Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

PASUKAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT

DAERAH BAGAN DATUK, PERAK

MINIT MESYUARAT
PASUKAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT DAERAH BAGAN DATUK
BILANGAN 1 TAHUN 2019

Tarikh : 31 Januari 2019


Tempat : Bilik Tayangan, SMK Seri Muara
Masa : 2.30 petang

Kehadiran : 1. En. Abdul Jalil bin Mon (Pengerusi/PT Daerah/ SMK Seri Muara)
2. PB En. Rozali bin Hj Uyop (Pegawai Bomba BB Hutan Melintan)
3. PB En. Mohd Fawwaz Bin Abdul Jamil (Pegawai Bomba BB Hutan Melintan)
4. En. Nor Faizal bin Abd Mutalib (Setiausaha / SM Sains Bagan Datoh)
5. Pn. Azzah binti Rusdan (Bendahari/ SM Irshadiah)
6. En. Mohd Sulaidi bin Che Hussin (SMK Seri Perkasa)
7. En. Muhammad Nazri bin Mahamud (SMK Hutan Melintang)
8. Pn. Sarija Huwaida binti Mohd Shukri (SM Sains Teluk Intan)

Agenda

1. Ucapan PT Kadet Bomba dan Penyelamat daerah Bagan Datuk


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada wakil JPBM daripada Balai Bomba Hutan Melintang,
Encik Rozali bin Haji Uyop dan Encik Mohd Fawwaz bin Abdul Jamil kerana dapat hadir dalam
mesyuarat kali ini.
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru penasihat Kadet Bomba daerah Bagan Datuk
1.3 Pengerusi menekankan untuk guru-guru mengutamakan kemahiran ikatan tali (20 ikatan) bagi ahli
kadet.
Tindakan : Semua guru penasihat

2. Ucapan wakil JBPM Balai Bomba Hutan Melintang


2.1 Wakil JBPM En. Rozali mengucapkan tahniah kepada sekolah yang baru menubuhkan Pasukan
Kadet Bomba dan Penyelamat PKBPM. En. Rozali berharap sekolah-sekolah lain dapat
menghantar segera dokumen pendaftaran PKBPM untuk diproses kerana pendaftaran PKBPM
waib dilakukan setiap awal tahun
Tindakan : Semua guru penasihat
2.2 En. Rozali berharap guru-guru yang telah berjaya memperolehi Sijil Asas Guru Kadet untuk
memakai pakaian lengkap setiap kali perjumpaan Kokurikulum.
Tindakan : Semua guru penasihat
2.3 Ucapan terima kasih kepada PT Daerah Bagan Datuk, En. Abdul Jalil kerana berusaha
menggerakkan Pasukan Kadet Bomba daerah Bagan Datuk. Menekankan kepentingan membawa
nama baik PKBPM daerah Bagan Datuk

“Mencegah dan Menyelamat”


PASUKAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT
DAERAH BAGAN DATUK, PERAK

3. Lantikan Setiausaha dan Bendahari Daerah


3.1 Ahli mesyuarat sepakat melantik En. Nor Faizal bin Abd Mutalib daripada Sekolah Menengah Sains
Bagan Datoh sebagai Setiausaha PKBPM daerah Bagan Datuk
3.2 Ahli mesyuarat sepakat melantik Pn. Azzah binti Rusdan daripada Sekolah Menengah Irshadiah
sebagai Bendahari PKBPM daerah Bagan Datuk
Tindakan : Makluman

4. Program Daerah
4.1 Perkhemahan peringkat daerah
4.1.1 Pengerusi memaklumkan perkhemahan peringkat kebangsaan adalah pada 7 hingga 11
April 2019 di Kelantan. Ia terpaksa diawalkan kerana bulan Mei merupakan bulan
Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri. Perkhemahan negeri pula pada awal bulan tiga tetapi
tarikh dan tempat belum dapat disahkan (cadangan Ulu Kenas). Oleh yang sedemikian,
perkhemahan peringkat daerah perlu dibuat lebih awal
4.1.2 Pengerusi memaklumkan pada tahun 2018, perkhemahan daerah tidak sempat untuk
diadakan. Menggunakan kaedah pemilihan terus oleh PT untuk latihan daerah bagi ke
peringkat negeri.
4.1.3 Mesyuarat memutuskan, pada tahun ini setiap sekolah perlu menghantar lima orang wakil
untuk dipilih ke latihan daerah. Jumlah peserta lelaki dan perempuan terpulang kepada
sekolah masing-masing. Cadangan pemilihan di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh pada
23 hingga 25 Februari 2019. Yuran dicadangkan RM30 setiap peserta
Tindakan : Semua guru penasihat
4.1.4 Tidak dilakukan di Balai Bomba Hutan Melintang kerana kemudahan penginapan yang
terhad. Peserta dikehendaki memakai pakaian sukan. Surat panggilan latihan daerah akan
terus diberi sewaktu majlis penutup kepada peserta yang berjaya.
Tindakan : Makluman
4.1.5 Oleh kerana SABDA dipilih sebagai tuan rumah untuk kursus pemilihan ini, kertas kerja akan
dibuat oleh En. Nor Faizal. Akan diberi nama Kursus Kepimpinan Kadet Bomba dan
Penyelamat daerah Bagan Datuk, untuk memudahkan permohonan kewangan.
Tindakan : Setiausaha
4.1.6 Cara penginapan untuk perkhemahan peringkat daerah ini akan dimaklumkan kemudian
samada mengunakan khemah yang dibawa sendiri oleh peserta atau memohon penginapan
asrama daripada SABDA.
Tindakan : Setiausaha
4.2 Kursus Asas Kadet Bomba dan Penyelamat daerah
4.2.1 Pengerusi menegaskan bahawa kursus asas adalah penting kepada ahli kadet.
Perkhemahan peringkat daerah bukan bertujuan untuk memberi input berkaitan ilmu
kebombaan tetapi untuk memilih wakil ke peringkat negeri.

