Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Pengenalan

Kualiti udara di Malaysia dipantau secara berterusan dan manual untuk mengesan
sebarang perubahan di udara sekitar status kualiti yang boleh membahayakan kesihatan
manusia dan alam sekitar (Jabatan Alam Sekitar, 2020). Kualiti udara dapat dihuraikan
melalui Indeks Pencemaran Udara (IPU) dimana ia menunjukkan status kualiti udara di
stesen terpilih di negara kita seperti Cheras, Kuala Lumpur, Larkin, Johor Bahru, Bandaraya
Melaka, Kemaman, Kuala Terengganu dan sebagainya (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2014).
Namun walaubagaimanapun, kualiti udara seringkali mengalami masalah pencemaran udara
yang semakin merosot sesetengah kawasan di negara kita. Penggunaan Indeks Pencemaran
Udara (IPU) salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan
pengukuran kuantiti zarah halus berbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida,
nitrogen dioksida dan ozon.

Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara di


Malaysia. Faktor pertama adalah aktiviti perindustrian dan pembangunan. Perkembangan
ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan
juga getah. Namun kadar pengeluaran barang perindustrian yang kian meningkat telah
menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik,
bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza.
Sebagai contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai
kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur,manakala kilang penapis minyak
mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Bukan itu sahaja,
Habuk, asap kenderaan mahu pun serbuk halus daripada pembakaran terbuka mengganggu
kesihatan. Individu paling teruk terjejas kesan daripada pencemaran udara ini adalah mereka
yang menghidap masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan, terutama pesakit asma.
Walhal, pencemaran secara berterusan memang mendatangkan kesan buruk kepada semua
individu.
Definisi

Udara ialah campuran beberapa jenis gas. Udara bukanlah sebatian kerana gas-gas di
dalamnya tidak berpadu secara kimia dan boleh dipisahkan secara fizikal. Gas-gas dalam
udara terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, 0.03% karbon dioksida,
0.97% gas nadir, habuk, mikroorganisma. Menurut Gabriel (2001), udara adalah campuran
dari pelbagai gas secara mekanisma yang terdiri daripada pelbagai gas dalam kadar yang
tetap pada permukaan bumi kecuali gas metana, ammonia, hydrogen sulfida, karbon
monoksida dan nitrosida. Udara terdiri dari tiga unsur utama iaitu udara kering, wap air dan
aerosol. Kandungan udara kering adalah 78 % nitrogen, 20 % oksigen, 0.93 % argon, 0.03 %
karbon dioksida, 0.003 % gas-gas lain seperti neon, helium, metana, krypton, hydrogen,
xenon, ozon dan radon. Udara juga merupakan ruang atmosfera yang berfungsi sangat
penting bagi kehidupan manusia. Dalam udara terdapat gas oksigen untuk bernafasm karbon
dioksida untuk proses fotosintesis oleh klorofil daun dan ozon pula bagi menahan sinar
ultraviolet.

Konsep kualiti udara merujuk kepada kewujudan serta tahap kebersihan udara yang
berada di permukaan udara. Kualiti udara ini juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu
dalaman dan luaran. Dalaman seperti tahap kualiti udara di pejabat, rumah, bangunan, kilang
dan lain-lain. Manakala, kualiti udara luaran merujuk kepada menyeluruh iaitu di permukaan
bumi, udara mahupun atmosfera. Semua ini diambil kira dalam mengetahui sejauh mana
tahapnya sama ada menyihatkan atau memberi kesan yang buruk. Kualiti udara ini juga
dipengaruhi oleh kelembapan, kulat, bakteria, suhu, pendedahan akibat bahan kimia & lain-
lain lagi. Jika di Malaysia, tahap kualiti udara ini dikawal atau dijaga oleh Jabatan Alam
Sekitar (JAS). Jabatan ini mempunyai kepentingan didalam menjaga kualiti udara yang bersih
seperti menetapkan garis panduan pematuhan kepekatan pencemar di udara serta undang-
undang yang digunakan

