Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

A.

FAHAMAN

Mengalu ialah satu corak perniagaan lama di perairan Sungai Brunei yang dijalankan
oleh kumpulan peniaga-peniaga Melayu pada suatu ketika dahulu. Kumpulan peniaga-
peniaga ini membeli barangan secara ‘pajak’ daripada pembekal dan kemudian menjual
atau menukar dengan barangan yang berupa hasil tanaman orang di kampung-kampung
pedalaman yang tinggal di sepanjang tebing Sungai Brunei. Mereka kemudiannya
mengedarkan hasil tanaman itu kepada padian-padian untuk dijual kepada pembeli atau
pengguna di Kampong Ayer.

Sebahagian besar pengalu ini terdiri daripada peniaga lelaki dari Kampong Ayer.
Terdapat juga pengulu wanita tetapi jumlah mereka kecil. Setiap kumpulan pengalu terdiri
daripada 30 hingga 50 orang, masing-masing mempunyai perahu sendiri. Dari segi
sejarah, perniagaan pengalu ini telah wujud di negara ini kira-kira 500 tahun dahulu.
Dipercayai kegiatan ini bermula sejak pertembungan dengan saudagar-saudagar Arab
yang di samping mengembangkan agama Islam, juga menjalankan perniagaan.

Perniagaan pengalu dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan dipimpin


oleh seorang ketua yang bertanggungjawab menentukan waktu memulakan perniagaan
apabila sampai di pangkalan kampung yang didatangi. Cara berniaga adalah dengan
membuat perjanjian dan menetapkan hari dan waktu perniagaan. Ahli-ahli kumpulan
pengalu datang dan melakukan perniagaan dengan orang-orang kampung. Pengalu
bebas memilih barangan untuk dijual; kadang-kadang orang kampung membuat pesanan
terlebih dahulu dan pengalu datang dengan barangan yang dipesan. Antara barang
dagangan utama ialah ikan, kerang-kerangan, barang-barang dapur, kuih-muih dan
pakaian.

Dalam perniagaan ini, wang tidak memainkan peranan penting. Mereka


melakukan sistem pertukaran barangan antara pembeli dengan penjual atau disebut
sebagai barter trading system. Lazimnya dalam sistem perniagaan pengalu ini, pembeli-
pembeli terikat dengan seorang pengalu sahaja. Mereka seolah-olah telah membuat
perjanjian. Jika pengalu tersebut tidak mempunyai barang yang diperlukan oleh pembeli,
maka pembeli boleh meminta izin untuk berurus niaga dengan pengalu lain.
Pada tahun-tahun enam puluhan, perniagaan mengalu beransur pupus,
digantikan dengan perniagaan jenis kedai runcit di pondok-pondok atau di dalam rumah.
Sistem perniagaan mengalu ini menunjukkan bahawa orang Melayu Brunei telah lama
melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

Jawab soalan-soalan berikut.

1. Apakah mengalu dan bilakah mengalu mula diamalkan?

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

2. Siapakah menjadi kumpulan pengalu dan berapakah jumlah setiap kumpulan?

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

3. Apakah tugas ketua sesuatu kumpulan pengalu?

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

4. Nyatakan empat barangan yang lazimnya dijual oleh pengalu.

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
5. Pada pendapat kamu, mengapakah perniagaan mengalu pupus dan bolehkah
perniagaan jenis ini diwujudkan semula?

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

[10 Markah]

B. Berikan makna perkataan-perkataan berikut berdasarkan penggunaannya dalam


petikan di atas.
1. wujud:
2. mengembangkan:
3. utama:
4. lazimnya:
5. pupus:

[5 Markah]

C. setelah membaca petikan di atas, kemudian ringkaskan hingga menjadi kira-kira


70 patah perkataan sahaja. Penggunaan ayat sendiri dalam susunan maksudnya
yang asal akan diberi perhatian utama dalam pemarkahan.
[20 Markah]

You might also like