Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BERCERITA TAHAP 2

TAJUK :

ABU BAKAR AS SIDDIQ MENYAMBUNG DAKWAH RASULULLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada pengacara majlis yang budiman.

Yang saya hormati barisan para hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga
masa yang peka dengan waktunya, rakan-rakan peserta serta warga
dewan yang saya kasihi sekalian.

Saya ………………………………………………………………………….
dari kelas ………………………

Pada hari ini saya ingin menyampaikan sebuah kisah tentang sejarah
ringkas perjalanan dakwah Sahabat Nabi.

Tajuk cerita yang ingin saya kongsikan ialah Abu Bakar As Siddiq
Menyambung Dakwah Rasulullah.

Begini kisahnya. Mari kita hanyati bersama-sama.

Abu Bakar As Siddiq adalah salah seorang Sahabat Nabi Muhammad


SAW. Beliau lahir pada tahun 573 Masihi dan wafat pada tahun 634
Masihi. Nama Abu Bakar adalah bermaksud pelopor pagi hari kerana
Beliau ialah kanak-kanak pertama yang memeluk islam di zaman
Rasulullah. Gelaran As Siddiq pula diberikan kerana beliau sentiasa
membenarkan semua ajaran yang dibawa Nabi Muhammad SAW
terutamanya pada saat peristiwa Isra’ dan Mikraj.

Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, Abu Bakar As Siddiq dilantik


menjadi Khalifah yang pertama untuk mengetuai negara sekali gus
menjadi pemimpin umat islam selama dua tahun.

Semasa pemerintahan Abu Bakar As Siddiq, beliau banyak menghadapi


permasalahan dari dalam negeri antaranya kemunculan nabi palsu,
kelompok murtad dan pembangkang zakat.

Setelah menjakankan perbincangan diskusi dengan para sahabat yang


lain, Abu Bakar As Siddiq telah memutuskan untuk memerangi
kelompok tersebut iaitu perang untuk melawan kemurtadan.

Beliau menunjukkan kewibawaannya menjadi seorang pemimpin umat


islam Ketika itu. Banyk masalah dapat diselesaikan dengan bijak.
Setelah Abu Bakar as Siddiq dapat menyelesaikan permasalahan dalam
negeri, beliau telah melakukan pengambaraan ke wilayah utara untuk
menghadapi pasukan Romawi dan Persia yang mengancam kedudukan
umat Islam. Namun, Abu Bakar as Siddiq telah meninggal dunia
sebelum dapat menghabiskan misi pengembaraan itu.

Rakan-rakan,

Ada beberapa peradaban yang telah berkembang semasa


pemerintahan Abu Bakar as Siddiq. Antaranya, budaya diskusi yang
lebih demokratik dalam pemerintahan dan masyarakat. Selain itu, beliau
juga telah Menyusun Mushaf Al Quran yang menjadi ikutan dan
panduan semua umat Islam hingga kini.
Semasa pemerintahan Abu Bakar juga, Beliau telah sedaya upaya
menguruskan harta daripada baitulmal sebaiknya.semua harta
dibahagikan kepada seluruh umat Islam, bahkan Ketika Abu Bakar as
Siddiq meninggal dunia, hanya baki satu dirham yang tinggal dalam
perbendaharaan negara.

Beliau amat tegas dalam menegakkan hukum dan memerangi orang-


orang yang tidak mahu membayar zakat.

Ha kawan-kawan,

Seperti mana Abu Bakar As Siddiq berusaha meneruskan syiar islam


dan memantapkan keimanan umat nabi, kita juga mesti sentiasa
berpegang kepada rukun iman dan rukun islam yang menjadi pegangan
seluruh umat Islam.

Kita patutlah mempersiapkan diri dengan ilmu untuk menjadi modal


insan dan harapan masyarakat pada masa hadapan.

Sampai di sini dahulu cerita saya. Terima kasih kerana sudi


mendengarnya.

Sekian, Terima kasih.

You might also like