Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 18

SULIT* 18

Bahagian A [50 markah]

1 (a) Nyatakan tiga perbezaan selain daripada faktor perundangan antara organisasi perniagaan
dengan bukan perniagaan. [3]

Organisasi perniagaan Organisasi bukan


perniagaan
Matlamat Matlamat utama adalah Kebajikan sosial /
keuntungan rekreasi / kepentingan
bersama ahli-ahlinya
Sumber modal Pinjaman / keuntungan Daripada yuran ahli /
syarikat sumbangan masyarakat /
kerajaan
Aktiviti Penjualan barang dan Bercorak
perkhidmatan kemasyarakatan
Pengurusan Golongan yang Dipilih melalui sistem
mempunyai saham demokrasi
yang banyak punyai
hak dalam pengurusan
(b) Huraikan tiga kepentingan aktiviti perniagaan kepada ekonomi negara. [3]
● Meningkatkan pendapatan negara - melalui kutipan cukai dari perniagaan yang
mencatat keuntungan ( cukai korporat/ syarikat )
● Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan - dalam keadaan ekonomi yang semakin
baik, peluang-peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan tahap pengangguran dapat
dikurangkan.
● Meningkatkan kemudahan awam –infrastruktur pengangkutan dan perhubungan.
● Mewujudkan penempatan baru – bandar-bandar baru
● Membangunkan industri hiliran dan huluan- contoh-carigali petroleum-huluan,
stesyen minyak petrol-hiliran.
● Menawarkan produk berkualiti dan harga berpatutan melalui persaingan.
● Meningkatkan taraf hidup-melalui peningkatan pendapatan dan kualiti produk.
● Menstabilkan harga barang-kerana wujudnya persaingan.
[3 pertama x 1m=3m]

(c) Terangkan dua peranan pengurus seperti yang dicadangkan oleh Henry Mintzberg [2]
Peranan pengurus mengikut Henry Mintzberg:
● Peranan Interpersonal / Hubungan antara manusia – sebagai ketua, pemimpin dan
pegawai perhubungan
● Peranan Maklumat – memantau, menyebar maklumat dan sebagai jurucakap
● Peranan sebagai pembuat keputusan – sebagai usahawan, penyelesai masalah,
pengagih sumber dan perunding.
[2 pertama x 1m=2m]

(d) Jelaskan maksud penjabatanan mengikut fungsi. [2]


Penjabatanan mengikut fungsi merujuk kepada:
● Pengkelompokkan aktiviti kerja [1]
● Yang saling berkait dan spesifik dalam satu jabatan. [1]

STPM 946/1
[Lihat sebelah
*Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 18

● Contohnya, aktiviti penjualan, promosi, khidmat pelanggan, tempahan dan lain-


lain aktiviti yang berkaitan digabungkan di dalam jabatan Pemasaran. [1]

(e) Terangkan maksud gaya kepimpinan autokratik dan gaya kepimpinan bebas (laissez-faire)
dalam sesebuah organisasi kerja. [2]
Gaya Kepimpinan Autokratik:
● Kuasa berpusat kepada pengurus untuk merancang dan mengarahkan pekerja.[1]

Gaya kepimpinan Bebas:


● Pekerja memiliki banyak kuasa dan merancang tugasnya sendiri.[1], ATAU
● Pekerja memiliki kuasa membuat keputusan.[1]

(f) Jelaskan perbezaan antara pemasaran dan jualan. [2]

Dimensi Pemasaran Jualan


Aktiviti Melibatkan 4 aktiviti iaitu: Melibatkan aktiviti jual dan beli.
● Membangunkan produk Menjalankan aktiviti
● Menetapkan harga ● Menyedarkan pelanggan
● Menjalankan promosi (Awareness)
● Melakukan pengedaran produk ● Menimbulkan minat
● (Interest)
● menimbulkan keinginan membeli
(Desire)
● melakukan pembelian/membuat
keputusan membeli (Action)
Objektif ● Memastikan kehendak dan ● Mencapai objektif keuntungan
keperluan pengguna dicapai jangka pendek
● Menjamin keutntungan pemasar
utk jangka panjang

Lain-lain ● Menggunakan strategi campuran ● Mengunakan teknik-teknik jualan


pemasaran ● diskaun dan potongan harga
● Menumpukan kepada keperluan ● pemberian kupon
dan kehendak pasaran ● pemberian barang contoh percuma
● rebat
● pertandingan
[Mana-mana 2 perbezaan lengkap x 1m=2m]
(g) Jelaskan maksud harga psikologi dan berikan satu contoh. [3]
● Harga yang diletakkan mensasarkan kepada emosi, perasaan, persepsi dan tidak
mengikut rasional pelanggan. [1]
● Tujuan harga psikologi adalah untuk menarik perhatian dan mempengaruhi pelanggan
[1]
● Contoh: Harga tidak diletakkan dalam angka bulat, peniaga meletakkan harga seperti
RM99.90 dan tidak meletakkan harga RM100. Ini kerana harga yang tidak dibulatkan
kelihatan lebih rendah daripada harga yang telah dibulatkan walaupun perbezaan
harga itu hanyalah RM0.10 sahaja.
● Contoh: meletakkan harga RM888 yang boleh mempengaruhi pembelian orang cina
kerana angka 8 merupakan angka yang membawa tuah mengikut orang cina.[1]

