Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Panduan buat pelajar-pelajar yang mengambil kertas peperiksaan Bahasa Melayu.

Adakah
anda mencari contoh-contoh karangan terbaik sebagai rujukan tambahan secara online? Atau
mencari isi-isi penting dan idea yang menarik untuk diolah dalam penulisan karangan
masing-masing? Sekiranya ya, berikut dikongsikan Contoh Karangan Bahasa Melayu SPM
yang merangkumi pelbagai tema dan tajuk untuk rujukan semua. Bagi calon yang akan
menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anda dikehendaki menjawab soalan
penulisan karangan Bahasa Melayu pada Bahagian A dan Bahagian B Kertas 1. Bahagian A
merupakan karangan yang berpandukan bahan rangsangan yang diberikan seperti gambar,
gambar rajah dan petikan. Manakala bagi Bahagian B, anda perlu menjawab satu soaalan
sahaja daripada lima soalan yang dikemukakan. Dengan peruntukan masa yang terhad semasa
menduduki peperiksaan, mustahak untuk pelajar membuat latihan bagi menepati masa di
samping menulis karangan Bahasa Melayu yang menarik. Selain itu, penilaian terhadap
penggunaan tatabahasa, idea yang relevan, huraian yang jelas dan contoh yang sesuai perlu
diutamakan oleh pelajar dalam menghasilkan penulisan karangan yang cemerlang. Di
samping itu, bimbingan dan panduan daripada guru masing-masing juga diperlukan oleh
pelajar supaya penulisan karangan anda menepati kehendak soalan serta menggunakan format
yang tepat.

You might also like