Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

SENARAI SEMAKAN DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA HARI PENDAFTARAN

Dokumen yang perlu dibawa semasa mendaftar sebagai pelajar KYF adalah seperti berikut:
(pastikan dokumen yang dibawa mengikut susunan senarai semakan)
• Dokumen asal – sebagai semakan pihak KYF sahaja
• Salinan dokumen

SEMASA PENDAFTARAN PELAJAR DIKEHENDAKI MEMBAWA DOKUMEN ASAL DAN


SALINAN MENGIKUT KEPERLUAN SEPERTI BERIKUT:

DOKUMEN ASAL SALINAN

1. Surat tawaran ✓

2. BORANG A: Maklumat Pelajar bertampal gambar ✓

BORANGB: ResitPembayaran Yuran bagi Pelajar yang


3. ✓
membuat bayaran secara manual sahaja.

4. Kad pengenalan pelajar, ibu bapa / penjaga ✓ ✓

5. Sijil Vaksinasi Digital MySejahtera ✓ ✓

6. Sijil berhenti sekolah ✓ ✓

7. Sijil PT3/ SPM/ SPMV/ setaraf (bagi calon semua kursus) ✓ ✓

Transkrip/ Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi


8. ✓ ✓
kursus kemahiran (yang berkenaan sahaja)
Gambar berukuran pasport :
9. i- EMPAT (4) keping bagi pelajar Kursus Intensif Bahasa Inggeris ✓
i- LAPAN (8) keping bagi pelajar lain-lain kursus

10. BORANG C: Akuan Kesihatan Pelajar ✓


Surat pengesahan / sijil suntikan typhoid daripada
11. pegawai perubatan (jika ada) ✓

12. BORANG D: Akuan Kebenaran Penjaga ✓


MAKLUMAT DAN SENARAI KEPERLUAN

Kemudahan dan persediaan untuk mengikuti kursus di Kolej Yayasan Felda adalah seperti berikut:-

1. ASRAMA, BAHAN PEMBELAJARAN DAN MAKAN MINUM

Kemudahan asrama, bahan pembelajaran serta makan minum (3 kali sehari) akan disediakan
oleh Yayasan Felda secara percuma sepanjang tempoh pengajian kecuali Kursus Diploma
Kemahiran Malaysia.

2. PERBELANJAAN PERJALANAN

Segala kos berkaitan perbelanjaan perjalanan pergi dan balik adalah atas tanggungan pelajar
sendiri.

3. WANG SAKU

Pelajar perlu membawa wang saku secukupnya sepanjang tempoh kursus tersebut.

4. PAKAIAN

4.1 Pakaian Semasa Pendaftaran


i. Berpakaian kemas dan sopan serta menutup aurat (muslim);
ii. Pelajar lelaki mestilah berambut pendek, kemas dan sopan;
iii. Kasut berwarna hitam bertutup dan bertumit.

4.2 Pakaian Semasa Kuliah


i. Pelajar Lelaki
Baju kemeja dan seluar ‘slack’ hitam yang sopan, kasut bertutup serta stokin
berwarna hitam.

ii. Pelajar Perempuan


Baju yang sopan dan menutup aurat (muslim), kasut berwarna hitam bertutup dan
bertumit.

4.3 Pakaian Semasa Program Rasmi Kolej


i. Pelajar Lelaki
Baju korporat kolej, seluar ‘slack’ hitam, baju melayu, kasut bertutup dan stokin
berwarna hitam.

ii. Pelajar Perempuan


Baju korporat kolej, skirt labuh berwarna hitam, baju kurung dan kasut berwarna
hitam bertutup dan bertumit.

4.4 Pakaian Semasa Sukan dan Latihan Amali


i. Pelajar Lelaki
T-shirt putih berkolar, seluar ‘track’ berwarna gelap dan kasut sukan.

ii. Pelajar Perempuan


T-shirt putih lengan panjang, seluar ‘track’ berwarna gelap dan kasut sukan.

iii. Satu (1) pasang ‘Safety Shoes’ bagi pelajar yang mengikuti Kursus Penyediaan &
Pembuatan Makanan dan Kursus Pembuatan Pastri
iv. Satu (1) helai baju ‘vest’ (berwarna hitam) dan ‘Serving Cloth’ (berwarna putih)
bagi pelajar yang mengikuti Kursus Operasi Servis Makanan dan Minuman.

v. Satu (1) helai baju ‘blazer’ (berwarna hitam) bagi pelajar yang mengikuti Kursus
Koordinasi Pengurusan Acara.

4.5 Pakaian Harian


i. Pelajar Lelaki
Seluar ‘slack’ dan t-shirt berkolar yang kemas dan sopan.

ii. Pelajar Perempuan


Baju kurung, t-shirt berlengan panjang dan menutup aurat (muslim) yang kemas
dan sopan.

5. KEPERLUAN PERIBADI

5.1 Membawa kelengkapan belajar seperti pen, pensil, buku catatan dansebagainya;

5.2 Membawa peralatan kebersihan diri (seperti ubat gigi, sabun mandi, tuala, baldi, selipar
dan lain-lain.),kain telekung dan sejadah;

5.3 Barang keperluan lain yang perlu dibawa iaitu selimut dan bantal.
(Pelajar Kursus Intensif Bahasa Inggeris dikehendaki membawa cadar sendiri.)

6. LAIN-LAIN

Pelajar tidak digalakkan membawa barangan berharga. Pihak Yayasan Felda tidak akan
bertanggungjawab atas keselamatan dan kehilangan barangan tersebut.
BORANG B : RESIT PEMBAYARAN PENDAFTARAN
(Untuk Pembayaran Secara Manual Sahaja)

Nama Pelajar :
No. Kad Pengenalan :
Kursus : _
Nama Bank : MAYBANK / CIMB / BANK ISLAM / RHB BANK/ Lain-lain
Cara Pembayaran :
No. Ruj. slip Pembayaran :
KEGUNAAN PEJABAT
JUMLAH (RM) TARIKH No. Resit Rasmi
Kaunter
Online Banking Terima Oleh
Mesin ATM
Tarikh

**CATATAN: sila lampirkan bukti/resit pembayaran di ruangan yang


telah disediakan

SILA LEKATKAN SLIP BAYARAN ANDA


DIRUANGAN INI

You might also like