bermaksud kaedah atau teknik
untuk memproses bahan-bahan seperti kertas, botol dan tin yang telah digunakan
untuk menghasilkan barangan baharu yang dapat digunakan semula. Menurut Akta
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) pula, kitar semula
bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi tujuan menghasilkan
keluaran semula. Secara umumnya, kitar semula boleh dimaksudkan sebagai satu
kaedah untuk memproses semula barang-barang terpakai untuk menghasilkan
barangan baharu yang dapat digunakan semula. Contoh barang-barang yang dapat
dikitar semula ialah bahan-bahan plastik, kertas, botol kaca dan barangan besi.

Jenis-jenis bahan yang dapat dikitar semula
Logam
Bahan-bahan logam seperti aluminium dan besi merupakan bahan yang banyak
dikitar semula oleh penduduk di kawasan kajian kerana harganya yang lebih tinggi
berbanding dengan bahan-bahan lain. Contoh bahan-bahan logam yang dikitar
semula ialah tin minuman, bahan-bahan besi dan logam daripada barangan elektrik
yang sudah rosak dan tin-tin makanan seperti tin biskut, tin sardin dan sebagainya.
Kertas
Jenis-jenis kertas yang dihantar oleh penduduk di kawasan kajian untuk dikitar semula
adalah seperti surat khabar lama, majalah lama, risalah, buku-buku lama, kad-kad
dan kalendar terpakai.

5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Plastik
Plastik merupakan salah sejenis barangan yang banyak dihantar oleh penduduk di
kawasan kajian ke pusat kitar semula. Antara barangan plastik yang boleh dikitar semula
ialah cawan plastik, botol plastik, pinggan plastik, baldi plastik dan bekas makanan
plastik.
Kaca
Semua jenis barangan kaca juga boleh dikitar semula. Contoh-contoh barangan kaca
yang dihantar ke pusat kitar semula di kawasan kajian untuk dikitar semula termasuklah
botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik. Semua jenis
barangan kaca ini boleh digunakan semula setelah melalui proses pembersihan.
Getah
Selain barangan plastik, barangan getah seperti tayar-tayar kenderaan, pelampung,
hos air dan tiub basikal juga merupakan bahan-bahan yang dihantar oleh penduduk
di kawasan kajian untuk dikitar semula.

Kepentingan amalan kitar semula di Taman Rimba, Mentakab


1. Mengurangkan pencemaran
Kitar semula sangat penting kerana dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar
yang berpunca daripada sampah sarap yang dibuang oleh penduduk ke dalam tong
sampah atau tapak-tapak pelupusan sampah. Melalui soal selidik yang dijalankan,
didapati sebanyak 35% daripada responden berpendapat bahawa amalan kitar
semula yang dijalankan oleh penduduk di kawasan kajian dapat mengurangkan
masalah pencemaran yang disebabkan oleh sampah sisa pepejal seperti kertas,
plastik, kotak, kaca, aluminium dan sebagainya. Amalan kitar semula ini adalah
penting untuk memastikan bahawa alam sekitar di kawasan kajian adalah bebas
daripada pencemaran sisa pepejal. Di samping itu, alam sekitar yang bersih
dapat menghindarkan penduduk di kawasan ini daripada pelbagai jenis penyakit
berjangkit yang dibawa oleh tikus, lalat, lipas dan nyamuk.
2. Menambahkan pendapatan penduduk
Melalui soal selidik yang dijalankan didapati bahawa sebahagian besar daripada
responden berpendapat bahawa amalan kitar semula dapat menambahkan
pendapatan penduduk. Bahan-bahan terpakai seperti aluminium, kertas, besi dan
plastik mempunyai harga tertentu di pasaran. Dengan menjual barang-barang
tersebut yang dikumpulkan kepada pihak kilang pengumpulan bahan-bahan kitar
semula, penduduk di kawasan kajian dapat menjana pendapatan sampingan bagi
menampung kos sara hidup mereka. Wang hasil daripada penjualan barang-barang
terpakai ini dapat digunakan untuk membeli pelbagai barangan keperluan harian
mereka.
Sebagai contoh, salah seorang daripada responden memberi tahu bahawa setiap
bulan beliau memperoleh pendapatan sampingan kira-kira RM200 hingga RM300
hasil daripada penjualan barang-barang terpakai seperti tin minuman, botol kaca,
kotak, kertas, surat khabar lama dan bahan-bahan plastik ke kilang kitar semula