STPM 946/1
[Lihat sebelah
*Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 18

(h) Nyatakan tiga jenis pengeluaran dan huraikan setiap jenis pengeluaran tersebut secara [3]
ringkas.
1. Pengeluaran mengikut tempahan/pesanan [½]
● Atas permintaan [½]
● Spesifikasi khusus
● Nilai tinggi
● Tempoh tidak menentu

2. Pengeluaran secara massa/lini/ulangan


● Keluaran seragam
● Volum banyak
● Berjadual

3. Pengeluaran secara berkelompok


● Mengikut kelompok
● Tempoh masa khusus dari mula sampai akhir
● Spesifikasi berasas kelompok

[3 pertama sahaja]
[F= ½ m, H= ½ m]

(i) Jelaskan maksud kreativiti dan senaraikan empat ciri pekerja yang boleh menghasilkan
sesuatu yang bersifat kreatif. [3]
Maksud: Penjanaan idea /melahirkan idea/keupayaan mencipta idea [½] yang bernas dan
unik untuk tujuan penyelesaian masalah [½] atau merebut peluang bagi organisasi

Ciri-ciri pekerja yang diperlukan:


● Berfikiran terbuka [½]
● Boleh memberikan komitmen [½]
● Selalu mencuba
● Tabah/ tidak cepat mengaku kalah
● Ingin mengambil tahu
● Sentiasa berfikiran ke hadapan / berwawasan
● Boleh menerima idea baru
● berimaginasi
[Maksud=1m, ciri ½m x 4=2m]
[Jumlah=3m]
(j) Nyatakan empat langkah yang terlibat dalam penyelesaian masalah yang menggunakan
analisis tulang ikan. [2]
1. Mengenalpasti masalah (kesan/ akibat)
2. Mengenal pasti punca/ sebab utama masalah (Method,manusia,mesin & material)
3. Mengenalpasti punca kecil masalah di bawah punca besar (yang mendorong kepada
punca utama)
4. Mengenalpasti punca sebenar
[4 Pertama x ½ m=2m]

STPM 946/1
[Lihat sebelah
*Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 18

2 (a) Huraikan empat faktor dalaman yang mempengaruhi keputusan penentuan harga [8]
1. Objektif pemasaran [1]

a. survival/penakatan (untuk terus hidup) [½]


● Jika persaingan hebat , perubahan pengaruhi kehendak pengguna .
● Untuk terus hidup , perlu set harga rendah – permintaan meningkat.
b. pemaksimuman untung semasa [½]
● Anggarkan permintaan dan kos pada harga yang berbeza
● Pilih harga yang akan menghasilkan pemaksimuman keuntungan
semasa , aliran tunai atau pulangan atas pelaburan.
c. pemimpin dalam pasaran
● Syarikat yang menguasai pasaran luas , menikmati kos paling rendah,
keuntungan jangka panjang yang tinggi.
● Untuk kuasai pasaran , harga perlu rendah.
d. pemimpin dalam kualiti produk
● Kualiti terbaik dapat jualan tinggi.
● Tonjolkan keistimewaan produk berbanding produk pesaing.
● Letakkan harga yang tinggi untuk memberikan persepsi kualiti
produk.
[mana-mana 2 huraian]
2. Strategi campuran pemasaran [1]
● Pembentukan strategi 4P [½]
● Menghasilkan rekabentuk produk yang boleh menarik perhatian pengguna,
memilih bentuk pengedaran yang sesuai dan strategi campuran promosi yang
sesuai. [½]
● Meletakkan produk sebagai produk berkualiti tinggi dari segi prestasi dan
jenamanya dengan mengenakan harga yang tinggi.
[mana-mana 2 huraian]
3. Kos [1]
● Harga yang boleh menampung kos berubah – dapat menampung kos
pengeluaran ,kos pengedaran, dan jualan produk dan kos penghantaran. [½]
● Kos yang rendah membolehkan syarikat meletakkan harga yang rendah.
● Kos per unit yang dikeluarkan bergantung kepada kuantiti yang dikeluarkan
( kuantiti banyak- kos per unit yang rendah) dan pengalaman pengeluaran
( pekerja mahir, produktiviti tinggi- kos per unit rendah)
[mana-mana 2 huraian]

