Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA HALAMAN

TUGASAN 1
1 Pengenalan .................................................................................... 1
2 Sumbangan Tamadun Melayu daripada video yang ditonton
2.1 Video Satu, Minit 1:08 ............................................................ 2
2.2 Video Dua, Minit 2:26 ............................................................ 2
3 Pengalaman Pemilihan Video
3.1 Grafik, teknologi dan teknik animasi yang menarik .............. 3
3.2 Muzik yang menarik .............................................................. 3
3.3 Nilai positif ............................................................................ 3-4
3.4 Nilai negatif ........................................................................... 4
4 SmartArt ....................................................................................... 5
6 Kesimpulan ................................................................................. 6
7 Rujukan ....................................................................................... 6
TUGASAN 2
8 Refleksi ....................................................................................... 7-9
TUGASAN 3
9 Penyertaan kelas dalam talian ................................................. 10 - 11
MPU3323

TUGASAN 1

PENGENALAN

Tamadun Melayu adalah sebuah tamadun yang telah dibentuk dan dibangunkan oleh
bangsa Melayu dimana ianya terdiri dari pelbagai kumpulan orang-orang Melayu di wilayah
Asia Tenggara dan mereka merupakan masyarakat peribumi asal bagi rantau ini. Ianya juga
dikenali dengan pelbagai nama contohnya Gugusan Kepulauan Melayu, Nusantara, Alam
Melayu, Tanah Jawi dan Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia. Tamadun Melayu dan
tamadun Islam tidak dapat dipisahkan kerana tamadun Melayu adalah bermulanya daripada
penerimaan Islam oleh masyarakat Melayu. Pengaruh Islam dalam tamadun Melayu meliputi
pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu sebagai contoh dari segi bidang bahasa,
sastera, undang-undang, kesenian, adat istiadat, intelektual, kepercayaan dan politik. Tiga
elemen yang menjadi faktor utama wilayah itu adalah sebagai tamadun Melayu ialah ras nya,
kebudayaan dan bahasa yang digunakanya ialah bahasa Melayu. Tamadun Melayu juga
merupakan asas kepada tamadun Malaysia.

Objektif utama tugasan ini ialah untuk membincangkan sumbangan dan hasil
pencapaian tamadun Melayu terhadap nilai-nilai dan pandangan semesta masyarakatnya.

Rujukan primer bagi menyiapkan tugasan ini adalah dengan merujuk kepada buku
Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang ditulis oleh Dr Ghazali Darusalam yang diterbitkan
oleh OUM. Ianya juga ada merujuk kepada video dan internet.

1
MPU3323

SOALAN 2

2. Sumbangan tamadun Melayu daripada video yang ditonton.

2.1 Sumbangan dari sudut keilmuan iaitu daripada aspek ’Bahasa’ (Video Satu,
Minit 1:08)
Bahasa Melayu pernah dijadikan sebagai bahasa perantara bagi kepulauan Melayu
sewaktu kegemilangan kerajaan Melaka, dimana ianya digunakan untuk pengembara asing
dan aktiviti perdagangan dari China, Eropah dan juga India. Ianya sentiasa berkembang
sehingga digunakan dengan secara meluas termasuk dari segi ilmiah. Kerana satu bahasa
yang digunakan iaitu bahasa Melayu menyebabkan masing-masing dapat bertutur dan
mengerti walapun berbeza jenis dan puaknya. Begitu besar sumbangan tamadun Melayu dari
aspek bahasa sehingga ianya dijadikan bahasa ilmu dan bahasa pengantar.

2.2 Sumbangan dari sudut ’Sains dan Teknologi’ iaitu daripada aspek ’Kemahiran
Pembuatan Rumah Melayu’ (Video Dua, Minit 2:26)
Kemahiran pembuatan rumah Melayu memang tidak dapat di sangkal lagi berikutan,
kemahiran pembuatan oleh tukang Melayu sehingga mampu memberi identiti yang unik
kepada rumah Melayu. Antara faktor penting yang dititik beratkan dalam rumah Melayu
adalah faktor pengudaraan, faktor pencahayaan, faktor kesenian dan juga faktor keselamatan.
Ciri-ciri rumah Melayu adalah berbumbung limas, mempunyai pelbagai ruang contohnya
serambi, ruang induk, ruang ibu dan rumah panggung yang dihias indah dengan seni ukiran di
tingkap, dinding atap dan lain-lain. Seni binanya yang unik dan klasik menjadikan ianya
identiti sebuah rumah Melayu.

2
MPU3323

SOALAN 3

3. Pengalaman pemilihan video:

3.1 Grafik, teknologi dan teknik animasi yang menarik.


Penggunaan teknologi dan teknik animasi yang terkini menjadikan video dua lebih
menarik perhatian. Ketelitian juruanimasi dalam pembikinan video animasi contohnya
penggunaan warna yang lebih terang dan ceria menyebabkan ianya lebih menarik mata
penonton. Daripada segi teknik animasi pergerakan anggota tubuh manusia, tumbuhan dan
binatang kelihatan lebih hidup dan pergerakanya lebih halus.