Seterusnya, antara faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti udara termasuklah


lokasi, bahan cemar udara, pembakaran terbuka, kegiatan industri, pengangkutan, letusan
gunung berapi, lambakan sampah sarap dan penebangan hutan secara terbuka. Antara
pencemaran yang boleh menjejaskan tahap kualiti udara termasuklah kejadian jerebu.
Kejadian jerebu di Malaysia ini biasanya berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka
terutamanya dari negara jiran iaitu Sumatera, Indonesia. Hal ini demikian kerana, tiupan
angin jerebu daripada sana akan membawa zarah-zarah yang terampai tersebut ke ruang
udara Malaysia. Ekoran daripada itu, pernah di Malaysia tahap kualiti udara atau Indeks
Pencemaran udara berada pada tahap yang teruk sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan
darurat. Sebagai contoh, pada bulan September 2019, Kuala Terengganu telah dilanda jerebu
kerana Kuala Terengganu telah mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sana
mencapai paras yang berbahaya iaitu pada IPU 163 diikuti Paka (137) dan Kuala Terengganu
(128) (Berita Harian, 2019). Di samping itu juga, tahap kualiti udara yang teruk dan tidak
sihat juga sememangnya memberi kesan kepada kesihatan termasuklah alahan, asma, pening,
sakit kepala dan batuk teruk. Kesan daripada masalah kesihatan ini boleh menyebabkan
peratus penyakit di Malaysia akan meningkat.
Perbandingan Kualiti Udara Antara Negeri Terengganu, Pahang dan Selangor

Bahagian ini akan memfokuskan kualiti udara di negeri Terengganu dan perbandingan kualiti
udara di antara negeri Teregganu dengan Pahang dan kualiti udara di antara negeri
Terengganu dan Selangor. Terengganu merupakan negeri yang terletak di kawasan Pantai
Timur Semenanjung Malaysia. Terdapat empat stesen pemantauan yang berada di sekitar
negeri Terengganu. Setiap stesen pemantauan berada di kawasan yang berbeza dan strategik
iaitu di kawasan-kawasan bandar, sub bandar, luar bandar dan kawasan perindustrian yang
dikendalikan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air.
Rajah 1 menunjukkan peta lokasi stesen kualiti udara yang berada di sekitar negeri
Terengganu, Pahang, dan Selangor. Dalam perbincangan ini, hanya tiga kawasan yang dipilih
bagi setiap negeri iaitu stesen di Kemaman, Paka, dan Kuala Terengganu di negeri
Terengganu, stesen Jerantut, Indera Mahkota Kuantan, dan Temerloh di negeri Pahang, dan
Pelabuhan Klang, Shah Alam, dan Petaling di Selangor seperti pada Jadual 1.

Semenanjung Malaysia

Rajah 1: Lokasi Stesen Pemantauan Kualiti Udara Terengganu,


Pahang, dan Selangor
Jadual 1: Stesen Pemantauan Kualiti Udara Terpilih di Negeri Terengganu,
Pahang dan Selangor

Lokasi Latitud (N) Longitud (E) No. Stesen

1. Terengganu

 Kemaman 04°16.260’ 103°25.826’ CA42T

 Paka 04°35.880’ 103°26.096’ CA43T

 Kuala 05°18.455’ 103°07.213’ CA44T


Terengganu

2. Pahang

 Jerantut 03°58.238’ 102°20.863’ CA39C

 Indera Mahkota 03°49.138’ 103°17.817’ CA40C


Kuantan

 Temerloh 3º47.105’ 102°.37.896’ CA38C

3. Selangor

 Pelabuhan Klang 03°00.602’ 101°24.484’ CA21B

 Shah Alam 03°06.286’ 101°33.367’ CA20B

 Petaling 03°06.612’ 101°42.274’ CA19B


Perbandingan Kualiti Udara Negeri Terengganu dan Pahang (2018-2020)