4. Pertimbangan organisasi [1]


● Siapa yang menentukan harga ? [½]
● Syarikat kecil- harga ditentukan oleh pengurus atasan.
● Dalam organisasi yang besar penentuan harga melibatkan pengurus lini dan
pengurus jabatan.
● Sekiranya harga menjadi kelebihan persaingan utama bagi sesuatu industri ,
jabatan harga akan diwujudkan untuk meletakkan harga terbaik bagi
menghasilkan keuntungan.
[mana-mana 2 huraian]

STPM 946/1
[Lihat sebelah
*Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 18

[F-1m, H- ½m x 2] x 4 =8m
[Pilih empat yang pertama sahaja]
(b) Jelaskan konflik yang sering berlaku dalam saluran agihan. [7]
Konflik mendatar: [½]
- konflik mendatar berlaku antara firma di peringkat yg sama [1m] dlm saluran agihan
yang sama [1m]
- cth: Pengedar dr P.Pinang bertindak agresif dlm perletakan harga & menjlnkan
pengiklanan di Kedah yang sebenarnya telah melebihi had kawasannya yg ditetapkan.
[1m]

Konflik menegak [½]


- konflik menegak berlaku antara peringkat yang berbeza [1m] dlm saluran agihan yang
sama [1m]
- cth: Pengeluar bersaing dengan pemborong utk mendapatkan jualan drp pasaran yg
sama akibat perbezaan matlamat, salah faham dan sebab lain. [1m]

Maks = 7m
(c) Huraikan tiga kepentingan program latihan dan pembangunan kepada pekerja dan kepada
organisasi. [10]
Kepentingan program latihan dan pembangunan :

Kepada pekerja:
1. Meningkatkan produktiviti pekerja [1]
● Dapat tingkatkan kemahiran pekerja [1]
● Kesilapan dapat dikurangkan
2. Meningkatkan kepuasan pekerja [1]
● Pekerja akan rasa seronok bekerja [1]
● Kepuasan peribadi apabila berjaya laksanakan tugas dengan sempurna
3. Meningkatkan motivasi pekerja[1]
● Pekerja yang dapat latihan biasanya akan bersemangat[1]
● Untuk praktikkan apa yang telah dipelajari
4. Merasakan diri mereka dihargai
● Pekerja yang dipilih hadir latihan rasa diri mereka diperlukan
● Akan berusaha untuk kekal bekerja dalam organisasi
[ F= 1m; H= 1, maksima=5 m ]
Pilih 3 yang pertama
Kepada organisasi :
1. Mengekalkan pekerja yang terbaik [1]
● Pekerja yang mendapat kepuasan bekerja akan terus bekerja dalam organisasi
yang sama [1]
2. Mengurangkan kadar lantik henti [1]
● Membentuk reputasi sebagai organisasi yang mementingkan aspek
pembangunan pekerja. [1]
● Dapat mengundang lebih ramai calon yang terbaik
3. Mengurangkan kesilapan pekerja [1]
● Pekerja mahir kurang melakukan kesilapan [1]
● Kos/kerugian organisasi dapat dikurangkan
[ F= 1m ; H= 1, maksima 5m]

STPM 946/1
[Lihat sebelah
*Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 18

Pilih 3 yang pertama


Max = 10 m

Bahagian B [50 markah]

3 Restoren Nasi Kerabu Mak Teh merupakan sebuah perniagaan yang sedang
berkembang pesat. Mak Teh sedang menghadapi masalah untuk mengekalkan
perniagaannya secara milikan tunggal. Oleh sebab pertambahan pelanggan yang
begitu pesat, Mak Teh memikirkan untuk mengembangkan perniagaan restorannya
dengan menubuhkan beberapa cawangan. Beliau memikirkan untuk menubuhkan
syarikat sendirian berhad tetapi tidak pasti akan berkesanannya.

(a) Jelaskan kelemahan-kelemahan perniagaan milikan tunggal yang mungkin dihadapi


oleh Mak Teh . [10]
Kelemahan pemilikan tunggal:
1. Liabiliti tidak terhad ( fakta 1m )
● Kerugian ditanggung sepenuhnya oleh Mak Teh. ( huraian 1m)
2. Modal terhad + Huraian yang relevan
3. Kemahiran terhad + Huraian yang relevan
4. Bebanan pengurusan + Huraian yang relevan
5. Perniagaan jarang kekal +Huraian yang relevan
6. Cukai pendapatan individu yang tinggi + Huraian yang relevan
{Setiap milikan tunggal tidak dikenakan cukai perniagaan tetapi dikenakan
cukai pendapatan individu yang lebih tinggi berbanding cukai syarikat}
[F=1, H=1 x 5]
(b) Berikan nasihat anda kepada Mak Teh tentang cadangan beliau untuk menubuhkan
syarikat sendirian berhad bagi mengendalikan rantaian restorannya. [15]
Mesti sebut 6 kelebihan syarikat sendirian berhad
● Modal besar kerana mudah untuk mendapat modal [1]
● Liabiliti terhad
● Operasi dapat dikembangkan
● Pengkhususan dapat dilakukan dengan mudah
● Jangka hayat panjang
● Boleh di dakwa / mendakwa
● Perkongsian risiko
[6 markah]
Mesti sebut 6 kelemahan syarikat sendirian berhad
● Penguasaan oleh pemegang saham yang utama sahaja [1]
● Kos penubuhan yang tinggi
● pembubaran yang rumit
● Laporan kewangan yang perlu diaudit
● Keputusan lambat dibuat kerana perlu mendapat persetujuan ramai
● Kurang kerahsiaan
[6 markah]
Beri nasihat kepada Mak Teh tentang kelebihan dan kelemahan syarkat sendirian
berhad
Alasan:-
● pelanggan semakin besar [1]

