Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 56

020926-10-1170

SW4111/1086
1.0 PENGENALAN

Menurut Coulter (2000), usahawan ialah individu atau sekumpulan individu


menggunakan usaha-usaha dan perantara untuk mencari peluang mencipta nilai dan
pertumbuhan melalui memenuhi keperluan dan kehendak. Ianya perlu inovasi dan
keunikan tidak kira apa jua sumber kawalan yang ada digunakan. Usahawan juga
merupakan seseorang yang mencipta dan mengoperasikan perniagaan secara aktif.

Selain itu, usahawan adalah individu yang mengusahakan satu perusahaan


manakala peniaga ialah orang yang berniaga. Sebagai contoh, niaga adalah perkataan
terbitan iaitu secara gambaran kegiatan perniagaan kecil-kecilan. Sebaliknya,
perusahaan dikaitkan dengan saiz kegiatan yang besar kecuali perusahaan kecil. Di
samping itu, usahawan juga ditakrifkan sebagai seorang yang mengusahakan sesuatu
perniagaan sehingga lebih bermotif kepada keuntungan disamping mengamalkan
amalan- amalan yang strategik. Takrif bagi perkataan usahawan dan keusahawanan
sangat luas dan berbeza mengikut individu.

Hustedde and Pulver (1992) dalam kajian mereka ke atas sekumpulan


usahawan kecil yang telah berjaya dan juga yang tidak berjaya untuk memperolehi
pembiayaan modal mendapati kejayaan untuk mendapatkan pembiayaan bersandar
kepada ciri-ciri usahawan, ciri-ciri perusahaan dan peringkat perniagaan, jenis industri
dan lokasi. Manakala Hisrich and Brush (1987) pula mendapati kekangan yang
dialami oleh perusahaan kecil untuk mendapatkan pembiayaan ialah cagaran yang
dikenakan oleh institusi kewangan. Di sinilah peranan yang mainkan oleh skim kredit
mikro dalam memudahkan usahawan kecil mendapat pembiayaan modal tanpa
cagaran dan lain-lain syarat ketat.

Terdapat beberapa ciri yang telah dinyatakan oleh Rosdi (2002), sebagai
faktor utama yang mendorong kepada kejayaan seseorang usahawan dalam bidang
yang mereka laksanakan. Di antaranya ialah hubungan jaringan dalam perniagaan
merupakan ciri yang penting bagi membolehkan seseorang usahawan itu mampu

1
020926-10-1170
SW4111/1086
bersaing dan bertahan lama dalam bidang perniagaan yang diceburinya. Ini bermakna,
usahawan tersebut itu mempunyai hubungan yang baik dengan pesaing, pembekal dan
pelanggan. Ianya bertujuan memberi kelebihan kepada usahawan untuk mengenal
pasti peluang dan ancaman terhadap perniagaannya.

Fordayo Audio Sdn Bhd terletak di Bandar Menjalara, Kuala Lumpur. Ia


ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Lim Hoong Kin. Fordayo Audio Sdn. Bhd
merupakan sebuah syarikat yang menawarkan aksesori kereta secara kecil-kecilan
seperti kit badan, rim, penggera kereta dan sistem stereo untuk meningkatkan kedua-
dua bahagian dalam dan luar kenderaan.

Lim Hoong Kin berasal dari keluarga yang miskin tetapi beliau mempunyai
cita-cita untuk memulakan perniagaan sendiri sejak kecil lagi. Beliau bermula bekerja
pada umur 16 tahun dan mempunyai modal untuk memulakan perniagaan aksesori
kereta apabila beliau berumur 29 tahun. Pada peringkat awal perniagaan Fordayo
Audio, Lim Hoong Kin memulakan perniagaannya di rumahnya sendiri kerana tidak
mempunyai modal yang mencukupi untuk menyewa kedai. Pada tahun 2012, Lim
Hoong Kin membuat keputusan untuk memindahkan perniagaan ke premis fizikal
iaitu di Bandar Menjalara. Pada masa itu, hanya dua orang pekerja yang bekerja di
Fordayo Audio Sdn Bhd.

