Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

KISAH TANAH AIRKU

"KEMBARA ILMU MEMANUSIAKAN MANUSIA"


DISEDIAKAN OLEH ;

~ Cikgu Nurul Aieni ~


KUASAI FAKTA [T4 & T5]
MahirSejarah@CikguAieni

B1T4 : Warisan Negara Bangsa


Kerajaan Alam Melayu mempunyai ciri-ciri pembentukan negara bangsa sebelum kedatangan Barat.
Ciri-ciri negara bangsa kerajaan Funan dan Champa diwarisi oleh kerajaan Srivijaya, kemudiannya
Kesultanan Melayu Melaka dan diteruskan oleh Kesultanan Johor-Riau. Ciri-ciri negara bangsa ini
meliputi raja, undang-undang, wilayah pengaruh dan rakyat. Kesultanan Melayu Melaka
meneruskan warisan ini dengan mengungguli sistem pentadbiran dan perundangan sebelum
kedatangan Barat. Ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka meliputi kerajaan, rakyat,

i
kedaulatan, wilayah pengaruh, undang-undang dan lambang kebesaran. Di samping itu, hubungan

en
pemerintah dengan rakyat yang wujud secara timbal balik kekal sebagai warisan bernilai sehingga
kini.

Ai
CONTOH
latar blkg hukum kanun

gu
melaka dan undang2
ciri-ciri negara bangsa laut melaka
alam melayu -
raja/rakyat/wilayah NILAI/SIVIK/KBAT
pengaruh/undang2
Kepentingan kesetiaan kepada

Cik
waadat raja dan negara.
Kebanggaan terhadap warisan
ciri-ciri negara bangsa KMM negara bangsa.
- raja/rakyat/wilayah Kepentingan kepemimpinan
pengaruh/undang2/lambang peranan :
untuk kemakmuran negara kita.
kebesaran/kedaulatan sultan/ Kepentingan mematuhi
h@
pembesar undang-undang untuk
sistem pembesar KMM ; /rakyat kesejahteraan negara
bendahara/temenggung/laksa
mana/penghulu
bendahari..syahbandar
ra

B2T4 : Kebangkitan Nasionalisme


ja

Perkembangan idea nasionalisme di Barat telah mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Asia dan
Asia Tenggara termasuklah di negara kita. Gerakan nasionalisme berkembang seiring dengan cara.
Se

matlamat dan ketokohan pemimpin nasionalis. Perkembangan nasionalisme di negara kita tercetus
daripada pelbagai faktor yang seterusnya memberikan kesan kepada usaha membina tamadun bangsa dan
ir

negara.
ah
M

1
KUASAI FAKTA [T4 & T5]
MahirSejarah@CikguAieni

B3T4 : Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita


Konflik dunia yang merangkumi Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua tercetus akibat
perkembangan imperialisme dan nasionalisme dalam persaingan merebut kuasa politik dan ekonomi.
Perang dunia bermula di Eropah, kemudiannya merebak ke Asia pasifik. pemerintahan tentera Jepun di
negara kita telah mencetuskan tindak balas rakyat dan menyemarakkan nasionalisme dalam kalangan

i
rakyat.

en
Ai
gu
Cik
h@
ra

B4T4 :Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita


ja

British Military Administration (BMA) atau Pentadbiran Tentera British diisytiharkan di negara kita
selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Selepas itu. British melaksanakan pentadbiran Malayan Union di
Se

Tanah Melayu. Pelaksanaan Malayan Union yang mencetuskan bantahan besar-besaran daripada
penduduk tempatan menyebabkan British menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Di
Sarawak, Charles Vyner Brooke (Vyner Brooke) bertindak menyerahkan Sarawak kepada kerajaan
ir

British. Tindakan beliau mencetuskan reaksi menyokong dan menentang daripada penduduk tempatan.
Majoriti penduduk Sarawak menentang penyerahan Sarawak kepada British. Keadaan di Sabah berbeza
ah

kerana British berjaya mengambil alih Sabah daripada Syarikat Borneo Utara British (SBUB) tanpa
sebarang penentangan.
M

