Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

SIPATAHOENAN:

South-East Asian Journal for Youth, Sports & Health Education, 1(1) April 2015

NORHASNI ZAINAL ABIDDIN, MOHD ASHRAFF MOHD ANUAR &


ANZAR ABDULLAH

Penglibatan Belia dalam Pertanian Komersial


dan Perkembangan Industri Pertanian
di Malaysia

INTISARI: Sektor pertanian komersial sehingga kini masih kekurangan penglibatan golongan muda,
terutamanya belia berpelajaran tinggi. Golongan muda ini diperlukan oleh negara untuk menaiktarafkan
indusrti pertanian, memodenkan industri asas tani, dan memperbanyakkan lagi pekerja berkemahiran
yang terlibat dalam sektor pertanian komersial. Persepsi negatif masyarakat terhadap sektor pertanian
telah memberi kesan terhadap penglibatan belia dalam pertanian komersial. Persepsi negatif yang
dimaksudkan ini adalah seperti kurangnya galakan daripada keluarga; kurang prosedur yang lengkap
dalam membantu belia yang ingin melibatkan diri dalam sektor pertanian; serta kesukaran dalam
mendapatkan bantuan, termasuklah sumber bantuan kewangan. Kesemua aspek ini menyumbang
kepada kurangnya penglibatan belia dalam perniagaan pertanian secara komersial. Justeru, artikel ini
mengupas sejarah industri pertanian di Malaysia dan penglibatan belia dalam industri ini. Pembangunan
pertanian komersial di Malaysia dalam 50 tahun ini menampakkan kurangnya penglibatan belia,
walaupun industri pertanian berupaya membuka prospek yang luas dalam ekonomi Malaysia.
KATA KUNCI: Pertanian, usahawan, belia, perniagaan, industri, persepsi negatif, sejarah industri
pertanian, dan ekonomi Malaysia.

ABSTRACT: “Youth Involvement in Commercial Agriculture and the Development of Agriculture


Industries in Malaysia”. Commercial agricultural sector in Malaysia until these days is still lack of young
people, especially educated youth. This young workforce is needed by the Malaysian government in the
process of improving the agricultural industry, modernizing agro-based industries, and developing
skilled workers of the commercial agricultural sectors. Negative perception towards agriculture sector
has brought significant impact on the involvement of youths in commercial agriculture. The negative
perceptions include lack of family and community encouragement; lack of complete procedure for the
young people joining the industry; and difficulties to get technical assistance and financial supports. All
these aspects contribute to the lack of youth involvement in commercial agriculture business. Hence,
this article explores the history of commercial agriculture in Malaysia and youth involvement in the
industry. The development of commercial agriculture in Malaysia in 50 years clearly shows that there
is less involvement among youth, even though the agriculture industry could bring broader prospects
of the Malaysian economic.
KEY WORD: Agriculture, entrepreneur, youth, business, industry, negative perception, history of
commercial agriculture, and Malaysian economic.

PENDAHULUAN pertanian komersial merujuk kepada


Bidang pertanian adalah amat luas, yang kegiatan pertanian yang diusahakan
meliputi usaha penternakan, penanaman, dalam bentuk perladangan dengan hasil
perikanan, dan industri hiliran. Bidang produktiviti dalam skala besar, jumlah

About the Authors: Prof. Madya Dr. Norhasni Zainal Abiddin dan Mohd Ashraff Mohd Anuar ialah Pensyarah
dan Tutor di Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM (Universiti Putra
Malaysia) Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Dr. Anzar Abdullah ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Keguruan dan Ilmu
Pendidikan UVRI (Universiti Veteran Republik Indonesia) Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia. Alamat emel penulis adalah:
nonie@upm.edu.my, mohdashraf@upm.edu.my, dan anzarabdullah91@yahoo.co.id
How to cite this article? Zainal Abiddin, Norhasni, Mohd Ashraff Mohd Anuar & Anzar Abdullah. (2015). “Penglibatan
Belia dalam Pertanian Komersial dan Perkembangan Industri Pertanian di Malaysia” in SIPATAHOENAN: South-East Asian
Journal for Youth, Sports & Health Education, Vol.1(1) April, pp.99-108. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, APAKSI
Bandung, and KEMENPORA RI Jakarta, ISSN 2407-7348. Available online also at: http://sipatahoenan-journal.com/08-
penglibatan-belia-dalam-pertanian-komersial/
Chronicle of the article: Accepted (January 8, 2015); Revised (March 6, 2015); and Published (April 21, 2015).

© 2015 by Minda Masagi Press, APAKSI Bandung, and KEMENPORA RI Jakarta, Indonesia
ISSN 2407-7348 and website: www.sipatahoenan-journal.com 99
NORHASNI ZAINAL ABIDDIN, MOHD ASHRAFF MOHD ANUR & ANZAR ABDULLAH,
Penglibatan Belia dalam Pertanian Komersial