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6


yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Hasil pendapatan sampingan tersebut
sangat penting untuk menampung perbelanjaan harian keluarganya kerana beliau
hanya bekerja sebagai pencuci kereta dengan pendapatan tetap kira-kira RM1 000
sebulan sahaja.
3. Menjimatkan kos dan sumber alam
Amalan kitar semula sangat penting kerana dapat menjimatkan kos dan sumber
alam. Menurut kajian yang dijalankan, penduduk di kawasan Taman Rimba
berpendapat bahawa kitar semula dapat menjimatkan kos pengurusan sampah
oleh Majlis Perbandaran Temerloh (MPT). Hal ini kerana dengan melaksanakan
kitar semula, jumlah sampah sarap yang terpaksa dikutip dan dihantar ke tapak
pelupusan sampah semakin berkurangan. Dengan cara ini, dapat menjimatkan
kos pengurusan dan penyelenggaraan sampah yang terpaksa ditanggung oleh
majlis perbandaran di kawasan tersebut.
Selain menjimatkan kos, kitar semula juga dapat menjimatkan penggunaan
sumber alam yang semakin berkurangan. Sebagai contoh, untuk menghasilkan
satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Oleh yang demikian,
dengan mengitar semula kertas, kita dapat menjimatkan bilangan pokok yang
terpaksa ditebang. Melalui cara ini, kita dapat memelihara sumber hutan di negara
kita dan mewariskan khazanah hutan yang tidak ternilai ini kepada generasi akan
datang.
4. Untuk menceriakan persekitaran
Amalan kitar semula sangat penting kerana dapat menceriakan persekitaran
tempat tinggal kita. Melalui pemerhatian saya, kitar semula dapat membantu
menceriakan persekitaran alam sekitar di kawasan kajian daripada longgokan
sampah sarap yang menyakitkan mata. Hal ini kerana apabila bahan-bahan
terbuang seperti botol-botol minimum plastik, kertas, surat khabar lama dan tin
makanan dikutip untuk dikitar semula, secara tidak langsung dapat mengurangkan
bilangan sampah sarap yang terdapat di kawasan kajian. Dengan cara ini, kita
dapat memastikan alam sekitar kawasan persekitaran kita sentiasa bersih, ceria
dan indah.

Jadual 1: Kepentingan kitar semula di Taman Rimba mengikut responden

Kepentingan kitar semula Bilangan responden


Menambahkan pendapatan penduduk 8
Mengurangkan pencemaran 7
Menjimatkan kos dan sumber alam 3
Menceriakan persekitaran 2
Jumlah 20

(Sumber: Hasil soal selidik)

7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Kepentingan Amalan Kitar Semula di
Taman Rimba, Mentakab Mengikut Responden

Orang
PENTUNJUK
8
Menambah
7 pendapatan penduduk
Mengurangkan pencemaran
6
Menjimatkan kos dan sumber alam
5
Menceriakan persekitaran
4

0 Kepentingan amalan
kitar semula
(Sumber: Hasil soal selidik)

Graf 1: Graf bar mudah


(Sumber: Hasil soal selidik)