2
KUASAI FAKTA [T4 & T5]
MahirSejarah@CikguAieni

B5T4 : Persekutuan Tanah Melayu 1948


Persekutuan Tanah Melayu 1948 diperkenalkan oteh British untuk menggantikan Malayan Union.
Terdapat pelbagai faktor Persekutuan Tanah Melayu l940 ditubuhkan. Ciri-ciri Persekutuan Tanah
Melayu 1948 yang berbeza daripada Malayan Union diterima oleh penduduk tempatan. Pembentukan
Perjanjian persekutuan Tanah Melayu 1948 lebih menggambarkan toleransi penduduk negara ini
menuntut kemerdekaan.

i
en
Ai
gu
Cik
h@
B6T4 : Ancaman Komunis dan Pengisytiharan Darurat
ra

Perkembangan pengaruh komunis di negara kita berlaku sebelum meletusnya perang Dunia Kedua.
Komunis melakukan pelbagai tindakan untuk melumpuhkan ekonomi negara dan menggugat kestabilan
ja

politik. Matlamat komunis adalah untuk merampas kuasa daripada British dan menggantikannya dengan
sebuah Republik Komunis. Namun begitu, British berjaya menawan hati dan fikiran rakyat untuk
bersama-sama membanteras ancaman komunis. Zaman darurat telah membawa pelbagai kesan kepada
Se

politik, ekonomi dan sosial di negara kita,


ir
ah
M

3
KUASAI FAKTA [T4 & T5]
MahirSejarah@CikguAieni

B7T4 : Usaha Ke Arah Kemerdekaan


Kesedaran politik selepas Perang Dunia Kedua mencetuskan aspirasi rakyat untuk mencapai kemerdekaan.
Idea negara merdeka dicetuskan oleh pelbagai golongan untuk membentuk negara yang berdaulat. Usaha
mencapai kemerdekaan dilakukan bagi memenuhi gesaan British supaya perpaduan rakyat berbilang kaum
dapat diwujudkan sebagai prasyarat unruk merdeka. Oleh sebab itu, penubuhan Jawatankuasa Hubungan
Antara Kaum (CLC), pembentukan Sistem Ahli dan sistem pendidikan kebangsaan serla kerjasama parti

i
politik dilakukan sebagai usaha ke arah kemerdekaan.

en
Ai
gu
Cik
h@
ra

B8T4 :Pilihan Raya


ja

Pilihan raya diadakan untuk membolehkan rakyat memilih wakil dalam membentuk kerajaan. Pilihan raya
Se

menyaksikan pengamalan sistem demokrasi di sesebuah negara. Di negara kita, pilihan raya bermula
dengan pilihan raya majlis perbandaran, pilihan raya negeri dan pilihan raya umum yang diadakan pada
tahun 1955. melalui Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, sebanyak 52 orang ahli dipilih
ir

untuk menganggotai Majlis Perundangan Persekutuan yang akhirnya membentuk kabinet pertama di
negara kita. sementara itu, pilihan raya umum juga diadakan di Sarawak dan Sabah bagi memilih wakil
ah

masing-masing dalam kerajaan tempatan


M

4
KUASAI FAKTA [T4 & T5]
MahirSejarah@CikguAieni

B9T4 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957


Kesungguhan Raja-raja Melayu, para pemimpin dan rakyat dalam usaha menuntut kemerdekaan telah
membawa misi kemerdekaan ke London. Misi rombongan ini berjaya mendapatkan persetujuan kerajaan
British untuk memberikan kemerdekaan kepada negara kita melalui Perjanjian Kemerdekaan Tanah
Melayu. Berikutan persetujuan ini dan setelah mendapat persetujuan Raja-raja Melayu, maka Suruhanjaya
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk yang akhirnya menghasilkan Perlembagaan

i
Persekutuan Tanah Melayu 1957. Sementara itu, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani

en
bagi membentuk sebuah negara yang merdeka. Kandungan perjanjian ini berjaya menunjukkan nilai
toleransi dan pengorbanan serta permuafakatan rakyat demi kestabilan dan kemakmuran negara.

