Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

KERAJAAN :

( HUKUMAN MATI MANDATORI STILL ADA )

FRASA PERTAMA: HUKUMAN MATI MANDATORI

Berdasarkan pusat rujukan persuratan melayu, Mandatori adalah satu istilah


undang-undang membawa maksud termesti suruhan, mengikat hukuman dan
wajib dituruti tanpa pilihan.

Menurut jabatan peguam negara, hal ehwal undang undang, Hukuman mati
mandatori bermaksud hakim hanya boleh menjatuhkan hukuman mati sahaja
kepada induvidu yang telah disabit dan dibuktikan bersalah mengikut seksyen
kesalahan yang menjatuhkan hukuman mati mandatori tersebut.

Menurut menteri di jabatan perdana menteri liew vui keong, terdapat 12 seksyen yang
menggunakan hukuman mati mandatori. Antaranya adalah bunuh dengan niat,
penyeludupan dadah dan pemilikan senjata api sekiranya penjenyah bukan dalam
kalangan perempuan yang mengandung dan kanak-kanak umur 18 tahun kebawah.
Tambahan itu, Hukuman mati mandatori ini juga hakim boleh berperanan terus dalam
menjatuhkan hukuman itu kepada individu yang disabit bersalah mengikut seksyen
tersebut, walaupun tertuduh itu, misalnya, mempunyai masalah mental. Bagi jenayah-
jenayah lain, hukuman terletak kepada budi bicara hakim dan dalam peruntukan
Seksyen 277 Kanun Acara Jenayah (CPC) menyatakan bahawa apabila individu
dijatuhkan hukuman mati, hukuman harus mengarahkan dia digantung di leher sehingga
mati, tetapi tidak menyatakan tempat dan masa hukuman patut dijalankan.

FRASA KEDUA: DIMANSUHKAN

Menurut pusat rujukan persuratan melayu mentafsrikan. mansuh bermaksud


tidak berlaku lagi, batal, ditiadakan dan terhapus. Maka, secara asasnya mansuh
ini mebawa konotasi sesuatu perkara yang perlu dihapuskan secara
keseluruhannya.
FRASA KETIGA: TIDAK PERLU

Tidak perlu ini secara asasnya membawa tafsiran sesuatu perkara yang
sudah tidak relevan dan tiada keterdesakan untuk dikekalkan dalam
berhadapan dengan sesuatu isu. Jadi dalam dewan perbahasan , analisis
ketidakperluan hukuman mati mandatori ini untuk dimansuhkan apabila
kerana apabila :

1) hukuman mati mendatori ini masih mampu mengurangkan masalah


jenayah semasa.
2) hukuman mati mendatori masih memenuhi tuntuan keperluan semasa
dalam berhadapan isu jenayah berat.
3) keberkesanan hukuman mati mendatori ini sebagai hukumat berkesan
dalam mengawal kes jenayah berat berlaku.

Secara rumusannya, hukuman mati mendatori ini tidak perlu dimansuhkan


atas sebab k hukuman ini masih relevan sebagai meknisme undang-
undang dalam mengawal, mendidik, memulih atau merawat masyarakat
untuk tidak melakukan kes jenayah berat.

ANALOGI :
Ketidakperluan Hukuman mati mandatori ini dilambangkan seperti keaadan
covid 19 pada masa kini

PENDIRIAN: ketidakperluan hukuman mati mendatori untuk


dimansukahkan melihat kepada kemampuan dan potensi makenisme hukuman
mati mendatori ini dalam mengekang kes jenayah berat untuk terus berlaku
dalam kehidupan mesyarakat.
H1: HUKUMAN MATI MANDATORI MERUPAKAN PENDIDIKAN YANG
PALING TEPAT

TYDP, umum mengetahui setiap hukuman mampu untuk memberi pendidikan


kepada masyarakat dengan cara memberi peringatan dan pengajaran. Namun
pada hari ini, hukuman mandatori ini merupakan cara memberi pengajaran dan
peringatan yang terbaik kepada masyarakat supaya mereka tidak melakukan
jenayah yang sama.

