Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

SULIT*

910/2 STPM 2021

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEMESTER 2 STPM 2021

BAHASA MELAYU

KERTAS 2

KOLEJ TINGKATAN ENAM PUDU JAYA


JALAN PASAR, PUDU, KUALA LUMPUR

1 jam 30 Minit
Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA Untuk kegunaan


DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.
pemeriksa
Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan dalam Bahagian B
Bahagian B.
31
32
33
34
35
36
37
38
39

Jumlah 30

_________________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada 15 halaman bercetak.
(Lihat halaman sebelah)
(SULIT*
2

Bahagian A [30 markah]


Jawab semua soalan. Tandakan jawapan yang betul pada Borang Jawapan Aneka Pilihan
yang dibekalkan.

1 Yang manakah kedua-dua kata dasarnya ialah kata akar?

A Bertani, berakit
B Ketawa, mengasah
C Mengigau, merangkak
D Terjerumus, menggembleng

2 Padanan yang manakah yang betul antara ciri morfem bebas dan morfem terikat?

Morfem bebas Morfem terikat


A Boleh berdiri sendiri Mendukung makna yang lengkap

B Mempunyai makna Mempunyai fungsi ketatabahasaan

C Boleh menjadi kata dasar bagi kata Boleh dipecahkan kepada unit
terbitan tatabahasa yang lebih kecil

D Unit terkecil dalam tetingkat Tidak boleh berdiri sendiri sebagai


tatabahasa satu kata

Kata majmuk

Rangkai kata bebas Istilah khusus X

Apakah contoh bagi X?

A reka bentuk
B nasi minyak
C tumbuk rusuk
D kuning langsat
3

4 Padanan yang manakah yang betul antara bentuk kata dengan contohnya?

Bentuk kata
Kata tunggal Kata terbitan Kata ganda Kata majmuk
A Ucaptama Berehat Rerama Matahari
B Jejantas Bebenang Gemilang Tanggungjawab
C Harapan Panorama Kekuda Serabut
D Bidadari Jentolak Sesiku Gelanggang

5 Ayat yang manakah yang tidak mengandungi apitan ke-…-an sebagai kata nama?

A Banglo di atas bukit itu dijadikan kediaman rasmi menteri.


B Brian amat kagum dengan keindahan pemandangan di kampung.
C Kami sekeluarga masih kesedihan walaupun peristiwa itu telah lama berlaku.
D Semua guru kelas diminta menanda kehadiran pelajar di dalam buku jadual
kedatangan.

6 Ayat yang manakah yang mengandungi imbuhan meN-…-i dengan maksud lokatif?

I Nora memberi kucing itu makanan.


II Mereka akan menjalani latihan kawad selama sebulan.
III Kakak menghidangi kawan-kawan abang sepiring kuih lapis.
IV Atlet olahraga negara itu sedang menghampiri garisan penamat.

A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7 Ayat yang manakah mengandungi kata kerja terbitan yang kata dasarnya bukan kata
kerja?

A Polis menangkap pencuri emas itu.


B Ika sangat suka menyakat anak buahnya.
C Filem The Conjuring menyeramkan kami.
D Kakak membelikan ibu seutas rantai emas.
4

8 Ayat yang manakah mengandungi kata pascakata?

A Dialah yang bersalah sebenarnya.


B Pedihnya tidak tertanggung olehku.
C Kami akan menyokong tindakannya itu.
D Malang sekali jodoh mereka tidak panjang.

9 Ayat yang manakah mengandungi kata bilangan kardinal?

I Penerbit itu menghantar dua buah buku masakan kepada saya.


II Ketiga-tiga perompak bank itu tertangkap pada petang semalam.
III Kesemua mereka tidak mahu mengaku salah terhadap dakwaan itu.
IV Sepuluh orang pelajar sekolah kami berjaya mendapat semua A dalam
peperiksaan itu.

A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10 Padanan yang manakah yang betul antara imbuhan sisipan dengan contohnya?

Imbuhan sisipan
Kata nama Kata kerja Kata adjektif
A Telunjuk Gelembung Kemuncup
B Kemetot Geledak Gemuruh
C Sinambung Gemilang Kemilau
D Seruling Jelajah Semerbak
5

11 Yang manakah penggandaan membawa makna penanda kesamaan?

I Mana-mana
II Kusut-masai
III Langit-langit
IV Orang-orang

A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

12
I Fatini selalu gopoh-gapah dalam pekerjaannya.
II Jalan bengkok ke kawasan peranginan itu sudah diluruskan.

Apakah jenis kata adjektif dalam ayat I dan ayat II?

I II
A Sifat Jarak
B Cara Bentuk
C Warna Ukuran
D Perasaan Keadaan

13 Yang manakah ayat aktif tak transitif berpelengkap?

A Jiran saya berniaga kuih-muih.