Masalah dan halangan amalan kitar semula di Taman Rimba


1. Kurang pusat pengumpulan
Melalui pemerhatian yang dijalankan, saya mendapati bahawa masalah utama
yang dihadapi oleh penduduk di Taman Rimba dalam menjalankan kitar semula
ialah kekurangan pusat pengumpulan. Hal ini kerana di Taman Rimba hanya
terdapat sebuah pusat pengumpulan bahan kitar semula yang diusahakan oleh
pihak NGO. Pusat pengumpulan ini hanya dibuka 3 hari dalam seminggu, iaitu
pada hari Isnin, Khamis dan Ahad. Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk
menghantar barangan kitar semula ke pusat ini kerana waktu operasinya pada
sebelah pagi sahaja, iaitu dari pukul 8.00 paggi hingga 11.00 pagi. Selain itu, pusat
kitar semula ini tidak menyediakan perkhidmatan mengambil barangan sekitar
semula dari rumah ke rumah. Mereka hanya menerima bahan kitar semula yang
dihantar sendiri oleh penduduk ke pusat kitar semula tersebut. Masalah ini
menyebabkan penduduk di Taman Rimba sukar untuk menjalankan aktiviti kitar
semula.
2. Harga terlalu rendah
Harga yang terlalu rendah menyebabkan amalan kitar semula ini tidak mendapat
sambutan daripada penduduk di kawasan kajian. Sebagai contoh, harga
sekilogram surat khabar lama hanya dibeli dengan harga 10 sen sahaja oleh kilang
pengumpulan bahan kitar semula. Harga yang terlalu rendah ini seolah-olah tidak
berbaloi dengan tenaga yang terpaksa digunakan untuk mengumpulkan bahan-

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8


Foto 1: Pusat kitar semula di Taman Rimba, Mentakab

Foto 2: Pekerja sedang mengasingkan bahan kitar semula

9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


bahan kitar semula tersebut. Hal ini menyebabkan penduduk di kawasan kajian
tidak berminat untuk menjalankan kitar semula. Mereka lebih senang membuang
barang-barang yang dapat dikitar semula seperti kertas, plastik dan kaca ke dalam
tong sampah daripada menjualnya kerana tidak menguntungkannya disebabkan
harga yang terlalu rendah.

3. Kurang pengetahuan dan kesedaran


Hasil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk di kawasan Taman Rimba
membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula kerana kekurangan
pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan amalan kitar semula. Bagi
mereka, membuang bahan-bahan tersebut ke dalam tong sampah adalah lebih
senang daripada mengumpulkannya untuk dikitar semula. Contoh bahan-bahan
yang boleh dikitar semula yang selalu dibuang oleh penduduk di kawasan
kajian termasuklah tin-tin minuman, bekas-bekas makanan dan botol-botol air
minuman plastik yang telah digunakan. Bagi sesetengah penduduk di kawasan
ini, mengumpul bahan-bahan yang boleh dikitar semula ini hanya membuang
masa dan tenaga mereka sahaja dan tidak memberi apa-apa kepentingan atau
keuntungan kepada diri mereka.
Kekurangan pengetahuan tentang pentingnya amalan kitar semula ini menyebabkan
mereka tidak sedar bahawa dengan cara mengitar semula bahan-bahan tersebut,
kita sebenarnya dapat mengurangkan bilangan sampah sarap yang dibuang.
Usaha ini seterusnya dapt memelihara alam sekitar daripada pencemaran sisa-sisa
pepejal.

4. Sikap penduduk
Hasil daripada pemerhatian saya, masalah utama amalan kitar semula ini
kurang mendapat sambutan di kawasan kajian adalah disebabkan oleh sikap
sesetengah penduduknya yang malas untuk mengasingkan bahan-bahan kitar
semula mengikut jenisnya dengan sisa-sisa buangan yang lain. Mereka lebih suka
melonggokkan semua sisa pepejal serperti kertas, plastik dan kaca serta sisa-
sisa makanan ke dalam satu tong sampah yang sama tanpa mengasingkannya
mengikut jenisnya. Sikap penduduk tidak mementingkan amalan kitar semula
ini menyebabkan mereka membuang begitu sahaja semua barangan yang boleh
dikitar semula atau membakarnya tanpa menghantarnya ke pusat kitar semula
yang terletak di kawasan kajian.