“Mencegah dan Menyelamat”


PASUKAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT
DAERAH BAGAN DATUK, PERAK

4.2.2 Wakli JPBM En. Rozali memaklumkan bahawa pada tahun 2018, tiada sekolah yang
memohon untuk mengadakan Ujian Peringkat Asas. Beliau menegaskan bahawa Ujian ini
perlu diadakan untuk menguji tahap kemahiran ahli kadet. Teridiri daripada 40 soalan
dalam bentuk objektif dan perlu dijawab dalam masa 1 jam.
Tindakan : Semua guru penasihat
4.2.3 En. Mohd. Sulaidi mencadangkan supaya diadakan kursus asas untuk ahli kadet menengah
rendah sebagai persiapan kepada ahli kadet menengah rendah untuk mula menyertai
perkhemahan peringkat negeri dan seterusnya ke Kebangsaan. Beliau secara sukarela akan
membuat kertas kerja bagi kursus asas ini.
Tindakan : En. Mohd. Sulaidi

5. Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat peringkat Negeri Perak


5.1 Wakli JPBM En. Rozali meminta jawatankuasa untuk memohon kenderaan samada bas atau van
dan tidak menggunakan kenderaan Bomba. Ini adalah kerana, pihak Bomba tidak menyediakan
sebarang peruntukan logistik. Tambahan beliau, perbelanjaan mengurus peserta termasuk
logistik ini sepatutnya berada di bawah PPD/ JPN masing-masing.
Tindakan : Pengerusi
5.2 Pengerusi memaklumkan bahawa kemungkinan akan ada pertandingan jenis kawad kaki.
Sebelum ini ia tidak dipertandingkan di peringkat negeri. Contoh tahun sebelum, terdapat kadet
yang mahir dengan ikatan, kawad bentang hos dan lain-lain lagi tetapi apabila dibawa ke
peringkat kebangsaan, sebahagian daripada mereka tidak dapat berkawad dengan baik.
Tindakan : Makluman
6. Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat peringkat Kebangsaan
6.1 Pengerusi sekali lagi memaklumkan bahawa perkhemahan peringkat kebangsaan akan diadakan
di Kelantan bermula 7 hingga 11 April 2019
6.2 Semua guru penasihat perlu bersiap sedia jika dipanggil untuk mengiringi Kontinjen Perak
Tindakan : Makluman
7. Kursus Asas Guru Kadet Bomba dan Penyelamat negeri Perak
7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa tahun 2018, seramai lima orang guru daripada daerah Bagan
Datuk mengikut kursus asas dan berjaya memperolehi Sijil Asas Guru Kadet yang diadakan di Ule
Kenas. Pada tahun 2019, kemungkinan akan diadakan sekali lagi kursus asas ini dan akan
dimaklumkan kemudian
Tindakan : Pengerusi
7.2 Ahli mesyuarat bersepakat mencadangkan supaya diadakan kursus asas guru kadet bomba
peringkat daerah Bagan Datuk dan disertai oleh semua guru penasihat PKBPM daerah Bagan
Datuk. Pengerusi meminta Setiausaha untuk menghasilkan kertas kerja bagi kursus tersebut.
Tindakan : Setiausaha

“Mencegah dan Menyelamat”


PASUKAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT
DAERAH BAGAN DATUK, PERAK

8. Tabung KBOM daerah Bagan Datuk


8.1 Pengerusi menegaskan bahawa tabung ini digunakan untuk sebarang aktiviti termasuk
perbelanjaan mengurus peserta yang akan ke peringkat Negeri dan Kebangsaan.
8.2 Guru boleh menyumbang kepada tabung ini melalui bendahari PKBPM daerah Bagan Datuk.
PKBPM setiap sekolah juga digalakkan untuk memberi sumbangan kepada tabung ini.
Tindakan : Semua guru penasihat dan Bendahari

9. Hal-hal lain
9.1 En. Sulaidi daripada SMK Seri Perkasa memohon tambahan masa untuk pendaftaran PKBPM
SMK Seri Muara
Tindakan : En. Sulaidi Che Hussin
9.2 En. Rozali akan memaklumkan kemudian berkaitan jenis tali yang sesuai, boleh dibeli oleh kadet
untuk memudahkan pembelajaran ikatan dan simpulan
Tindakan : En. Rozali H. Uyop
9.3 En. Faizal mengutarakan pendapat berkaitan Latihan Kebakaran sekolah. En. Rozali
memaklumkan bahawa setiap sekolah wajib melakukan latihan kebakaran minimum dua kali
setahun. Latihan perlu dirahsiakan daripada warga sekolah termasuk guru-guru. Permohonan
rasmi perlu dibuat ke Balai Bomba berdekatan.
Tindakan : Makluman
10. Ucapan Penangguhan
10.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada wakil JPBM dan juga semua guru penasihat kerana
dapat hadir ke mesyuarat kali pertama tahun 2019
10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.35 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………………………. ………………………………………………………
(NOR FAIZAL BIN ABD MUTALIB) (ABDUL JALIL BIN MON)
Setiusaha Pegawai Teknik
Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat
Daerah Bagan Datuk Daerah Bagan Datuk
Perak, Malaysia Perak, Malaysia

“Mencegah dan Menyelamat”

You might also like