Kajian Tindakan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1.

0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengkaji telah mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Indera Putera mulai 04 April
2021 sehingga sekarang di kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Pengkaji telah
ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Kemahiran Asas Jahitan dan Pendidikan Seni Visual
kepada murid-murid pendidikan khas di sekolah tersebut. Bagi Kemahiran Asas Jahitan,
pengkaji telah mengajar 3 orang murid daripada kelas Delima. Manakala, Pendidikan Seni
Visual, pengkaji telah mengajar 4 orang murid daripada kelas Berlian iaitu kelas Kefungsian
Rendah. Setelah mengajar subjek Pendidikan Seni Visual di Kelas Berlian selama 4 minggu,
pengkaji telah mengesan terdapat seorang murid yang sangat lemah dari segi kemahiran
mewarna berdasarkan Latihan setiap minggu yang diberikan kepada murid-murid. Sebanyak 4
kali latihan telah diberikan kepada murid-murid sepanjang 4 minggu tersebut. Berdasarkan
pemerhatian pengkaji keempat-empat latihan murid tersebut menghadapi masalah yang sama
iaitu murid tidak dapat mewarna objek dengan kemas dan terkeluar daripada garisan yang
disediakan.

Menurut Overby (2013), murid yang menguasai kemahiran mewarna dapat mewarna
dengan baik tanpa terkeluar daripada garisan objek serta mewarna dengan kemas.
Berdasarkan takrifan tersebut, pengkaji telah mengenalpasti murid tersebut iaitu responden A
sangat lemah dari segi kemahiran mewarna. Hal ini kerana, apabila pengkaji melihat hasil karya
yang diwarnakan olehnya warnanya terkeluar daripada garisan objek. Hasil warnaannya juga
tidak kemas. Selain itu juga pengkaji sering mendengar rungutan daripada guru-guru subjek
lain kerana aktiviti mewarna merupakan aktiviti yang sering digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran murid-murid pendidikan khas. Oleh kerana subjek yang diajar melibatkan
kemahiran mewarna, pengkaji yakin bahawa penguasaan kemahiran ini sangat penting dalam
kalangan murid. Sekiranya masalah mewarna ini tidak dipulihkan, kesannya murid tersebut
akan mengalami keciciran berbanding rakan-rakannya yang lain kerana sering lewat
menyiapkan kerja-kerjanya. Matlamat pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Khas ialah
menyediakan perkembangan yang optimum kepada murid bermasalah pembelajaran agar
mereka dapat menjalani sebagai individu yang berkebolehan, mengurus kehidupan seharian
dan menyesuaikan diri dengan masyarakat.
Menurut Jensen (2001), “Seni membantu dalam proses pembelajaran. Ia memberi
pengayaan yang melibatkan kesepaduan deria, perhatian, kognitif, emosi dan kapasiti motor
malahan menjana daya pembelajaran”. Weinrib (2004), pula menyatakan bahawa bermain pasir
membolehkan ekspresi tiga dimensi belum lengkap, kandungan di luar sedar yang ketara.
Gambaran yang dilukiskan pada pasir mewakili figura dan landskap di dunia dalaman dan
luaran pesakit. Justeru, pengkaji mencadangkan gabungan terapi seni dan terapi pasir untuk
membantu meningkatkan perkembangan koordinasi mata dan tangan respondan kajian
menerusi alat yang dinamakan pasir warna yang menggabungkan terapi seni menerusi
penggunaan warna dan terapi pasir menerusi penggunaan pasir dalam meningkatkan
kemahiran mewarna respondan kajian. Fokus kemahiran pula ialah mewarna objek bergambar
kerana ia merupakan aktiviti yang paling asas dalam menguasai kemahiran mewarna dalam
pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Seni Visual. Pengkaji berharap agar kaedah
ini dapat membantu meningkatkan kemahiran mewarna murid ini supaya murid tersebut dapat
menguasai kemahiran seni dalam usaha meningkatkan kreativiti dan minat belajar.

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian yang diketengahkan dalam kajian ini melibatkan kemahiran mewarna objek
bergambar. Respondan A di dalam kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ini tidak
dapat mewarna objek bergambar dengan baik dan tidak kemas. Pengkaji memilih untuk
menumpukan kemahiran mewarna objek bergambar kerana kemahiran mewarna adalah
merupakan kemahiran asas kepada mata pelajaran Pendidikan seni visual. Pengkaji
mengharapkan Respondan A dapat meningkatkan kemahiran penguasaan mewarna objek
dengan kemas sebelum bergerak kepada kemahiran berikutnya. Kaedah yang ingin digunakan
ialah kaedah terapi pasir warna. Pengkaji menggunakan kaedah ini kerana terapi ini membantu
Respondan A mewarna dengan baik kerana melibatkan ransangan dan deria sentuhan.
Pengkaji meenggunakan bahan maujud kerana ia mampu meningkatkan minat Respondan A
untuk melakukan aktiviti. Kaedah terapi pasir warna berjaya menarik minat peserta kajian dan
menghilangkan rasa bosan untuk belajar seterusnya mengubah sikap Respondan A yang
sangat pasif menjadi aktIf dan ingin mencuba sesuatu yang baru.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dilaksanakan, responden diharapkan agar mencapai objektif berikut:

Objektif umum :

i. Penggunaan kaedah terapi pasir warna dapat meningkatkan kemahiran mewarna khususnya
dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Seni Visual.

Objektif khusus:

Penggunaan pasir dan warna menerusi alat intervensi ini dapat:

i. Meningkatkan kekemasan hasil kerja mewarna responden A dalam subjek


Pendidikan Seni Visual. Pengkaji berharap dengan menggunakan kaedah terapi
pasir warna ini, selepas intervensi dilaksanakan responden A dapat mewarna
dengan baik dan lebih kemas berbanding sebelum intervensi dijalankan.

ii. Meningkatkan kemahiran mewarna objek bergambar responden A. Pengkaji


berharap responden A dapat mewarnakan objek bergambar dengan kemas tanpa
warna yang terkeluar daripada garisan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid yang berada di sekolah mempunyai pencapaian yang tidak sama. Justeru
tidak dapat dinafikan wujudnya sebahagian murid yang lemah dalam pelbagai lapangan.
Sebagai seorang guru rasa dan tanggungjawab terhadap murid tersebut, pelbagai kaedah dan
pendekatan telah digunakan untuk melahirkan murid yang boleh menguasai kemahiran
mewarna dengan kemas. Peserta kajian ini adalah murid bermasalah pembelajaran
bertingkahlaku gelisah, khayal dan kurang tumpuan. Peserta kajian ini kerap melakukan
kesalahan mewarna di luar garisan. Masalah ini telah ini telah melambatkan proses
pembelajaran peserta kajian di dalam bilik darjah. Pada kali ini pengkaji melakukan kajian
terhadap seorang murid berkeperluan khas sekolah ini. Murid tersebut berumur 18 tahun,
jantina murid ialah perempuan dan murid berbeza tingkahlaku berbanding dengan murid di
dalam kelasnya. Rasional pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan pemerhatian guru
terhadap latihan yang telah dilaksanakan oleh murid. Kajian ditumpukan kepada aspek
mewarna objek. Kaedah terapi pasir warna semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan
penggunaannya hanya semasa kajian dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah kemahiran
mewarna murid Pendidikan khas. Kajian dalam tempoh masa yang singkat diharapkan
penggunaan terapi pasir warna membantu menambahbaik kemahiran mewarna murid dan
perubahan tingkahlaku negatif menjadi positif kepada murid pendidikan khas.

You might also like