Contoh Minit Mesyuart Agung Ke-29

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

Minit Mesyuarat Agung Tahunan KESUKA Kali Ke-29

pada 25 Januari 2011, 8:30 pagi,


di Dewan Utama, Tingkat 3, Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

Kehadiran:
1. Pn. Nihayah Ebni Hajar
2. En. Md. Rasid Jaafar
3. Pn. Hasnizar Ahmad Puat
4. Pn. Zaitun Mohd Nor
5. En. Bahrum Sadikin
6. Pn. Jamaliah Jamil
7. Pn. Asmah Mohd Zin
8. Cik Yeo Lee Boi
9. En. Abdul Rahman Esa
10. Pn. Haiziah Abu
11. Cik Siti Mohairah Yahaya
12. En. Saief El Taoufiq Samiaun
13. Pn. Fara Fariha Baharuddin
14. En. Khairil Adha Abdul Rahim
15. En. Meor Muhammad Fawaz Meor Latif
16. Cik Nurul Wahyu Zainuddin
17. En. Zainuddin Tasiman
18. Pn. Zurianti Zulkifli
19. Pn. Rukiah Abdul Hadi
20. Cik Norshahidah Mohd Zin
21. Pn. Norhaslindarwati Ismail
22. Pn. Hamidah Mohamad Noor
23. En. Yusaini Isan
24. En. Ariffin Saad
25. En. Rahim Mohamad
26. Pn. Zarinah Mahfool
27. Pn. Zainab Adam
28. En. Faiyaz Ahmad Yusoff Baharuddin
29. Pn. Rossidah Sadli
30. Pn. Suzliana Abdul Hamid
31. Pn. Rozainees Kamaruddin
32. En. Norkhairul Nizam M. Sadon
33. En. Abdul Shukor Pawanchik
34. En. Mohamed Fadzli Mohd Fauzi
35. En. Zahir Yahaya
36. En. Bustamam Md. Ariff
37. Pn. Hikmah Hassan
38. Pn. Juliana Es Mohd Munawir
39. En. Mohd Rifa’i Ahmad Kassim
40. Pn. Sabariah Sayuti
41. Cik Siti Saliha Mohamad Said
42. En. Jalani Mustafa
43. En. Daud Yacob
44. Pn. Nora Adnan
45. En. Nizam Harun
Halaman | 1
46. En. Abd. Razak Md. Jusoh
47. Cik Siti Noorakmar Ahmad
48. En. Norazhan Sahlan
49. Cik Norelmin Sapuan
50. Pn. Nurul Aizan Muner
51. Pn. Nazaleeza Hassan
52. Pn. Mujiah Sayoothi
53. En. Mohamad Anuar Sulong
54. En. Sharani Nasaruddin
55. Pn. Martini Abdul Wahab
56. Pn. Norhayati Hassan
57. Pn. Nor Mala Moied
58. Pn. Nor Fatihah Seman
59. Cik Nurul Huda Atan
60. Pn. Jothiemalar a/p Chelliah
61. Pn. Norhalidza Mohd Nor
62. En. Arif Ariffin
63. En. Saiful Bahri Abdul Hamid
64. En. Abdul Hakim Jaafar
65. En. Azlan Amron
66. En. Ismail Mohamed Manshor
67. En. Hamid Mohd Kusaini
68. Pn. Ruhani Mohd Sanusi
69. Pn. Raja Bidah Raja Seman
70. En. Busran Masan
71. Pn. Neti Dahlia Osman
72. Pn. Masilah Md. Yatim
73. Pn. Isnani Awang Mat Yassin
74. En. Abdullah Majid
75. Pn. Norakmar Alauddin
76. EN. Noor Jasmin Jumhar
77. Pn. Raihan Mohamed Monir
78. Cik Sathia Vani a/p Karuppiah
79. Cik Sannyza Abd Rahman
80. En. Mohd Zarif Maarop
81. Cik Norazna Zanir
82. Pn. Fatimah @ Umi Kalsum Mohd Yusof
83. Pn. Norbahira Baharuddin
84. Pn. Norsabah Ahmad
85. Pn. Anurul Azkiyah Sagiran
86. Pn. Izawati Mohamad Yit
87. Pn. Sumariah Jalani
88. En. Mohd Razif Md. Maini
89. Pn. Hanawiyah Mat Mail
90. Cik Jassuhana Jasni
91. Pn. Halimatus Sa’adiah Abdullah
92. Pn. Noraini Markam
93. Cik Siti Azrina Yaakop
94. Cik Yaswatee Shamsuddin
95. Cik Nor Hana Mislan
96. Cik Noraini Razali