Pada tahun 2018, status kualiti udara di tiga kawasan di Terengganu adalah berstatus
baik dan sederhana berdasarkan skala pengukuruan Indeks Kualiti Udara (IPU). Pahang juga
turut mencatatkan bacaan IPU yang rendah iaitu pada tahap yang baik dan sederhana.
Berdasarkan purata IPU, stesen Temerloh di Pahang mencatatkan bacaan yang lebih tinggi
berbanding stesen-stesen lain iaitu 34. Hal ini kerana stesen ini berada berhampiran dengan
kawasan perindustrian. Selain itu, tahap kualiti udara yang berbeza di setiap kawasan juga
turut disebabkan oleh pelepasan asap dari kenderaan bermotor, pelepasan bahan pencemar
udara daripada kawasan perindustrian, dan pembakaran terbuka (Samsuri et. Al, 2020). Pada
pertengahan bulan Ogos, Malaysia mengalami keadaan sedikit berjerebu akibat daripada
jerebu setempat dan jerebu merentas sempadan (JAS, 2018). Namun keadaan tersebut tidak
terlalu menjejaskan kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia berdasarkan purata
bulanan kualiti udara di Terengganu dan Pahang. Secara keseluruhannya, status kualiti udara
Terengganu dan Pahang berada dalam status baik dan sederhana pada kebanyakan bulan.
Perkara ini jelas menunjukkan Terengganu dan Pahang mempunyai kualiti udara yang
selamat dan kurang risiko terhadap pencemaran udara sepanjang tahun. Jadual 2
menunjukkan rekod purata kualiti udara di negeri Terengganu dan Pahang berdasarkan
kepada tahap IPU bagi beberapa stesen terpilih.

Jadual 2: Purata Indeks Kualiti Udara (AQI) di Terengganu dan Pahang, 2018

Terengganu Pahang
Kuala Indera
Kemaman Paka Jerantut Mahkota Temerloh
Terengganu
Kuantan
Januari 16 16 23 11 14 16
Februari 30 23 34 20 25 24
Mac 28 20 23 17 22 25
April 24 20 23 20 22 26
Mei 18 18 21 18 21 23
Jun 22 20 24 23 23 29
Julai 29 27 27 28 31 34
Ogos 44 42 47 43 45 46
September 52 47 47 46 53 55
Oktober 44 37 44 36 39 51
November 41 32 41 28 31 46
Disember 37 28 33 23 27 39
Purata
Tahunan 32 28 32 26 29 34
Daerah
Purata
Tahunan 31 30
Negeri

Pada tahun 2019, status kualiti udara di Terengganu dan Pahang adalah berstatus
sederhana pada kebanyakan masa. Namun, purata kualiti udara Pahang adalah lebih tinggi
berbanding Terengganu iaitu 55. Status kualiti udara di kedua-dua negeri semakin teruk
sekitar bulan September. Perkara ini berlaku kerana Malaysia mengalami keadaan berjerebu
yang agak teruk yang berpunca daripada jerebu setempat dan jerebu merentas sempadan
(JAS, 2019). Terengganu dan Pahang turut mengalami beberapa hari tidak sihat pada bulan
tersebut kerana bacaan IPU yang direkodkan telah melebihi 100. Status IPU tertinggi yang
direkodkan bagi setiap stesen terpilih berlaku pada bulan September iaitu Kemaman (159),
Indera Mahkota Kuntan (153), Temerloh (143), Paka (134), Kuala Terengganu (133), dan
Jerantut (131) (The World Air Quality Project, 2021). Menurut skala pengukuran IPU,
bacaan 100 sehingga 150 menunjukkan bahawa tahap kualiti udara ini akan memberi kesan
kesihatan kepada kumpulan sensitif seperti kanak-kanak, orang dewasa aktif, dan individu
yang mempunyai penyakit pernafasan seperti asma. Manakala IPU pada skala 150 hingga
200 pula menunjukkan bahawa tahap kualti udara ini mungkin menyebabkan kesan kesihatan
kepada semua individu dan kumpulan sensitif juga mungkin akan mengalami kesan kesihatan
yang lebih serius. Secara keseluruhannya, kualiti udara di Terengganu dan Pahang bagi tahun
2019 berada pada status sederhana pada kebanyakan masa dan kesemua stesen mencatatkan
status kualiti udara yang tidak sihat pada masa tertentu. Purata IPU di negeri Terengganu dan
Pahang bagi beberapa stesen terpilih adalah seperti pada Jadual 3.
Jadual 3: Purata Indeks Kualiti Udara (AQI) di Terengganu dan Pahang, 2019