B Kanak-kanak itu sedang bermain gasing.
C Sejak tahun lalu, dia berkebun sayur secara serius.
D Cikgu Amanda telah bertukar ke Sabah pada tahun lalu.

14 Ayat yang manakah kata sendi nama sebagai kata hubung?

A Buku cerita ini saya beli untuk awak.


B Kami makan sup sampai dua mangkuk.
C Aminah tidak datang ke sini sejak kelmarin.
D Dia menunggu di situ hingga suaminya pulang.
6

15 Ayat yang manakah frasa nama sebagai frasa keterangan?

A Dia pergi seorang diri.


B Model itu cantik bak bidadari.
C Lelaki itu berniaga di tepi jalan.
D Bas persiaran itu tiba lewat malam.

16 Yang manakah klausa?

A tingkah lakunya
B kami akan datang
C hijau pucuk pisang
D anak didik Cikgu Nur

17 Padanan yang manakah yang betul antara ayat dasar dan ayat terbitan dengan
contohnya?

Ayat dasar Ayat terbitan


A Rumah Hani sungguh besar. Ayahnya pengurus syarikat?

B Pinggan di sinki belum dibasuh. Baru kelmarin saya tiba di sini.

C Sarapan sudah berhidang di atas meja. Ibu dan ayahnya tinggal di Johor.
D Tinggal sahaja di sini untuk sementara. Putih gebu pipi bayi perempuan itu.

18 Yang manakah bukan ayat songsang?

A Kemalangan wanita yang menolong saya tadi.


B Terpesona hatiku oleh kecantikan lukisan pemuda itu.
C Berternak ayam menjanjikan pendapatan yang lumayan.
D Pernah berkunjung keluarga saya ke tempat peranginan itu.

19 Yang manakah ayat aktif?

I Kami bersetuju untuk melawat ke sana.


II Keputusan kes itu masih belum terjawab.
III Adik kehujanan ketika pulang dari sekolah.
IV Keindahan pantai itu menarik perhatian pelancong.

A I dan III B I dan IV C II dan III D III dan IV


7

20
Hijaz membeli cincin emas yang bertatahkan berlian tulen.

Yang manakah penerang objek bagi ayat di atas?

A cincin emas
B emas bertatahkan berlian
C yang bertatahkan berlian tulen
D cincin emas yang bertatahkan berlian tulen

21 Yang manakah ayat aktif transitif dengan dua objek?

I Dia membeli beras itu cukup untuk keluarganya selama sebulan.


II Pelajar itu telah membelikan rakannya dua bungkus nasi lemak paru.
III Ibu saya membukakan ayah pintu sewaktu ayah pulang dari kerja
setiap hari.
IV Orang kaya itu menjodohkan anak keduanya dengan lelaki pilihan
kerana ingin menjaga kedudukan.

A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

22 Yang manakah binaan ayat pasif yang betul?

I Set meja jati telah saya jual semalam.


II Kereta merah itu terlanggar pembahagi jalan.
III Idea yang beliau ketengahkan tidak boleh diterima.
IV Kesemua saudara mereka akan kuundang ke majlis itu.

A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
8

23 Yang manakah ayat tanya terbuka?

I Gadis yang baru pulang dari luar negara inikah yang akan berkahwin?
II Sudikah anda menerima jemputan kenduri kesyukuran saya nanti?
III Bilakah kapal terbang dari Jepun itu akan mendarat?
IV Siapakah lelaki berbaju batik itu?

A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

24 Yang manakah ayat perintah membawa maksud ajakan?

A Tunggu di sini dulu.


B Jemput ke rumah saya.
C Ayuh kita ke sana sekarang.
D Minta anda bersabar sebentar.

25
Agak sukar untuk saya bersetuju dengan pandangan awak itu.

Apakah jenis ayat majmuk di atas?

A Ayat majmuk relatif


B Ayat majmuk gabungan
C Ayat majmuk keterangan
D Ayat majmuk komplemen

26 Yang manakah ayat majmuk keterangan?

A Dia berpendapat bahawa tanah itu patut dijual.


B Saya sangat yakin bahawa pemuda itulah anak Pak Ali.
C Abang tidak dapat melupakan isterinya yang sudah pergi.
D Cubalah bertanya kepada jirannya kalau-kalau dia ada di rumah.
9

27
Penunggang motosikal yang cedera parah di kepala itu segera dihantar ke hospital
kerana keadaannya sangat kritikal.

Yang manakah gabungan ayat majmuk di atas?

A klausa relatif + klausa gabungan


B klausa relatif + klausa keterangan
C klausa keterangan + klausa keterangan
D klausa keterangan + klausa komplemen

28 Yang manakah ayat majmuk campuran?

A Ibu sudah mengantuk tetapi anaknya yang bongsu masih berjaga.