keluasan tanah yang diusahakan luas, ilmu, kemahiran yang sofistikated,


berdaya maju dan dimajukan dengan berbanding kerja makan gaji.
tanaman yang berpotensi untuk jualan bagi Membuat keputusan untuk menceburkan
meningkatkan pendapatan, dan menambah diri dalam apa-apa kerjaya pun amat
nilai guna tanah untuk pulangan yang memerlukan sokongan pelbagai pihak,
bersifat komersial. terutamanya keluarga (Brian & Peterson,
Dalam konteks dunia moden hari 2012; Burke et al., 2012; dan Sun & Shek,
ini, sumbangan masyarakat tani perlu 2012). Justeru, artikel ini mengupas sejarah
diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. awal industri pertanian di Malaysia dan
Mahu atau tidak mahu, golongan belia, hubungannya dengan penglibatan belia
terutamanya yang berpendidikan, harus dalam sektor ini (cf Patton, 1990; dan
menceburkan diri dalam bidang ini bagi Maykut & Morehouse, 1994).
merancakkan pembangunan dan rancangan
pemodenannya, dan merebut peluang yang INDUSTRI PERTANIAN DI MALAYSIA
kini tersedia dengan membuang jauh segala Sejarah Awal Industri Pertanian
tanggapan negatif dan pandangan pesimis di Malaysia. Pengenalan tentang sistem
berkaitan aktiviti pertanian. ladang dan pertanian komersial di Malaysia
Hasrat kerajaan pada masa kini ialah telah bermula pada awal abad ke-19 melalui
melahirkan ramai golongan belia yang pelaburan modal asing oleh syarikat-
menceburi sektor pertanian sepenuh masa syarikat perladangan Eropah bagi memenuhi
dan menjadi usahawan tani yang berjaya. keperluan industri di negara-negara
Pada masa ini telah ramai golongan belia Barat ketika itu. Antara tanaman yang
yang berjaya dalam industri pertanian diperkenalkan dalam sistem ladang ini ialah
dan membuktikan bahawa pertanian komoditi penting yang berpotensi untuk
itu merupakan satu perniagaan yang eksport dan memenuhi keperluan pasaran,
menguntungkan, tetapi angka atau peratus seperti getah, kelapa sawit, nenas, teh, dan
yang terlibat dalam bidang ini adalah terlalu lada hitam. Antara syarikat pelaburan modal
kecil. asing yang berjaya mengusahakan tanaman
Kebanyakan golongan belia lepasan komersial ialah Sime Darby, Socfin, Guthrie,
pengajian tinggi, yang memiliki ijazah, masih Golden Hope Plantation, dan Cameronian
rela menunggu kerja atau mencari kerja (KPIAT Malaysia, 2006a).
dalam sektor awam dan swasta daripada Tidak dinafikan bahawa tulang belakang
menceburi sektor pertanian. Tanggapan ekonomi negara sejak sekian lama ialah
bahawa pertanian adalah usaha tradisional, industri pertanian. Bidang pertanian
tidak menguntungkan, kerja kampung, kotor, merupakan satu industri yang terus
dan tidak berpotensi perlu dikikis selaras relevan dengan perkembangan semasa,
dengan tahap kematangan dan pendidikan kerana keperluan industri ini memenuhi
yang dimiliki oleh golongan belia masa kini keperluan negara dan masyarakat. Walau
(cf Aidit & Husnizam, 2005; Shucksmith, bagaimanapun, untuk menceburi bidang
2012; dan Bezu & Holden, 2014). pertanian secara komersial memerlukan
Golongan belia muda yang mengambil ilmu, kepakaran, dan modal yang besar
keputusan menceburi bidang pertanian (Bezu & Holden, 2014).
komersial bolehlah dianggap istimewa dan Masyarakat Melayu selepas merdeka,
patut diberikan pujian, kerana mengambil hinggalah pengenalan Dasar Ekonomi
satu keputusan yang berani. Dengan Baru, masih merupakan golongan petani
peredaran masa, belia abad ini yang tradisional yang mengusahakan tanah
menceburkan diri dalam bidang pertanian dengan tanaman makanan untuk keperluan
komersial mempunyai kelebihan tersendiri, sendiri atau jualan kecil-kecilan dengan
mereka menuai hasil dengan berbakti kadar pengeluaran yang terhad dan
kepada tanah tetapi dengan menggunakan penggunaan teknologi yang ala kadar.
teknik-teknik yang moden menggunakan Generasi seterusnya yang lahir, yang boleh

© 2015 by Minda Masagi Press, APAKSI Bandung, and KEMENPORA RI Jakarta, Indonesia
100 ISSN 2407-7348 and website: www.sipatahoenan-journal.com
SIPATAHOENAN:
South-East Asian Journal for Youth, Sports & Health Education, 1(1) April 2015