Terengganu Pahang
Kuala Indera
Kemaman Paka Jerantut Mahkota Temerloh
Terengganu
Kuantan
Januari - - - - - -
Februari - - - - - -
Mac - - - - - -
April - - - - - -
Mei - - - - - -
Jun 40 43 44 - - -
Julai 57 58 58 58 56 62
Ogos 67 67 67 67 72 72
September 80 75 75 81 81 88
Oktober 45 32 47 40 42 53
November 43 33 38 34 35 49
Disember 41 32 36 25 31 38
Purata
Tahunan 53 49 52 51 53 60
Daerah
Purata
Tahunan 51 55
Negeri

Pada tahun 2020, status kualiti udara di Terengganu dan Pahang adalah berstatus baik
dan sederhana pada kebanyakan masa. Berdasarkan purata IPU, stesen di Kuala Terengganu
dan Temerloh mencatatkan bacaan yang tinggi berbanding stesen-stesen lain iaitu 47. Situasi
tahap kualiti udara yang baik di kedua-dua buah negeri ini adalah mungkin disebabkan oleh
tindakan kerajaan yang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Seluruh
Malaysia bermula pada bulan Mac 2020. Memandangkan ramai rakyat bekerja dari rumah
dan halangan kepada beberapa industri daripada beroperasi, kesesakan trafik semakin
menurun di seluruh negara dan pelepasan bahan pencemar daripada industri turut semakin
berkurang (Samsuri et al., 2020). Secara keseluruhannya, status kualiti udara Terengganu dan
Pahang berada dalam status baik dan sederhana pada kebanyakan masa. Perkara ini jelas
menunjukkan Terengganu dan Pahang mempunyai kualiti udara yang selamat dan kurang
risiko terhadap pencemaran udara sepanjang tahun. Jadual 4 menunjukkan rekod purata
kualiti udara di negeri Terengganu dan Pahang berdasarkan kepada tahap IPU bagi beberapa
stesen terpilih.

Jadual 4: Purata Indeks Kualiti Udara (AQI) di Terengganu dan Pahang, 2020

Terengganu Pahang
Kuala Indera
Kemaman Paka Jerantut Mahkota Temerloh
Terengganu
Kuantan
Januari 39 25 35 24 31 36
Februari 49 41 47 42 40 47
Mac 50 37 53 48 38 52
April 45 33 45 41 34 44
Mei 42 30 49 41 36 43
Jun 47 35 51 47 43 53
Julai 47 33 54 48 38 51
Ogos 51 42 56 57 47 58
September 47 41 54 51 45 54
Oktober 46 39 50 51 49 53
November 30 23 35 31 29 37
Disember 34 25 40 34 32 39
Purata
Tahunan 44 34 47 43 39 47
Daerah
Purata
Tahunan 42 43
Negeri
Perbandingan Kualiti Udara Negeri Terengganu dan Selangor (2018-2020)

Pada tahun 2018, negeri Terengganu telah mencatatkan purata IPU sebanyak 31 dan berstatus
baik. Negeri Selangor pula mencatatkan IPU sebanyak 46 dan masih berada pada keadaan
baik. Namun begitu, jika dibandingkan bacaan IPU negeri Terengganu dan negeri Selangor,
negeri Terengganu mempunyai kualiti udara yang lagi baik berbanding Selangor. Hal ini
kerana faktor kepesatan pembangunan di negeri Selangor jauh lebih maju dari negeri
Terengganu. Oleh kerana negeri Terengganu masih mempunyai banyak hutan yang belum
diterokai bagi tujuan pembangunan, kualiti udara di negeri ini masih terjaga dan masih
bersih. Bagi perbezaan stesen pemantauan, stesen Paka di negeri Terengganu mencatat nilai
purata IPU yang paling rendah dan ini bermakna kualiti udara di kawasan Paka mempunyai
kualiti udara yang paling baik berbanding stesen-stesen pemantau yang lain. Jadual 5
dibawah telah menunjukan bacaan purata IPU setiap bulan bagi negeri Terengganu dan
negeri Selangor pada tahun 2018.

