Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN INDAH

JALAN PANDAN ILMU, PANDAN INDAH, 55100 AMPANG KUALA LUMPUR

LAPORAN AKHIR TAHUN


UNIT KELAB REKA BENTUK DAN
TEKNOLOGI
2021

DISEDIAKAN OLEH :
PN HASRINI BINTI ABDUL RAZAB@ AB AZIZ
SETIAUSAHA KELAB REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

UNIT KELAB DAN PERSATUAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


SK PANDAN INDAH, AMPANG, SELANGOR
PENGENALAN

Unit Kelab Reka Bentuk dan Teknologi, SK Pandan Indah telah melaksanakan
pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan menarik bagi mencungkil bakat serta
melahirkan murid yang boleh berkarya dalam menghasilkan produk yang mudah dan
bermakna. Selain itu, murid yang mengikuti Kelab Reka Bentuk dan Teknologi akan
lebih terdedah kepada aspek mereka bentuk dan menggunakan bahan serta
teknologi semasa menghasilkan projek.

OBJEKTIF

Kelab dan Persatuan Reka Bentuk dan Teknologi di sekolah rendah bertujuan untuk
membolehkan murid menjana pemikiran kritis, kreatif , inovatif dan berdaya usaha
dalam merekabentuk dan menghasilkan produk yang berkualiti dalam kemahiran
teknologi, kecenderungan mereka cipta dan semangat keusahawanan. Selain itu,
kemahiran asas tersebut juga akan melahirkan murid yang berkemahiran
menjanakan idea untuk menyelesaikan masalah.

KEAHLIAN

Kelab dan Persatuan Reka Bentuk dan Teknologi ini diterajui sepenuhnya oleh Ahli
Jawatankuasa yang terpilih seperti yang termeterai dalam Mesyuarat Agung
Persatuan dan Kelab. Ahli – ahli jawatankuasa seperti berikut :

Penasihat : Pn Rohaya bt Md Said

Pengerusi : En Azede bin Kabiran

Naib Pengerusi : Pn Norhaslinda bt Harabayni

Ketua Kelab : En Mohd Imran bin Mohd Isa

Pen. Ketua Kelab : Pn Maryana bt Abdul Rahman

Setiausaha : Pn Hasrini bt Abdul Razab @ Ab Aziz

Ahli Jawatankuasa : Pn Irna Hanis Sofia bt Ismail

Pn Syuhada bt Abdul Aziz

Pn Sharifah Nor Hasni bt T. Dalam

Pn Nurul Asilah bt Tarmidzi


AHLI JAWATANKUASA
KELAB REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
SK PANDAN INDAH

PENGERUSI : JAZNOR ADZFAR BIN JASLI

NAIB PENGERUSI : NUR FASHA ARIYANA BINTI HERMAN

SETIAUSAHA : NUR QALESYA BINTI MOHAMAD JAMBARI

NAIB SETIAUSAHA: VISHALLAN A/L MURALY

BENDAHARI : NUR SYAKIRAH BALQIS BT MOHD SHAHRIN

AJK : NORAZIZI ZHARIF BIN NORAMI

AJK : NURUL SYAFIKAH BINTI HAPIT

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2021. Antara aktiviti yang
dijalankan adalah seperti berikut :

BI TARIKH AKTIVITI TINDAKAN


L
1 24.02.2021 Menghias Buku Log “ Kelab dan Semua AJK GURU dan
Persatuan “ Murid
2 03.03.2021 Faedah Aktiviti Kokurikulum Semua AJK GURU dan
Murid
3 10.03.2021 Pertandingan Mewarna Semua AJK GURU dan
Murid
4 17.03.2021 Pertandingan Melukis Poster/Khat Semua AJK GURU dan
Sempena Israk Mikraj ( murid islam Murid
sahaja),Poster Nilai -Nilai Murni (murid
moral sahaja)
5 08.09.2021 Menulis resepi Semua AJK GURU dan
Murid

KEKANGAN
Terdapat beberapa kekangan ketika aktiviti kelab dijalankan serta menghalang ahli
kelab untuk bergerak secara lebih aktif. Antaranya adalah seperti berikut :

1. Kekurangan bahan dan peralatan semasa melaksanakan aktiviti Kelab


Reka Bentuk dan Teknologi kerana disebabkan pkp yang menyukarkan
murid untuk keluar mencari bahan.
2. Masa yang diperuntukkan semasa aktiviti dijalankan adalah singkat untuk
ahli menyiapkan hasil tangan mereka.
3. Tenaga guru untuk membimbing murid juga terbatas disebabkan pkp yang
mana guru dan murid berada di kediaman masing masing.
4. Faktor masalah jaringan internet dan tidak mempunyai laptop serta peranti
yang bersesuaian menyebabkan sebahagian murid tidak terlibat dalam
aktiviti setiap minggu.

PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa penambaikan yang boleh dilaksanakan agar aktiviti Kelab Reka
Bentuk dan Teknologi dengan lebih lancar dan berjaya. Antaranya ialah :
1. Melaksanakan aktiviti yang ringkas tetapi menarik supaya ahli kelab
dapat menyiapkan pada masa yang ditetapkan.
2. Murid -murid didapati lebih seronok kerana mengunakan contoh video
yang menarik yang menjadikan mereka lebih tertarik dan gembira
menyiapkan aktiviti.

PENUTUP

Akhir sekali, diharapkan Kelab Reka Bentuk dan Teknologi ini dapat dijalankan
dengan lebih aktif lagi di masa hadapan dalam semua aspek mahupun bidang untuk
mewujudkan pengalaman baru kepada murid. Selain itu juga, murid melakukan
secara aktif pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran praktis yang boleh
digunakan dalam kehidupan seharian. Hal ini sekaligus dapat memantapkan lagi
Kelab Reka Bentuk dan Teknologi. Kerjasama dan sokongan daripada pelbagai
pihak amat diperlukan untuk menjayakan sebarang aktiviti.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

------------------------------------ ---------------------------------------
(PN.HASRINI BT ABDUL RAZAB) (EN MOHD IMRAN BIN MOHD ISA)
Setiausaha Kelab RBT Ketua Kelab RBT

You might also like