dianggap generasi kedua petani, lebih Research and Development Institute), yang
cenderung untuk makan gaji dan tidak memainkan peranan dalam pembangunan
melihat pertanian sebagai satu industri penyelidikan dalam bidang pertanian
dan perniagaan yang menguntungkan bagi (KPIAT Malaysia, 2006b).
menjana ekonomi. Penubuhan agensi-agensi di atas jelas
Penubuhan pelbagai agensi kerajaan membuktikan keperihatinan dan langkah-
dalam tempoh pelaksanaan Rancangan langkah konkrit yang diambil oleh kerajaan
Pembangunan Ekonomi Lima Tahun, untuk memperkenalkan hala tuju dan cara
bermula dengan Rancangan Malaya baru pengurusan pertanian negara agar
Pertama, merupakan usaha yang berpotensi untuk pengeluaran pada skala
dilaksanakan oleh kerajaan Tanah Melayu besar dan membantu petani meningkatkan
untuk memperbaiki taraf hidup penduduk pendapatan mereka. Penukaran nama
luar bandar dan menghapuskan jurang “Kementerian Pertanian” kepada
perbezaan dengan penduduk di bandar. “Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Sehingga pelaksanaan Dasar Tani” jelas membuktikan komitmen yang
Ekonomi Baru (DEB), beberapa agensi ditunjukkan oleh kerajaan untuk menjadikan
telah ditubuhkan untuk merancakkan pertanian sebagai satu industri dan satu
pertumbuhan ekonomi negara melalui perniagaan yang menguntungkan, bukan
sektor pertanian, iaitu Lembaga Kemajuan lagi kerja kampung yang lekeh dan sinonim
Tanah Persekutuan atau FELDA (Federal dengan kemiskinan. Lonjakan perdana yang
Land Development Authority), yang diusahakan oleh kerajaan ialah menggali
ditugaskan membuka tanah untuk tanaman potensi kawasan utara Semenanjung
komoditi berpotensi secara ladang; Malaysia melalui Wilayah Ekonomi Koridor
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Utara, dengan pengisytiharan Negeri Perlis
Tanah Persekutuan atau FELCRA (Federal sebagai Pusat Benih Negara.
Land Consolidation and Rehabilitation Perkembangan semasa yang berlaku
Authority), yang ditugaskan memulih kini adalah kesinambungan usaha
dan menyatukan tanah-tanah tidak yang telah dilaksanakan sejak merdeka
produktif agar dapat diusahakan secara dalam membangunkan sektor pertanian.
komersial dan memberi pulangan ekonomi Malaysia telahpun berada di bawah pelan
kepada tuan tanah; Lembaga Kemajuan pembangunan pertanian Rancangan
Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau Malaysia Kesepuluh (RMK-10), yang telah
RISDA (Rubber Industry Smallholders dilancarkan pada tahun 2011 (2011-2015).
Development Authority), yang ditubuhkan Kerajaan sedar bahawa pembangunan dan
bagi membantu para pekebun kecil getah; usaha memperkasakan sektor pertanian,
Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia dalam menjana ekonomi negara dan
atau PORIM (Palm Oil Research Institute melahirkan golongan usahawan tani, harus
of Malaysia), yang ditugaskan memajukan melibatkan golongan belia, terutamanya
industri kelapa sawit negara; Lembaga yang berpendidikan, bagi mengubah
Pemasaran Pertanian Persekutuan atau persepsi dan mentaliti belia terhadap bidang
FAMA (Federal Agricultural and Marketing pertanian.
Authority), yang berfungsi dan peranan Jika ditinjau kembali sejarah
dalam memasarkan hasil pertanian; pembangunan pertanian, terdapat
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), pemisahan yang ketara antara sub sektor
yang ditugaskan memajukan sektor perladangan dengan sub sektor pertanian
perikanan; Padiberas Nasional Berhad makanan. Sub sektor perladangan banyak
(BERNAS), yang memantau dan membantu dimonopoli oleh pelabur asing dan imigran,
meningkatkan pengeluaran padi bermutu manakala sub sektor pertanian makanan
dalam negara; serta Institut Pembangunan banyak dipelopori oleh masyarakat setempat
dan Penyelidikan Pertanian Malaysia dan petani tradisional dengan jumlah tanah
atau MARDI (Malaysian Agricultural pertanian yang terhad dan tanah rezab yang

© 2015 by Minda Masagi Press, APAKSI Bandung, and KEMENPORA RI Jakarta, Indonesia
ISSN 2407-7348 and website: www.sipatahoenan-journal.com 101
NORHASNI ZAINAL ABIDDIN, MOHD ASHRAFF MOHD ANUR & ANZAR ABDULLAH,
Penglibatan Belia dalam Pertanian Komersial

tidak subur. Walau bagaimanapun, tidak pertanian di Thailand dan Vietnam. Dari
dinafikan bahawa sub sektor pertanian segi eksport makanan, Thailand telah
makanan ini tetap menjadi penyumbang menembusi pasaran eksport buah-buahan,
penting kepada Keluaran Dalam Negara makanan siap proses, dan hasil keluaran
Kasar (KDNK) dan masih tidak ketinggalan perikanan. Walau bagaimanapun, Malaysia
dengan pengeluaran sektor komoditi yang menunjukkan beberapa pencapaian dalam
menjadi penjana utama pertumbuhan sektor bidang bioteknologi berbanding negara
pertanian (KPIAT Malaysia, 2006b). Asia Tenggara yang lain, khasnya dalam
Sektor pertanian merupakan sektor memajukan tanaman komoditi seperti
ekonomi utama negara sejak sekian lama kelapa sawit.
dan sehingga kini dilihat terus relevan. Pada Dasar Pertanian Negara. Dasar
tahun 1957, sektor pertanian menyumbang Pertanian Negara digubal lima tahun sekali,
kepada Keluaran Dalam Negara Kasar di mana dasar pertama dikenali dengan
(KDNK) sebanyak 46 peratus. Pada zaman nama Dasar Pertanian Negara 1 (DPN-1).
awal kemerdekaan, aktiviti ekonomi utama DPN-1, 1984-1991, memberi penekanan
penduduk Tanah Melayu ialah pertanian kepada usaha pembangunan dan penanaman
dan perlombongan. Pada tahun 1966, bahan komoditi untuk pendapatan eksport
bilangan sumber tenaga di bidang pertanian negara yang dikenali sebagai Dasar
menjangkau 80.3 peratus (JPM Malaysia, Expansionary, dengan komoditi utama ialah
2006). kelapa dan koko. Dengan keluasan tanah dan
Kemajuan terkini dan penemuan baru sumber tenaga buruh yang murah, sektor
dalam teknologi membawa satu dimensi perladangan komoditi dilihat begitu berdaya
dan revolusi baru dalam pembangunan saing/kompetetif.
sektor pertanian dengan mengenal Melalui DPN-1 ini kerajaan telah
pasti bidang usaha baru, yang berkaitan membangunkan infrastruktur yang
seperti bioteknologi dan nanoteknologi. diperlukan, melaksanakan pembangunan
Perkembangan ini mewujudkan hala tuju in-situ, iaitu memulihkan tanah-tanah
baru sektor pertanian berasaskan kemajuan pertanian sedia ada yang tidak produktif
sains dan penerapan teknologi maklumat agar lebih produktif, dan pembukaan
dan multimedia. Banyak pembaharuan tanah-tanah baru oleh agensi pembukaan
dan perubahan yang berlaku dalam sektor tanah dan pembangunan wilayah, khasnya
pertanian melalui pendekatan sains dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
teknologi moden. Khazanah biodiversiti atau FELDA (Federal Land Development
di Malaysia perlu dimanfaatkan melalui Authority), Kemajuan Johor Tenggara
aplikasi teknologi agar dapat diteroka secara (KEJORA), Kemajuan Terengganu Tengah
meluas (FAMA, 2007c). (KETENGAH), Kawasan Pengairan Muda
Cabaran besar yang dipikul oleh (KADA), dan Lembaga Kemajuan Kelantan
pakar pertanian kini ialah menghasilkan Selatan (KESEDAR).
penemuan baru, yang berupaya melonjakkan Dasar Pertanian Negara 2 (DPN-2), 1992-
sektor makanan negara ke tahap yang tinggi 1998, dilaksanakan dengan memberikan
dan dapat diterima di peringkat global. penekanan dalam meningkatkan
Kegiatan pembangunan penyelidikan produktiviti, kecekapan, dan persaingan.
dalam bidang pertanian di Malaysia Tanaman ladang seperti kelapa sawit
masih lagi kurang menyerlah, biarpun diusahakan secara besar-besaran dengan
ada agensi yang diberi tanggungjawab pembukaan lebih banyak kawasan tanah-
untuk melaksanakan misi dan maksud tanah baru. Pelaksanaan DPN-2 ini turut
tersebut, iaitu Institut Pembangunan dan mengambilkira beberapa isu yang timbul
Penyelidikan Pertanian Malaysia atau membabitkan keluasan tanah, usia peneroka
MARDI (Malaysian Agricultural Research tanah rancangan yang semakin tua, dan
and Development Institute), namun masih produktiviti yang kian menguncup. Oleh
tidak dapat menandingi hasil penyelidikan kerana itu, pendekatan yang diambil dalam

