Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

LATIHAN PENGUKUHAN 4 OKT (SELASA)

TABURAN NORMAL
C) Penukaran pemboleh ubah rawak Normal X kepada pemboleh ubah piawai, Z

Rumus :
𝑿− 𝝁
Z =
𝝈

di mana,
X = pemboleh ubah rawak normal
𝝁 = min
𝝈 = sisihan piawai

Soalan 1:
Markah sekumpulan pelajar dalam ujian Matematik Tambahan adalah bertabur secara
normal dengan min 55 dan varians 36. Jika seorang pelajar dipilih secara rawak, carikan
kebarangkalian:
(a) markahnya lebih daripada 68.
(b) markahnya di antara 50 dan 68.

Soalan 2:
Jisim sekeping biskut adalah bertabur secara normal dengan min 7 g dan sisihan piawai
0.2 g. Carikan:
(a) Kebarangkalian biskut yang dipilih secara rawak mempunyai jisim lebih daripada
7.25 g.
(b) Jika 80% daripada biskut mempunyai jisim lebih daripada t g, carikan nilai t.

Soalan 3:
Tinggi sekumpulan ahli kadet yang mengambil bahagian dalam pembarisan Hari
Kebangsaan adalah bertabur secara normal dengan min 165 cm dan sisihan piawai 8 cm.
(a) Cari kebarangkalian seorang ahli kadet dipilih secara rawak adalah di antara 157
cm dan 177 cm.
(b) Carikan bilangan ahli kadet yang tinggi mereka adalah di antara 157 cm dan 177
cm, diberi bahawa terdapat sekumpulan 2 000 orang ahli kadet.
Soalan 4:
Dalam satu kolam menternak ikan air tawar, berat sejenis ikan bertabur secara normal
dengan min 1.0 kg dan varians 0.09 kg2.
(a) Carikan kebarangkalian seekor ikan yang dipilih secara rawak adalah kurang
daripada 0.82kg.
(b) Diberi 30% daripada ikan mempunyai berat lebih daripada m kg, carikan nilai m.

Soalan 5:
Jisim buah betik, hasil sebuah dusun buah adalah bertabur secara normal dengan min 𝝁
dan varians 0.64 kg2.
(a) Diberi 10.56% buah betik yang dihasilkan melebihi 3.5 kg, cari nilai 𝝁.
(b) Buah betik yang jisim kurang daripada 1.0 kg dan yang lebih daripada 4.0 kg akan
ditolak untuk pembungkusan. Hitungkan peratus buah betik yang diterima.

Soalan 6:
Jisim ayam yang diternak oleh seorang petani bertabur secara normal dengan min 2.5
kg dan varians 0.09 kg2.
(a) Diberi kebarangkalian bahawa ayam yang dipilih mempunyai berat kurang
daripada 1.8 kg.
(b) Jika 70% daripada ayam itu mempunyai berat lebih daripada m kg, kirakan nilai
m.

You might also like