Halaman | 2
97. Pn. Faiezatul Aini Mohd Sabri
98. Pn. Jisma Yahya
99. Cik Siti Marhana Marman
100. Cik Nazriah Roni
101. Cik Suzana Isrum
102. Pn. Bunga Zakaria
103. Cik Norliza Kamaroonzaman
104. Cik Nurul Ain Iman
105. Pn. Roseneta Mohd Badros
106. Cik Siti Asninora Mohamad Rosty
107. Pn. Yusjalila Md. Khamis
108. Pn. Arnita Kinan
109. Pn. Nor Hana Abidin
110. Cik Norhafiza Kasnon
111. Cik Nurul Farhah Dalail
112. Cik Faniza Akmal Muhaiyiddin
113. Pn. Furzani Samuran
114. Pn. Kamisah Abd. Latif
115. Pn. Grace anak Dingin
116. Cik Yusrina Mohd Yusuf
117. En. Nizam Radzaly
118. Cik Nurazlin Rusali
119. Cik Nor Fazeiha Roslan
120. Pn. Zanariah Husin
121. Pn. Salmah Osman
122. Pn. Rahimah Mohd Zahari
123. Pn. Nazlina Hj Lekan
124. En. Harun Mohamad
125. En. Md. Nasar Md. Yatim
126. Pn. Nor Chempawan Mat Abu
127. Cik Suria Noor Lina Sulaiman
128. Pn. Mariyani Yasee
129. En. Mohd Rasaffie Ramli
130. En. Mohd Haidi Ibrahim
131. En. Mohd Rizad Shafie Mahfudz
132. Pn. Zamilah Samingan
133. Cik Noor Hani Ibrahim
134. Pn. Ajijah Abdul Hamid
135. Pn. Noryatimah Jamari
136. En. Idris Othman
137. En. Anuar Aksah
138. En. Mazlihardi Chek Manshor
139. Cik Norlida Hassan
140. En. Thamilchelvan a/l Alagesu
141. En. Sharul Izwan Azmi
142. Cik Suriya Yusof
143. Pn. Suhaila Muhaji
144. En. Mohd Zamri Akmal Md. Yatim
145. Pn. Siti Yusrina Jainuddin
146. En. Arumugham a/l Ramasamy
147. En. Basir Jekan

Halaman | 3
148. Pn. Zainab Amron
149. En. Dorairaju a/l Elappan
150. En. Mohd. Shulhu Talha Ahmad
151. En. Daud Akil
152. En. Shahrul Azhar Mohammed Sharif
153. En. Mohd Zin Mohd Isa
154. Pn. Zarida Abdul Rahman
155. Pn. Mariati Husin
156. En. Nordin Desa
157. Cik Herni Aslinda Abd. Razak
158. Cik Jamaah Husain
159. En. Muhammad Hafiz Pakhrudin
160. Cik Noraznial Fadelah Mohd. Yusof
161. En. Mustamam M. Jonan
162. En. Rusli Durani
163. En. Azmi Ahmad
164. Cik Siti Norsalizah Mahmud
165. PN. Norhanizah Ismail
166. En. Abdul Yazid Sagiran

Jumlah tidak hadir: 85 orang


Jumlah keseluruhan ahli: 251 orang

Halaman | 4
AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Aluan Pengerusi

Pengerusi mengucapkan salam dan selamat datang kepada semua ahli kelab ke
Mesyuarat Agung Tahunan KESUKA Kali Ke-29.

Pengerusi mengingatkan para hadirin mengenai pemilihan barisan baru Ahli


Jawatankuasa KESUKA bagi sesi 2011-2013. Oleh itu beliau memohon agar sesi
pembentangan laporan biro dapat diringkaskan.

Pengerusi memaklumkan tagline KESUKA yang telah dipilih (Cergas, Prihatin,


Harmoni) dan diumumkan semasa Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan
KESUKA Kali Ke-29 pada pagi tadi adalah salah satu daripada 43 penyertaan
yang diterima daripada ahli.