Seiring dengan perkembangan syarikat, Lim Hoong Kin telah menggaji lagi
dua orang pekerja supaya permintaan pelanggan dapat dipenuhi secara berkesan.
Fordayo Audio Sdn Bhd semakin dikenali oleh lebih ramai orang disebabkan
kemampuan Lim Hoong Kin yang berjaya menguruskan perniagaan dengan baik.
Pada tahun 2018, Lim Hoong Kin menukarkan nama kedai daripada V Ken Audio
Sdn. Bhd. kepada Fordayo Audio Sdn. Bhd..

Kajian ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada keperluan kerja kursus.


Temu bual dilaksanakan terhadap usahawan berkenaan untuk mengetahui ciri dan

2
020926-10-1170
SW4111/1086
peranan yang dimainkan oleh Lim Hoong Kin dalam menguruskan perniagaannya
serta cabaran yang dihadapi oleh usahawan.

3
020926-10-1170
SW4111/1086
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai empat objektif utama seperti berikut:

2.1 Menganalisis ciri-ciri usahawan dari segi:

2.1.1 Sifat-sifat peribadi usahawan berjaya

2.1.2 Tabii orang yang berjaya

2.2 Mengkaji kaedah usahawan memulakan dan menjalankan perniagaan dari segi:

2.2.1 Kaedah yang digunakan oleh usahawan dalam memulakan perniagaan

2.2.2 Pembiayaan serta kemudahan dan bantuan yang diterima bagi memulakan
perniagaan

2.3 Menghuraikan peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam


organisasi

2.4 Membincangkan cabaran persekitaran luaran dan dalaman yang mempengaruhi


perniagaan

4
020926-10-1170
SW4111/1086
3.0 LATAR BELAKANG

3.1 Menganalisis ciri-ciri usahawan

3.1.1 Sifat-sifat peribadi usahawan berjaya

Inisiatif yang tinggi

Menurut Joe (1971), seseorang yang berinisiatif tinggi itu seseorang yang
ingin mengesankan bahawa sesuatu itu adalah bukan kita yang biasa fikirkan sehingga
menjadi dorongan kepada orang-orang ingin melakukan bersama dengan beliau.

Berani mengambil risiko

Konsep berani mengambil risiko menurut Abdul Aziz (2003) dalam


menerokai sesuatu bidang yang belum pernah diceburi oleh orang lain juga
merupakan antara ciri penting bagi usahawan berjaya. Keadaan ini menjelaskan
bahawa, seorang usahawan mestilah berfikiran terbuka dan sanggup membuka dan
menjalankan perniagaan baru, demi memperoleh pendapatan yang lumayan untuk
jangka masa yang panjang. Seseorang usahawan perlu berani mengambil tindakan
yang tidak pasti hasilnya.

Kreatif

Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), kreativiti merupakan penjanaan idea


yang membawa kepada peningkatan dalam kecekapan dan keberkesanan sesuatu
sistem. Kreativiti juga ditakrifkan sebagai satu usaha secara sedar yang melibatkan
kelahiran idea kreatif berserta tindakan terhadap suatu konsep atau pendekatan atau
ciri-ciri dalaman serta dapat menggunakan idea tersebut untuk menyelesaikan
permasalahan yang dihadapi. Menurut Johnson (2001) dan Rosli et al. (2007),
individu yang kreatif dan inovatif adalah seseorang yang dapat menghasilkan idea dan
konsep baru dan dapat menterjemahkannya kepada produk yang dapat
dikomersialkan.

Inovatif
Menurut Spencer (1994) menjelaskan bahawa inovatif ialah sesuatu daya
untuk menghasilkan idea yang dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh
seseorang individu. Menurut Norita (2007), individu yang berfikiran inovatif mampu
menyesuaikan diri dengan persekitaran dan perubahan di mana, mereka berupaya

5
020926-10-1170
SW4111/1086
untuk bertindak balas secara fleksibel terhadap perubahan. Selain itu, mereka
mempunyai daya pemikiran, daya imaginasi dan kebolehan untuk mencipta atau
menghasilkan keluaran atau perkhidmatan baru yang belum dicuba oleh orang lain
(Mohd Salleh et al. 2005).

