Pelaporan - Pembacaan - Buku ZULFIKAR ALMI

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : ZULFIKAR ALMI BIN JAMALUDDIN


(b) Sektor / Unit/ Organisasi :BPK/SEKTOR PENDIDIKAN KHAS/ MASALAH PEMBELAJARAN
(c) Kumpulan Perkhidmatan : KPP DG 48
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : ....................................................................................
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


PERLAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF BAGI PELAJAR
1. Tajuk Buku:
PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
DI PROGRAM INTERGRASI
MURNIE BTE HASSAN
2. Pengarang:

3. Tahun
2013
diterbitkan:

4. Diterbitkan oleh: Fakulti Pendidikan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

5. Sinopsis Buku Kajian yang telah dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti
Yang Dibaca: tahap Perlaksanaan Program Inklusif bagi Pelajar Bermasalah
Pembelajaran (PIBP) yang dilaksanakan di sepuluh buah sekolah
menengah yang melaksanakan PIBP di Daerah Muar dan Ledang, Johor.
Kajian ini melibatkan sampel seramai 92 orang guru di kalangan guru
mata pelajaran di aliran perdana yang terlibat mengajar pelajar
pendidikan khas secara langsung melalui perlaksanaan Program Inklusif
di sepuluh buah sekolah menengah terpilih yang dikaji. Data
dikumpulkan melalui soal selidik dan temubual. Temu bual dalam
bentuk kualitatif telah dijalankan terhadap tiga orang guru yang dipilih
dari populasi yang sama. Data yang dipungut telah dianalisis dengan
menggunakan kaedah QDA (Qualitative Data Analysis). Semua
pendapat daripada penemubual telah direkodkan dan dirakamkan oleh
penyelidik.

6. Manfaat/ Dalam melaksanakan program inklusif ini semua pihak yang terlibat
pengajaran yang dengannya samada secara langsung mahupun tidak langsung perlu tahu
diperoleh dan faham mengapa program inklusif ini perlu dilaksanakan dengan
daripada buku
yang dibaca: bersungguh-sungguh. Memandangkan ianya mempunyai perkaitan
dengan masa hadapan dan kemampuan berdikari bagi setiap individu
berkeperluan khas maka adalah sangat penting perlaksanaannya diberi
perhatian serius agar pelajar-pelajar ini dapat turut mencapai
kesempurnaan hidup yang lebih baik. Dengan adanya kajian-kajian
berkaitan keberkesanan dan permasalah yang timbul dalam
melaksanakan program ini, diharap ianya akan dapat terus
membekalkan maklumat berguna demi mempertingkatkan kualiti
pengurusan dan perlaksanaan program inklusif ini.

ZULFIKAR ALMI JAMALUDDIN


7. Tandatangan:

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU


(f) Nama : ZULFIKAR ALMI BIN JAMALUDDIN
(g) Sektor / Unit/ Organisasi :BPK/SEKTOR PENDIDIKAN KHAS/ MASALAH PEMBELAJARAN
(h) Kumpulan Perkhidmatan : KPP DG 48
(i) Tarikh & Masa Pembentangan : ....................................................................................
(jika berkaitan)
(j) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF
1. Tajuk Buku:
BAGI MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN:
KAJIAN SECARA NARATIF INKUIRI
NOOR AINI AHMAD
2. Pengarang:

3. Tahun
2014
diterbitkan:
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA,
4. Diterbitkan oleh:
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJONG MALIM.
PERAK, MALAYSIA
5. Sinopsis Buku Pendidikan inklusif merupakan satu wadah dalam pendidikan dan perlu
Yang Dibaca: diberi ruang untuk berkembang. Kertas kerja ini membincangkan
tentang pengurusan Program Pendidikan Inklusif yang dilaksanakan
untuk murid bermasalah pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk
melihat sejauh mana pengurusan pendidikan inklusif dilaksanakan bagi
memastikan murid bermasalah pembelajaran mendapat pendidikan yang
lebih baik. Kajian ini mengunakan reka bentuk inkuiri naratif di mana
seramai empat orang peserta kajian telah dipilih secara persampelan
bertujuan. Data dikumpul menerusi pemerhatian, temu bual dan analisis
bukti dokumen. Dapatan kajian mendapati bahawa program pendidikan
inklusif diurus secara domestik oleh pihak pengurusan Program
Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran). Program ini
dijalankan secara sepenuh masa dan separa masa bergantung sumber
manusia dan murid yang mengikuti program ini juga tidak diiring oleh
guru kerana faktor yang sama. Program ini boleh ditambah baik jika
perkhidmatan guru pembimbing disediakan dan guru biasa yang terlibat
dalam program ini diberi pendedahan mengenai pendidikan khas.

Kualiti pengajaran dalam Program Pendidikan Inklusif berpotensi untuk


6. Manfaat/ dipertingkatkan jika guru biasa yang mengajar murid-murid bermasalah
pengajaran yang
diperoleh pembelajaran ringan diberi peluang untuk mengikuti kursus dalam
daripada buku perkhidmatan atau seumpamanya dalam bidang Pendidikan Khas.
yang dibaca: Kursus sebegini mampu membantu guru biasa untuk menangani
masalah tingkah laku murid bermasalah pembelajaran dan
menggalakkan pembelajaran bagi mencapai potensi sebenar murid.
Usaha ini pasti boleh dijayakan jika Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia atau Unit Pendidikan Khas di
peringkat negeri, Pejabat Pendidikan Daerah ataupun pihak pengurusan
sekolah memainkan peranan aktif. Melihat kepada peranan guru biasa
dalam pengajaran kepada murid-murid bermasalah pembelajaran ringan,
mereka juga dikira layak untuk menerima elaun kanak-kanak cacat
seperti guru Pendidikan Khas. Buat masa ini elaun kanak-kanak cacat
hanya diterima oleh guru Pendidikan Khas dan Pembantu Pengurusan
Murid
ZULFIKAR ALMI JAMALUDDIN
7. Tandatangan:

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(k) Nama : ZULFIKAR ALMI BIN JAMALUDDIN


(l) Sektor / Unit/ Organisasi :BPK/SEKTOR PENDIDIKAN KHAS/ MASALAH PEMBELJARAN
(m) Kumpulan Perkhidmatan : KPP DG 48
(n) Tarikh & Masa Pembentangan : ....................................................................................
(jika berkaitan)
(o) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: BELAJAR MELALUI BERMAIN : PRINSIP UTAMA KURIKULUM


PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
2. Pengarang: SHARIFAH NOR PUTEH DAN ALIZA ALI

3. Tahun
2013
diterbitkan:

4. Diterbitkan oleh: UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS

5. Sinopsis Buku Buku setebal 113 halaman ini telah dihasilkan oleh penulis yang arif
Yang Dibaca: dalam dunia pendidikan iaitu Dr. Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali. Dr.
Sharifah mempunyai pengalaman luas dalam bidang pembangunan
kurikulum. Beliau kini bertugas sebagai pensyarah kanan di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Penulis Aliza Ali pula kini bertugas di Universiti
Tunku Abdul Rahman sebagai pensyarah pendidikan awal kanak-kanak.
Beliau berpengalaman luas dalam bidang latihan guru prasekolah
swasta dan pembangunan bahan pendidikan awal kanak-kanak. Buku ini
mempunyai sebelas (11) bab dan dikupas dengan terperinci. Kandungan
babbab tersebut ialah bermain adalah fitrah kanak-kanak, kepentingan
bermain, hubungan bermain dengan perkembangan domain, jenis-jenis
permainan, bermain daripada perspektif teori, kurikulum berasaskan
pendekatan bermain, bermain dalam konteks pendidikan, guru sebagai
pelaksana pengajaran dan pembelajaran melalui bermain, Sari Pustaka
Bil 1/2014 2 ruang pembelajaran, bahan dan alat permainan dan
pelaksanaan dan aktiviti cadangan. Belajar melalui bermain adalah satu
teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-
kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokan dan
kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak
disampaikan. Aktiviti bermain akan menggalakkan kanak-kanak
menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa
dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