B Sejak terlibat dalam bidang perniagaan, Encik Haikal sentiasa sibuk.
C Demi menjaga penampilan diri, Liza selalu bersenam di hujung minggu.
D Semua pihak menyedari bahawa masalah sosial pada zaman ini amat
membimbangkan.

29 Yang kurik itu kundi,


Yang merah itu saga;
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Apakah proses pengguguran yang terdapat dalam pantun di atas?

A Pengguguran frasa predikat.


B Pengguguran frasa nama sebagai subjek.
C Pengguguran frasa sendi nama yang serupa.
D Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif.
10

Ayat

Subjek Predikat

Frasa Nama

Kata Nama Frasa Relatif

30 Ayat yang manakah yang menepati rajah pohon di atas?

I Nana gemar memakai baju yang bercorak harimau.


II Tok Penghulu menolak cadangan yang tidak rasional itu.
III Lelaki yang memakai baju Melayu hijau itu abang ipar saya.
IV Gadis manis yang berkaca mata hitam itu pelajar jurusan kulinari.

A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
11

Bahagian B [30 markah]

Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan.

31
X

Morfem Terikat Morfem Terikat


Kompleks
Morfem
Morfem Bebas Morfem Terikat
Terbahagi

(a) Apakah X dalam rajah di atas?

………………………………………………………………………………… [1]

(b) Berikan satu contoh morfem terikat terbahagi.

………………………………………………………………………………… [1]

32 (a) Dentuman bunga api itu kedengaran dari sini.


(b) Gaya hidup keluarga ahli perniagaan itu kebaratan.
(c) Harga kelapa sawit mengalami kejatuhan sejak bulan lalu.

Apakah golongan kata bagi perkataan bercetak condong dalam ayat di atas?

(a) kedengaran:……………………………………………………………… [1]

(b) kebaratan………………………………………………………………… [1]

(c) kejatuhan ………………………………………………………………… [1]

3
12

33
Pasukan lumba basikal negara telah berjaya mengutip pingat emas untuk Malaysia.
Kejayaan anak tempatan itu amat membanggakan.

Apakah jenis penerang bagi binaan frasa nama yang bergaris dalam petikan?

(a) ……………………………………………………………………………. [1]

(b) ……………………………………………………………………………. [1]

34 Ibu membelikan adik anak patung di gedung beli belah Metrojaya.

(a) Tukarkan ayat tersebut kepada frasa kerja dengan satu objek.

…………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………

[2]

(b) Tulis ayat pasif berdasarkan jawapan (a).

…………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………

[2]

35
Masih bersimen kakinya sejak jatuh tangga.

(a) Apakah susunan bagi ayat di atas?

…………………………………………………………………………………. [1]
(b) Nyatakan subjek bagi ayat di atas.

…………………………………………………………………………………. [1]

2
13

36 (a) Kesihatan ibu kamu bagaimana?


(b) Kucing itu hilang sejak bila?
(c) Manakah baju saya?

Apakah unsur tanya yang terdapat dalam ayat di atas?

(a)……………………………………………………………………………. [1]

(b)……………………………………………………………………….........
[1]
(c)……………………………………………………………………………..
[1]

37 Jaja menjual kerepek + Kerepek itu dibeli oleh ibunya dari kampung.

(a) Cantumkan binaan ayat di atas untuk membentuk satu ayat majmuk
pancangan.

……………………………………………………………………………….. [1]

(b) Nyatakan jenis ayat majmuk pancangan yang terhasil daripada cantuman
ayat tersebut.

……………………………………………………………………………….. [1]

38
Untuk kerajaan mengawal kenaikan harga barang keperluan adalah sukar.

(a) Apakah jenis ayat majmuk di atas?

………………………………………………………………………………… [1]

(b) Klausa bebas:………………………………………………………………. [1]

(c) Klausa tak bebas:…………………………………………………………... [1]

3
14

39 Kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah. Tulis semula
kesalahan tersebut, jelaskan sebab kesalahan, dan buat pembetulan.

Kadar jenayah dalam talian dilaporkan semakin meningkat, terutama selepas


penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak COVID-19.
Hal ini dikatakan demikian kerana majoriti pengguna mula beralih kepada pembelian dalam
talian yang lebih selamat berbanding pembelian secara konvensional bagi mengurangkan risiko
jangkitan COVID-19. Malangnya, ada penjual mengambil kesempatan menyebabkan
pengguna kerap tertipu. Antaranya mudah terpengaruh oleh tawaran harga murah, pembelian
secara tergesa-gesa, selain tidak menyemak latar belakang peniaga. Pengguna dinasihatkan
agar peka dengan tanda amaran yang membawa kepada penipuan, seperti peniaga
menyembunyikan identiti diri atau menutup ruangan komen di laman jualan. Jadilah pengguna
bijak dengan mengamalkan sikap berhati-hati.

Bil. Kesalahan Sebab Kesalahan Pembetulan


(a)

[3]
(b)

[3]
(c)

[3]

9
15

You might also like