Keyakinan diri tinggi

Menurut Ranjit Singh Malhi (1997), keyakinan diri adalah kepercayaan yang


kukuh terhadap keupayaan, kebolehan dan kemampuan diri sendiri untuk mencapai
cita-cita tertentu. Usahawan sentiasa berpegang teguh terhadap keupayaan diri sendiri,
bersikap optimistik serta yakin terhadap kemahiran dan kebolehan yang dimilikinya.
Untuk menambahkan keyakinan diri, mereka sentiasa melihat proses menuntut ilmu
sebagai proses yang berterusan sepanjang hayat, melibatkan diri dalam kegiatan
persatuan, membina jaringan kenalan daripada pelbagai sumber dan melengkapkan
diri dengan kemahiran khusus dalam perniagaan sekarang dan masa hadapan.

Bijak mengambil peluang

Menurut Kirzner (1979) yang menyatakan bahawa seseorang yang bijak


mengambil peluang sentiasa berwaspada ke atas peluang-peluang perniagaan yang
tidak disedari oleh orang lain. Usahawan akan mengambil tindakan secara imaginatif,
kreatif, dan inovatif. Stevenson, Roberts & Grousbeck (1989) telah memberi definisi
yang lebih berani dengan menyatakan keusahawanan sebagai kesediaan individu
untuk merebut peluang tanpa mengambil kira sumber semasa yang ada dalam
kawalannya. 

Lokus kawalan dalaman

Howard (1996) mendefinisikan lokus kawalan dalaman sebagai setakat mana


seseorang usahawan menyedari sebarang situasi yang berlaku kepada dirinya adalah
disebabkan oleh perlakuan dan ciri-ciri yang ada pada dirinya. Orang yang memilki
lokus kawalan dalaman adalah lebih bergantung kepada diri-sendiri terhadap apa-apa
perkara dan situasi tak kira baik atau tidak, kerana mereka rasa pencapaian adalah
mengikut nilai yang sanggup didosakan.

Berwawasan (berpandangan jauh)

6
020926-10-1170
SW4111/1086
Menurut Lernify (2020), berpandangan jauh boleh ditakrifkan sebagai suatu
kebolehan untuk menjangka apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Dalam
menjadi seorang usahawan yang berjaya, salah satu ciri yang perlu ada adalah
memiliki sifat berpandangan jauh. Usahawan yang mempunyai sifat foresight atau
berpandangan jauh ini adalah seorang yang pandai merancang, menganalisis dan
mempunyai sikap merebut peluang yang ada di depan mata. 

Dorongan ke arah kejayaan

Menurut Woolfolk (1993), dorongan ke arah kejayaan dirujuk kepada satu


kuasa dalaman yang membangkit, mengarah dan mengawal minat serta tingkah laku
manusia. Manakala Chaplin (1985) menyatakan bahawa angkubah yang digunakan
untuk menerangkan tentang faktor dalaman organisma yang membangkitkan dan
mengarahkan tingkah lakunya ke arah sesuatu matlamat.

Bertanggungjawab

Menurut Kamus Dewan Bahasa (2010), kewajiban yang dipikul oleh


seseorang, segala yang wajib ditanggung olehnya. Seseorang usahawan mempunyai
sikap bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuat bagi memastikan
kejayaan perniagaan. Mereka juga bersedia bertanggungjawab ke atas setiap
keputusan yang dibuat apabila berlaku kegagalan.

3.1.2 Tabii orang yang berjaya

Bersikap proaktif

Menurut Stephen Covey (2001), seseorang yang proaktif ialah individu yang
berinisiatif tinggi dan bertanggungjawab terhadap kehidupannya. Individu ini akan
bertindak tanpa menunggu arahan daripada ketua untuk melaksanakan
tanggungjawabnya. Individu ini juga akan sentiasa berusaha mencari idea-idea baharu
yang bernas untuk membaiki keadaan sedia ada dengan membetulkan sebarang
masalah atau kekurangan yang timbul.