Ai
gu
Cik
h@
ra
ja

B10T4 : Pemasyhuran Kemerdekaan


Se

Merdeka yang ditakrifkan sebagai kebebasan dan usaha mendaulatkan nusa dan bangsa telah
diperjuangkan oleh pelbagai pihak. Tarikh 31 Ogos 1957 menjadi detik bersejarah bagi negara kita.
Rakyat berjuang untuk membebaskan negara daripada cengkaman kuasa asing. Bagi memastikan detik
ir

bersejarah pemasyhuran kemerdekaan ini diingati, pelbagai persediaan telah dibuat. Selain itu,
kemerdekaan meninggalkan kesan yang penting untuk dihayati oleh generasi kini. Kita perlu menghayati
ah

pengorbanan, mempertahankan perpaduan dan nilai kesetiaan dengan tidak berbelah bahagi supaya negara
kekal berdaulat.
M

5
KUASAI FAKTA [T4 & T5]
MahirSejarah@CikguAieni

B1T5 : Kedaulatan Negara


Kedaulatan merupakan satu konsep berkaitan dengan kenegaraan yang diasaskan dan diamalkan sejak
zaman tamadun Yunani. Pelbagai tafsiran oleh tokoh tentang konsep kedaulatan muncul seiring
dengan perubahan zaman. Negara berdaulat mempunyai ciri tertentu yang menjamin hak dan
kebebasannya. Kedaulatan juga penting untuk mengekalkan dan mengukuhkan kestabilan sistem
politik, ekonomi dan sosial. Pemerintah dan rakyat negara ini mempunyai tanggungjawab untuk

i
mempertahankan kedaulatan serta mengekalkan keunikan identiti negara bangsa Malaysia.

en
CONTOH
jenis kedaulatan :

Ai
moden/tradisional/antara
bangsa/undang2
Maksud :
kekuasaan
tertinggi

gu
..................

cara pertahankan/langkah:
Mewujudkan Kestabilan Politik dan
Kemakmuran Ekonom/Mengekalkan
Perpaduan Kaum/Memupuk

Cik
Patriotisme/Mengukuhkan
ciri-ciri negaraberdaulat - Pertahanan Negara
pemerintahan/sempadan/
undang2/rakyat

NILAI/SIVIK/KBAT
kepentingan?
h@
keberkesanan pentadbiran, Kebijaksanaan menghadapi cabaran bagi mengekalkan
kemakmuran ekonomi,
kesejahteraan sosial, kedaulatan negara.
kecemerlangan hub luar Kepentingan mengekalkan kedaulatan negara.
Kepentingan menghormati kepelbagaian budaya dan
agama bagi mengukuhkan perpaduan bangsa Malaysia.
Kepentingan menjiwai identiti negara.
ra

B2T5 : Perlembagaan Persekutuan


ja

Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen undang-undang bertulis yang menjadi teras pada sistem
pemerintahan negara. Perlembagaan digubal berasaskan undang-undang negeri Melayu yang sedia ada
Se

dan juga tambahan unsur baharu. Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai ciri tradisional dan
moden yang menjadikan perlembagaan di negara kita unik. Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa
seiring dengan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Selepas itu, perlembagaan dipinda bagi
ir

menyesuaikannya dengan keperluan semasa negara.


ah
M

6
KUASAI FAKTA [T4 & T5]
MahirSejarah@CikguAieni

B3T5 : Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi


Berparlimen
Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen berkait rapat dengan latar belakang sejarah
pemerintahan beraja di negara kita. Majlis Raja-Raja yang wujud seiring dengan pemerintahan beraja
menjadi sebahagian daripada institusi Raja Berperlembagaan dan mempunyai kedudukan dalam
pemerintahan. Sebagai Raja Berperlembagaan, kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan raja ditentukan
oleh Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Ciri demokrasi dan

i
en
pengasingan kuasa dilaksanakan pada peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui
sistem Demokrasi Berparlimen. Demokrasi Berparlimen di negara kita mempunyai keunikan kerana
dilaksanakan berdasarkan keperluan tempatan.