2. Pengesahan dan Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Tahunan KESUKA Kali


Ke-28

2.1 Minit Mesyuarat Agung Tahunan KESUKA Kali Ke-28 disemak untuk
sebarang perubahan dan pembetulan.

Pengerusi meminta semua ahli mesyuarat memastikan kehadiran mereka


direkodkan (melalui senarai kehadiran yang disediakan), walaupun ada di
kalangan ahli yang mungkin perlu beredar sebelum mesyuarat
ditangguhkan.

2.2 Setelah semakan sepintas lalu dibuat, minit disahkan oleh Puan Mujiah
Sayoothi, dan disokong oleh Encik Mohamad Anuar Sulong.

2.3 Encik Zainuddin Tasiman memaklumkan namanya tidak tersenarai


dalam rekod kehadiran.

Setiausaha mengambil maklum perkara tersebut dan akan membuat


suntingan ke atas minit.

2.4 Pengerusi mengingatkan sekali lagi kepada semua ahli yang hadir,
termasuk ahli dari ibu pejabat PPAS, agar tidak lupa menandatangani
senarai kehadiran mesyuarat agung. Perkara ini amat penting
dititikberatkan kerana ia melibatkan korum mesyuarat, dan minit
mesyuarat agung perlu dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan setiap
tahun.

2.5 Encik Azmi Ahmad dari Perpustakaan Daerah Sabak Bernam meminta
Setiausaha memperbetulkan beberapa kesalahan ejaan dalam minit
mesyuarat.

Setiausaha mengucapkan terima kasih atas teguran tersebut.

Halaman | 5
2.6 Encik Mohamad Anuar Sulong meminta Setiausaha menyemak perkara
11.3.2 di halaman 10. Menurut beliau, hadiah penghargaan yang
disebutkan sebenarnya ialah untuk kakitangan yang berkhidmat 25 tahun
ke atas, bukan 20 tahun ke atas seperti yang tercatat dalam minit.

Setiausaha memaklumkan sememangnya pemberian hadiah berkenaan


ialah untuk kakitangan yang telah berkhidmat di PPAS selama 25 tahun
ke atas. Namun catatan tersebut dikekalkan sebagai memetik ucapan
Encik Harun Mohamad sendiri ketika sesi mesyuarat agung itu
berlangsung.

2.7 Pengerusi memaklumkan kepada hadirin bahawa usul insurans


berkelompok untuk kakitangan telah diserahkan kepada Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia PPAS.

Encik Zainuddin Tasiman sebagai mewakili Bahagian Pengurusan


Sumber Manusia memaklumkan pelaksanaan insurans berkelompok
untuk kakitangan PPAS dijangka berkuatkuasa pada Februari 2011.

2.8 Berkenaan usul pindaan perlembagaan kelab, Pengerusi memohon usul


keahlian automatik dikemukakan semula dalam sesi pembentangan usul
nanti untuk dibincangkan dengan lebih lanjut. Buat masa ini, pindaan
perlembagaan mengenai keahlian automatik belum dikuatkuasakan.

3. Pembentangan Laporan Biro-Biro KESUKA 2010

3.1 Kewangan

3.1.1 Puan Norhayati Hassan selaku Bendahari Kelab


membentangkan penyata kewangan bagi tahun 2010.

3.1.2 Encik Anuar Aksah menyatakan laporan kewangan itu adalah


laporan yang lengkap dan baik, dan mencadangkan laporan
tersebut disahkan.

3.2 Biro Sukan

3.2.1 Encik Norkhairul Nizam M. Sadon selaku Ketua Biro Sukan


membentangkan laporan pelaksanaan aktiviti biro sepanjang
2010.

3.2.2 Encik Abdul Razak Jusoh bertanya tentang insentif kepada atlet
yang menjadi juara dalam sukan/permainan yang disertai.
Sekiranya insentif sedemikian tidak wujud, beliau
mencadangkan insentif itu diberikan kepada atlet juara.

Jawapan: Insentif kepada juara memang pernah dan telah


diberikan, namun itu bukan satu ketetapan dalam setiap
kejohanan SPASM kerana ia bergantung kepada status
kewangan semasa.

Halaman | 6
3.3 Biro Kebajikan

3.3.1 Puan Suzliana Abdul Hamid selaku Ketua Biro Kebajikan


membentangkan laporan kegiatan biro sepanjang tahun 2010
dan sehingga 21 Januari 2011.