© 2015 by Minda Masagi Press, APAKSI Bandung, and KEMENPORA RI Jakarta, Indonesia
102 ISSN 2407-7348 and website: www.sipatahoenan-journal.com
SIPATAHOENAN:
South-East Asian Journal for Youth, Sports & Health Education, 1(1) April 2015

DPN-2 menjurus kepada penghasilan produk Pengimportan makanan negara sudah


pertanian yang mempunyai nilai tambah dan cukup banyak yang menyebabkan berlaku
memenuhi keperluan pasaran. imbangan defisit perdagangan. Justeru,
DPN-2 telah memajukan industri yang DPN-4 antara lain menumpukan untuk
berasaskan pertanian selaras dengan strategi meningkat pengeluaran produk bukan
perindustrian yang digariskan dalam Pelan makanan, seperti rumpai laut, burung walid,
Induk Perindustrian I dan II atau PIP I dan dan ikan hiasan (KPIAT Malaysia, 2006b).
II (KPIAT Malaysia, 2006a). Pembangunan
industri asas tani bertujuan mewujudkan PENGLIBATAN BELIA DALAM
sektor hiliran yang dapat dimanfaatkan dan INDUSTRI PERTANIAN DI MALAYSIA
dieksploitasi daripada hasil-hasil pertanian, Pentafsiran Belia. Belia ditakrif
disamping mewujudkan lebih banyak sebagai golongan lepasan sekolah yang
peluang pekerjaan, menjana pendapatan berusia 18 tahun ke atas sehingga peringkat
yang lebih tinggi melalui peningkatan awal dewasa, iaitu 40 tahun. Menurut
produktiviti, dan menambah hasil Laporan Banci Penduduk oleh JPBD
pertukaran asing negara. (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa),
Liberalisasi perdagangan di bawah rangka yang telah dilaksanakan, menunjukkan
kerja Zon Perdagangan Bebas ASEAN bahawa golongan ini mewakili 42.1 peratus
atau AFTA (ASEAN [Association of South daripada penduduk Malaysia seramai 26
East Asian Nations] Free Trade Area); juta orang (JPBD, 2000). Golongan ini juga
Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa paling produktif, mempunyai idealisme,
atau WTO (World Trade Organization); berfikiran matang, dan kumpulan sasaran
serta krisis kewangan yang melanda negara- yang paling berpotensi untuk dibangunkan,
negara di dunia menjelang akhir tahun yang mampu menyumbang kepada
1997, telah memulakan usaha penilaian pembangunan negara.
semula DPN-2 dengan perubahan struktur Menurut Kamus Dewan, belia ditakrifkan
pertanian yang ketara dari segi kekurangan sebagai “muda belia, sangat muda, yang
tenaga manusia, kadar upah yang rendah terdiri daripada golongan pemuda dan
berbanding produktiviti, sumber tanah pemudi” (DBP, 2001). Belia, menurut
dan air yang kian terhad akibat persaingan takrifan ini, mencakupi usia 15 tahun
kegunaannya dengan sektor perindustrian, hingga 40 tahun, iaitu merangkumi fasa
perumahan, dan perbandaran, meletakkan remaja, fasa transisi (pra matang), dan fasa
sektor pertanian pada kedudukan yang dewasa (peringkat matang). Ditinjau dari
perit dan pembangunan yang kian perlahan perspektif Islam, belia dikaitkan dengan usia
(KPIAT Malaysia, 2006b). baligh. Dalam Al-Qur’an, belia disebut fata,
Pada tahun 1999, berdasarkan senario manakala dalam Hadith maksud yang serupa
tersebut, sekali lagi, DPN-3 dilancarkan merujuk kepada istilah syabab (dalam
untuk tempoh 1998 hingga 2010, yang Ismail, 2004).
menentukan hala tuju baru sektor pertanian Takrifan tentang belia oleh Kementerian
sebagai penyumbang pendapatan negara Belia dan Sukan Malaysia (1995) merujuk
dan penjana taraf hidup masyarakat. KPIAT kepada golongan yang berumur antara 15
(Kementerian Pertanian dan Industri Asas hingga 40 tahun, berlandaskan beberapa
Tani) Malaysia telah menetapkan sasaran alasan seperti sesuai dengan pentakrifan
supaya lebihan (surplus) dalam imbangan yang dibuat oleh Majlis Belia Malaysia;
perdagangan makanan menjelang tahun dianggap telah matang dan mampu berfikir
2010 melalui Pelan Tindakan Imbangan secara positif berkaitan program belia; dan
Pembayaran. sebahagian besar rakyat negara ini terdiri
Dasar Pertanian Negara Keempat daripada golongan belia (KBS Malaysia, 1995).
(DPN-4) pula memfokus kepada usaha Menurut G. Aidit & Y. Husnizam (2005),
untuk mengurangkan kebergantungan keperluan berbeza wujud antara belia pada
terhadap pengimportan produk makanan. masa transisi (peringkat awal dewasa)