Berorientasikan matlamat

7
020926-10-1170
SW4111/1086
Stephen Covey (2001) menyatakan bahawa dengan mengingat matlamat
bermakna seseorang dapat memahami dengan jelas tentang destinasi yang hendal
dituju. Seseorang individu yang efektif akan menetapkan matlamat, sasaran atau
objektif terlebih dahulu dalam segala tindakan yang dirancang. Matlamat
menunjukkan hala tuju yang harus diikuti dalam usaha menyempurnakan sesuatu
kerja. Semua individu perlu mengetahui keutamaan tugas masing-masing dan
memastikan semua tugas disiapkan pada masa yang ditetapkan.

Lakukan perkara yang utama dahulu

Menurut Stephen Covey (2001), seseorang individu yang efektif mesti


menyenaraikan aktiviti mengikut keutamaan iaitu melakukan perkara yang penting
dahulu. Pengurusan masa harus dibuat dengan baik supaya masa tidak terbuang
dengan kerja yang tidak berfaedah. Semua tugasan akan disusun mengikut keutamaan
dari segi waktu dan kepentingannya. Seseorang individu itu perlu menyediakan
senarai semak bagi setiap tugas, bila tugas tugas perlu disediakan dan kepada siapa
laporan perlu dibuat.

Berfikiran menang-menang

Berfikiran menang-menang merupakan rangka pemikiran dan perasaan yang


sentiasa mencari faedah bersama dalam semua interaksi manusia menurut Stephen
Covey (2001). Sebarang perundingan atau perjanjian harus dibuat dengan niat untuk
mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak dan mewujudkan penyelesaian
yang positif, adil dan tidak berat sebelah. Hal ini menjadikan seseorang usahawan itu
disenangi oleh semua pihak kerana tidak mementingkan diri sendiri dan berat sebelah.

Cuba memahami dahulu kemudian cuba untuk difahami

Menurut Stephen Covey (2001), seseorang individu harus menggunakan


pendengaran empati iaitu mendengar dengan tujuan untuk memahami atau dapat
meletakkan dirinya pada tempat orang lain. Seseorang usahawan juga mencuba untuk
memahami, memerlukan timbang rasa manakala mencuba untuk difahami pula
memerlukan keberanian yang tinggi. Individu yang efektif akan cuba untuk
memahami sesuatu isu yang dibangkitkan atau sesuatu keputusan yang dibuat secara
mendalam sebelum mengharapkan orang lain untuk memahami isu atau keputusan
tersebut. Seseorang individu itu mestilah mendengar dengan baik, merasai masalah

8
020926-10-1170
SW4111/1086
orang lain dan bertimbang rasa, mampu berkomunikasi dengan efektif, mampu
membuatkan orang lain faham, berempati dan sentiasa berfikiran positif.

Bersinergi

Stephen Covey (2001) menyatakan bahawa bersinergi merupakan kombinasi


tindakan yang berlaku apabila manusia bekerjasama secara kreatif untuk
menghasilkan penyelesaian atau alternatif baharu. Tindakan kerjasama dengan dua
atau lebih individu, pihak atau firma dalam mengusahakan sesuatu yang akan
memberi hasil atau manfaat yang lebih berkesan berbanding jika dilakukan
bersendirian. Perbezaan pendapat atau idea sebagai alternatif kepada jalan
penyelesaian, bukannya pertentangan. Seseorang individu itu harus menghargai
perbezaan pendapat, idea, kebolehan dan pengalaman orang lain. Sinergi penting
kerana berupaya menghargai dan menghormati perbezaan yang wujud serta
mengambil peluang daripada perbezaan tersebut dan memperbaiki kelemahan yang
ada.

Tajamkan gergaji

Menurut Stephen Covey (2001), individu yang efektif akan sentiasa bersedia
memperkembangkan diri sendiri dengan meningkatkan kemahiran kendiri dan
melakukan pembaharuan pada diri sendiri serta meningkatkan keupayaan dan
kemampuan diri. Individu itu sentiasa berusaha memperbaharui dan
mempertingkatkan keupayaan dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Seseorang individu itu boleh meningkatkan kemahiran atau pengetahuan dalam
sesuatu bidang melalui kursus, latihan, seminar, ceramah dan pendidikan secara
formal. Ilmu baharu yang diperoleh melalui kemahiran atau pengetahuan ini akan
meningkatkan keupayaannya untuk mengurus dan meningkatkan prestasi organisasi
serta berdaya saing.

