Percubaan UPSR Sarawak BM Pemahaman 2019

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Soalan 1 hingga 14

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “_________________ tidak pernah melihat kamu sebelum ini. Kamu murid baharu?”
tanya Rajesh kepada Sulaiman.
A. Aku C. Kami
B. Saya D. Kita

2. Zuraidah berasa ______________ kerana keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian


Sekolah Rendah akan diumumkan pada minggu hadapan.
A. marah C. bimbang
B. keliru D. kecewa

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Izwan menunjukkan se ____________ rantai yang ditemuinya di tepi padang


permainan.
A. Buah C. lembar
B. urat D. untai

4. Suasana ___________ di dalam stadium tiba-tiba senyap apabila penyair itu


mendeklamasikan sajaknya.
A. huru-hara C. kucar-kacir
B. kacau-bilau D. hiruk-pikuk

5. _________________, kasihan betul nasib pak cik yang berpakaian compang-camping


itu!
A. Wah C. Aduhai
B. Aduh D. Wahai

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Pak Jamal _____________ kambingnya pada sebatang pokok agar tidak terlepas lagi.
A. melilit C. mengikat
B. menambat D. membelit

7. Hukuman yang lebih berat akan dikenakan atas _____________ memberikan rasuah
kepada penjawat awam.
A. kesalahan C. kesilapan
B. kecuaian D. kelalaian

8. Sesiapa yang berminat untuk menjayakan teater muzikal terbaharu arahan pengarah
muda itu perlu menjalani _____________ terlebih dahulu.
A. uji kaji C. temu janji
B. uji bakat D. temu ramah

9. Dia mendapat jawatan itu kerana kelulusannya baik. _______________, dia mahir
menggunakan komputer.
A. Malahan C. Tambahan pula
B. Sebaliknya D. Sehubungan dengan itu

10. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.

Mengapakah mesyuarat antara penduduk di kawasan itu perlu disegerakan?

A. Mesyuarat itu akan diadakan pada malam ini.


B. Mesyuarat itu melibatkan kaum lelaki sahaja.
C. Mereka telah mencapai kata sepakat setelah bermesyuarat semalam.
D. Mereka ingin membincangkan masalah pecah rumah yang berleluasa sekarang.
11. Bakul itu hasil daripada _____________ orang buta yang tinggal di rumah kebajikan
itu.
A. bekas tangan C. wang saku
B. buah tangan D. sagu hati

12. Cikgu Khusairy mendesak Fauzan supaya menceritakan perkara sebenar kes buli yang
berlaku kepadanya.

Pilih perkataan sinonim bagi mendesak.


A. merayu C. memaksa
B. merungut D. menyuruh

13. “Tolong kutip sampah yang bertaburan itu,” kata Cikgu Razman kepada murid-
muridnya.

Pilih perkataan antonim bagi kutip.

A. angkat C. pungut
B. buang D. campak

14. ______________ orang murid sekolah itu mengalami muntah selepas makan
makanan yang dijual di gerai berhampiran sekolah.
A. Setiap C. Beberapa
B. Setengah D. Sebilangan
15. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

“Saya mendapat tawaran ke MRSM kerana kecemerlangan saya dalam bidang


kurikulum dan kokurikulum,” kata Jessica.

A. Jessica menerangkan bahawa dia memohon ke MRSM kerana


kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
B. Jessica memberitahu bahawa dia mendapat tawaran ke MRSM kerana
kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
C. Jessica menyatakan bahawa dia setuju ke MRSM kerana kecemerlangannya
dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
D. Jessica mendapat tahu bahawa dia mendapat tawaran ke MRSM kerana
kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

16. Pilih ayat yang mengunakan perkataan bergaris dengan betul.


I. Humairah mengacau air kopi yang dibancuh sebelum meminumnya.
II. Bunyi bising jentera berat itu mengacau ketenteraman hidup penduduk.
III. Ayah tidak dapat tidur kerana fikirannya mengacau teringatkan kerja yang
belum selesai.
IV. Johari telah mengacau masa yang ada dengan melakukan perkara yang tidak
berfaedah.
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan surat di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Amirul bin Rashid,


No. 7, Jalan DBI 4,
Desa Bukit Indah,
47000 Selayang,
Selangor.