© 2015 by Minda Masagi Press, APAKSI Bandung, and KEMENPORA RI Jakarta, Indonesia
ISSN 2407-7348 and website: www.sipatahoenan-journal.com 103
NORHASNI ZAINAL ABIDDIN, MOHD ASHRAFF MOHD ANUR & ANZAR ABDULLAH,
Penglibatan Belia dalam Pertanian Komersial

dengan golongan belia dewasa, malahan juga serta hubungan yang sihat dan positif dalam
belia pada fasa remaja, oleh kerana itu perlu pergaulan.
disusun secara khusus program-program Ketiga, Golongan Belia Dewasa.
tertentu untuk membangunkan setiap Golongan belia ini melebihi usia tiga dekad
kumpulan belia, seperti berikut ini: dan dapat dianggap golongan dewasa
Pertama, Golongan Belia Peringkat yang matang dari segi penampilan fizikal,
Remaja. Rata-rata kumpulan belia hubungan sosial, dan pemikiran. Banyak
pada fasa ini masih di alam persekolahan pengalaman dan cabaran telah mereka
(Tingkatan Tiga hingga Tingkatan Lima) dan tempuhi. Golongan ini juga kebanyakannya
sibuk dengan persediaan untuk menghadapi telah memulakan alam perkahwinan dan
tiga peperiksaan awam, iaitu Penilaian hidup berkeluarga, mempunyai komitmen,
Menengah Rendah (PMR), Sijil Menengah dan tanggungjawab yang perlu dipikul, di
Agama (SMA), dan Sijil Pelajaran Malaysia samping sibuk dengan dunia kerjaya dan
(SPM). Oleh kerana itu, penekanan dan pengajian lanjutan (Sarjana/Master dan
tumpuan dalam soal pendidikan mereka Doktor Falsafah/Ph.D). Oleh kerana itu,
masih lagi di bawah tanggungjawab pihak pada peringkat ini usaha-usaha yang boleh
sekolah. Pemupukan nilai, pembentukan jati dilaksanakan ialah menyedarkan mereka
diri, dan usaha membangkitkan kesedaran untuk merebut peluang meningkatkan
tentang tanggungjawab perlu dilaksanakan, kemahiran dan keterampilan, meningkatkan
terutama memberikan mereka kefahaman kualiti hidup, serta mengukuhkan institusi
bahawa perubahan semasa di dunia dan isu keluarga.
globalisasi, yang memberi impak kepada Biarpun pelbagai definisi dan pentakrifan
tingkah-laku dan menyedarkan mereka telah diberikan berkaitan istilah belia,
untuk menghadapinya. Remaja selalunya pentakrifan oleh Kementerian Belia dan
akan mengalami krisis identiti dan konflik Sukan Malaysia telah diguna-pakai dalam
sosial, maka program Pembimbing Rakan menghuraikan artikel ini (KBS Malaysia,
Sebaya (PRS), sesi kaunseling individu dan 1995), yang berkenaan dengan penglibatan
kumpulan, serta kegiatan ko-kurikulum dan belia dalam bidang pertanian komersial.
ko-akademik memainkan peranan yang besar Program Penggalakan dalam
untuk membentuk tingkah-laku remaja. Industri Pertanian. Semua pihak
Kedua, Golongan Belia Awal Dewasa. harus menyokong usaha kerajaan untuk
Golongan ini termasuk lepasan sekolah yang menggalakkan penglibatan belia, khususnya
melanjutkan pengajian di peringkat pra belia yang berpendidikan tinggi, dalam
universiti, diploma, sijil lanjutan, dan ijazah. sektor pertanian komersial. Kementerian
Kumpulan ini merupakan golongan yang Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia,
berada pada fasa transisi antara zaman akhir melalui langkah yang proaktif, telah
remaja dengan zaman awal dewasa. Mereka melancarkan Skim Usahawan Belia Tani
mula memasuki alam yang lebih bebas, dengan mengusahakan projek Taman Kekal
bebas daripada kongkongan ibu bapa, bebas Pengeluaran Makanan (TKPM). Golongan
membuat keputusan yang penting dalam belia yang terlibat dalam skim ini dihantar
hidup, dan bebas mengambil risiko, malahan berkursus di Jepun untuk mempelajari
bebas daripada tekanan peraturan skematik selok-belok pertanian moden (KPIAT
di sekolah. Malaysia, 2006a). Turut diterima menyertai
Pada ketika ini, rakan sebaya dan teman skim ini ialah lepasan Institut Pertanian
seperjuangan menjadi sumber rujukan dan dan lepasan IPT (Institusi Pengajian Tinggi)
amat berpengaruh, kerana kebanyakan dalam negara.
masa mereka dihabiskan di kolej, maktab, Projek ini mendapat kerjasama kerajaan-
akademi, atau universiti. Pada peringkat ini kerajaan Negeri yang mengkhusus kepada
pula, aspek yang penting diterapkan ialah pengeluaran makanan, dengan matlamat
pembentukan sahsiah berteraskan nilai- mewujudkan usahawan tani berjaya, iaitu:
nilai agama dan norma-norma masyarakat (1) menghasilkan produk pertanian dalam

