Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PROJEK PONDOK BACAAN DAN RUANG LEGAR


TABIKA PERPADUAN PEKAN GEMENCHEH
SERTA TURUT MENJADI PUSAT AKTIVITI
RUKUN TETANGGA PEKAN GEMENCHEH LAMA

KERTAS KERJA PROJEK PONDOK BACAAN & RUANG LEGAR


TABIKA PERPADUAN PEKAN GEMENCHEH & PUSAT AKTIVITI
RUKUN TETANGGA PEKAN GEMENCHEH LAMA
-------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan
Krt Pekan Gemencheh Lama dengan usaha sama Tabika Perpaduan Pekan Gemencheh ingin
melaksanakan satu projek Pondok Bacaan & Ruang Legar di Perkarangan Pusat Aktiviti Rukun
Tetangga Pekan Gemencheh Lama.Projek ini adalah bertujuan untuk digunakan oleh anak-anak
Tabika Perpaduan bagi tujuan PDPC.
Selain itu juga ahli-ahli Rukun Tetangga dapat menggunakan pondok ini semasa berada di
lokasi ini. Ini kerana tempat ini adalah lokasi berkumpulnya ahli-ahli Kelab Rukun Tertangga
untuk sebarang aktiviti termasukkan rondaan malam.
Keaktifan ahli-ahli dan jawatankuasa Tabika menjalankan pelbagai aktiviti bagi
meningkatkan kesedaran masyarakat tentang perlunya keselesaan kawasan rehat perlu
dimantapkan lagi. Sehubungan itu, projek ini akan mengimarahkan lagi kawasan prsekitaran
Tabika dan pusat aktiviti untuk menjalankan aktiviti nanti.

2. Tarikh ,masa dan tempat


Tarikh : Bulan Ogos-Oktober
Tempat : Perkarangan Tabika Perpaduan/pusat aktiviti KRT

3. Objektif
1. Mengeratkan silatulrahim antara ibu bapa murid serta ahli Kelab Rukun Tertangga semasa
aktiviti dilaksanakan
2. Menambahkan kemudahan ruang rehat murid dan ahli kelab untuk lebih kondusif.

4. Kumpulan Sasaran
Ahli-ahli komuniti setempat dan anak-anak Tabika

5. Kaedah pelaksanaan
a. Memohon sumbangan daripada orang perseorangan, pemimpin masyarakat dan ahli-ahli
korporat kerana kami sangat percaya bahawa di bawah tanggungjawab sosial yang
dimainkan oleh syarikat-syarikat ini, mampu meringankan dan merealisasikan impian
kami.

b. Memohon bantuan sumbangan tenaga pekerja daripada ahli-ahli Kelab Rukun Tertangga,
ibu bapa dan badan-badan beruniform seperti Bomba dan Pertahanan Awam.

6. Mesej Utama
a. Mengindahkan kawasan persekitaran Tabika dgn pondok bacaan
yang lengkap
b. memberi kemudahan untuk ahli komuniti yang ingin beristirehat
c. Menambahkan ilmu pengetahuan kepada pengguna

7. Anggaran perbelanjaan

1. Cat dan keperluan - RM 1000.00


2. Rumput Kapet Hijau
15x15 kaki - RM 1000.00
3. Bidai kalis air
6’X6’ X 6 set X 150.00 - RM 900.00
4. Bunga Hiasan
Set daun pisang 160X4 - RM 640.00

JUMLAH KESELURUHAN - RM 3540.00

8. Maklumat Bank

Nama Bank : Malayan Banking Berhad (cawangan Gemencheh)

No Akaun Bank : 505091633911

Nama Akaun : JKK Rukuntetangga Pekan Gemencheh Lama

9. Penutup

Diharapkan dengan sumbangan anda, maka projek ini dapat direalisasikan untuk
manfaat anak-anak Tadika Perpaduan, Ahli-Ahli Kelab Rukun Tetangga, ibu bapa serta
komuniti setempat memandangkan lokasi kami berada di tengah-tengah taman perumahan
dan taman permainan yang menjadi tumpuan ramai.

Pihak kami juga merakamkan jutaan terima kasih atas keprihatian anda dalam
membantu kami. Segala jasa baik anda, sangatlah kami hargai.

Disediakan oleh :

Fazleyaty bt Hj Arifin
Setiausaha
Krt Pekan Gemencheh lama
Lampiran 1 : Penyata Bank Kelab Rukun Tetangga
Lampiran 2 : Gambar lokasi cadangan pembinaan

You might also like