Menurut Statistik Jenayah Malaysia yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan


Malaysia, berlakunya penurunan kes jenayah sebanyak 21.4% pada tahun 2017
iaitu apabila kita menjalankan hukuman mati mandatori. Perkara ini menunjukkan
hukuman mati mandatori ini berjaya memberi pengajaran dan peringatan kepada
masyarakat.

Sebab itu kami katakan bahawa hukuman mati mandatori ini perlu dikekalkan.

Berbeza pula dengan negara Mexico yang mengenakan hukuman penjara dan
denda terhadap kes jenayah seperti jenayah membunuh. Pada 3 Julai 2018
berlaku musim kempen yang dicemari darah yang menyaksikan 145 ahli politik
terbunuh. Gelombang keganasan yang dilanda oleh Mexico ini sudah bermula
sejak kerajaan mengarahkan tentera untuk menentang pengedaran dadah pada
2006. Malah wd, Menurut sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Setiausaha
Keamanan Publik menunjukkan total 34 582 pembunuhan pada tahun 2017.
Jumlah itu meningkat sebanyak 2.5% dari tahun 2018 dengan total 33 743
korban.

Ini bermakna jenayah ini sudah lama berlaku malah bertambah teruk. Dan
walaupun ada hukuman yang dikenakan namun masih tidak mampu memberi
pengajaran kerana apabila mereka keluar dari penjara ataupun membayar denda
yang dikenakan, mereka akan mengulangi semula jenayah ini.

Terbuktilah bahawa hukuman mati mandatori ini memberikan peringatan kepada


masyarakat kerana ciri ciri hukuman itu sendiri yang bertindak untuk memberi
peringatan. Maka benarlah hukuman mati mandatori tidak perlu dimansuhkan.
H2: HUKUMAN MATI MANDATORI MERUPAKAN HUKUMAN YANG
SETIMPAL

TYDP, hukuman mati mandatori merupakan hukuman yang cukup berat untuk
diberikan kepada penjenayah-penjenayah ini. Disebabkan perkara ini, hukuman
mati mandatori ini hanya diberikan kepada kesalahan-kesalahan yang berat.

Contohnya, peristiwa hitam yang berlaku pada Mac 2013, peristiwa di mana 8
orang pengganas telah menyerang Yang Di-Pertuan Agong di Tawau. Mereka ini
telah disabitkan di bawah kesalahan Seksyen 121 Kanun Keseksaan iaitu
jenayah memerangi Agong yang mana perlu dijatuhkan hukuman mati
mandatori.

Apabila mereka menyerang agong, bermakna sebenarnya mereka telah


mengisytiharkan perang terhadap negara kita. Tidak dilupakan juga, ketua
negara itu melambangkan kedaulatan negara. Tercemarnya institusi diraja,
bermakna, tercemarnya kedaulatan negara kita. Adakah kesalahan
mencemarkan kedaulatan negara kita ini merupakan sebuah kesalahan yang
ringan? Saya kira tidak.

Kita lihat pula isu yang berkaitan dengan dadah. Pada Januari 2022, seorang ibu
telah dipenggal kepala oleh anak kandungnya sendiri akibat menjadi penagih
dadah. Perkara yang sama turut berlaku pada tahun 2017, apabila seorang bapa
yang mati akibat ditetak oleh anaknya. Mangsa dibunuh disebabkan rasa tidak
puas hati kerana tidak mendapat wang untuk membeli dadah.

Inilah yang kami katakan hukuman yang setimpal. Kerana apa? Kerana
walaupun dadah ini hanya melibatkan seorang individu, kesannya mampu dirasai
sehingga berpuluh-puluh orang. Maka demi menjaga kemaslahatan ummah,
saya kira hukuman mati mandatori ini setimpal dengan perbuatan mereka.

