Peraturan Makmal Sains Bagi Pelajar 2021

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

PERATURAN MAKMAL SAINS BAGI PELAJAR

1 Kebenaran Guru hendaklah diperolehi sebelum memasuki Makmai Sains dan Bilik Persediaaan.
2 Peralatan dan bahan sains dalam makmal sains tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru sains.
3 Peralatan dan bahan sains hanya boleh digunakan atas arahan guru.
4 Semua peralatan dan bahan sains yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan seperti
yang diarahkan oleh guru.
5 Semua radas bendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.
6 Kerja amali hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran guru.
7 Peralatan yang pecah atau rosak perlu dilaporkan dengan segera kepada guru dan Pembantu Makmal.
8 Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan dan susunan perabot supaya kemas dan teratur.
9 Sebarang kemalangan yang berlaku perlu dilaporkan dengan segera kepada guru dan Pembantu Makmal.
10 Penunu Bunsen hendaklah dinyalakan hanya dengan pemetik api. Penggunaan kertas, lilin dan mancis tidak
dibenarkan.
11 Sebarang benda yang masih menyala dan berbara tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah.
12 Elakkan membuang sebarang sampah dalam bentuk pepejal ke dalam sinki. Sisa-sisa bahan sains hendaklah
dibuang ke dalam bekas yang berlabel sisa bahan.
13 Hanya buku dan peralatan belajar yang dibenarkan sahaja boleh dibawa masuk ke dalam makmal sains
semasa pengajaran dan pembelajaran sains.
14 Bahan dan alat dalam Kit Peralatan Kecemasan boleh digunakan dengan kebenaran dan pengawasan guru
dan Pembantu Makmal.
15 Pelajar dilarang bermain-main di dalam makmal sains.

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA


1 Sila baca label pada botol reagen dengan teliti untuk memastikan baban kimia yang akan digunakan itu
adalah betul.
2 Gunakan Bahan Kimia mengikut keperluan sahaja semasa menjalankan amali.
3 Gunakan spatula sahaja untuk mengambil bahan kimia pepejal.
4 Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup dengan segera selepas digunakan.
5 Dilarang menghidu dan merasa sebarang bahan kimia kerana bahan kimia adalah beracun dan menghakis.

PENGGIJNA4AN BAHAN BIOLOGI


1 Spesimen biologi jenis bukan perosak yang masih hidup hendaklah dikembalikan semula ke habitatnya.
2 Spesimen yang sudah dibedah hendaklah dikumpul dan ditanam.
3 Jangan buka piring petri yang mengandungi kultur mikroorganisma.
4 Jika piring petri mengandungi mikroorganisma retak atau pecah, ianya hendaklah dilaporkan kepada guru
terbabit.

PERINGATAN
PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEJADIAN YANG TIDAK
DIINGINI SEKIRANYA PELAJAR ITU TIDAK MEMATUHI PERATURAN YANG TERSEBUT DI ATAS.

PENGAKUAN
“Saya telah membaca dan faham isi kandungan peraturan makmal ini dan mengaku akan mematuhi segala
peraturan di dalamnya.”

Nama Tarikh Tandatangan Pelajar

________________ ______________ __________________

You might also like