Ai
gu
Cik
h@
ra

B4T5 : Sistem Persekutuan


ja

Malaysia merupakan sebuah negara Persekutuan. Sistem Persekutuan di negara kita mempunyai latar
belakang sejarah yang tersendiri. Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah ditetapkan dalam
Se

Perlembagaan Persekutuan. Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri terjalin
dalam pelbagai bentuk memberikan manfaat kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.
Terdapat juga faktor tertentu yang mengukuhkan sistem Persekutuan di negara kita. Prinsip keluhuran
ir

perlembagaan dan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri telah mengukuhkan
sistem Persekutuan di negara kita.
ah
M

7
KUASAI FAKTA [T4 & T5]
MahirSejarah@CikguAieni

B5T5: Pembentukan Malaysia


Pembentukan Malaysia pada peringkat awalnya terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak,
Sabah dan Singapura. Pembentukan ini merupakan peristiwa penting dalam sejarah negara. Pembentukan
Malaysia menimbulkan pelbagai reaksi daripada penduduk tempatan dan negara jiran. Oleh itu, beberapa
langkah dibuat untuk menjayakan usaha pembentukan Malaysia termasuklah menangani konfrontasi.

i
en
Ai
gu
Cik
h@
ra

B6T5 : Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia


ja

Pembentukan Malaysia memberikan kesan besar terhadap proses pembinaan negara bangsa. Selepas
pembentukan Malaysia, negara menghadapi pelbagai cabaran. Antara cabaran utama termasuklah
Se

pemisahan Singapura, ancaman komunis, isu pembangunan dan ekonomi serta tragedi hubungan antara
kaum.
ir
ah
M

8
KUASAI FAKTA [T4 & T5]
MahirSejarah@CikguAieni

B7T5 : Membina Kesejahteraan Negara


Perpaduan kaum dan integrasi nasional merupakan unsur penting dalam membina kesejahteraan
negara. Unsur ini dipupuk melalui beberapa dasar pembangunan sosial yang merangkumi aspek
pendidikan, budaya, bahasa dan aktiviti sosial. Dasar ini termasuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan,
memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan perpaduan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan
dan sukan untuk perpaduan. Dasar ini diperkukuh lagi dengan pembentukan Rukun Negara sebagai

i
tonggak kesejahteraan negara.

en
Ai
gu
Cik
h@
B8T5 : Membina Kemakmuran Negara
ra

Pembangunan ekonomi diteruskan selepas pembentukan Malaysia demi kesejahteraan rakyat dan
ja

kemakmuran negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pula
diperkenalkan untuk meneruskan hasrat mencapai matlamat DEB. Pelaksanaan kedua-dua dasar ini
Se

melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun telah menghasilkan kejayaan dalam meningkatkan taraf
hidup rakyat dan membangunkan ekonomi negara.
ir
ah
M

9
KUASAI FAKTA [T4 & T5]
MahirSejarah@CikguAieni

B9T5 : Dasar Luar Malaysia


Dasar luar negara merupakan tindakan pihak kerajaan dalam menjalinkan hubungan dengan negara lain.
Malaysia mampu menyatakan pendirian berhubung dengan isu antarabangsa dan serantau yang
mempunyai kaitan dengan kedaulatan negara melalui dasar luar negara. Perkara yang dibincangkan
meliputi latar belakang dasar luar Malaysia serta asas penggubalan dasar luar dan cabaran untuk
mengukuhkan dasar luar Malaysia. Selain itu, perbincangan akan menyentuh pelibatan Malaysia dengan

i
pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti United Nations atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),

en
Komanwel, Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) atau Persatuan Negara-negara Asia
Tenggara, Non-Aligned Movement (NAM) atau Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak dan Organisation
of Islamic Cooperation (OIC) atau Pertubuhan Kerjasama Islam.

Ai
gu
Cik
h@
ra

B10T5 : Kecemerlangan Malaysia Di Persada Dunia


Malaysia memainkan peranan penting pada peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang. Pelibatan
ja

Malaysia dalam usaha membangkitkan isu global menyebabkan negara kita disegani oleh negara lain.
Pelibatan Malaysia dalam hubungan ekonomi antarabangsa, isu kemanusiaan dan keamanan serta
kelestarian global berjaya meletakkan Malaysia sama taraf dengan negara besar bagi memastikan
Se

keamanan dunia berkekalan. Pelibatan rakyat Malaysia dalam isu kemanusiaan dan keamanan serta sikap
kesukarelawanan yang tinggi turut menaikkan nama Malaysia di persada dunia. Usaha Malaysia ini
ir

pastinya berdasarkan pegangan bahawa dunia ini milik semua yang perlu dijaga sebagai satu warisan.
Perkara tersebut turut menjadi wawasan untuk Malaysia menuju kejayaan pada masa hadapan.
ah
M

10

You might also like