Kesimpulannya, kesalahan membunuh tanpa niat, memiliki dan mengedar dadah


ini wajar dikena hukuman mati mandatori kerana hukuman ini setimpal. Nyawa
dibalas nyawa dan demi memelihara kemaslahatan ummah di negara kita.
H3: KEBERJAYAAN PELAKSANAAN HUKUMAN MATI MANDATORI

TYDP, pelaksanaan hukuman mati mandatori di Malaysia umum mengetahui ia


adalah menerusi teknik gantung iaitu menggunakan tali yang dipasang pada
leher untuk mematahkan tengkuk pesalah. Malaysia merupakan antara 56
negara di dunia melaksanakan hukuman mati.

Menurut Sinar Harian, 30 September 2020, kes indeks jenayah di Malaysia


mencatatkan penurunan selama 11 tahun sejak tahun 2009.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed


berkata, sebanyak 212 678 kes direkodkan pada tahun 2009, namun jumlahnya
menurun kepada 84 485 kes pada tahun lalu.

Beliau mengatakan pihaknya merekod 5 403 kes bunuh sejak tahun 2009 hingga
2019. Terdapat 5 542 mangsa termasuk 3 453 rakyat tempatan. Mereka
menahan 9,398 suspek, termasuk 5 038 rakyat Malaysia yang terlibat dengan
kes bunuh.

WD, kita lihat undang-undang yang ketat dan tegas ini bertindak sebagai jenayah
yang berkesan dengan menanamkan rasa takut dan gerun kepada mereka yang
berniat untuk melakukan sesuatu kesalahan jenayah. Sudah semestinya
hukuman mati merupakan pencegah jenayah yang sangat berkesan kerana
melibatkan sesuatu yang paling berharga kepada seseorang, iaitu nyawa.

Sebagai contoh, hukuman mati telah dihapuskan di United Kingdom (UK). Sejak
dari pemansuhan hukuman mati di negara itu, jenayah membunuh telah
meningkat secara mendadak dan mengundang pelbagai masalah lain pula.

Maka disini terbuktilah bahawa keberjayaan pelaksanaan hukuman mati


mandatori di Malaysia berjaya dengan jayanya.
PEMBANGKANG :

( HUKUMAN MATI MANDATORI MANSUH : DAH TAK DE )

PINDAAN FRASA:
-kenapa mansuh? pelihara hak asasi manusia SURUHAN HAK ASASI
MANUSIA

PERTUBUHAN HAK ASASI ANTARABANGSA

kes warganegara malysia kaum india dituduh bersalah membawa dadah

PENDIRIAN: Melihatkan kepada asbab-asbab hukuman mati mandatori perlu


dimansuhkan.

H1: MEMBERI PELUANG KEDUA UNTUK INSAF


-Nak beri peluang kedua kepada pesalah

TYDP, hukuman mati mandatori ini secara umumnya mengetahui bahawa


hukuman ini dijatuhkan sekiranya terbukti pesalah bersalah maka apabila
hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah maka pesalah akan digantung sampai
mati.

Menurut artikel Berita Harian, Jun 10 2022 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari
ini berkata, hukuman mati tidak dimansuhkan dan masih kekal namun perubahan
yang dilakukan ialah memberi pilihan kepada hakim menggunakan budi bicara
dalam menjatuhkan hukuman.

Perdana Menteri berkata, langkah itu membolehkan hakim tidak lagi terikat
dengan perkataan 'mandatori' bagi hukuman mati yang menyebabkan
mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman gantung
sampai mati seperti diperuntuk undang-undang, contohnya dalam kesalahan
mengedar dadah.
Kita berpandangan setiap manusia perlu diberikan peluang kedua. Jika terdapat
dua pilihan (hukuman) dan jika dirasakan pesalah memang penjenayah tegar
mengedar dadah sehingga menyebabkan ratusan ribu orang mati,maka boleh
dihukum mati dan dibenarkan untuk jatuhkan hukuman mati.