3.3.2 Menurut Puan Suzliana, jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan


untuk pemberian bantuan kebajikan (sakit, kematian, bantuan
khas) dan hadiah (perkahwinan, kelahiran, perayaan,
peperiksaan, persaraan) ialah sebanyak RM 4,980.00.

3.3.3 Kebanyakan pemberian diserahkan melalui wakil zon dan


daerah masing-masing, maka cepat atau lambat penerimaan
sumbangan itu adalah bergantung kepada pegawai-pegawai yang
menjadi messenger.

3.3.4 Puan Siti Yusrina Mohd Jainuddin bertanya tentang hadiah


perayaan, sama ada nilai yang sebenar ialah RM40 ataupun
RM50.

Jawapan: Hadiah perayaan yang bernilai RM50 itu ialah untuk


Deepavali dan Tahun Baru Cina, manakala hadiah Aidil Fitri
ialah RM40.

3.3.5 Puan Mariati Husin menyatakan amaun yang dicatatkan dalam


penyata sumbangan kebajikan tidak tally dengan baki.

Jawapan: Amaun tersebut adalah termasuk peruntukan


bantuan khas.

3.3.6 Encik Azmi Ahmad bertanya tentang sumbangan perkahwinan,


sama ada seorang ahli akan mendapatnya apabila anaknya
berkahwin.

Jawapan: Hanya perkahwinan anak sulung ahli akan diberikan


hadiah perkahwinan.

3.3.7 Encik Azmi Ahmad memaklumkan semasa perkahwinan anak


sulung Encik Bustamam Md. Ariff, Encik Bustamam tidak
mendapat sumbangan hadiah tersebut.

Jawapan: Sekiranya perkara ini telah berlaku lama dahulu, ahli


masih boleh menuntut dengan mengemukakan tuntutannya
kepada AJK.

3.3.8 Encik Azmi Ahmad bertanya apakah yang dimaksudkan dengan


bantuan khas.

(Jawapan – sila rujuk halaman berikutnya)

Halaman | 7
Jawapan: Bantuan kepada ahli yang menghidap sakit kritikal
tahap kronik seperti Encik Faiyaz dan almarhumah Puan Zaleha.

3.3.9 Puan Jisma Yahaya memaklumkan beberapa orang ahli telah


lama melangsungkan perkahwinan mereka namun masih belum
mendapat sumbangan hadiah perkahwinan dari KESUKA.
Contohnya seperti Puan Faiezatul Aini Mohd Sabri dari PD Sg.
Apong dan Puan Norbahira Baharuddin dari PD Parit Baru.

Jawapan: Rekod pemberian sumbangan boleh disemak semula


dari fail Biro Kebajikan selepas mesyuarat agung untuk
melangsaikan tuntutan yang belum diterima.

3.3.10 Encik Azmi Ahmad turut memaklumkan Puan Norliza dari PD


Parit 11 juga belum menerima hadiah perkahwinan.

3.3.11 Encik Norkhairul Nizam mengingatkan semua ahli agar yang


empunya diri tidak lupa mewar-warkan perkahwinan anak atau
diri masing-masing kepada biro yang berkaitan supaya AJK
tidak terlepas pandang dalam pemberian hadiah dan
sumbangan.

3.3.12 Puan Suzliana mengakhiri pembentangan laporannya dengan


meminta hadirin menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada
almarhumah Puan Zaleha.

3.3.13 Encik Harun Mohamad memohon agar program-program


seperti ceramah agama turut diadakan di perpustakaan di
daerah, dan tidak tertumpu di perpustakaan negeri sahaja.

Jawapan: Dalam mesyuarat AJK KESUKA yang bertarikh 3


Disember 2010, jawatankuasa telah sebulat suara bersetuju
memperuntukkan sebanyak RM 150 untuk majlis ilmu di
daerah. Program dihadkan sebanyak 2 kali bagi setiap pecahan
zon (zon 1A, 1B, 2A, 2B). Jika sambutan menggalakkan,
Pengerusi tidak menolak kemungkinan menaikkan nilai
peruntukan atau had kekerapan pada masa akan datang.

3.4 Biro Ekonomi

3.4.1 Encik Norazhan Sahlan selaku Ketua Biro Ekonomi


membentangkan penyata kewangan dan inventori Biro
Ekonomi.