STPM 946/1
[Lihat sebelah
*Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 18

● boleh menubuhkan beberapa cawagan


● senang untuk mengembangkan perniagaan
[3 markah]
4 (a) Encik Yusri merupakan pengarah urusan Syarikat Utama Sdn. Bhd. yang
menjalankan perniagaan penerbitan majalah dan buku sejak tahun 2000. Oleh kerana
syarikat beliau semakin mendapat sambutan dan berpotensi untuk berkembang lebih
maju, beliau telah menubuhkan beberapa jabatan mengikut fungsi untuk melancarkan
operasi syarikatnya.

i. Lakarkan carta organisasi penjabatanan mengikut fungsi yang mengandungi


tiga jabatan. [5]
CARTA ORGANISASI SYARIKAT UTAMA SDN BHD [Tajuk-[1m]]

[1m]
[1m]
[1m]
Pengarah Urusan
En.Yusri [1m]

[5M]

ii. Huraikan empat kelebihan dan empat kelemahan penjabatan mengikut


fungsi bagi Syarikat Utama Sdn Bhd. [8]
Kelebihan
1. Menggalakkan perkembangan kemahiran[½] + Huraian yang relevan[½]
2. Kerja yang dilakukan lebih cekap
3. Dapat berkongsi kemahiran
4. Penyelesaian lebih cekap
5. Peningkatan kerjaya
6. Mengurangkan duplikasi tugas
7. Keputusan mudah
8. Komunikasi jelas
[4 pertama, F= ½ m, H= ½ m]
Kelemahan
1. Mementingkan jabatan [½] + Huraian yang relevan [½]
2. Pengetahuan fungsi tidak berkembang
3. Komunikasi antara jabatan kurang
4. Konflik jabatan
5. Koordinasi kerja sukar
6. Respon perubahan persekitaran lambat

STPM 946/1
[Lihat sebelah
*Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 18

[4 pertama, F= ½ m, H= ½ m]
(b) Huraikan proses pengorganisasian sebuah kolej swasta yang baru ditubuhkan. [12]
Proses Pengorganisasian – Kolej Swasta
{Nyatakan/Fakta = 1m ; huraikan dengan kaitan kolej swasta = 1m, mesti ikut
urutan}
1. Penentuan objektif [1]
● Objektif kolej – menyampaikan pendidikan, mencapai keuntungan[1]

2. Pengenalpastian aktiviti
● Mewujudkan program sijil dan diploma, pengajaran, penilaian,
penganugerahan ijazah dan sijil, penyelidikan, penerbitan, pentadbiran
am
● Aktiviti yang terlibat dalam pentadbiran am ialah kewangan,
pemasaran(mengrekrut pelajar) dan sumber manusia)

3. Pengelasan aktiviti
● Mengelaskan staf mengikut peringkat dan tanggungjawab – peringkat
atas/peringkat bawah

4. Pengelompokkan aktiviti
● Menggabungkan aktiviti dan tugas kolej kepada beberapa kumpulan
Akademik, HEP & Alumni dsb.

5. Pengagihan tugas dan sumber


● Pengagihan tugas mengikut kepakaran

6. Autoriti dan tanggungjawab


● Penurunan kuasa -untuk membuat keputusan -kepada ketua jabatan.

[Huraian mesti dikaitkan dengan kolej swasta,


Tidak kait=0 m untuk huraian]
[Jumlah=12]
5 (a) Jelaskan perbezaan antara pemimpin dengan pengurus. [10]

Dimensi ( ½ m) Pemimpin (1m) Pengurus (1m)


Sifat Peribadi Interaksi peribadi dengan Tidak melibatkan interaksi
pekerja untuk tujuan peribadi.
mempengaruhi mereka.
Kedudukan Tidak semesti disebabkan oleh Disebabkan oleh kedudukan
Dalam kedudukan dan jawatan formal dan jawatan dalam
Organisasisasi dalam organisasi. organisasi.
Perlantikan Pekerja Pihak pengurusan (Lembaga
Pengarah)

STPM 946/1
[Lihat sebelah
*Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 18

