Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH MERAH 1

17500 TANAH MERAH KELANTAN

MINIT MESYUARAT UNIT HAL EHWAL MURID BIL.1/2019

Tarikh : 7 Januari 2019 (Isnin)


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Wahana
Pengerusi : Encik Zahari Ismail (Guru Besar)
Kehadiran (Bilangan) : 27/35
Nama Yang Hadir : Rujuk Lampiran
Nama Yang Tidak Hadir : Rujuk Lampiran
Turut Hadir : Tiada

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI


1.1 Dimulai dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah.
1.2 Terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran AJK.
1.3 Syukur kepada Allah kerana masih dipanjangkan umur untuk
meneruskan khidmat.
1.4 KPI sekolah melibatkan semua unit (Kurikulum, HEM dan Kokurikulum)
1.5 Guru Kelas mesti rujuk dokumen murid yang sahih seperti mykid /
surat beranak @ sijil lahir kerana ada kes di Selangor syarikat insurans
tidak mahu membayar kerana butiran murid dalam APDM tidak sama
dengan mykid / surat beranak @ sijil lahir.
1.6 Masa rehat semua murid mesti makan di kantin, guru bertugas di
kantin ambil masa selama 5 minit memberi penerangan kepada murid
berkenaan adab-adab semasa makan dan makan dengan sopan di
kerusi yang disediakan.
1.7 Kejayaan sekolah bergantung kepada guru-guru yang cakna kepada
murid.
1.8 Pesanan daripada pegawai PPDTM jangan pungut duit runcit daripada
murid, pungut sekali gus kerana isu wang @ duit adalah sangat
sensitif.

2. MEMBACA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Cadangan : Husnani Hamzah
Sokongan : Hanis Ismail
2.2 Minit mesyuarat disahkan dan dipersetujui bersama tanpa sebarang
pindaan.

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada

4. PENGURUSAN HEM
4.1 Pembubaran AJK 2018 dan pelantikan AJK 2019

1
4.1.1 AJK 2018 terbubar secara automatic mengikut sesi
persekolahan dan tahniah kepada AJK yang baru dilantik bagi
tahun 2019 dan diberi surat lantikan menjalankan tugas.
Tindakan : SU HEM

4.1.2 Semua yang dilantik diharapkan dapat menjalankan tugas yang


diamanahkan.

4.2 Pelaporan 2018


4.2.1 Murid menerima duit KWAPM RM100.
4.2.2 e-KASIH dipilih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
4.2.3 Zakat diagihkan kepada murid terpilih pada akhir bulan
Ramadhan.
4.2.4 Murid Tahun 1 yang cacat anggota (tangan) walaupun tiada kad
OKU layak mendapat Rancangan Makanan Tambahan Sekolah
(RMTS).
4.2.5 Murid Tahun 1 mulai makan RMTS pada bulan Februari.
4.2.6 Kategori murid yatim apabila meninggal salah seorang daripada
ibubapa.
4.2.7 Guru kelas mesti mengemaskini pendapatan ibubapa/penjaga
dalam APDM untuk memastikan tiada murid yang layak tercicir
daripada mendapat bantuan.
4.2.8 Pemeriksaan kesihatan murid Tahun 1 lewat kerana tiada buku
kesihatan sebaliknya diambil dari APDM.

4.3 Perancangan 2019


4.3.1 Mulai tahun 2019 ada bilik pengawas yang cantik dan selesa.
Tahniah kepada badan pengawas dan disiplin. Bilik sedia
digunakan untuk sebarang kegunaan seperti mesyuarat kecil /
panitia tetapi mesti mendapat kebenaran terlebih dahulu dan
penggunaan direkodkan dalam buku rekod penggunaan.
Tindakan : Guru Pengawas

4.3.2 Proses pendaftaran 2019 berjalan lancar dan mendapat pujian


ibubapa / penjaga kerana ini adalah hasil pemuafakatan semua
pihak.

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Pendapatan kedai sekolah semakin berkurang kerana bilangan murid
semakin sedikit. Hampir 70% murid Tahap 2 membeli buku tulis diluar
yang tiada cop sekolah menyebabkan lambakan buku yang telah
ditempah di kedai sekolah. Guru perlu menggalakkan murid membeli
keperluan sekolah di kedai sekolah.
Tindakan : Ustazah Yasmin

5.2 Isu disiplin – kehadiran seorang bapa ke sekolah mencari murid yang
dikatakan membuli anaknya. Kes selesai dengan campur tangan pihak
pentadbir dan guru disiplin.
Tindakan : Guru Disiplin

2
5.3 Program 3K
5.3.1 Cadangan daripada Guru Besar agar mengindahkan sudut-
sudut tertentu di kawasan sekolah.
Tindakan : Penyelaras 3K

5.4 Pengawas sekolah yang baru dilantik seramai 70 orang. Mulai tahun ini
murid memakai seragam baharu. Coklat muda untuk tudung dan baju
kurung. Coklat tua bagi kain. Ini bagi murid perempuan. Murid lelaki
memakai kemeja berwarna coklat muda dan seluar slack berwarna
coklat tua. Semua pengawas memakai vest.
Tindakan : Guru Pengawas

5.5 Cikgu Khairul Anuar dilantik sebagai setiausaha disiplin untuk tugas-
tugas memasukkan data atas talian. Tugas beliau sebagai setiausaha
3K dikekalkan.
Tindakan : Cikgu Khairul Anuar

5.6 Bermula tahun 2019, e-kehadiran ditugaskan kepada juruteknik


makmal komputer iaitu Encik Khairul Azman bin Kamaruzzaman.
Tindakan : PKHEM

5.7 Semua murid mesti ada nama dalam APDM sehingga 15 Januari 2019.
5.8 Unit HEM dikehendaki mengisytiharkan bilik-bilik kosong dan akan
dikunci.
5.9 IM Free – semua murid dari Tahun 1-4 terlibat. In-house training akan
diadakan mengikut keperluan kepada semua guru terlibat supaya lebih
memahani program IM Free.
Tindakan : Guru Kaunseling

5.10 Tazkirah pagi ditambah baik. Semua guru masa pertama masuk awal
ke kelas.
5.11 Pendaftaran Tahun 2020 diawalkan sedikit kerana ibubapa / penjaga
sibuk jika dilakukan hampir buka sekolah.
Tindakan : PKHEM

5.12 Murid RMTS mesti datang awal kerana mulai makan jam 7.15 pagi.
5.13 Unit Kebajikan dikehendaki mengadakan program secara berterusan
untuk mencari dan bagi membantu murid-murid yang perlu.
Tindakan : Guru Kebajikan

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.48 petang.

Disediakan oleh : Urusetia Mesyuarat Unit Hal Ehwal Murid (HEM)


Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1

You might also like