Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS IKATAN BUDI SANJUNGAN BAKTI WARGA SMK LAMBOR KIRI

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan diiringi & Tuan Pengetua masuk ke dalam dewan.

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Yang Berusaha, Pn Suzara Binti Hashim, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri,
Yang dihormati, Tn. Haji Hassan bin Ramli, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang dihormati, Pn Surini Binti Sulaiman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ,
Yang dihormati, Encik Mohamad Mazani Bin Mohamad Bedordin, Penolong Kanan Kokurikulum,
Yang Dipertua PIBG Encik Megat Mahmud Bin Megat Yusuf
Yang diraikan Pn Hafizah Bt Ahmad Jaberi, Pn Fasihah Binti Marsom, Cik Hjh Noorliah bt Kamarulzaman, Tn Hj
Nasaruddin B Salleh dan Pn Farah Wahida Bt Ismail.
Barisan guru dan rakan staff sokongan yang dirahmati ALLAH sekalian,

Selamat Datang ke ”Majlis Ikatan Budi Sanjungan Bakti Warga SMK Lambor Kiri 2022”
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh Ustaz Saharunizan Bin Saparuddin.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Saharunizan Bin Saparuddin atas bacaan doa itu tadi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan

Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa
Tibalah kita ke majlis ucapan. Dijemput Pn Suzara Binti Hashim selaku ketua dan wakil pihak sekolah untuk
menyampaikan ucapan, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Pengetua atas ucapan itu tadi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pn Farah Wahida Bt Ismail untuk menyampaikan ucapan,
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada atas ucapan itu tadi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang
kita raikan iaitu Pn Farah Wahida Bt Ismail.

Dipersilakan __________________untuk menyampaikan cenderamata dari ____________


……………Terima Kasih.

Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan sumbangan peribadi


…………….Terima Kasih.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seterusnya, tibalah waktu ucapan daripada Yang Diraikan Tn Hj Nasaruddin B Salleh. Majlis dengan segala
hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Tn Hj Nasaruddin B Salleh
atas ucapan itu tadi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang
kita raikan iaitu Tn Hj Nasaruddin B Salleh.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Tuan Pengetua untuk
mengiringi Yang Diraikan Tn Hj Nasaruddin B Salleh untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan __________________untuk menyampaikan cenderamata dari ____________


……………Terima Kasih.

Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan sumbangan peribadi


…………….Terima Kasih.
Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan Tn Hj Nasaruddin
B Salleh.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada Yang diraikan Pn Hafizah
Bt Ahmad Jaberi, Pn Fasihah Binti Marsom, Cik Hjh Noorliah bt Kamarulzaman, Tn Hj Nasaruddin B Salleh dan
Pn Farah Wahida Bt Ismail kerana sudi bersama kita pada pagi ini dan kami semua mendoakan agar kalian
sentiasa ceria bersama keluarga atau tempat baharu.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh.

**** Majlis diteruskan dengan acara jamuan makan sambil iringi tayangan video / montaj***
Majlis dengan ini mempersilakan Ustaz Ikhsannudin bin Yusof untuk memimpin bacaan doa makan.
Dipersilakan….

You might also like