3.2 Muzik yang menarik


Muzik latar belakang, intonasi suara dan nada dalam komunikasi, kesan audio animasi
yang digunakan oleh video dua adalah lebih menarik. Teknik kesan audio (Sound Effect)
yang digunakan oleh penyunting bunyi menjadikanya jauh lebih realistik dan ianya dapat
dirasai oleh penonton, seolah-olah penonton yang berada di situasi tersebut. Teknik kesan
audio dan muziknya menjadi lebih baik adalah kerana teknologi sekarang yang digunapakai
adalah berformat digital, dimana ianya lebih mudah untuk digunakan atau dimainkan dalam
garis masa yang dikehendaki berbanding teknologi lama yang lebih sukar iaitu teknologi
analog.

3.3 Nilai positif


Antara nilai-nilai positif yang terdapat didalam video dan ianya amat digalakkan agar
masyarakat kini mencontohinya ialah, sentiasa berfikir sebelum bertindak melakukan sesuatu.
Seperti yang kita sedia maklum, tindakan yang dibuat tanpa di fikirkan akibatnya sering
menjurus kepada sesuatu yang negatif. Seperti peribahasa Melayu iaitu ”berfikir sebelum
berkata, berunding sebelum dibuat” yang bermaksud berfikir terlebih dahulu sebelum
melakukan sesuatu dan jangan bertindak dengan terburu-buru.

Masyarakat kini juga amat digalakkan untuk mencontohi sifat-sifat yang baik seperti
sentiasa membalas budi dengan kebaikan dan bukan dengan kejahatan. Bersifat sentiasa
menghormati dan membantu orang yang lebih berusia. Kedua-dua video tersebut banyak

3
MPU3323
memberi pengajaran dan nasihat agar masyarakat masa kini lebih mengamalkan sifat yang
lebih positif dan lebih bertoleransi.

3.4 Nilai negatif


Nilai negatif yang terdapat di dalam video tersebut antaranya adalah sifat tidak
mengenang budi dengan membalas kebaikan yang telah dibuat dengan kejahatan. Selain
daripada itu, contoh nilai negatif iaitu terlalu berbangga diri dengan merasakan diri adalah
yang terbaik sehinggakan tidak dapat membezakan yang mana satu pujian dan yang mana
satu adalah penipuan. Video tersebut menunjukan bahawa dengan mengamalkan sifat-sifat
negatif ianya pasti merugikan. Tidak dinafikan, ada segelintir masyarakat masa kini yang
mengamalkan nilai-nilai negatif tersebut.

4
MPU3323

SOALAN 4

Rujuk Lampiran

5
MPU3323

KESIMPULAN

Pada pandangan saya, pencapaian dan sumbangan tamadun Melayu dalam pelbagai
bidang contohnya daripada segi sains dan teknologi pembuatan rumah Melayu dan keilmuan
bahasa tidak dapat disangkal lagi. Terdapat banyak lagi sumbangan besar tamadun Melayu
pada peradaban dunia dari dahulu hingga kini di dalam pelbagai bidang. Sehubungan dengan
itu, ianya haruslah dihargai oleh generasi masa kini dan akan datang. Besar harapan saya
agar masyarakat masa kini, terus kekal mengamalkan sifat-sifat murni kerana ianya akan
mewujudkan kehidupan masyarakat yang lebih harmoni dan saling menghormati walaupun
berasal daripada pelbagai etnik dan bangsa.

RUJUKAN

TUGASAN 2

REFLEKSI

Sepanjang proses perlaksanaan tugasan ini, pelbagai pengalaman yang telah saya
alami. Saya merasakan bahawa subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia 1 (TITAS1) ini
adalah subjek yang menarik kerana saya dapat mengenali berkenaan tamadun Melayu, Islam,
Cina dan India. Saya dapat mengetahui tentang asal usul sesebuah tamadun dan persamaan
dan perbezaanya. Pada hakikatnya, tajuk ini berjaya menarik minat dan perhatian saya untuk
mengetahui lebih mendalam tentang tamadun saya sendiri.

Saya berpeluang untuk mempelajari menggunakan aplikasi SmartArt dalam


menyiapkan tugasan ini. Terdapat pelbagai pilihan bentuk yang terdapat di dalam aplikasi
SmartArt yang boleh saya guna pakai untuk menyampaikan maklumat dengan cara yang lebih
menarik. Pelbagai grafik yang boleh dipilih, antaranya ialah berbentuk senarai, proses,
kitaran dan lain-lain lagi. Pemilihan warna, bentuk dan saiz tulisan juga memainkan peranan
yang penting kerana ianya adalah antara faktor utama untuk menarik minat dan perhatian
seseorang terhadap maklumat yang ingin kita sampaikan.