6. Manfaat/ Buku ini memuatkan 27 cadangan aktiviti yang boleh dicuba oleh para
pengajaran yang guru dan ibu bapa. Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak berusia di
diperoleh antara 4-6 tahun sama ada secara individu atau pun berkumpulan. Di
daripada buku antara aktiviti menarik yang dicadangkan bermain secara individu ialah
yang dibaca: Bilang dan Padan, Konsep Sifar dan Bilang dan Tambah. Manakala
permainan secara kumpulan adalah seperti Menepuk Tikar, Istana
Impian dan Mari ke Pasar. Buku ini terhasil melalui kajian dan
disampaikan dengan cara yang mudah difahami dan penerangan yang
jelas. Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan oleh para pendidikan,
pelajar kursus pendidikan awal kanak-kanak dan prasekolah. Maklumat
di dalam buku ini sesuai dijadikan panduan kepada pendidik untuk
melaksanakan aktiviti belajar melalui permainan.

ZULFIKAR ALMI JAMALUDDIN


7. Tandatangan:

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(p) Nama : ZULFIKAR ALMI BIN JAMALUDDIN


(q) Sektor / Unit/ Organisasi : BPK/SEKTOR PENDIDIKAN KHAS/ MASALAH PEMBELJARAN
(r) Kumpulan Perkhidmatan : KPP DG 48
(s) Tarikh & Masa Pembentangan : ....................................................................................
(jika berkaitan)
(t) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


KEWANGAN HARIAN KITA HALAL @ HARAM?
1. Tajuk Buku:
MUHAMAD ZUHAILI SAIMAN
2. Pengarang:

3. Tahun
2013
diterbitkan:

4. Diterbitkan oleh: GRUP BUKU KARANGKRAF

5. Sinopsis Buku Buku ini membincangkan beberapa aspek muamalat Islam yang
Yang Dibaca: menjadi asas dalam pengurusan ekonomi kita. Sistem ekonomi Islam
sangat istimewa. Ia diatur sendiri oleh ALLAH SWT yang
sememangnya menjaga kebajikan, menolak kemudaratan dan tidak
menyekat hak kita untuk memiliki harta. Tetapi, kita mestilah mengikut
garis panduan yang telah ditetapkan syarak. Moga rezeki kita lebih
halal, berkat dan hidup bahagia dalam redha-Nya. Antara perkara yang
menarik dibincangkan dalam buku 10 bab ini adalah mengenai
pengurusan wang dan kewajipan memastikan sumber rezeki, cara
pengurusan dan ke mana ia disalurkan menepati piawaian syariat Islam.
Antara lain perbelanjaan mestilah bersih daripada riba, tidak terlalu
boros atau kedekut, tiada penyelewengan dan menghormati hak orang
lain.

6. Manfaat/ buku ini membincangkan mengenai aplikasi hukum ke atas kontrak


pengajaran yang kontemporari yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan. Di antaranya
diperoleh ialah kad kredit, insurans, wang simpanan, faedah bank dan caj
daripada buku perkhidmatan. Topik ini dibincangkan memandangkan kontrak ini sudah
yang dibaca: menjadi kebiasaan dalam kehidupan dan adalah satu tanggungjawab
untuk pembaca mengetahui disiplin dan garis panduan yang betul agar
harta yang diperolehi bersih dan suci. Pengurusan kewangan yang
terbaik secara tidak langsung dapat membantu pembaca memperolehi
keredhaan Ilahi. Oleh itu amatlah penting pembaca memahami konsep,
disiplin dan protokol dalam mengurus wang menurut syarak.