Sikap dan Aktif dari aspek kemanusiaan Pasif dan lebih


Motivasi disebabkan fungsi mementingkan pencapaian.
mempengaruhi pengikut.
Skop Menangani perubahan dengan Menangani kerumitan dan
Pendekatan membentuk visi tertentu. masalah organisasi dan
memastikan organisasi
berjalan pada landasan yg
betul

[Mana-mana 4 x 2½ m = 10m]

(b) Huraikan tiga gaya kepimpinan yang boleh diamalkan oleh pengurus. [9]
Tiga gaya kepimpinan yang boleh diamalkan oleh pengurus :-
a. Gaya Kepimpinan Autokratik
● Semua keputusan dibuat oleh pengurus tanpa perlu bertanya kepada
subordinat
● Sebarang pandangan subordinat tidak dihiraukan
● Tugas subordinat hanyalah menyiapkan tugasan yang diberikan
● Sesuai untuk pekerja baru, tiada pengalaman, kurang kemahiran dan
pekerja bawahan.

b. Gaya Kepimpinan Demokratik


● Pengurus dan subordinat sama-sama membuat keputusan
● Perbincangan akan dibuat secara bersama
● Keputusan biasanya lebih berkualiti dan subordinat lebih
bersemangat untuk terlibat sama.
● Sesuai untuk penyelia jualan, penyelia kilang dan pengurus
pengeluaran.

c. Gaya Kepimpinan Bebas (Laissez Faire)


● Subordinat bebas membuat keputusan dan melaksanakan kerja bagi
mencapai matlamat syarikat.
● Pengurus tidak perlu mengawal dan memberi banyak arahan
● Subordinat mempunyai kepakaran, pengalaman, kemahiran dan
pengetahuan yang tinggi bagi menyelesaikan masalah dalam bidang
kepakarannya.
● Sesuai untuk golongan profesional seperti peguam, akauntan, doktor.

[F = 1m, H = 1m x 2 = 3m]
[Jumlah=9 markah]
(c) Huraikan perkara-perkara yang berikut:
i. Misi
ii. Dasar
iii. Prosedur [6]
i. Misi
● Tujuan utama penubuhan organisasi
● Identiti / imej organisasi

STPM 946/1
[Lihat sebelah
*Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 18

● Kaitan organisasi dengan pihak berkepentingan


[Mana-mana 2 isi yang jelas]
[2 x 1m = 2m]
ii. Dasar
● Panduan umum pembuat keputusan: seragam
● Menerangkan peluang dan batasan, i.e. Tindakan yang boleh diambil
● Satu peraturan am
[Mana-mana 2 isi yang jelas]
[2 x 1m = 2m]
iii Prosedur
● Tatacara (berurutan) yang ditetapkan dalam melaksanakan tugas
● Wajib mengikuti langkah-langkah yang spesifik dan seragam
● Merujuk kepada dasar
[Mana-mana 2 isi yang jelas]
[2 x 1m = 2m]

6 (a) Huraikan secara ringkas jenis-jenis pengedaran di bawah;


i. Pengedaran intensif
ii. Pengedaran selektif
iii. Pengedaran eksklusif [6]
i. Pengedaran intensif
● Merangkami liputan paling luas atau maksimum [1]
● Memastikan produk mudah didapti oleh pengguna di merata kedai. [1]
● Pengantara pemasar perlu menyimpan stok produk yang banyak.
● Contoh pengeluar produk mudah beli-seperti sabun mandi
Pemarkahan: Maksimum 2 markah
ii. Pengedaran selektif
● Barangan beli-belah,istimewa dan industri yang memerlukan usaha jualan
yang berbeza atau khusus oleh pihak pengantara pemasaran. [1]
● Strategi menghadkan pengedaran kepada beberapa pengantara atau orang
tengah di satu kawasan geografi berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh
mereka.
● Digunakan kerana jumlah pembeli sedikit tetapi menyumbangkan sebahagian
besar jumlah jualan.
Pemarkahan: Maksimum 2 markah

iii. Pengedaran eksklusif


● Produk yang dianggap istimewa oleh pengguna seperti jam tangan ROLEX,
barang ekslusif. [1]
● Strategi untuk menghadkan pengedaran hanya kepada satu outlet /kedai
dalam satu kawasan geografi.
● untuk pengeluar yang inginkan penolakan ke dalam pasaran secara
maksimum oleh pengantara pemasar
● bagi pengantara pemasar kerana usaha promosi yang dilakukan memberi
faedah yang eksklusif kepada mereka dalam kawasan pasaran mereka
beroperasi.
Pemarkahan: Maksimum 2 markah

(b) Berikan maksud sistem logistik dan jelaskan elemen-elemen yang terdapat

STPM 946/1
[Lihat sebelah
*Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 18

didalamnya. [10]
Logistik
● Adalah aktiviti yang berkaitan dengan pengaliran barang atau barang mentah
dari satu tempat pengeluaran ke tempat lain [1]
● termasuk pengangkutan, pergudangan,pengendalian bahan, pemprosesan
pesanan dan kawalan inventori. [1]
[2 markah]
Elemen-elemen dalam sistem logistik