Tetapi jika dirasakan daripada budi bicara patut diberikan peluang kedua untuk
berubah menjadi lebih baik dan hendak diberikan hukuman penjara seumur
hidup dengan sebat maka hakim boleh meminda hukuman mati mandatori
kepada hukuman itu.

Sebagai contoh, Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan


hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan dan ini menyebabkan hakim tidak
mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman terbabit.

Maka dengan pemansuhan hukuman mati mandatori ini para pesalah


mempunyai peluang untuk insaf dan berubah ke arah yang lebih baik .

H2:MEMPERKASA NILAI KEMANUSIAAN DALAM INSTITUSI


PENGHAKIMAN

TYDP, seberat manapun kesalahan yang dilakukan, namun jika terdapat


beberapa faktor lain yang menyebabkan mereka melakukan perkara
sedemikian, saya kira wajar untuk kita meringankan hukuman mereka daripada
menjadi hukuman mati mandatori.

Presiden dan pengasas Komuniti Intervensi Dadah Malaysia (KOMITED


Malaysia), Khalid Hashim, berkata langkah memansuhkan hukuman mati
mandatori dapat memberi peluang kepada pesalah dijatuhi hukuman lebih adil
dan setimpal dengan kesalahan.
Contohnya, kita lihat sahaja kes rakyat Malaysia, Nagaentran Dharmalingam
yang didapati bersalah kerana menyeludup dadah ke Singapura pada tahun
2009. Nagaentran ini dijatuhkan hukuman mati pada tahun 2010. Walaupun ibu
Nagaentran telah memfailkan rayuan, Mahkamah Rayuan Singapura masih tidak
mengubah keputusan mereka.

Sedangkan, sebenarnya Nagaentaran ini mempunyai mengalami masalah


ketidakupayaan mental dan merupakan orang kurang upaya (OKU)
pembelajaran. Andaikan dia ini hanya mengikut arahan orang, dia di aniaya.
Adakah kita mahu menghukum pesalah yang sebegini? Menghukum pesalah
yang tidak boleh membezakan mana satu yang salah, mana satu yang betul.

Sebab itu, kami di meja perwakilan pembangkang mengatakan bahawa hukuman


mati mandatori ini perlu dihapuskan. Apabila dihapuskan, ia akan memberi ruang
kepada hakim untuk memberi hukuman yang setimpal kepada pesalah-pesalah
ini.

Perkara ini disokong apabila menurut Penyelaras Eksekutif Rangkaian Anti


Hukuman Mati Asia, Dobby Chew, berkata hakim mesti diberi budi bicara untuk
menentukan hukuman berdasarkan fakta kes supaya keadilan tertegak dan hak
mereka dipertahankan.

Kesimpulannya, hukuman mati mandatori ini perlulah dimansuhkan demi


memperkasa nilai kemanusiaan di dalam institusi kehakiman.
H3: PELAKSANAAN HUKUMAN MATI MANDATORI TIDAK MEMBENTUK
MASYARAKAT TAKUT MELAKUKAN JENAYAH

WD, dalam peraturan sekolah, kita dikenakan tindakan sekiranya kita melakukan
kesalahan disiplin supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. Begitu juga
dalam undang undang negara, kita menjatuhkan hukuman mati mandatori
kepada pesalah yang melakukan jenayah2 yang berat seperti membunuh
supaya masyarakat menjadi takut untuk melakukan jenayah.

Namun pada hari ini wd, pelaksanaan hukuman mati mandatori ini sebenarnya
gagal dan tidak mampu pun untuk membentuk masyarakat yang takut untuk
melakukan jenayah. Kerana pada hari ini, kes jenayah tersebut masih banyak
berlaku.