3.2 Kaedah usahawan memulakan dan menjalankan perniagaan

3.2.1 Kaedah yang digunakan oleh usahawan dalam memulakan perniagaan

a) Perniagaan secara maya

Menurut Chaffey (2000), perniagaan secara maya perniagaan secara maya


merupakan satu proses jual beli yang lebih dikenali sebagai World Wide Web

9
020926-10-1170
SW4111/1086
(WWW). E-dagang ini dikenali sebagai transformasi proses perniagaan melalui
penggunaan medium teknologi maklumat (IT). Hal ini menerangkan bahawa
penggunaan IT dalam perniagaan hari ini berupaya membezakannya dengan
perniagaan secara tradisional. Ia juga menjadi sebuah platform ruang perniagaan yang
luas bagi mempercepakan dan memudahkan proses kitaran perniagaan khususnya
melibatkan urusan penempahan barangan dan perkhidmatan daripada pengguna
mahupun urusan jual beli. Secara terperinci e-dagang meliputi pelbagai jenis
perniagaan, daripada pengguna laman berasaskan runcit, melalui laman web lelongan
atau muzik, barang-barang perniagaan perdagangan bursa dan perkhidmatan antara
syarikat.

b) Perniagaan secara fizikal

Menurut Gabriel (1995), perniagaan secara fizikal merupakan Perniagaan


merupakan pengagihan dan pertukaran semua barangan berlebihan yang dihasilkan
daripada ladang-ladang, lautan, hutan-hutan dan kilang-kilang supaya mereka dapat
diperoleh oleh pengguna terakhir pada tempat dan harga yang berpatutan. Pelanggan
dapat melihat, memegang dan menyentuh produk berkenaan sebelum membeli di
kedai.

c) Perniagaan secara maya dan fizikal

Menurut Chaffey (2000), perniagaan secara maya perniagaan secara maya


merupakan satu proses jual beli yang lebih dikenali sebagai World Wide Web
(WWW). E-dagang ini dikenali sebagai transformasi proses perniagaan melalui
penggunaan medium teknologi maklumat (IT). Manakala perniagaan secara fizikal
merupakan Perniagaan merupakan pengagihan dan pertukaran semua barangan
berlebihan yang dihasilkan daripada ladang-ladang, lautan, hutan-hutan dan kilang-
kilang supaya mereka dapat diperoleh oleh pengguna terakhir pada tempat dan harga
yang berpatutan (Gabriel, 1995).

3.2.2 Kaedah memulakan sesebuah perniagaan

a) Memulakan sendiri

Menurut Harman (2003), usahawan memulakan perniagaan sendiri dengan


berusaha untuk mendaftarkan perniagaan, mencari lokasi dan membuka perniagaan

10
020926-10-1170
SW4111/1086
bermula dari peringkat awal lagi. Idea-idea untuk memulakan perniagaan baharu ialah
pasaran baharu di mana usahawan menyediakan produk atau perkhidmatan yang tiada
dalam pasaran tetapi telah wujud di pasaran lain, memperkenalkan teknologi baharu
seperti konsep e-dagang yang mana pesanan boleh dilakukan melalui internet. Antara
alasan usahawan memilih untuk memulakan perniagaan sendiri adalah kebebasan,
kemudahan fizikal, imej perniagaan, lokasi perniagaan, galakan daripada pihak
kerajaan dan membina atau kaedah pengurusan sendiri.