1. Pengangkutan [1]
● Proses menggerakkan barangan dari satu lokasi ke lokasi yang lain.[1]
● Terdapat beberapa pengangkutan yang boleh digunakan seperti:-
pengangkutan darat air,laut dan udara.
2. Pergudangan
● Merupakan satu kegiatan yang di atur untuk memastikan supaya terdapat
barangan apabila ia diperlukan
● Ia meliputi aktiviti-aktiviti seperti menerima dan mengenalpasti
barangan, menyusun dan memegang barangan, memesan dan menghantar
pesanan.
3. Kawalan Inventori
● Tujuan adalah untuk memperkembangkan dan mengekalkan tahap serta
jenis barangan yang dikeluarkan oleh syarikat.
● Sekiranya syarikat membawa inventori barangan yang rendah, syarikat
akan menghadapi risiko kehilangan jualan
● Jika terlalu banyak inventori syarikat akan menanggung kos pegangan
yang tinggi.
4. Pengendalian barang
● Pengendalian barang bagi item-item barangan semasa pengangkutan dan
penggudangan dinyatakan sebagai pemegangan bahan.
● Ini adalah penting kerana akan memberi kesan ke atas kepuasan
pelanggan dan kos-kos disebabkan kerosakan barangan.
5. Pemprosesan pesanan
● Tujuan antiviti pengedaran ini adalah untuk menerima dan menfailkan
pesanan-pesanan pelanggan.
● Pemprosesan pesanan yang tepat dan cepat akan memberikan kelebihan
kepada syarikat.

[Fakta = 1m , huraian = 1m, 2 x 4]


[Jumlah = 8 markah]

(c) Ahmad merupakan seorang pengurus pembelian bagi syarikat Teknokrat Sdn Bhd.
Teknokrat Sdn Bhd memerlukan 5000 vakum hampagas setahun. Kos bagi setiap
vakum adalah RM 200. Kos memesan untuk setiap pesanan ialah RM 30. Kos
pemegangan ialan 25% daripada kos satu unit vakum. Bilangan hari masa menunggu
bagi setiap pesanan ialah selama 3 hari. Kira,

i. Berapakah kuantiti pesanan ekonomi (EOQ)?


ii. Berapakan jumlah kos pemegangan dan kos memesan?
iii. Berapakan bilangan pemesanan optimum setahun?
iv. Berapakah bilangan hari optimum di antara pemesanan? (anggapkan terdapat

STPM 946/1
[Lihat sebelah
*Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 18

250 hari kerja setahun)


v. Berapakah jumlah pesanan semula (ROP)?
[9]
i. Daripada maklumat diberi di atas,
Permintaan, D = 5000 unit

Kos pemegangan, H = 25% daripada kos seunit

= x RM 200

= 0.25 x RM 200

= RM 50

Kos memesan, S = RM 30

Maka, kuantiti pesanan ekonomi, EOQ = Q = [½]

=
[½]

= 77.5 [ ½ ]

= 80 pesanan [ ½ ]

ii. Kos memesan tahunan = [½]

= [½]

= RM 1935.48 [½]

Kos pemegangan tahunan = [½]

= [½]

= RM 1937.50 [ ½ ]

Maka jumlah kos tahunan (TC) atau jumlah kos pemegangan dan kos memesan

TC = RM 1935.48 + RM 1937.50 [ ½ ]

= RM 3872.98 [ ½ ]

STPM 946/1
[Lihat sebelah
*Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 18

iii. Bilangan pemesanan optimum setahun, N

N= [½]

= [½]

= 64.52 [ ½ ]

= 65 kali pesanan setahun [ ½ ]

iv. Bilangan hari optimum di antara pesanan,

T =

[½]

= [½]

= 3.87 [ ½ ]

= 4 hari [ ½ ]

v. Jumlah pesanan semula (ROP) = d x L [ ½ ]


d = ialah permintaan harian

L = bilangan hari masa menunggu bagi setiap


pesanan

Dapatkan nilai permintaan harian d =

[½]

= [½]

= 20 unit [ ½ ]

Maka ROP =dxL

= (20 unit) x (3 hari) [ ½ ]

= 60 unit [ ½ ]

** Jawapan mesti ada unit baru jawapan boleh diterima, jika tiada unit maka markah

STPM 946/1
[Lihat sebelah
*Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 18

hanya diterima setakat markah RUMUS dan JALAN PENGIRAAN SAHAJA.

