Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SEKOLAH RENDAH ISLAM UMMI (SeRU),

05350 ALOR SETAR.

KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
PERINGKAT SEKOLAH
2022

TEMA
KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA

TARIKH
21 OGOS 2022 – 1 SEPTEMBER 2022

ANJURAN
JAWATANKUASA PERAYAAN SEKOLAH
KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

1.0 PENGENALAN
“Keluarga Malaysia Teguh Bersama” dipilih sebagai tema hari kemerdekaan
pada tahun 2022. Tema ini dipilih bagi menghargai keprihatinan,
kesungguhan dan ketabahan semua warga Malaysia dalam menghadapi
cabaran dan dugaan yang ditempuhi sebagai satu keluarga yang sentiasa
teguh bersama. Sambutan hari kemerdekaan di peringkat sekolah juga akan
dilaksanakan mengikut konsep tema kemerdekaan pada tahun ini. Selaras
dengan itu, sambutan kemerdekaan peringkat sekolah diharapkan mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada seluruh warga sekolah.

2.0 MATLAMAT
Sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah diadakan untuk melahirkan
rasa patriotik, memupuk rasa cinta akan tanah air dan sentiasa berjiwa kental
dan bersemangat untuk sentiasa mempertahankan negara Malaysia. Justeru
itu, sambutan hari kemerdekaan di peringkat sekolah amat menggalakkan
penyertaan daripada seluruh warga sekolah untuk memberikan yang terbaik
bagi mencapai matlamat yang dirancang.

3.0 RASIONAL
Sebagai rasional, sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah akan
diadakan dengan melibatkan penyertaan daripada semua pelajar dalam
aktiviti dan pertandingan yang telah dirancang oleh ahli jawatankuasa
persatuan perayaan bersama dengan semua guru dan staf sokongan yang
terlibat.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Memupuk rasa cinta akan tanah air dalam kalangan murid-murid
disamping menghayati erti pengorbanan untuk mencapai kemerdekaan.
4.2 Memupuk rasa kasih dan sayang dalam kalangan murid-murid serta
seluruh warga sekolah.
4.3 Memupuk semangat berjiwa patriotik untuk belajar menghargai dan
memelihara kemakmuran negara.
5.0 SASARAN
Penglibatan semua murid dan guru serta seluruh warga Sekolah Rendah
Islam Ummi (SeRU).

6.0 PELAKSANAAN

TARIKH: 21 Ogos 2022 – 1 September 2022

Kemuncak sambutan hari kemerdekaan di sekolah adalah pada hari


KHAMIS iaitu bersamaan 1 September 2022.

7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI
ASNAZALIA BINTI MOHAMED

NAIB PENGERUSI
MASTURAH BINTI MOHD YUSOFF

SETIAUSAHA
MIMI IZZATY BINTI JAMAL

AHLI JAWATANKUASA
NUR SHATIRAH BINTI MOHD SALLEHUDIN
SITI AMINAH BINTI ABDUL MAJID
NOR ADILAH SAFFA BINTI ABDUL AZIZ
NOORWIZRATULSYIDA BINTI AB HAMID
JAWATANKUASA KERJA
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
PERINGKAT SEKOLAH
BIL. JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
1. Persiapan Tempat 1. Memastikan persiapan dewan
1. Semua guru dilaksanakan dengan baik dan teratur.

2. Pengacara Majlis 1. Mengacarakan majlis kemuncak


1. Shatirah sambutan hari kemerdekaan pada hari
khamis (1 September 2022).
3. Publisiti 1. Menyediakan maklumat tentang
1. Aminah sambutan hari kemerdekaan.
2. Saffa 2. Menyampaikan maklumat kepada
3. Salwa seluruh warga sekolah tentang
4. Shuhada Saad sambutan hari kemerdekaan dan
aktiviti yang akan dilaksanakan.
4. Siaraya 1. Menyediakan PA sistem untuk
1. Ilham sambutan hari kemerdekaan.
2. Menyediakan softcopy poster/Power
Point sambutan hari kemerdekaan.
3. Mengendalikan komputer sepanjang
majlis (tayangan video).
5. Bacaan Doa 1. Membaca doa perasmian.
1. Asyraf
6. Dokumentasi 1. Mengambil gambar dan video
1. Syaza sepanjang acara/majlis berlangsung.
2. Memasukkan gambar/video dalam
laman Facebook rasmi sekolah.
7. Kawalan Murid 1. Memastikan murid berada dalam
1. Zamree keadaan yang baik sebelum, semasa,
2. Azri selepas acara berlangsung.
3. Asyraf 2. Memastikan majlis berjalan dengan
4. Afiqah Haziyah lancar.
5. Asfuriyah
6. Asma
8. Hadiah 1. Menyediakan dan menyampaikan
1. Saffa hadiah untuk para pemenang.
2. Aminah
AKTIVITI DAN PERTANDINGAN SERTA JAWATANKUASA

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

PERINGKAT SEKOLAH

KATEGORI TERBUKA
Sasaran : murid tahap 1 dan tahap 2.

BIL. AKTIVITI TINDAKAN JURI


1. Pertandingan kelas patriotik 1. Mimi 1. Asnazalia
Pelaksanaan : 21 Ogos 2022 – 29 Ogos 2022 2. Azri
3. Annisa
2. Pertandingan pantun/sajak kemerdekaan 1. Hasmah 1. Shatirah
(dalam bentuk video) 2. Syaza 2. Nadiah
Pelaksanaan : 21 Ogos 2022 – 29 Ogos 2022 3. Afifah
3. Pertandingan pakaian tradisional keluarga 1. Afiqah Razi 1. Siti Minah
Malaysia 2. Asyraf 2. Afiqah
Pelaksanaan : Khamis (1 September 2022) Razi
3. Asyraf

KATEGORI TAHAP 1
Sasaran : murid tahun 1, 2 dan 3.