18 April 2019.
Menemui Saudara Syafik yang kini berada di Tuaran, Sabah. Semoga saudara dalam keadaan
sihat sejahtera.

Saudara,
Surat saudara bertarikh 20 Mac 2019 telah saya terima. Terima kasih saya ucapkan.
Namun begitu, saya memohon maaf kerana kelewatan membalas surat saudara. Sebenarnya
sudah lama saya menerima surat saudara, iaitu lima hari selepas surat itu ditulis. Pada minggu
itu, saya terlalu sibuk dengan ujian bulanan. Kemudian, saya terlibat dengan program
motivasi yang dijalankan di pusat rekreasi Pantai Morib, Sepang, Selangor.
Motivasi UPSR yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah saya
merupakan satu daripada pelbagai usaha pihak sekolah untuk menarik minat dan memberi
galakan kepada murid-murid supaya belajar bersungguh-sungguh agar mencapai
kecemerlangan dalam akademik. Seramai 130 orang calon UPSR dan 18 orang guru terlibat
dengan program tersebut.
Saya sungguh tertarik dengan Kempen Menabung Syiling Lima Sen yang dilancarkan
oleh sekolah saudara. Bukan itu sahaja, langkah pihak sekolah saudara yang menggalakkan
murid-murid membawa bekalan makanan ke sekolah juga telah menyebabkan saya terdorong
untuk berbuat demikian. Langkah itu patut kitateladani kerana dapat melatih kita
mengamalkan cara hidup berjimat cermat.
Untuk pengetahuan saudara, kampung saya telah dikunjungi oleh 25 orang mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka menjalankan Projek Khidmat Masyarakat selama
dua minggu. Saya rasa bertuah kerana mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman semasa
terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang mereka jalankan. Ini menambahkan semangat saya untuk
mengikut jejak langkah mereka ke menara gading. Program tersebut berakhir pada 25 Mac
2019.
Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan untuk tatapan saudara. Sehingga kita
berjumpa lagi. Salam mesra kepada saudara sekeluarga.

Sahabatmu,
Amirul

17. Apakah aktiviti yang dijalankan di sekolah Syafik?


A. Program Motivasi UPSR
B. Program Khidmat Masyarakat
C. Kempen Menabung Syiling Lima Sen
D. Kempen Menabung

18. Mengapakah Amirul memohon maaf daripada sahabatnya itu?


A. Tidak membalas surat Syafik.
B. Terlalu lama menyimpan surat Syafik.
C. Tidak bertanya khabar tentang rakannya itu.
D. Agak lambat membalas surat Syafik.

19. Semua pernyataan berikut adalah benar tentang isi surat tersebut kecuali
A. Amirul bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
B. Amirul menyokong langkah berjimat cermat membawa bekalan ke sekolah.
C. Semua peserta menaiki bas semasa mengikuti program motivasi.
D. Amirul menyokong Program Khidmat Masyarakat.

20. Dalam petikan, menara gading bermaksud _________________.


A. maktab
B. universiti
C. madrasah
D. kolej
BAHAGIAN B
(30 markah)

Soalan 21(a)
Garis jawapan yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

i. Pak Cik Rahim begitu (bermati-mati, bersungguh-sungguh, beria-ria) mengerjakan


tanaman sayur organik di tanah lapang di belakang rumahnya itu.

ii. Encik Kamarul (bolak-balik, kacau-bilau, mundar-mandir) di luar bilik temu duga
itu ketika menunggu gilirannya untuk dipanggil oleh panel penemu duga.
(2 markah)

Soalan 21(b)
Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

(i) ______________ jumlah itik yang


kamu ternak di dalam reban itu? Bagaimanakah
______________ keadaan datuk kamu
(ii) yang sedang dirawat di hospital? (3 markah)
(iii) ______________ yang kamu berdua Siapakah
bincangkan sejak dari tadi?
(iv) ______________ johan pertandingan
Pidato Piala Ketua Menteri itu? Soalan 21 Apakah
(c)
Tandakan betul (√ ) bagi kata ganti diri yang sesuai. Berapakah
i. Dalam cerita dongeng itu, Si Tanggang telah bertukar menjadi batu kerana
____________ biadap dan menderhaka kepada ibunya.

beliau ( ) dia ( ) kamu ( )

ii. Sultan Alaudin telah mangkat akibat gering. ____________ akan dimakamkan
dengan penuh adat istiadat.