© 2015 by Minda Masagi Press, APAKSI Bandung, and KEMENPORA RI Jakarta, Indonesia
104 ISSN 2407-7348 and website: www.sipatahoenan-journal.com
SIPATAHOENAN:
South-East Asian Journal for Youth, Sports & Health Education, 1(1) April 2015

skala besar; dan (2) memperoleh pendapatan dan perancangan yang sempurna (KPIAT
bersih tidak kurang RM 3,000, atau tiga Malaysia, 2006a).
ribu Ringgit Malaysia, sebulan. TKPM yang Selain daripada itu, KPIAT (Kementerian
diwujudkan ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian dan Industri Asas Tani)
Pertanian Negara Ketiga (DPN-3), yang Malaysia juga sedang melaksanakan Projek
mahu memberi peluang kepada golongan Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani,
belia yang berminat dan berpengetahuan dengan tujuan membangunkan Perusahaan
untuk mengusahakan tanaman makanan dan Kecil dan Sederhana (PKS) berasaskan
pertanian moden (FAMA, 2007b). Projek pemprosesan hasil pertanian. Projek ini
TKPM ini memberi tumpuan dalam melatih memberikan pulangan pendapatan bersih
peserta dalam bidang teknikal pengeluaran sekurang-kurangnya RM 2,000 sebulan
makanan, pemprosesan makanan, dengan mensasarkan 10,000 pengusaha
keusahawanan, dan pengurusan projek PKS dapat dilahirkan melalui projek ini pada
(KPIAT Malaysia, 2006a). 2010; dan menjana pendapatan bernilai
Projek pengeluaran makanan TKPM di RM 2,461 billion, iaitu sebanyak RM 4,100
Hulu Tiram, Johor, telah dipilih sebagai sebulan pendapatan kasar bagi setiap
projek contoh peringkat kebangsaan, kerana pengusaha PKS (FAMA, 2007e).
telah menampakkan hasil dan menunjukkan KBS (Kementerian Belia dan Sukan)
kejayaan. Projek yang meliputi kawasan Malaysia telah pun mewujudkan Skim
seluas 33.4 hektar ini telah dimulakan Belia Tani dengan melantik Bank Pertanian
pembersihan tapak pada November 2005. Malaysia sebagai pengurus dana, yang
Kawasan seluas 28 hektar telah dikenalpasti akan menyalurkan modal pusingan
dan dirancang untuk projek penanaman untuk menjayakan skim ini. Skim ini
sayur-sayuran, buah-buahan, dan tanaman bertujuan untuk menggalakkan golongan
perantara seperti jagung. Kawasan TKPM belia menjadi usahawan, juga melalui
Hulu Tiram pula telah dipecahkan kepada kemudahan pembiayaan dan latihan untuk
kepada 6 blok dan setiap blok berkeluasan 4 mengembangkan perniagaan dalam bidang
hingga 5 hektar. pertanian. Skim ini membantu golongan
Peserta projek ini mempunyai pengalaman belia memulakan usaha perniagaan
dalam menanam sayur-sayuran. Sebanyak pertanian, penggunaan teknologi moden,
RM 400,000 (empat ratus ribu Ringgit dan meningkatkan ilmu dan kepakaran
Malaysia) telah diperuntukkan untuk kerja- dalam bidang pertanian agar menjadi petani
kerja pembersihan dan penyediaan tapak moden yang berwawasan tinggi, komited,
dengan bantuan dana daripada kerajaan dan inovatif.
pusat sebanyak RM 250,000. Kemudahan Khidmat nasihat diberikan kepada
yang diwujudkan di kawasan tapak projek golongan belia yang terlibat dalam skim ini
ialah rumah peserta, rumah pam, jalan dari semasa ke semasa, hingga usaha yang
ladang, sistem pengairan, rumah kalis hujan, diceburi mereka menunjukkan kemajuan dan
pusat pengumpulan hasil ladang, pejabat potensi pendapatan yang menguntungkan
pentadbiran, dan dua buah kolam ikan. (cf FAMA, 2007a; dan FAMA, 2007d).
Tanaman yang diusahakan ialah sayuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
jenis berbuah, seperti terung, petola, kacang telah mensasarkan untuk melahirkan 1,000
panjang, kacang bendi, kacang buncis, dan usahawan tani (Fikri, 2006).
cili, kerana lebih tahan lama, boleh dipetik, Jelaslah di sini bahawa tanggapan
serta mempunyai nilai pasaran yang tinggi. terhadap sektor pertanian dan industri asas
Peserta-peserta projek yang ditemui tani, sebagai industri yang tidak berkembang
berpuas hati dengan kemajuan projek TKPM dan tidak mendatangkan pendapatan
ini. Hal ini jelas membuktikan bahawa lumayan selama ini, adalah meleset dan
bidang pertanian dapat memberi pulangan perlu diubah. Kempen kesedaran untuk
yang lumayan dan menguntungkan jika mengubah persepsi dan tanggapan awam
diusahakan secara bersungguh-sungguh tentang sektor pertanian dan industri hiliran