Jadual 5: Purata Indeks Kualiti Udara (AQI) di Terengganu dan Selangor, 2018

Terengganu Pahang
Kuala Perlabuhan Shah
Kemaman Paka Petaling Jaya
Terengganu Klang Alam
Januari 16 16 23 36 28 31
Februari 30 23 34 41 38 37
Mac 28 20 23 47 37 41
April 24 20 23 43 39 38
Mei 18 18 21 41 35 33
Jun 22 20 24 36 32 31
Julai 29 27 27 37 35 40
Ogos 44 42 47 59 48 50
September 52 47 47 64 62 62
Oktober 44 37 44 58 60 59
November 41 32 41 56 58 58
Disember 37 28 33 58 58 57
Purata
Tahunan 32 28 32 48 44 45
Daerah
Purata
Tahunan 31 46
Negeri

Pada tahun 2019 pula, purata IPU bagi negeri Terengganu ialah 51 dan berada pada
tahap sederhana dan semakin bertambah jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Begitu
juga dengan purata IPU bagi negeri Selangor. Selangor mencatatkan purata IPU sebanyak 66
dan masih berada pada keadaan sederhana. Namun begitu, nilai IPU yang semakin bertambah
ini menunjukkan bahawa kualiti udara pada tahun 2019 semakin memburuk jika
dibandingkan pada tahun sebelumnya. Hal ini kerana pada tahun ini Malaysia dilanda
fenomena jerebu yang menjejaskan kualiti udara bagi setiap negeri di Malaysia. Pada bulan
September tahun 2019, bacaan IPU bagi setiap stesen pemantauan di negeri Terengganu dan
Selangor mencatat bacaan yang tinggi. Bagi stesen pemantauan di negeri Terengganu, kualiti
udara masih ditahap sederhana. Namun, bagi stesen pemantauan di negeri Selangor pula,
bacaan IPU telah melepasi tahap tidak sihat dan mampu memberi kesan buruk kepada
masyarakat setempat. Stesen Pemantau yang mencatat bacaan IPU yang paling tinggi pada
bulan September 2019 adalah stesen pemantauan Petaling Jaya dengan bacaan IPU 111. Hal
ini menunjukkan bahawa kualiti udara di kawasan Petaling Jaya pada waktu itu berada di
tahap yang paling tidak sihat berbanding kawasan-kawasan yang lain. Namun begitu, stesen
pemantauan bagi Pelabuhan Klang dan Shah Alam juga mencatat bacaan IPU yang tinggi
iaitu 107 dan 110. Walaupun begitu, keadaan kembali pulih selepas bermula bulan Oktober
pada tahun 2019 dan purata bacaan IPU pada setiap stesen pada tahun 2019 masih berada
pada tahap sederhana. Hal ini dapat dilihat dengan jelas pada jadual 6 dibawah yang telah
menunjukan bacaan purata IPU setiap bulan bagi negeri Terengganu dan negeri Selangor
pada tahun 2019.
Jadual 6: Purata Indeks Kualiti Udara (AQI) di Terengganu dan Selangor, 2019

Terengganu Selangor
Kuala Pelabuhan Shah Petaling
Kemaman Paka
Terengganu Klang Alam Jaya
Januari - - - - - -
Februari - - - - - -
Mac - - - - - -
April - - - - - -
Mei - - - - - -
Jun 40 43 44 35 53 46
Julai 57 58 58 66 62 60
Ogos 67 67 67 75 73 70
September 80 75 75 107 110 111
Oktober 45 32 47 65 63 59
November 43 33 38 64 58 59
Disember 41 32 36 58 53 53
Purata
Tahunan 53 49 52 67 67 65
Daerah
Purata
Tahunan 51 66
Negeri