3.4.2 Puan Mariati Husin bertanya tentang jumlah kutipan yang


dinyatakan, sama ada ia telah dimasukkan ke dalam akaun bank
KESUKA.

Jawapan: Sebahagian daripada kutipan tersebut sudah dibayar


secara terus melalui akaun bank, manakala sebahagian lagi
(kutipan jualan langsung) akan dimasukkan kemudian.

Halaman | 8
3.5 Biro Kebudayaan & Rekreasi, Biro Agama & Dakwah, dan Biro
Publisiti

Laporan dari biro-biro lain dalam KESUKA telah dibentangkan, dan tiada
sebarang pertanyaan diajukan oleh ahli kepada setiap ketua biro tersebut.

4. Pembubaran Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan


PPAS Sesi 2009-2011

4.1 Barisan Jawatankuasa KESUKA Sesi 2009-2011 dibubarkan secara rasmi


untuk sesi pemilihan AJK baru bagi sesi 2011-2013.

4.2 Encik Norazhan Sahlan memangku tugas mempengerusikan mesyuarat


untuk sesi pemilihan dan undian calon. Beliau memaklumkan bahawa
kaedah pengundian calon pada kali ini akan menggunakan format baru
sebagai melaksanakan usul yang dikemukakan oleh ahli pada dua tahun
lalu.

4.3 Undian akan dicatatkan ke dalam kertas undi yang diedarkan. Ahli
berhak mengundi calon yang sama untuk jawatan yang berbeza selagi
calon tersebut sememangnya tersenarai untuk jawatan berkenaan. Undi
adalah rahsia, dan kertas undi akan dikutip untuk pengiraan secara
tertutup.

4.4 Seramai empat orang ahli yang mana setiap seorang mewakili zon 1A, 1B,
2A, dan zon 2B, menawarkan diri untuk membuat pengiraan undi.

4.5 Ahli berikut dipilih untuk menjadi pemeriksa kira-kira kertas undi:
• Puan Nihayah Ebni Hajar
• Puan Haiziah Abu.

5. Penamaan dan Pemilihan Calon AJK KESUKA

Berikut ialah senarai pencalonan dan keputusan undi bagi setiap jawatan AJK
KESUKA Sesi 2011-2013:

Pengerusi

Nama Calon Dicadang oleh Disokong oleh Jumlah


undi
1. Pn. Suzliana Abdul En. Abdul Razak Pn. Hikmah 68
Hamid Jusoh Hassan
2. En. Norazhan Sahlan En. Mohd Anuar Pn. Nazaleeza 66
Sulong Hassan
3. En. Azmi Ahmad En. Harun Mohamad En. Hamid Mohd 5
Khusaini

Cadangan ditutup oleh Pn. Mujiah Sayoothi dan disokong oleh En. Mohd Anuar
Sulong.

Halaman | 9
Timbalan Pengerusi

Nama Calon Dicadang oleh Disokong oleh Jumlah


undi
1. En. Norazhan Sahlan Pn. Hikmah Hassan Pn. Raihan 46
Mohamed Monir
2. Pn. Suzliana Abdul Pn. Nor Chempawan Pn. Rozainees 38
Hamid Mat Abu Kamaruddin
3. En. Harun Mohamad Pn. Jisma Yahaya En. Md. Nasar Md. 20
Yatim
4. En. Arif Ariffin En. Abdullah Majid En. Ismail Mohd 11
Manshor
5. En. Zahir Yahaya Pn. Suzliana Abd Pn. Mariati Husin 12
Hamid
6. Pn. Jisma Yahaya En. Harun Mohamad Pn. Norsabah 1
Ahmad

Cadangan ditutup oleh Cik Siti Mohairah Yahaya dan disokong oleh Cik Norelmin
Sapuan.

Bendahari

Nama Calon Dicadang oleh Disokong oleh Jumlah


undi
1. Pn. Norhayati Hassan Pn. Hikmah Hassan Pn. Zainab Adam 63
2. Pn. Hikmah Hassan Pn. Rozainees Pn. Suzliana Abd 35
Kamaruddin Hamid
3. Pn. Rukiah Abdul Hadi Pn. Isnani Awang Pn. Rossidah Sadli 26
Mat Yassin
4. En. Arif Ariffin En. Ismail Mohd En. Abdullah Majid 11
Manshor

Cadangan ditutup oleh En. Mohd Anuar Sulong dan disokong oleh En. Abd Razak
Jusoh.

