Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KONFLIK PERSEMPADANAN DAN TUNTUTAN BERTINDIH PULAU LIGITAN

DAN PULAU SIPADAN

LAPORAN

Pendahuluan / Pengenalan

Garis sempadan yang membahagikan satu kawasan geografi dengan satu kawasan yang

lain adalah lebih kompleks berbanding mengikut apa yang terlakar di atas peta. Pemetaan hanya

menunjukkan lakaran garisan yang merentasi lembah,bukit, sungai atau satu garis lurus yang

merentasi sebuah gurun. Sebaliknya tidak semua garis sempadan adalah sama seperti apa yang di

lukis di atas peta. Terdapat beberapa perbezaan yang wujud dalam keadaan sebenar di mana

secar nyata ia adalah lebih berkaitan dengan sejarah dan status semasa kedudukan garis

sempadan tersebut.secara umum garis sempadan boleh diklasifikasikan kepda sempadan

antarabangsa dan sempadan informal (perbezaan budaya, pengagihan kumpulan etnik dorongan

keagamaan). Selain daripada itu, dalam sesebuah negara wujud pula sempadan antara negeri,

wilayah dan daerah yang hanya bertujuan untuk memudahkan pentadbiran negara dan ini

mengikut sistem pemerintahan sesebuah negara tersebut.

Sempadan antarabangsa adalah garisan sempadan yang membahagikan sesebuah negara

dengan sebuah negara yang lain. Ia biasanya dilakukan secara persetujuan bersama atau melalui

perjanjian. Konflik sempadan antarabangsa biasanya berlaku apabila dua atau lebih negara

bersaing secara mengenai kawasantersebut di bawah wilayah atau negaranya. Sesuatu “Cease

Fire Line’ biasanya dipersetujui melalui satu perjanjian yang rasmi antara dua atau lebih negara

yang mana ia adalah persempadan antarabangsa sementara hasil tindakbalas daripada

penyelesaian konflik.

You might also like