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula di


kawasan Taman Rimba, Mentakab

1. Kempen
Sebanyak 5 orang responden berpendapat bahawa pelbagai kempen mengenai
kepentingan kitar semula patut dipergiatkan di kawasan kajian. Contoh kempen
kesedaran yang boleh diadakan seperti “Kempen Hari Alam Sekitar”, “Kempen Hari
Kitar Semula” dan “Kempen Hari Tanpa Beg Plastik”. Tujuan kempen kesedaran
ini diadakan adalah untuk menyedarkan masyarakat di kawasan ini tentang
pentingnya usaha memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang. Selain

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10


itu, kempen kesedaran ini juga bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang
lebih peka dan prihatin terhadap segala usaha kitar semula yang dijalankan
di kawasan ini. Dalam kempen ini, amalan 3R, iaitu Reduce, Reuse dan Recycle
perlu ditekankan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat di kawasan ini
tentang pentingnya usaha menguruskan sisa pepejal secara mampan supaya
kurang mencemarkan alam sekitar.

2. Menyediakan pusat pengumpulan


Daripada kajian yang dijalankan, kebanyakan responden berpendapat bahawa
pihak berkuasa tempatan patut memperbanyakkan pusat pengumpulan
kitar semula dalam usaha untuk menarik penduduk di kawasan kajian dalam
mengamalkan amalan kitar semula. Hal ini kerana di kawasan kajian cuma
terdapat sebuah pusat pengumpulan kitar semula yang diusahakan oleh pihak
NGO. Keadaan ini menyusahkan penduduk di kawasan kajian yang hendak
menghantar barang-barang kitar semula ke pusat ini kerana hanya dibuka 3 kali
dalam seminggu. Sekiranya pihak kerajaan tempatan menyediakan lebih banyak
pusat pengumpulan, hal ini akan menyenangkan penduduk di kawasan ini dalam
menjalankan kitar semula. Langkah ini adalah penting untuk memastikan aktiviti
kitar semula di kawasan ini dapat dijalankan dengan lebih lancar lagi.

3. Gotong-royong
Menurut soal selidik yang dijalankan, terdapat 3 orang responden mencadangkan
supaya aktiviti gotong-royong diadakan di kawasan kajian untuk membersihkan
persekitaran dan mengumpul bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Aktiviti
gotong-royong ini boleh dijalankan sekurang-kurangnya dua bulan sekali untuk
membantu masyarakat di kawasan kajian mengamalkan kitar semula dan
mengurangkan jumlah sampah yang dibuang. Usaha ini adalah penting untuk
memastikan semua lapisan masyarakat di kawasan ini berganding bahu dan
bekerjasama dalam menjayakan program kitar semula ini. Melalui aktiviti gotong-
royong ini, dapat menyemai sikap bertanggungjawab dan prihatin dalam kalangan
masyarakat untuk sama-sama memelihara alam sekitar. Di samping itu, aktiviti
gotong-royong ini juga boleh mengeratkan hubungan silaturahim masyarakat di
kawasan kajian.

4. Pendidikan
Sebanyak 2 orang responden berpendapat bahawa pendidikan dapat memberikan
kesedaran kepada masyarakat, terutama generasi muda tentang kepentingan
amalan kitar semula. Melalui pendidikan, kita dapat menyemai perasaan
tanggungjawab dan cinta akan alam sekitar dalam diri murid-murid sejak dari
prasekolah lagi. Di sekolah, guru-guru dengan kerjasama Kelab Alam Sekitar
boleh mengadakan pelbagai pertandingan untuk menggalakkan murid-murid
mengamalkan kitar semula. Pelbagai hadiah boleh disediakan untuk menarik
minat murid-murid mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan.
Melalui cara ini, kita dapat menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan
murid dan guru di sekolah.

