Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

3 EKSPERIMEN 1

Shortcuts

Export Content

EKSPERIMEN 1. Rujuk kepada modul SCE3101 Anda diminta untuk menjalankan kajian berkaitan keperluan asas untuk tumbuhan. Keperluan asas yang telah dikenalpasti ialah cahaya matahari, udara dan air. Dalam tiga kumpulan yang berbeza, jalankan kajian anda bagi menjawab persoalan diatas. Buatkan satu peta konsep bagi menjelaskan pemahaman anda tentang masalah ini.

TAJUK:Keperluan asas tumbuhan. Objektif: Untuk mengenalpasti keperluan asas tumbuhan; cahaya matahari, air dan udara. Masalah A: Adakah tumbuhan memerlukan cahaya matahari. Bahan: Tumbuhan yang segar dengan daun yang besar. Vaseline Kertas hitam. Kelip kertas.

Kaedah A: 1. Letakkan tumbuhan hijau di tempat yang mendapat cahaya matahari yang cukup. 2. Dengan cermat, pilih beberapa helai daun, balutkan keduadua bahagian atas dan bawah daun dengan vaselin.

3. Perhatikan semua daun ini setiap hari dan bandingkan dengan dau yang tidak disapu dengan vaselin. Lihat perubahan warna dan kesegaran daun.

Kaedah B: 1. Potong kertas hitam pada kelebaran 2cm dan panjang 6 cm.

2. Kelipkan kerta hitan pada daun dan biarkan selama beberapa hari. 3. Selepas beberapa hari, alihkan kertas hitan dan catatkan pemerhatian.

Keputusan:Tunjukkan perbezaan setiap kaedah A dan B melalui video. Sila uploadkan video melalui youtube. Masukkan link serta bincangkan setiap pemerhatian anda.

Pemerhatian Kaedah A Kaedah B

Inferen

Soalan: 1. Apa akan berlaku pada daun jika hanya bahagian atas sahaja disapu dengan vaselin? 2. Apa akan berlaku pada daun jika hanya bahagian bawah sahaja disapu dengan vaselin? 3. hari? Adakah daun akan layu jika vaselin dibuang selepas satu

4. Apa akan berlaku selepas vaselin dibuang selepas beberapa hari? Kumpulkan maklumat dari internet yang dapat membantu anda menjawab semua soalan diatas. Masukkan jawapan anda ke dalam assessment drop box.

Masalah B: Bolehkan tumbuhan hidup tanpa air? Bahan: Biji benih kacang hijau Pasu kecil Air Tanah

Kaedah: 1. Tanam biji benih kacang hijau dalam setiap pasu kecil. 2. Letakkan kedua-dua pasu di bawah cahaya matahari. 3. 4. Siram biji benih dalam pasu A setiap hari. Pasu B tidak disiram dengan air.

Keputusan: Tunjukkan perbezaan setiap kaedah A dan B melalui video. Bincangkan setiap pemerhatian anda.

Pemerhatian Tumbuhan dalam pasu A Tumbuhan dalam pasu B

Inferen

Soalan: 1. Adakah keputusan yang sama akan diperolehi jika kita menggunakan biji benih yang lain.? 2. Adakah sesuai untuk menyiram tumbuhan dengan air yang banyak? 3. Bagaimanakah untuk mengenalpasti suatu tanaman yang disiram dengan air yang cukup; air yang banyak ; terlalu banyak air?

Kumpulkan maklumat dari internet yang dapat membantu anda menjawab semua soalan diatas. Kongsi dan bincangkan dapatan dan pautan anda melalui forum.

Masalah C: Bolehkan tumbuhan hidup tanpa udara? Bahan: Biji benih kacang hijau Dua cawan plastic Tanah air

Kaedah A:

1. 2.

Tanam biji benih di dalam cawan. Siram tanah dengan air yang banyak.

3. Tutup cawan yang pertama.Ini mengelakkan air dibekalkan kepada tumbuhan. 4. Untuk cawan yang kedua, teruskan menyiram tumbuhan secara biasa.

Kaedah B: 1. 2. Penuhkan dua cawan dengan air. Cawan pertama dilembabkan dengan kapas.

3. Biji benih dalam cawan kedua ditenggelamkan di dalam air untuk menyingkirkan udara. 4. Kekalkan suhu dan cahaya bagi kedua-dua cawan.

Keputusan: Tunjukkan perbezaan setiap kaedah A dan B melalui video. Bincangkan setiap pemerhatian anda. Pemerhatian Kaedah A Kaedah B Inferen

Soalan: 1. Cadangkan cara lain untuk menyingkirkan udara dari cawan.

2. Adakah masalah air yang terlalu banyak mendatangkan masalah kepada petani? 3. Adakah keputusan yang sama akan diperolehi jika menggunakan biji benih yang berlainan?

4. Haiwan dan tumbuhan memerlukan makanan. Beri dua alas an mengapa makanan diperlukan oleh haiwan dan tumbuahan.

Kumpulkan maklumat dari internet yang dapat membantu anda menjawab semua soalan diatas. Kongsi dan bincangkan dapatan dan pautan anda.

Dari maklumat yang diperolehi melalui eksperimen ini, binakan satu peta konsep yang menunjukkan keperluan asas oleh tumbuhan.

You might also like