Beta ( ) Baginda ( ) Beliau ( )

iii. Lim Seng dan Radhi bersahabat baik dengan Azhar semenjak ______________
kecil lagi.

kami ( ) kalian ( ) mereka ( )


(3 markah)

Soalan 22 (a)
Nyatakan betul atau salah bagi ayat-ayat dibawah.
Contoh:
Majlis perkahwinan anak Datuk Shukri berlangsung dalam betul
suasana yang gilang-gemilang.

i. Nenek tidak dapat mendengar dengan jelas kerana


lelangit telinganya telah rosak.

ii. Kakak membuang angkut-angkut pada dinding


rumahnya.

iii. Danial tersipu-sipu kerana tidak dapat menjawab


soalan yang diberikan oleh gurunya dengan betul.
Soalan 22 (b)
Tuliskan kata adjektif yang sesuai berdasarkan gambar. (3 markah)
Budak itu berlari dengan __________________ untuk mengelakkan diri daripada ditanduk
oleh kerbau.
(1 markah)
Soalan 23 (a)
Cerakinkan ayat majmuk kepada ayat tunggal.

Murid Tahun Enam Cempaka menaiki bas mini manakala murid Tahun Enam Melur menaiki
bas sekolah.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
(2 markah)

Soalan 23 (b)
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah ini.

ialah atau kepada dengan


dan pada untuk apabila
Masa lapang tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja. Kita boleh mengisi masa lapang

__________________ aktiviti membaca. Melalui pembacaan, kita akan memperoleh pelbagai

ilmu, maklumat, ________________ pengalaman baharu. Selain itu, bersukan merupakan

satu aktiviti yang dapat mengisi masa lapang secara bermanfaat. Badan kita juga akan

menjadi semakin sihat ____________________ kita bersukan. Bermain bola sepak, hoki,

bola baling, dan sebagainya adalah beberapa contoh permainan yang boleh kita amalkan

________________ waktu lapang.

(4 markah)

Soalan 24
Teliti iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PERTANDINGAN MENGARANG
BERSEMPENA DENGAN BULAN PATRIOTIK

Anjuran
Pusat Sumber Sekolah dan Panitia Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Bandar Permai Cepat! Cepat!
Serlahkan
bakat anda.
Syarat-syarat penyertaan :
 Terbuka kepada semua murid tahap dua.
 Panjang karangan adalah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
 Tajuk karangan hendaklah bertemakan semangat patriotik.
 Karya hendaklah asli.

Borang penyertaan boleh didapati di Pusat Sumber Sekolah


pada 30 Julai 2019 dan dihantar bersama-sama karangan yang telah siap pada
atau sebelum 25 Ogos 2019.

Hadiah-hadiah menarik disediakan untuk setiap peserta.


Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan.

(a) Tarikh tutup pertandingan mengarang adalah pada __________________


(1 markah)

(b) Siapakah yang layak menyertai pertandingan mengarang tersebut?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(2 markah)
(c) Pada pendapat kamu, mengapakah pertandingan mengarang tersebut diadakan?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(3 markah)

Soalan 25
Baca surat kiriman di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat yang lengkap.

Zakiah binti Anas,


21, Kampung Asam Jawa,
Pendang,
06700 Kedah.

16 Jun 2019.

Menemui Kakanda Norlia yang berada di Seremban. Semoga kakanda sentiasa sihat
dan gembira di samping keluarga tercinta. Kami di kampung amat merindui kakanda.
Bagaimana dengan pekerjaan kakanda yang baharu? Adinda berharap agar kakanda
dapat menyesuaikan diri di tempat tersebut.

Kakanda,
Di kampung kita, musim durian baru sahaja bermula. Oleh itu, adinda dan
Faridah akan pergi ke rumah kakanda pada cuti sekolah minggu depan untuk
menghantar buah durian. Adinda berharap agar kakanda tidak pergi ke mana-mana
pada musim cuti sekolah nanti. Adinda juga berharap agar kakanda tidak keberatan
untuk menunggu kami di perhentian teksi.

Akhir kata, sambutlah salam kasih mesra daripada adinda dan seisi keluarga di
kampung. Sekian, terima kasih.

Adindamu
Zakiah
(a) Zakiah dan Faridah akan pergi ke Seremban dengan menaiki
_______________________ .
(1 markah)

(b) Nyatakan BETUL bagi pernyataan yang betul dan SALAH bagi pernyataan yang
salah.

Zakiah dan Fatimah akan bercuti ke Kedah.


Norlia menunggu adiknya di perhentian teksi.
Tujuan Zakiah menulis surat adalah untuk bertanya khabar.

(2 markah)

(c) Pada pendapat kamu, bagaimanakah kita dapat menjalinkan hubungan yang erat
dan mesra dengan saudara-mara?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(3 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like