b) Mengambil alih perniagaan sedia ada

Menurut Jarell dan Gregg (2002), mengambil alih perniagaan sedia ada
bermaksud membeli perniagaan perniagaan orang lain, mengganti atau mewarisi
perniagaan keluarga yang telah sedia wujud dengan mengambil alih pengurusannya
atau menjadi rakan kongsi perniagaan. Terdapat pelbagai faktor perlu
dipertimbangkan sebelum mengambil alih sesebuah perniagaan. Usahawan perlu
mengkaji tahap persaingan sebelum membeli sesebuah perniagaan. Lokasi perniagaan
yang dibeli dengan lokasi yang dimiliki pesaing perlu diambil kira. Keadaan pasaran
pasaran semasa perlu melalui proses bancian, kajian, pemerhatian dan soal selidik
terutama ke atas perniagaan pesaing serta memastikan potensi perniagaan untuk
berkembang atau sebaliknya. Pembangunan masyarakat akan memberi kesan secara
tidak langsung kepada sesebuah perniagaan. Bakal pembeli perniagaan juga perlu
mengambil kira komitmen undang-undang dengan menyelidik soal berkaitan dengan
liabiliti atau hutang yang masih ditanggung oleh perniagaan yang bakal diambil alih
seperti cukai tertunggak, sewa tertunggak dan sebagainya.

c) Francais

Menurut Harman (2003), francais merupakan suatu kontrak atau perjanjian


sebuah syarikat induk iaitu francaisor memberi hak kepada syarikat lain atau individu
iaitu francaisi untuk mengendalikan perniagaan memasarkan keluaran francaisor
mengikut suatu kaedah tertentu selama suatu tempoh tertentu di lokasi atau kawasan
yang ditetapkan. Sebagai balasan, francaisi dikehendaki membayar royalti berterusan
berdasarkan sejumlah peratusan jualan francaisi dan yuran francais. Francais
melibatkan pembentukan satu perjanjian atau kontrak undang-undang yang mengikat
kedua-dua francaisor dan francaisi. Terdapat lima jenis francais iaitu francais

11
020926-10-1170
SW4111/1086
berformat, francais pengilangan produk, francais lesen bertanda dagang atau francais
jenama, francais pengedaran dan francais penganjur.

Pakatan strategik

Menurut David Mowery (1996), pakatan strategik merupakan perjanjian atau


kerjasama antara dua atau lebih syarikat untuk mencapai suatu objektif perniagaan
bersama di samping kekal sebagai syarikat bebas masing-masing. Pakatan strategik
membolehkan syarikat yang terlibat memperoleh teknologi, kepakaran dan
keuntungan bersama selain berkongsi risiko perniagaan. Terdapat tiga jenis pakatan
strategik iaitu pelesenan, kontrak pengeluaran dan usaha sama. Pelesenan ialah
persetujuan sesebuah syarikat pemegang lesen (licensor) memberi hak tertentu untuk
menggunakan tanda dagang atau cap dagang, proses pengilangan, paten, rahsia
perniagaan kepada sesebuah syarikat (licensee) di negara lain untuk menghasilkan
produk atau menjual produk syarikat pemegang lesen di pasaran negara syarikat
penerima lesen tersebut. Selain itu, kontrak pengeluaran merujuk kepada sesebuah
syarikat membuat perjanjian dengan sebuah syarikat pengeluar di negara lain untuk
mengeluarkan produk atau perkhidmatan dengan menggunakan jenama, cap dagang
dan cara-cara pengeluaran syarikat pemberi kontrak tersebut. Manakala usaha sama
pula merupakan usaha perkongsian atau gabungan antara dua atau lebih syarikat
bertujuan mendapatkan keupayaan pengeluaran dan kepakaran baharu bagi
mengeksport produk atau perkhidmatan ke pasaran global.

3.2.3 Pembiayaan serta kemudahan dan bantuan yang diterima bagi memulakan
perniagaan

Menurut Asmah Haji Omar (1975), modal dalam kefahaman ekonomi


mengkhusus kepada faktor pengeluaran yang digunakan bagi menghasilkan barangan
atau perkhidmatan yang sendiri tidak digunakan dengan banyaknya sungguhpun ia
mungkin susut nilai dalam proses pengilangan. Barang modal mungkin didapti
dengan wang ataupun modal kewangan. Pada sebarang masa, jumlah modal fizikal
boleh dirujuk sebagai saham modal, penggunaan yang berbeza dengan saham modal
dalam prinsip perniagaan. Modal merupakan masukan kepada fungsi pengeluaran.