6
MPU3323
Tidak dapat dinafikan bahawa, saya berasa sangat bangga apabila saya mengetahui
tentang sumbangan tamadun Islam pada peradaban dunia kini. Tokoh-tokoh Islam yang
terkenal antaranya ialah ‘Bapa Algebra’ iaitu Al-Khawarizmi, beliau di anggap sebagai
sarjana matematik yang masyur oleh orang islam dan barat kerana beliau merupakan pencipta
Algoritma dan Algebra. Tidak kurang hebatnya juga Ibn Sina kerana beliau adalah ilmuan
Islam yang disegani terutamanya dalam bidang perubatan. Beliau juga dikenali dunia barat
dengan panggilan Avicenna dan merupakan ‘Bapa Perubatan’ dunia. Sumbangan beliau
bukan hanya terbatas dalam bidang perubatan, malahan beliau mahir dalam bidang
matematik, sains, astronomi dan lain-lain lagi buktinya ialah hasil karya beliau masih lagi
diguna pakai sebagai rujukan sehingga ke hari ini.

Ada ketikanya saya menghadapi beberapa kesukaran dan halangan terutamanya dalam
pengurusan masa. Saya terpaksa membahagikan masa saya sebaiknya sebagai seorang
pelajar, isteri, ibu dan pekerja. Ianya sangat mencabar bagi saya sebagai seorang pelajar
semester satu untuk membahagikan masa untuk memastikan agar saya berjaya menyiapkan
tugasan ini. Keadaan menjadi lebih sukar apabila saya dan keluarga disahkan positif Covid-
19 dan mengalami simptom-simptom yang berat sehinggakan saya dinasihatkan agar berehat
sehingga pulih sepenuhnya.

Saya bersyukur kerana, tutor dan rakan sekursus saya banyak membantu saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Tutor banyak memberi tunjuk ajar berkenaan bagaimana untuk
menyiapkan tugasan dengan mengikuti skema pemarkahan dan format yang telah ditetapkan.
Rakan sekursus juga sering membantu saya sekiranya saya buntu dan memerlukan bantuan.

Dalam usaha menyiapkan tugasan ini, saya dapati sangat penting untuk saya
memahami dan mengetahui asal usul tamadun Melayu sebelum saya memulakan penulisan
saya. Ini berikutan ianya lebih memudahkan saya untuk menginterpretasikan fahaman saya
kepada penulisan tugasan ini. Penyediaan awal bahan rujukan dan isi-isi penting juga turut
memudahkan urusan tersebut.

Saya berharap pada masa akan datang, pihak OUM dapat menganjurkan lebih banyak
sesi ’Klinik Kemahiran Maklumat’ atau mewajibkan bagi pelajar semester satu untuk
menyertai klinik tersebut terutamanya pada awal semester. Ini kerana ianya dapat membantu
pelajar semester satu mencari bahan yang ada di perpustakaan dalam talian.
7
MPU3323

Pada masa akan datang saya berharap agar saya dapat membuat perancangan dengan
lebih awal untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Perbincangan dengan rakan sekursus
dan tutor juga perlu diadakan dengan lebih kerap, kerana ianya sangat membantu dan saya
merasakan sesi soal jawab secara bersemuka di atas talian adalah lebih efektif.

Seteleh menyiapkan tugasan ini, saya lebih memahami tentang betapa besarnya impak
sumbangan sesebuah tamadun terhadap peradaban dunia masa kini. Maka wajarlah kita
untuk menghormati rakan-rakan yang berlainan agama ini berikutan setiap tamadun yang
wujud adalah unik dan ianya turut menjadi penyumbang besar kepada kemodenan dan
kemakmuran yang kita kecapi pada masa ini.

Implikasi jangka panjang bagi saya sebagai seorang pekerja antaranya ialah, saya
boleh mengaplikasikan penggunaan teknologi SmarArt untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh majikan. Sudah tentu laporan dan pembentangan saya akan lebih menarik jika
saya menggunakan aplikasi teknologi SmartArt tersebut.

Antara implikasi jangka panjang lain ialah saya lebih menghormati rakan sekerja yang
berlainan etnik dan agama. Kerana sifat saling hormat menghormati sesama manusia, ianya
telah mewujudkan suasana harmoni, damai dan bertolak ansur di pejabat.

Sekiranya saya diarahkan oleh majikan saya untuk menganjurkan pameran berkaitan
tamadun Melayu, saya dengan berbesar hati akan menerima tugasan tersebut kerana saya
amat yakin dengan informasi dan pemahaman yang saya perolehi sewaktu menyiapkan
tugasan ini pasti akan membantu. Maklumat yang saya ada berkenaan sejarah kewujudan dan
asal usul tamadun Melayu dan sumbangan tamadun Melayu terhadap masyarakat kini
menjadikan saya seorang yang berkemampuan untuk memberi pencerahan kepada sesiapa
sahaja yang memerlukanya.

8
MPU3323

TUGASAN 3
Penyertaan Kelas Dalam Talian

You might also like