PROJECT

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Faktor Penyumbang Obesiti

Terdapat bayak faktor faktor yang boleh menyumbang kepada masalah


obesiti dan antara faktor faktor utama adalah seperti pengambilan
makanan secara berlebihan serta pengambilan diet yang tinggi
kandungan lemak dan gula melebihi daripada jumlah yang diperlukan
oleh seseorang itu dan kurangnya melakukan aktiviti aktiviti senaman
fizikal .Terdapat beberapa faktor usia, jantina, genetik, penyakit
dalaman, dan juga pengambilan ubatan tertentu seperti steroid.

Selain itu, merujuk kepada info yang disiarkan oleh Kementerian


Kesihatan Malaysia melalui media sosial Facebook pada 4 September
2018, satu daripada dua rakyat Malaysia obes.

Masalah obesiti dan penyakit-penyakit tidak berjangkit sedang


meningkat di Malaysia dan berada pada tahap yang membimbangkan.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dijalankan oleh
Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa satu daripada dua rakyat
Malaysia mengalami masalah berlebihan berat dan obesiti. Manakala
sebanyak 17.5% rakyat Malaysia dikesan menghidap Diabetes, 30.3%
menghidap Hipertensi dan 47.7% mempunyai paras kolesterol darah
yang tinggi pada tahun yang sama.

Punca utama obesiti adalah disebabkan ketidakseimbangan


pengambilan dan penggunaan tenaga harian. Ini terjadi apabila
seseorang individu mengambil makanan yang berlebihan serta tidak
melakukan aktiviti fizikal dan senaman yang mencukupi. Sekiranya
keadaan ini berterusan, berat badan akan meningkat. Keadaan ini
berlaku kerana jumlah tenaga yang diperolehi daripada makanan yang
dimakan tidak digunakan sepenuhnya oleh badan. Selain itu,
pemakanan ibu semasa mengandung dan amalan penyusuan susu ibu,
corak pemakanan kanak-kanak yang dipengaruhi oleh ibu bapa dan
persekitaran turut menyumbang kepada masalah obesiti di peringkat
umur yang seterusnya.
Langkah Menjalankan Kajian
Jadual pembahagian tugas

Nama Ahli Kumpulan Tugasan Catatan


1. Charles Anak Raffle Membahagikan tugas, membimbing
dan memantau, jadual pembahagian
tugas, faktor penyumbang obesiti,
graf.
2. Evone Bong Yii Wen Penghargaan, ringkasan projek,
pernyataan masalah, pemakanan,
jadual, rujukan.
3. Chai Pei Zhen Kulit depan, pengenalan, penyakit
yang disebabkan obesiti, cadangan
4. Puteri Dyra Damia Isi kandungan, maksud obesiti dan
Binti Zamhari BMI, contoh makanan, ulasan,
lampiran

You might also like