Sumber modal formal

12
020926-10-1170
SW4111/1086
a) Pinjaman bank

Menurut Singnoriello dan Vincent (1991), Pinjaman yang ditawarkan oleh


bank ialah pinjaman jangka pendek, pinjaman jangka panjang, pinjaman bercagaran,
pinjaman bertempoh dan pinjaman berjangka. Bank akan mempertimbangkan faktor
5C sebelum meluluskan sesuatu pinjaman iaitu karakter, kapasiti, modal, keadaan dan
sandaran.

b) Overdraf bank

Menurut Kreppein (2009), Kemudahan overdraf ialah sejenis pinjaman


dibawah kategori demand loan (pinjaman dimana peminjam perlu bersedia untuk
membuat bayaran balik pada bila-bila masa) yang ditawarkan oleh bank. Kemudahan
ini membolehkan peminjam mengeluarkan wang lebih dari jumlah yang terdapat
dalam akaun mereka, berdasarkan had kredit yang ditentukan oleh bank. Kemudahan
ini juga dikenali sebagai kemudahan aliran tunai (cash line facility).

c) Pinjaman daripada kerajaan

Menurut Laman Web Rasmi MyGovernment (2020), usahawan yang ingin


mengembangkan perniagaan dan memerlukan suntikan modal tambahan boleh
mendapatkan maklumat daripada pelbagai agensi yang menawarkan kemudahan
pembiayaan. Pihak kerajaan menyediakan pelbagai bentuk geran dan skim bantuan
kepada usahawan. Antara agensi kerajaan yang menawarkan bantuan modal untuk
usahawan adalah seperti berikut:

i. TEKUN Nasional, sebuah institusi pembangunan usahawan yang berperanan


menyediakan kemudahan pembiayaan modal kecil perniagaan ( micro credit )
dengan mudah dan cepat. Matlamat TEKUN Nasional adalah untuk
mempertingkatkan lagi  penyertaan   bumiputera dalam bidang perniagaan dan
keusahawanan.
ii. Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Pembangunan Luar
Bandar. Kewajipan Majlis adalah untuk memajukan, menggalakkan,
memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan
dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

13
020926-10-1170
SW4111/1086
iii. Bank Pembangunan Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME
Bank), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi (MEDAC). Contoh skim bantuan yang ditawarkan oleh SME Bank
ialah Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED), Skim Pembiayaan Perniagaan
Kecil (SBF) dan sebagainya.
iv. Agrobrank, agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
Contoh skim bantuan ialah Kredit Mikro, Pembiayaan Berjanka-I, Kemudahan
Pembiayaan Modal Kerja-i dan lain-lain.
v. Perbandanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), sebuah agensi di bawah
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyediakan Tabungan
Perbadanan Usahawan, Skim Pembiayaan Usahawan Bumiputera Sabah, Skim
Pinjaman Harapan dan lain-lain.

d) Kredit pusingan

Menurut Hawkins (1981), kredit pusingan ialah perjanjian antara pihak bank
dengan pihak peminjam iaitu peminjam boleh meminjam sejumlah wang pada bila-
bila masa asalkan jumlah yang dipinjamkan tidak melebihi jumlah yang dipersetujui
oleh kedua pihak.

e) Kredit perdangangan daripada pembekal

Menurut Kuveya (2020), kredit perdagangan adalah perjanjian atau


persefahaman antara ejen yang menjalankan perniagaan antara satu sama lain yang
membolehkan pertukaran barang dan perkhidmatan tanpa pertukaran wang segera.
Apabila penjual barang atau perkhidmatan membenarkan pembeli membayar barang
atau perkhidmatan tersebut di kemudian hari, penjual dikatakan memberi kredit
kepada pembeli.

f) Pelabur

Menurut Sullivan dan Arthur (2003), pelabur merupakan seseorang individu


yang menanamkan modal atau wang melalui pembelian instrumen kewangan atau aset
secara langsung mahupun tidak langsung untuk kegunaan lanjut dengan harapan
untuk mendapatkan sejumlah keuntungan atau manfaat. Pelaburan boleh dilibatkan

14
020926-10-1170
SW4111/1086
dalam pelbagai bidang ekonomi, seperti pengurusan perniagaan dan kewangan, pun
untuk rumah tangga, syarikat, atau kerajaan.