[Maksima= 9 markah]

7 (a) Terangkan maksud pembuatan keputusan rasional. Huraikan empat faktor yang
boleh mempengaruhi proses membuat keputusan seorang pengurus. [10]
Def: Proses yang logikal dan konsisten /tekal [½] dalam mengenalpasti
alternatif/kriteria [½] yang mampu memberikan keputusan terbaik [½]/ berupaya
memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan [½]
[2 markah]
1. Tekanan dari luar [1]
● Sering berlaku keputusan yang terpaksa dibuat berpunca dari dasar dan
peraturan baru oleh kerajaan [½]
● Cth: langkah penggabungan bank-bank memerlukan pengurus membuat
keputusan sama ada mengekalkan pekerja/ tidak [½]

2. Sikap peribadi [1]


● Keputusan selalunya akan dipengaruhi oleh ciri-ciri personaliti yang ada
pada diri seorang pengurus itu sendiri [½]
● Cth; dalam pengambilan pekerja baru, pengurus akan cenderung untuk
memilih pekerja yang mempunyai pandangan yang sama dengannya. [½]

3. Keadaan masa lalu/Pengalaman lalu


● Keadaan /peristiwa lalu mempunyai kesan yang besar terhadap sejarah
hidupnya/ pengalaman atau tempoh masa yang panjang membolehkan
pengurus membuat keputusan yang lebih teliti dan tepat.
● Cth: keputusan yang diambil dalam tempoh masa yang singkat boleh
mengakibatkan banyak kesilapan.

4. Pengaruh kumpulan setaraf


● Persekitaran sosial seperti pergaulan luas mempengaruhi keputusan yang
dibuat oleh seorang pengurus
● Cth: Seorang pengurus lebih cenderung bergaul dengan golongan yg
setaraf dengannya. Ini lebih mudah dipengaruhi oleh idea golongan
tersebut berbanding dengan golongan status rendah.

5. Kos yang dibelanjakan


● Pengurus akan terus mengekalkan sesuatu keputusan yang telah dibuat
jika pihak pengurusan telah membelanjakan kos yang banyak
sebelumnya.
● Cth: Pengurus terpaksa meneruskan sesuatu projek walaupun menerima
keuntungan yang sedikit kerana telah membelanjakan kos yang banyak

[Fakta=1m, Huraian=2 x ½m]


[Jumlah=8 markah]

(b) Bebanan kerja yang bersesuaian adalah penting untuk memastikan setiap pekerja
dapat melaksanakan tugas dengan tepat dan berkesan. Bincangkan. [9]

STPM 946/1
[Lihat sebelah
*Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 18

Jawapan:-
Bebanan kerja yang bersesuaian  dapat laksana tugas dengan berkesan
Maksud “bersesuaian” dari segi
 kuantiti/beban tugas  tahap kesukaran  tempoh masa 
kepelbagaian tugas
Perbincangan isi.
i. Kuantiti – tidak boleh terlalu banyak ( ½ m) dan terlalu sedikit ( ½ m)
Perbincangan:
Terlalu banyak – Kesannya stres  produktiviti merosot (1m)
Terlalu sedikit - Kesannya bosan  produktiviti rendah (1m)

ii. Tahap Kesukaran – tahap bersesuaian dengan kebolehan, kemahiran,


pengalaman, keupayaan (1m)
Perbincangan:
Terlalu sukar – Kesannya tak dapat melaksana dengan baik dan
mencapai objektif. (1m)
Terlalu Mudah – kesannya tugas tidak mencabar, tidak bersemangat,
tidak bersungguh-sungguh.(1m)

iii. Tempoh masa – Tempoh terlalu lama atau terlalu singkat.(1m)


Perbincangan:
Segera – tergesa-gesa kesannya kualiti terjejas.(1m)
Terlalu lama – kesannya tugasan terabai, terlupa arahan.(1m)

iv.Kepelbagaian tugas – terlalu banyak tugasan (pelbagai) atau terlalu sedikit


(1m).
Perbincangan:
Pelbagai – kesannya diluar bidang kemahiran dan kepakaran, tak dapat
membentuk kepakaran khusus (1m).
Khusus – kesannya menjadi rutin dan membosankan (1m).

[Mana-mana 3 isi]
1 isi = 1m: 3 x 1m = 3m]
[3 x 3m = 9 markah]

(c) Bincangkan kelebihan dan kelemahan pembuatan keputusan secara


berkumpulan. [6]
Kelebihan
● Dapat menjana lebih banyak alternatif [1]
● Dapat menghasilkan idea yang lebih baik / kreatif [1]
● Membolehkan ahli-ahli melihat situasi / masalah pelbagai sudut
● Ahli lebih komited dan bermotivasi untuk melaksanakan tindakan yang dibuat
[maksima 3 m]
Kelemahan
● Mengambil masa yang lama [1]
● Meningkatkan ketidakberkesanan & kos [1]
● Akauntabiliti sukar dilaksanakan
● Wujud tolak ansur

STPM 946/1
[Lihat sebelah
*Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 18

● Bias bila seseorang / lebih ahli cuba menguasai sesi perbincangan


[maksima 3m]
8 (a) Syarikat Bestbuy Berhad yang ingin membuat keputusan berdasarkan analisis pokok
keputusan. Syarikat Bestbuy Berhad mempunyai tiga pilihan iaitu melancarkan
promosi, meningkatkan daya saing produk dan memasarkan produk ke negara asing.