Pada tahun 2020, keadaan kualiti udara bagi kedua-dua negeri kembali pulih dan
masing-masing mencatat bacaan IPU 42 bagi negeri Terengganu dan 58 bagi negeri Selangor.
Kualiti udara di negeri Terengganu pada tahun ini berada pada keadaan baik manakala kualiti
udara di Negeri Selangor pula berada pada tahap sederhana. Bermula bulah Mac tahun 2020,
Malaysia telah terkesan dengan pandemik Covid-19 dan hal ini telah membantu dalam
memulih semula kualiti udara di negara ini. Hal ini kerana aktiviti-aktiviti perindustrian telah
diberhentikan seketika dan pengunaan kenderaan juga berkurang kerana perlaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan Malaysia. Oleh kerana itu, kualiti udara di
Malaysia khususnya negeri Terengganu dan Selangor semakin membaik. Stesen pemantau
yang mencatat bacaan IPU yang paling rendah ialah stesen pemantau Paka bagi negeri
Terengganu dengan bacaan 34 dan stesen pemantau Petaling Jaya bagi negeri Selangor
dengan bacaan 55. Hal ini dapat dirujuk pada jadual 7 dibawah yang menunjukan nilai purata
bulanan dan tahunan bagi setiap stesen pemantau bagi negeri Terengganu dan Selangor pada
tahun 2020.

Jadual 7: Purata Indeks Kualiti Udara (AQI) di Terengganu dan Selangor, 2020

Terengganu Pahang
Kuala Pelabuhan Shah Petaling
Kemaman Paka
Terengganu Klang Alam Jaya
Januari 39 25 35 63 57 61
Februari 49 41 47 61 55 55
Mac 50 37 53 50 57 58
April 45 33 45 57 51 50
Mei 42 30 49 - 51 52
Jun 47 35 51 - 54 56
Julai 47 33 54 62 58 61
Ogos 51 42 56 68 58 60
September 47 41 54 63 55 55
Oktober 46 39 50 64 61 57
November 30 23 35 64 57 67
Disember 34 25 40 63 58 74
Purata
Tahunan 44 34 47 62 56 55
Daerah
Purata 42 58
Tahunan
Negeri

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, berdasarkan data yang telah dinyatakan, kualiti udara di


Terengganu berada pada tahap baik dan sederhana dari tahun 2014 sehingga 2021. Purata
tahunan IPU negeri Terengganu bagi tahun tahun 2014 sehingga 2017 tidak menunjukan
sebarang perubahan yang ketara. Tahun 2015 mempunyai bacaan purata tahunan IPU
tertinggi iaitu sebanyak 47.17, di mana ia meningkat daripada tahun sebelumnya, namun
bacaan IPU tahun 2015 ini masih menunjukkan bahawa kualiti udara di Terengganu adalah
sangat baik kerana bacaan puratanya berada di bawah paras 50. Tambahan pula, bacaan
purata tahunan bagi tahun 2014, 2016 dan 2017 juga menunjukkan tiada perbezaan yang
jauh. Semenjak tahun 2015, bacaan IPU mula menurun daripada 47.17 kepada 27.71 pada
tahun 2017. Maka, jelaslah bahawa kualiti udara negeri Terengganu bagi data terdahulu iaitu
daripada 2014 hingga 2017 berada pada tahap yang baik.

Walaubagaimanapun, purata tahunan indeks kualiti udara bermula dari tahun 2018 –
2020 menunjukan perubahan. Pada tahun 2018 sehingga 2019 menunjukkan berlakunya
penurunan sebanyak 1.24 dan secara keseluruhannya, kualiti udara pada tahun 2018 berada
pada tahap yang baik. Manakala pada tahun 2019, indeks kualiti udara menunjukkan
peningkatan sebanyak 16.62. Hal ini telah menunjukan berlakunya perubahan kepada tahap
kualiti udara iaitu dari tahap baik pada tahun 2018 menjadi sederhana pada tahun 2019. Hal
ini disebabkan oleh beberapa faktor pencemaran udara misalnya, perindustrian, pertanian,
pembalakkan, penyahutanan dan pembinaan yang semakin berleluasa. Pada tahun 2019 juga,
Malaysia telah dilanda fenomena jerebu susulan daripada kebakaran hutan di enam wilayah
di Indonesia yang melibatkan wilayah Riau, Sumatera Selantan, Jambi, Kalimatan Barat,
Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selantan. Fenomena ini telah menyumbang pencemaran
udara yang tidak sihat kepada negeri Terengganu. Namun begitu pada tahun 2020 indek
kualiti udara kembali pulih. Hal ini disebabkan oleh pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan
Pergerakkan (PKP) yang dilaksanakan akibat daripada pandemik wabak Covid-19. Bacaan
IPU pada tahun ini juga berada pada tahap yang baik dan bersih dimana kegiatan aktiviti
manusia berkurang ekoran daripada perlaksanaan PKP.