© 2015 by Minda Masagi Press, APAKSI Bandung, and KEMENPORA RI Jakarta, Indonesia
ISSN 2407-7348 and website: www.sipatahoenan-journal.com 105
NORHASNI ZAINAL ABIDDIN, MOHD ASHRAFF MOHD ANUR & ANZAR ABDULLAH,
Penglibatan Belia dalam Pertanian Komersial

perlu dirancakkan lagi bagi menyedarkan pasaran global, berupaya menggunakan


masyarakat bahawa pertanian sebenarnya jentera moden, dan mengeluarkan hasil
satu perniagaan, satu bidang komersial yang yang memenuhi permintaan, bukan hanya
amat menguntungkan, bukan lagi aktiviti dalam negara tetapi luar negara. Namun kita
tradisional bagi menampung keperluan percaya bahawa jalan ke arah itu masih jauh,
makanan seisi rumah semata-mata memandangkan pandangan masyarakat dan
yang menggunakan tulang empat kerat; penglibatan golongan belia dalam bidang ini
sebaliknya, ia adalah satu industri yang masih terhad. Namun tidak mustahil impian
dibangunkan dengan jentera dan peralatan ini akan terlaksana juga.
moden yang bernilai untuk pasaran eksport Bidang pertanian akan dipandang tinggi
(Fatimah, 2005). dan akan menarik minat golongan belia
untuk menceburi jika terdapat pelbagai
KESIMPULAN insentif dan kemudahan. Untuk menarik
Artikel ini mengupas sejarah minat golongan belia melibatkan diri dalam
industri pertanian di Malaysia dan juga bidang pertanian komersial, pelbagai pihak
perkembangan penglibatan belia dalam perlulah meningkatkan kesedaran mereka
bidang pertanian komersial dan program terhadap kerjaya di bidang pertanian dengan
yang dirancang oleh kerajaan bagi memperlihatkan pulangan yang setimpal
menggalakan penglibatan belia dalam dengan usaha yang dicurahkan. Golongan
bidang pertanian komersial. Jika diamati, belia pada hari ini lebih praktikal dan
sejarah awal industri pertanian di Malaysia melihat pulangan kewangan sebagai faktor
sehingga kini perkembangannya amat utama dalam memilih dan menentukan
ketara. Penglibatan belia dalam sektor ini kerjaya. Justeru, untuk menggalakkan
juga menunjukkan peningkatan. penglibatan belia dalam sektor pertanian
Mentaliti masyarakat sebelum ini komersial, peranan semua pihak yang
memandang bidang pertanian bertaraf terlibat seperti keluarga, masyarakat, media
rendah, tiada nilai komersial, bidang yang massa, dan juga kerajaan amat penting.
kotor, tiada masa depan, tidak berpotensi, Bidang pertanian dan industri asas
dan kebanyakannya merupakapan tani memang berpotensi besar menjana
pandangan yang bersifat negatif. Sebelum pendapatan dan mewujudkan peluang dan
ini, begitu kurang individu yang berfikiran pasaran, tinggal lagi sejauh mana seseorang
terbuka dan melihat pertanian sebagai satu usahawan tani yang menceburinya merebut
pelaburan yang menguntungkan, prospek peluang yang ada dalam meningkatkan
ekonomi yang cerah, dan memberikan produktiviti dan mempelbagaikan aktiviti tani
pulangan yang menjamin masa depan dan mereka. Mereka perlu mengambil inisiatif
potensi yang besar. untuk sentiasa maju dan berusaha mencari
Sedangkan di negara-negara lain, seperti rakan kongsi ke pasaran global dan terbuka.
Jepun, Belanda, dan Amerika Syarikat, “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
telah mengiktiraf bidang pertanian seperti dapat sagunya”. Inilah hakikat yang perlu
juga bidang lain, iaitu sebagai satu kerjaya disedari. Golongan belia yang menceburi
yang memberikan pulangan yang baik pertanian komersial haruslah inovatif, kreatif,
jika diusahakan secara sistematik dan dan meningkatkan potensi hasil tani mereka
bersungguh-sungguh. Peladang mereka melalui proses penjenamaan yang piawai dan
menjadi jutawan dan mempunyai keluasan menepati prosedur.1
ladang yang besar dengan penggunaan
jentera moden yang berkemampuan untuk 1
Kenyataan: Dengan ini kami menyatakan bahwa
melipat-gandakan penuaian hasil dan artikel ini adalah dapatan penyelidikan kami bersama; jadi,
ianya bukanlah dapatan daripada amalan plagiarism. Kami
mengeluarkan produk yang bermutu hingga juga membuat kenyataan bahawa artikel ini belum dinilai dan
dapat diedarkan di pasaran seluruh dunia. tidak dihantar kepada mana-mana jurnal akademik untuk
Inilah yang kita mahu, iaitu melahirkan disiarkan. Kami bersedia untuk menerima hukuman secara
akademik apabila di kemudian hari, kenyataan yang kami
usahawan tani yang boleh bersaing di buat ini tidak sesuai dengan hakikat.