Keuntungan yang dijangka dalam keadaan ekonomi berkembang bagi melancarkan


promosi ialah RM136 000, meningkatkan daya saing produk ialah RM123 000 dan,
memasarkan produk ke Negara asing ialah RM118 000.
Manakala keuntungan yang dijangka dalam keadaan ekonomi meleset bagi pilihan-
pilihan adalah seperti berikut:

Kerugian yang dijangka dalam


Pilihan
keadaan ekonomi meleset
Melancarkan promosi RM24 000
Meningkatkan daya saing produk RM20 000
Memasarkan produk ke negara asing RM13 000

Dijangka kebarangkalian memperoleh untung pada keadaan ekonomi berkembang


ialah 65%, manakala pada keadaan ekonomi meleset ialah 35%
Kos melaksanakan keputusan untuk melancarkan promosi ialah RM7 000,
kos untuk meningkatkan daya saing produk ialah RM4 000, manakala kos
memasarkan produk ke negara asing ialah RM2 000.

i. Lukis rajah pokok keputusan berdasarkan pilihan keputusan Syarikat Bestbuy


Berhad.
ii. Hitung jumlah jangkaan kewangan bagi setiap pilihan. [10]
iii. Nyatakan keputusan yang perlu diambil oleh syarikat.

65% X RM136,000 [½]


35% X (RM24,000) [½]
65% X RM123,000 [½]
35% X (RM20,000) [½]
65% X RM118,000 [½]
35% X (RM13,000) [½]
Promosi [½]
Tingkat Daya Saing[½]
Pasaran Negara Asing[½]
Eko Meleset
Eko.Baik

STPM 946/1
[Lihat sebelah
*Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 18

[Bentuk empat segi dan bulatan yang betul = ½m]


[gambar rajah lengkap = 5m]

Jum. Jangkaan kewangan bagi melancarkan promosi:


(0.65 x 136 000) + (0.35 x -24 000) – 7000 = 73 000 [1]

Jum. Jangkaan kewangan bagi meningkatkan daya saing:


(0.65 x 123 000) + (0.35 x -20 000) – 4000 = 68950 [1]

Jum. Jangkaan kewangan bagi memasarkan produk ke negara asing:


(0.65 x 118 000) + (0.35 x -13 000) – 2000 = 70150 [1]

Keputusan yang diambil oleh syarikat ialah melancarkan promosi [1], kerana nilai
jumlah jangkaan kewangan bagi melancarkan promosi yang paling tinggi iaitu
RM73,000 berbanding pilihan yang lain.[1]
[10 markah]
(b) Huraikan ciri-ciri tabii orang yang berjaya seperti yang berikut:
i. Bersinergi
ii. Mencuba memahami dahulu dan mencuba untuk difahami
iii. Mengutamakan yang utama dahulu [9]
i. Bersinergi

● Mengambil kesempatan atas apa yang berlaku dan merebut peluang yang
wujud.[1]
● Setiap kelemahan akan diubah menjadi kekuatan.
● Ancaman diubah menjadi peluang.
● Menggunakan perbezaan utk mewujudkan peluang baru/positif terhadap
perbezaan
● Kerja yang sistematik/mengatur dan menyusun kerja
● Menghargai pandangan orang lain
[Maksima 3m]
i. Mencuba memahami dahulu dan mencuba untuk difahami

● Mendengar dengan baik [1]


● Memahami keadaan orang lain
● Empati
● Berkomunikasi dengan efektif

STPM 946/1
[Lihat sebelah
*Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 18

● Membuat orang lain faham


● Berfikiran dan berpersepsi yang positif
● Jujur dalam semua hal
[Maksima 3m]

ii. Mengutamakan yang utama dahulu

● Lakukan tugas ikut masa yang ditetapkan.


● Elakkan pembaziran masa
● Kenalpasti keutamaan/kepentingan aktiviti (e.g. Pengurangan kos,
Kepantasan)
● Menentukan aktiviti/merancang aktiviti (buat keputusan tentang
keutamaan setiap aktiviti)
● Menyusun aktiviti mengikut kepentingan
● Membuat penjadualan pelaksanaan
● Buat senarai semak tugas
● Lakukan pengurusan masa yang berkesan
[Maksima 3m]

(c) Jelaskan kesan ketegangan terhadap pekerja di dalam organisasi. [6]


● Kadar keganasan meningkat[1]
● Bertambahnya kadar lantik henti[1]
● Bertambahnya kadar ponteng kerja
● Merosakkan input/harta organisasi/vandalisme
● Kemalangan semasa kerja meningkat
● Prestasi pekerja menurun
● Hubungan antara pekerja dengan organisasi muram
[mana-mana 6 huraian x 1m]

STPM 946/1
[Lihat sebelah
*Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

You might also like