Bagi perbandingan mengikut negeri pula, negeri Pahang mencatat bacaan IPU yang
paling rendah bagi tahun 2018 iaitu 30 berbanding negeri Terengganu dengan bacaan 31 dan
Selangor dengan bacaan 46. Pada tahun 2019 pula, negeri Terengganu mencatat bacaan
terendah iaitu 51 berbanding negeri Pahang mencatat bacaan 55 dan Selangor mencatat
bacaan 66. Begitu juga dengan tahun 2020, negeri Terengganu mencatat bacaan IPU paling
rendah iaitu 42 berbanding negeri Pahang dengan bacaan IPU 43 dan negeri Selangor dengan
bacaan IPU 58. Oleh itu, bacaan IPU bagi negeri Terengganu haruslah dikekalkan dengan
melaksankan kehidupan berlandaskan kelestarian alam bagi mengekalkan kualiti udara di
negeri ini sekaligus dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti bagi negara Malaysia.
Rujukan

Departmnet of Environment. 2012. Malalysia Environmental Quality Report 2012. Diperoleh


daripada https://enviro2.doe.gov.my/ekmc/digital-content/86803/

Jabatan Alam Sekitar. (2014). Alam Sekitar. Diperoleh daripada


https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/3_Time%20Series/Malaysia_Time_Seri
es_2015/20Alam_Sekitar.pdf

JAS. 2018. Laporan kualiti alam sekeliling 2018. Diperoleh daripada


https://enviro2.doe.gov.my/ekmc/digital-content/laporan-kualiti-alam-sekeliling-
2018-environmental-quality-report-2018/

JAS. 2019. Laporan kualiti alam sekeliling 2019. Diperoleh daripada


https://enviro2.doe.gov.my/ekmc/digital-content/laporan-kualiti-alam-sekeliling-
2019/

Kementerian Alam Sekitar dan Air. Kualiti Udara. Diperoleh daripada


https://training3.doe.gov.my/portalv1/info-umum/kuality-udara/114

Norhaspida Yatim. (2019, September 23). Jerebu Kemaman Tertinggi di Terengganu. Sinar
Harian. Diperoleh daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/48956/EDISI/Terengganu/Jerebu-IPU-
Kemaman-tertinggi-di-Terengganu
Nurul, Azman, Saiful Iskandar, Hafizan, & Mohd Saiful. (2018). Air Pollution Index Trend
Analysis in Malaysia, 2010-15. Polish Journal of Environmental Studies. 27(2). 801-
807. doi: 10.15244/pjoes/75964.

Samsuri, Amalina, Nur Nazmi Liyana, Wan Nurdiyana, Ali Najah, Marzuki, Zamzam Tuah.
(2020). Air quality status during 2020 Malaysia Movement Control Order (MCO)
due to 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) pandemic. The Science of the total
environment, 729, 139022. https://doi.org/10.1016/j.scitotenv.2020.139022

The World Air Quality Project. 2021. Indera Mahkota, Kuantan, Pahang air pollution: Real-
time Air Quality Index (AQI). Diperoleh daripada
https://aqicn.org/city/malaysia/pahang/indera-mahkota--kuantan/

The World Air Quality Project. 2021. Jerantut, Pahang air pollution: Real-time Air Quality
Index (AQI). Diperoleh daripada https://aqicn.org/city/malaysia/pahang/jerantut/

The World Air Quality Project. 2021. Selangor air pollution: Real-time Air Quality Index
(AQI). Diperoleh daripada https://aqicn.org/city/malaysia/selangor

The World Air Quality Project. 2021. Terengganu air pollution: Real-time Air Quality Index
(AQI). Diperoleh daripada https://aqicn.org/city/malaysia/terengganu

The World Air Quality Project. 2021. Pencemaran Udara Dunia: Indeks Kualiti Udara
Semasa. Diperoleh daripada https://waqi.info/ms/

The World Air Quality Project. 2021. Temerloh, Pahang air pollution: Real-time Air Quality
Index (AQI). Diperoleh daripada https://aqicn.org/city/malaysia/pahang/temerloh/

You might also like