Setiausaha

Nama Calon Dicadang oleh Disokong oleh Jumlah


undi
1. Pn. Juliana Es Mohd Cik Norelmin En. Mohd Anuar 52
Munawir Sapuan Sulong
2. Cik Norelmin Sapuan Pn. Mujiah Sayoothi Pn. Isnani Awang 30
Mat Yassin
3. En. Norkhairul Nizam Pn. Siti Yusrina Pn. Nor 26
M. Sadon Jainuddin Chempawan Mat
Abu
4. Pn. Hikmah Hassan En. Abd Razak Pn. Suzliana Abd 19
Jusoh Hamid
5. Pn. Nor Chempawan En. Harun Mohamad Pn. Siti Yusrina 7
Mat Abu Jainuddin

Halaman | 10
Bersambung dari calon jawatan Setiausaha

Nama Calon Dicadang oleh Disokong oleh Jumlah


undi
6. En. Nizam Radzaly En. Azmi Ahmad En. Saiful Bahri 1
Abd Hamid

Cadangan ditutup oleh En. Mohd Zin Mohd Isa dan disokong oleh En. Daud Akil.

Penolong Setiausaha

Nama Calon Dicadang oleh Disokong oleh Jumlah


undi
1. Cik Norelmin Sapuan En. Abdullah Majid En. Bahrum 42
Sadikin
2. Pn. Juliana Es Mohd Pn. Fara Fariha Pn. Mujiah 36
Munawir Baharuddin Sayoothi

3. Pn. Siti Yusrina Pn. Rozainees Pn. Nor 19


Jainuddin Kamarudin Chempawan Mat
Abu
4. En. Arif Ariffin Pn. Hikmah Hassan Pn. Nazaleeza 16
Hassan
5. En. Zainuddin Tasiman En. Mohd Zin Mohd En. Daud Akil 14
Isa
6. Pn. Zainab Amron Pn. Normala Pn. Siti Yusrina 4
Jainuddin

Cadangan ditutup oleh Pn. Hikmah Hassan dan disokong oleh En. Mohd Zin Mohd
Isa.

Ahli Jawatankuasa

Nama Calon Dicadang oleh Disokong oleh Jumlah


undi
1. En. Norkhairul Pn. Mariati Husin
Pn. Nor 91
Nizam M. Sadon Chempawan Mat
Abu
2. Cik Siti Mohairah Pn. Suzliana Abdul Pn. Hikmah 89
Yahaya Hamid Hassan
3. En. Arif Ariffin Pn. Mujiah Pn. Hamidah 88
Sayoothi Mohamad Noor
4. Pn. Nor Chempawan Pn. Hikmah Pn. Mariati Husin 82
Mat Abu Hassan
5. Pn. Rozainees En. Mohd Zin Mohd Pn. Siti Yusrina 69
Kamaruddin Isa Jainuddin
6. En. Mohamed Fazli Pn. Suzliana Abdul Pn. Zainab 68
Mohd Fauzi Hamid Amron

Halaman | 11
Bersambung dari calon jawatan Ahli Jawatankuasa

Nama Calon Dicadang oleh Disokong oleh Jumlah


undi
7. En. Azmi Ahmad Pn. Jisma Yahaya En. Mohd Anuar 61
Sulong
8. En. Busran Masan Cik Norelmin En. Abdullah 59
Sapuan Majid
9. En. Harun Mohamad En. Idris Jusoh En. Mohd Anuar 58
Sulong
10. En. Jailani Mustafa En. Arif Ariffin En. Daud Akil 56
11. Pn. Suhaila Muhaji Pn. Ajijah Abdul Cik Norelmin 54
Hamid Sapuan
12. En. Mustamam Md En. Harun En. Mohd Anuar 51
Jonan Mohamad Sulong
13. Pn. Jisma Yahaya Pn. Suzana Isrum Pn. Norsabah 46
Ahmad
14. En. Anuar Aksah En. Azmi Ahmad En. Harun 35
Mohamad
15. En. Mohd Shulhu Pn. Rozainees Pn. Siti Yusrina 20
Talha Ahmad Kamaruddin Jainuddin

Cadangan ditutup oleh En. Mohd Zin Mohd Isa dan disokong oleh En. Yazid Sagiran.