Perkara ini dapat dibuktikan apabila menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk
Saiful Azly Kamarudin berkata, seramai 219 individu ditangkap membabitkan kes
pengedaran dadah di ibu negara meningkat dengan mendadak, berbanding
tahun lalu iaitu sebanyak 82 tangkapan. Perkara ini turut disokong oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bahawa hukuman mati mandatori
tidak membawa kesan besar untuk menurunkan kadar jenayah berat.

Kita ambil contoh negara bangladesh. Banyak hukuman mati mandatori telah
dijatuhkan kepada pesalah seperti pada 25 Oktober 2019, Kes pembunuhan
seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun yang dibakar hidup-hidup di negara
Bangladesh telah dijatuhkan hukuman mati. Namun, pada 8 Disember 2019,
berlaku lagi kes pembunuhan kejam seorang pelajar. 20 pelajar universiti
dijatuhkan hukuman mati.Menurut statistik daripada World Data Atlas, kadar
pembunuhan di Bangladesh untuk 2019 ialah 2.37, telah meningkat sebanyak
6.79% berbanding tahun 2018.
Maka wd, terbuktilah bahawa hukuman mati mandatori ini perlu dimansuhkan
kerana tidak memberi pengajaran kepada masyarakat untuk membentuk
masyarakat yang takut melakukan jenayah.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/964413/aktivis-hak-asasi-
manusia-sokong-mansuh-hukuman-mati-sepenuhnya

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/964563/parlimen-perlu-
wujud-hukuman-alternatif-setimpal-kesalahan-pesalah

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/983704/jawatankuasa-
ditubuh-teliti-syor-hukuman-gantian-mati-mandatori.

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/06/hukuman-mati-mandatori-wajar-
jika/

FAKTA

1)Menurut artikel Berita Harian, Jun 12,2022 keputusan kerajaan untuk


memansuhkan hukuman mati mandatori memberi peluang kepada hakim untuk
memilih hukuman yang sesuai kepada individu yang disabit kesalahan, kata
Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, pemansuhan hukuman mati mandatori membolehkan hakim memilih


sama ada untuk menjatuhkan hukuman mati atau hukuman lain yang lebih
sesuai dengan kesalahan yang disabit terhadap pelaku.

"Mandatori bermakna tiada pilihan diberikan kepada hakim. Jadi saya


menyokong keputusan kerajaan kerana undang-undang sekarang memaksa
hakim untuk menghukum tanpa ada pilihan.

Pindaan ini memberikan ruang kepada hakim untuk menilai fakta, bukti dan
undang-undang, dan hakim pula perlu menjatuhkan hukuman secara adil,"
katanya
Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan persetujuan kerajaan
memansuhkan hukuman mati mandatori, susulan pembentangan Laporan Kajian
Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori pada Mesyuarat Jemaah
Menteri, Rabu lalu.

Wan Junaidi memaklumkan, kerajaan juga akan mengkaji kebolehlaksanaan


berkaitan hala tuju sistem keadilan jenayah di negara ini.

Antaranya, pewujudan prosedur pra-penghukuman, penubuhan Majlis


Penghukuman, pembangunan Garis Panduan Penghukuman, penubuhan
Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang, pembaharuan institusi
kepenjaraan, dan pelaksanaan hukuman berdasarkan 'restorative justice'.

Beliau menjelaskan, keputusan berkaitan perkara itu menunjukkan keutamaan


kerajaan untuk memastikan hak semua pihak adalah terpelihara dan terjamin.

2) Kadang-kadang kes membabitkan anak muda berusia 18 tahun. Hakim


selepas mendengar perbicaraan mungkin beranggapan dia ini 'terkena' kerana
dadah berada dalam beg miliknya tetapi dia tidak boleh membuktikan orang yang
memberi (dadah) kepadanya.

Walaupun ada orang yang beri tetapi tidak boleh dibuktikan, akhirnya mahkamah
menjatuhkan hukuman gantung sampai mati walaupun hakim beranggapan
budak ini muda dan patut diberi peluang kedua untuk berubah

You might also like