11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


RUMUSAN
Kesimpulannya, melalui kajian yang dijalankan, saya dapat memahami tentang
kepentingan amalan kitar semula di kawasan Taman Rimba. Dengan mengamalkan
kitar semula, kita dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar yang berpunca
daripada pembuangan sisa pepejal di samping dapat menceriakan persekitaran tempat
tinggal kita. Selain ini, kitar semula juga dapat menjana pendapatan sampingan kepada
penduduk di kawasan ini.
Dalam menjalankan kitar semula, pelbagai masalah telah dihadapi oleh penduduk
di kawasan Taman Rimba. Antaranya ialah kekurangan tempat pengumpulan, harga
terlalu rendah, kurang pengetahuan dan kesedaran serta sikap penduduk itu sendiri.
Pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah atau halangan kitar
semula. Antaranya adalah dengan mengadakan kempen, menyediakan lebih banyak
pusat pengumpulan, bergotong-royong dan melalui pendidikan.
Akhir kata, amalan kitar semula ini perlu dipupuk dan disemai dalam diri setiap
lapisan masyarakat di negara kita, terutamanya generasi muda demi mengekalkan
keindahan alam sekitar ini.

10

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 12


RUJUKAN
Buku
Keng Su Seng, 2002. Geografi Alam Sekitar Malaysia STPM. Shah Alam: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Tan Koh Lim & Wong Sin Yoon, 2011. Atlas Eksplorasi Geografi Tingkatan 1 – 5. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Aw Soon Woon, Chong Yoon Choi, Kang Chai Yoeng & Nik Idris Nik Muhamed,
2017. Focus PT3 Geografi Tingkatan 1, 2 & 3. Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Orang Sumber
Encik Khoo Sin Eng, 38 tahun, No. 13, Jalan Jati, Taman Rimba, 28400 Mentakab,
Pahang.
Encik Nik Halim Bin Abdul Rahim, 50 tahun, No. 2, Jalan Ara, 28400 Mentakab,
Pahang.
Puan Shanti A/P Siva Muthu, 40 tahun, No. 18, Jalan Semarak Api, 28400 Mentakab,
Pahang
Puan Lai Yong Ying, 30 tahun, No. 22, Jalan Seraya, 28400 Mentakab, Pahang

Internet
http: //www.kosmo.com.my
https://www.scribd.com
http: //umi-nazihah.blogspot.com

11

13 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


LAMPIRAN
Borang Temu Bual
Kerja Lapangan Geografi

Tajuk: Amalan Kitar Semula di Taman Rimba, Mentakab, Pahang

Bagi setiap item, sila tandakan (✓) atau isi tempat kosong pada ruang yang berkenaan.

Bahagian A: Latar Belakang Responden


1. Nama responden :
2. Jantina :
3. Umur :
4. Alamat :

Bahagian B: Pengetahuan Am Tentang Kitar Semula


1. Pada pendapat anda, apakah kepentingan amalan kitar semula di kawasan anda?
( ) Mengurangkan pencemaran
( ) Menambahkan pendapatan penduduk
( ) Menceriakan kawasan sekitar
( ) Menjimatkan kos dan sumber lain
( ) Lain-lain. Sila nyatakan :

2. Apakah masalah atau halangan yang anda hadapi semasa menjalankan kitar semula
di kawasan anda?
( ) Harga terlalu rendah
( ) Sikap penduduk
( ) Kurang pusat pengumpulan
( ) Kurang pengetahuan dan kesedaran
( ) Lain-lain. Sila nyatakan:

3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sesuai dijalankan untuk


mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula di kawasan anda?
( ) Pendidikan
( ) Kempen
( ) Gotong-royong
( ) Menyediakan pusat pengumpulan
( ) Lain-lain. Sila nyatakan :

12

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 14

You might also like