© 2015 by Minda Masagi Press, APAKSI Bandung, and KEMENPORA RI Jakarta, Indonesia
106 ISSN 2407-7348 and website: www.sipatahoenan-journal.com
SIPATAHOENAN:
South-East Asian Journal for Youth, Sports & Health Education, 1(1) April 2015

Bibliografi famaxchange.org/index.php?ch=emedia [diakses di


Serdang, Malaysia: 25 Ogos 2014].
Fatimah, M.A. (2005). Strategi Lahirkan Usahawan
Aidit, G. & Y. Husnizam. (2005). Pembentukan Tani Berdaya Maju. Kuala Lumpur: Utusan
Generasi Belia Selangor 2005: Satu Pengamatan. Melayu (M) Berhad.
Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda. Fikri. (2006). Kementerian Belia dan Sukan Sediakan
Bezu, S. & S. Holden. (2014). “Are Rural Youth in Dana RM 20 Juta untuk Belia Berniaga. Kuala
Ethiopia Abandoning Agriculture?” dalam World Lumpur: Utusan Melayu (M) Berhad.
Development, 64(1), ms.259-272. Ismail, M. (2004). Menjadi Belia Cemerlang. Petaling
Brian, C. & N. Peterson. (2012). “The Role of Jaya: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.
Empowerment in Youth Development: A Study of JPBD [Jabatan Perancangan Bandar dan Desa].
Sociopolitical Control as Mediator of Ecological (2000). Laporan Banci Penduduk. Kuala Lumpur:
Systems’ Influence on Developmental Outcomes” Percetakan Nasional.
dalam Journal of Youth & Adolescence, 41(5), JPM [Jabatan Perdana Menteri] Malaysia. (2006).
ms.623-635. RMK-9, Bab 3: Memperkasakan Pertanian dan
Burke, M.J. et al. (2012). “Supported Employment Industri Berasaskan Pertanian. Putrajaya: Unit
Outcomes for Transition Age Youth and Young Perancang Ekonomi.
Adults” dalam Psychiatric Rehabilitation Journal, KBS [Kementerian Belia dan Sukan] Malaysia. (1995).
35(3), ms.171–179. Cadangan Dasar Pembangunan Belia Negara.
DBP [Dewan Bahasa dan Pustaka]. (2001). Kamus Putrajaya: Bahagian Perancangan Dasar dan
Dewan, Edisi IV. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Penyelarasan.
dan Pustaka. KPIAT [Kementerian Pertanian dan Industri Asas
FAMA [Federal Agricultural and Marketing Authority]. Tani] Malaysia. (2006a). “Hala Tuju Sektor
(2007a). “Golongan Muda Diajak Bertani”. Pertanian dan Industri Asas Tani”. Tersedia juga
Tersedia secara online juga di: http://www. secara online di: http://www.banktani.tripod.com
famaxchange.org/index.php?ch=emedia [diakses di [diakses di Makassar, Indonesia: 17 Januari 2015].
Serdang, Malaysia: 25 Ogos 2014]. KPIAT [Kementerian Pertanian dan Industri Asas
FAMA [Federal Agricultural and Marketing Authority]. Tani] Malaysia. (2006b). Dasar Pertanian Negara
(2007b). “Graduan Usahawan Tani”. Tersedia Ketiga (DPN-3). Putrajaya: Bahagian Perancangan
secara online juga di: http://www.famaxchange. Strategik dan Antarabangsa.
org/index.php?ch=emedia [diakses di Serdang, Maykut, P. & R. Morehouse. (1994). Beginning
Malaysia: 25 Ogos 2014]. Qualitative Research: A Philosophic & Practical
FAMA [Federal Agricultural and Marketing Authority]. Guide. London: The Falmer Press.
(2007c). “Pertanian Moden Beri Hasil Lumayan”. Patton, M.Q. (1990). Qualitative Evaluation and
Tersedia secara online juga di: http://www. Research Methods. California: Sage Publications.
famaxchange.org/index.php?ch=emedia [diakses di Shucksmith, M. (2012). “How to Promote the Role of
Serdang, Malaysia: 25 Ogos 2014]. Youth in Rural Areas of Europe?”. Tersedia online
FAMA [Federal Agricultural and Marketing Authority]. juga di: http://www.desenvolupamentrural.cat/
(2007d). “Graduan Tanam Tembikai”. Tersedia system/uploads/attachment/nv_asset/1292/1.
secara online juga di: http://www.famaxchange. mark_shucksmith_rural_youth_catalonia.pdf
org/index.php?ch=emedia [diakses di Serdang, [diakses di Makassar, Indonesia: 15 Januari 2015].
Malaysia: 25 Ogos 2014]. Sun, R.C.F. & D.T.L. Shek. (2012). “Beliefs in the
FAMA [Federal Agricultural and Marketing Authority]. Future as a Positive Youth Development Construct:
(2007e). “Bank Perlu Berani Bantu Sektor Tani”. A Conceptual Review” dalam The Scientific World
Tersedia secara online juga di: http://www. Journal, 12(1), ms.1-8.

© 2015 by Minda Masagi Press, APAKSI Bandung, and KEMENPORA RI Jakarta, Indonesia
ISSN 2407-7348 and website: www.sipatahoenan-journal.com 107
NORHASNI ZAINAL ABIDDIN, MOHD ASHRAFF MOHD ANUR & ANZAR ABDULLAH,
Penglibatan Belia dalam Pertanian Komersial

Yang Belia yang Berniaga


(Sumber: www.google.com, 20/2/2015)

“Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Inilah hakikat yang perlu disedari. Golongan belia di
Malaysia, yang menceburi pertanian komersial, haruslah inovatif, kreatif, dan meningkatkan potensi hasil tani
mereka melalui proses penjenamaan yang piawai dan menepati prosedur.

© 2015 by Minda Masagi Press, APAKSI Bandung, and KEMENPORA RI Jakarta, Indonesia
108 ISSN 2407-7348 and website: www.sipatahoenan-journal.com

You might also like