BIL. AKTIVITI TINDAKAN JURI


1. Pertandingan mencipta monumen 1. Asma 1. Hasaniah
Pelaksanaan : 21 Ogos 2022 – 29 Ogos 2022 2. Bushra
3. Asma
2. Pertandingan teka silang kata 1. Mimi 2. Aminah
Pelaksanaan : Khamis (1 September 2022)

KATEGORI TAHAP 2
Sasaran : murid tahun 4, 5 dan 6.

BIL. AKTIVITI TINDAKAN JURI


1. Pertandingan menghasilkan buku skrap tentang 1. Hasaniah 1. Fitriah
sejarah atau tokoh kemerdekaan 2. Sarah
Pelaksanaan : 21 Ogos 2022 – 29 Ogos 2022
2. Pertandingan mencipta bendera Malaysia 1. Syahidah 1. Syahidah
(menggunakan bahan-bahan terpakai)
Pelaksanaan : 21 Ogos 2022 – 29 Ogos 2022
3. Pertandingan melukis poster 1. Shatirah 1. Nasyitah
Pelaksanaan : Khamis (1 September 2022) 2. Adilah
ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH


1. Pertandingan kelas patriotik
PERTAMA RM60.00 x 1 RM60.00
KEDUA RM50.00 x 1 RM50.00
KETIGA RM40.00 x 1 RM40.00
RM150.00
2. Pertandingan pantun/sajak kemerdekaan
PERTAMA RM10.00 X 2 RM20.00
KEDUA RM8.00 X 2 RM16.00
KETIGA RM6.00 X 2 RM12.00
SAGUHATI RM5.00 X 5 RM25.00 RM73.00
3. Pertandingan pakaian tradisional
PERTAMA RM15.00 X 2 RM30.00
KEDUA RM12.00 X 2 RM24.00
KETIGA RM10.00 X 2 RM20.00
RM74.00
4. Pertandingan mencipta monumen
PERTAMA RM15.00 X 1 RM15.00
KEDUA RM12.00 X 1 RM12.00
KETIGA RM10.00 X 1 RM10.00
SAGUHATI RM5.00 X 5 RM25.00
RM62.00
5. Pertandingan teka silang kata
PERTAMA RM2.40 X 8 RM19.20
KEDUA RM2.40 X 8 RM19.20
KETIGA RM2.40 X 8 RM19.20
RM57.60
6. Pertandingan menghasilkan buku skrap
PERTAMA RM10.00 X 1 RM10.00
KEDUA RM8.00 X 1 RM8.00
KETIGA RM6.00 X 1 RM6.00
SAGUHATI RM2.40 X 5 RM12.00
RM36.00
7. Pertandingan mencipta bendera Malaysia
PERTAMA RM15.00 X 1 RM15.00
KEDUA RM12.00 X 1 RM12.00
KETIGA RM10.00 X 1 RM10.00
SAGUHATI RM5.00 X 5 RM25.00
RM62.00
8. Pertandingan melukis poster
PERTAMA RM15.00 X 1 RM15.00
KEDUA RM12.00 X 1 RM12.00
KETIGA RM10.00 X 1 RM10.00
RM37.00
9. LAIN-LAIN RM50 RM50

JUMLAH RM601.60

SUMBER PENDAPATAN

BIL. PERKARA PENDAPATAN JUMLAH


1. PIBG RM601.60 RM601.60

JUMLAH RM601.60

TENTATIF HARI KEMUNCAK SAMBUTAN KEMERDEKAAN

TARIKH : 1 September 2022


HARI : Khamis
MASA : 8:00 AM – 1:00 PM

8:00 AM : Murid masuk ke kelas masing-masing


8:30 AM : Pertandingan teka silang kata (murid tahap 1)
: Pertandingan melukis poster (murid tahap 2)
9:30 AM : Rehat murid tahap 1
10:00 AM : Rehat murid tahap 2
: Murid tahap 1 bergerak masuk ke dalam dewan
: Tayangan video kemerdekaan
10:20 AM : Murid tahap 2 bergerak masuk ke dalam dewan
10:30 AM : Kata aluan pengerusi majlis
10:45 AM : Ucapan guru besar
11:15 AM : Pertunjukan fesyen pakaian tradisional
11:45 AM : Tayangan video pantun dan sajak kemerdekaan
12:15 PM : Penyampaian hadiah
1:00 PM : Bersurai

PENUTUP
Diharapkan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah dapat memupuk
perasaan cinta akan negara dalam kalangan murid-murid, guru-guru serta semua
warga sekolah. Justeru dapat melahirkan rakyat Malaysia yang sentiasa berjiwa
patriotik dan membentuk sebuah keluarga Malaysia yang teguh bersama. Selain
itu, diharapkan sambutan ini memberi peluang kepada murid-murid untuk
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang akan diadakan dan memperoleh ilmu
pengetahuan tentang hari kemerdekaan. Semoga sambutan hari kemerdekaan
peringkat sekolah ini berjalan dengan lancar.

Disediakan oleh,

(MIMI IZZATY BINTI JAMAL)

Disemak oleh,

(MASTURAH BINTI MOHD YUSOFF)

Disahkan oleh,

(ASNAZALIA BINTI MOHAMED)

You might also like