Cabaran Baca Berita Petikan 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kipas siling terjatuh dalam kelas, murid patah

jari
Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi - Oktober 19, 2022 @ 1:06am
bhnews@bh.com.my

SELAMA: Seorang murid perempuan patah jari tangan kiri apabila kipas siling dalam kelasnya di
sebuah sekolah rendah, di sini, terjatuh lalu mengenai mangsa, semalam.

Dalam insiden kira-kira jam 10 pagi itu, difahamkan tiga lagi murid perempuan berumur lapan
tahun turut mengalami kecederaan ringan.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd, 32, berkata meja anaknya itu terletak
betul-betul di bawah kipas berkenaan.

Selain patah jari, beliau mendakwa, anaknya juga mengalami beberapa kecederaan lain di
bahagian dada akibat kejadian itu.

Mohd berkata, beliau dan isteri agak terkilan kerana mendakwa pihak sekolah tidak
menyegerakan rawatan kepada anaknya dan mangsa lain, sebaliknya menunggu ibu bapa hadir
untuk membawa sendiri anak ke hospital.

Mohd mendakwa, kipas yang terjatuh itu kelihatan uzur, berkarat dan tidak selamat untuk
digunakan.

Beliau memaklumkan, anaknya diberikan cuti sakit selama 14 hari, dan masih trauma dengan
kejadian yang berlaku.

Susulan itu, Mohd membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama pada petang
semalam.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Mohd Sabri Saad ketika dihubungi
mengesahkan menerima laporan berkenaan.

You might also like