Pemeriksa Kira-Kira

Nama Calon Dicadang oleh Disokong oleh Jumlah


undi
1. Pn. Mariati Husin Pn. Mariyani Pn. Nor 78
Yasee Chempawan Mat
Abu
2. En. Zahir Yahaya En. Azmi Ahmad En. Mohd Zin 57
Mohd Isa
3. Pn. Sabariah Sayuti Cik Siti Mohairah Pn. Hikmah 45
Yahaya Hassan
4. En. Abd. Razak Md. Pn. Isnani Awang Pn. Neti Dahlia 29
Jusoh Mat Yassin Osman
5. Pn. Rukiah Abdul Hadi Pn. Hikmah Pn. Hamidah 24
Hassan Mohamad Noor
6. En. Ismail Mohamed En. Abdullah En. Arif Ariffin 21
Manshor Majid
7. Pn. Neti Dahlia Osman Pn. Norhayati Pn. Mujiah 5
Hassan Sayoothi
8. En. Shahrul Azhar En. Mohd Zin En. Yazid 2
Mohammed Sharif Mohd Isa Sagiran

Cadangan ditutup oleh En. Anuar Aksah dan disokong oleh En. Mohd Anuar Sulong.

Halaman | 12
6. Perutusan Pengerusi KESUKA Sesi 2011-2013

6.1 Puan Suzliana Abdul Hamid mengambilalih tugas mempengerusikan


mesyuarat sebagai Pengerusi KESUKA yang baru.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah


mengundi dan memberikan kepercayaan kepadanya dan barisan AJK
KESUKA Sesi 2011-2013.

Barisan AJK KESUKA yang baru ini akan meneruskan tanggungjawab


mengendali dan menguruskan kelab dengan kerjasama dari semua ahli.

7. Usul dan Cadangan Penambahbaikan

7.1 Usul-usul berikut telah dirumuskan yang diterima secara bertulis


(melalui borang usul) dan yang dikemukakan semasa mesyuarat.

7.1.1 Temuduga perjawatan – cari calon yang aktif bersukan.

7.1.2 Hari Keluarga PPAS diadakan setiap tahun walaupun secara kecil-
kecilan dan tanpa peruntukan belanjawan yang besar.

7.1.3 Penggiliran tuan rumah sukan dalaman PPAS di kalangan


perpustakaan daerah.

7.1.4 Sukan keluarga untuk warga PPAS – boleh dimasukkan sebagai


salah satu slot dalam Hari Keluarga atau sukan dalaman.

7.1.5 Tidak mengambil pemain import dalam sukan dalaman dan Pesta
Sukan Antara Perpustakaan Se-Malaysia(SPASM) – perlu menilai
kebolehan individu dari kalangan ahli.

7.1.6 Jalankan latihan sukan lebih awal, sekurang-kurangnya tiga bulan


sebelum SPASM berlangsung.

7.1.7 Pindaan perlembagaan yang menyatakan keahlian KESUKA


adalah secara automatik bagi semua kakitangan PPAS
dikuatkuasakan (diusulkan semula oleh Encik Abdul Razak Jusoh
dan disokong oleh Encik Mohamad Anuar Sulong).

7.1.8 Kenaikan yuran bulanan ahli – kadar yang ditetapkan perlu dikaji
semula.

7.1.9 Luaskan pelaksanaan program berbentuk majlis ilmu ke daerah-


daerah.

7.1.10 Pemberian elaun kehadiran mesyuarat agung kepada kakitangan


yang bertugas di luar ibu pejabat PPAS – perlu dikaji semula.

7.1.11 Sukan rakyat untuk ahli veteran.

Halaman | 13
7.1.12 Kursus pengurusan jenazah dijalankan di perpustakaan daerah.

8. Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan KESUKA Kali Ke-29

Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli yang telah


mengemukakan usul dan cadangan penambahbaikan.

Pengerusi memohon agar kerjasama dan sokongan daripada semua ahli


diteruskan untuk kebaikan dan kemajuan kelab.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2:17 petang dengan bacaan tasbih Kaffarah
dan surah Al-Asr.

Disediakan oleh: Tarikh:

................................................... ..............................
Juliana Es Mohd Munawir
Setiausaha

Disahkan oleh: Tarikh:

........................................... ..............................
Suzliana Abdul Hamid
Pengerusi

Halaman | 14

You might also like