ZULFIKAR ALMI JAMALUDDIN


7. Tandatangan:
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(u) Nama : ZULFIKAR ALMI BIN JAMALUDDIN


(v) Sektor / Unit/ Organisasi : BPK/SEKTOR PENDIDIKAN KHAS/ MASALAH PEMBELJARAN
(w) Kumpulan Perkhidmatan : KPP DG 48
(x) Tarikh & Masa Pembentangan : ....................................................................................
(jika berkaitan)
(y) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


50 MISTERI MENGGEMPARKAN DUNIA
1. Tajuk Buku:
ADRIE NOOR AL-FATIA, ABI NAUFAL DAN ANDRIANSYAH
2. Pengarang:

3. Tahun
2013
diterbitkan:

4. Diterbitkan oleh: PTS MILLENIA

5. Sinopsis Buku Buku ini merungkai tentang misteri dan khazanah alam yang mampu
Yang Dibaca: menggugah peradaban dunia seperti fenomena alam, tapak, fosil, artifak
dan manuskrip kuno yang seolah-olah meninggalkan pesanan dan jejak
misteri kepada generasi berikutnya untuk dikaji dan dirungkai. Ada
yang sudah terungkai dan terjawab, tetapi tidak sedikit yang masih
menjadi misteri sehingga ke hari ini.

6. Manfaat/ Faktor misteri inilah yang menimbulkan pertanyaan, polemik,


pengajaran yang perbincangan, bahkan menjadi topik perbincangan yang sengit. Pelbagai
diperoleh penyelidikan, kaedah ilmiah dan teknologi moden digunakan untuk
daripada buku menjawab peristiwa janggal dan pelik yang berlaku di alam semesta ini.
yang dibaca: Melalui buku ini, penulis berkongsi pemikiran daripada beberapa sudut
pandangan yang cukup berwibawa dan dapat dipertanggungjawabkan
keilmuannya. Selain daripada itu,
buku ini juga dilengkapi dengan filem-filem dan foto-foto yang
menakjubkan untuk menyokong perbincangan yang berkaitan.

ZULFIKAR ALMI JAMALUDDIN


7. Tandatangan:

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU


(z) Nama : ZULFIKAR ALMI BIN JAMALUDDIN
(aa) Sektor / Unit/ Organisasi : SEKTOR PENDIDIKAN KHAS/ MASALAH PEMBELAJARAN

(bb) Kumpulan Perkhidmatan : KPP DG 48


(cc) Tarikh & Masa Pembentangan : ....................................................................................
(jika berkaitan)
(dd) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


JEJAK KETAMADUNAN DALAM AL-QURAN
1. Tajuk Buku:
SYAHRUDDIN EL-FIKRI
2. Pengarang:

3. Tahun
2013
diterbitkan:

4. Diterbitkan oleh: HUMAIRA BOOKSTORE ENTERPRISE

5. Sinopsis Buku Al-Quran adalah firman Allah SWT, yakni sebuah kitab suci yang luar
Yang Dibaca: biasa dan tiada sebarang keraguan yang boleh dipertikaikan. Di
dalamnya terkandung pelbagai kisah dan hikmah yang boleh dijadikan
pengajaran dan petunjuk bagi umat manusia. Buku ini menceritakan
pelbagai sejarah ketamadunan yang tercatat di dalam al-Quran. Pelbagai
ciri-ciri menarik mengenai ketamadunan terdahulu dipaparkan beserta
bukti-bukti arkeologi dan kedudukan geografi berlakunya kejadian.

6. Manfaat/ Apa yang disampaikan al-Quran telah terbukti kebenarannya. Para ahli
pengajaran yang arkeologi mahu pun saintis telah berjaya menemukan pelbagai bukti
diperoleh jejak peninggalan umat-umat terdahulu. Kesimpulannya, petikan dari
daripada buku Surah Yusuf ini wajar kita renungi bersama “Sesungguhnya pada kisah-
yang dibaca: kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai
akal. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi
membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala
sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.”
(Surah Yusuf: 109- 111).

ZULFIKAR ALMI JAMALUDDIN


7. Tandatangan:

You might also like