Sumber modal tidak formal

a) Simpanan sendiri

Menurut Dell’Amore dan Giordano (1983), simpanan sendiri merupakan aset


yang disimpan dalam tabungan sendiri. Usahawan tidak perlu membuat permohonan
untuk mendapatkan dana, membuat kertas kerja atau membuat sebarang bayaran
faedah. Seseorang usahawan boleh mengekalkan kuasa dan kawalan penuh ke atas
perjalanan perniagaannya. Norashidah Hashim (2009) menjelaskan bahawa seseorang
usahawan memulakan perniagaan melalui usaha teroka atau mengembangkan
perniagaannya dengan menggunakan modal dari simpanan sendiri, mereka perlu
membuat penyiasatan dan penganalisaan yang teliti terhadap persekitaran ekonomi
agar dapat mengelakkan daripada risiko kerugian berlaku.

b) Pinjaman daripada saudara mara atau rakan

Menurut The Balance (2021), pinjaman daripada saudara atau rakan juga
dikenali sebagai “friendly loan” yang merupakan perjanjian pinjaman antara rakan-
rakan atau keluarga dengan seseorang individu. Syarat-syarat pembayaran balik
modal yang dilaburkan mungkin lebih longgar berbanding dengan institusi yang lebih
formal. Tempoh masa yang diambil untuk mendapatkan pinjaman adalah singkat.
Pinjaman ini tidak memerlukan pendokumentasian yang banyak dan rumit.

Kemudahan dan Bantuan

Jenis-jenis kemudahan yang diberikan

a) Bantuan kewangan

Menurut Mokhtar (2010), bantuan kewangan boleh diberi dalam bentuk


subsidi, pinjaman dan lain-lain. Masalah kewangan merupakan masalah utama yang
sering dihadapi kebanyakan usahawan muda yang ingin memulakan sesebuah
perniagaan. Contoh bantuan kerajaan ialah Transformasi Kedai Runcit oleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),
Program Agropreneur Muda oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

15
020926-10-1170
SW4111/1086
(MOA), Tabung Infrastruktue Pelancongan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan
BUdaya Malaysia (MOTAC) dan Dana Penyelidikan dan Pembangunan oleh
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

b) Tapak kilang, infrastruktur, prasarana atau ruang niaga

Menurut Mokhtar (2010), bantuan prasarana ditawarkan untuk membantu


usahawan mendapat kemudahan ruang niaga, pejabat, tapak kilang dan tapak
perindustrian. Contoh agensi kerajaan atau badan berkanun yang menawarkan
bantuan jenis ini ialah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), Majlis
Amanah Rakyat (MARA), UDA Holdings Berhad dan lain-lain.

c) Khidmat nasihat dan perundingan

Menurut Gladding (2000), khidmat nasihat merupakan proses membantu


seseorang individu membuat keputusan yang penting yang akan mempengaruhi
keadaan perniagaan. Kemudahan ini disediakan bagi memastikan usahawan
memperlengkapkan diri mereka dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam
aspek pengurusan oleh profesional dan agensi kerajaan.

d) Pembangunan usahawan

Menurut Schumpeter (1971), teori pembangunan usahawan dilihat daripada


dua dimensi iaitu pendekatan psikologi dan pendekatan sosiologi. Penyertaan individu
dalam bidang keusahawanan didorong oleh faktor-faktor peribadi. Keinginan
usahawan ini didorong oleh ciri-ciri khusus seperti kebolehan rasa hati untuk meramal
peluang-peluang masa hadapan, mempunyai keupayaan berfikir secara luar biasa dan
kebolehan untuk melakukan sesuatu yang berlawanan dengan norma-norma
masyarakat.

e) Aspek pemasaran atau bantuan pemasaran

Menurut Kotler (1980), pemasaran merupakan aktiviti manusia dalam


memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui proses pertukaran.Bukan hanya
berkisar tentang jualan, tetapi ia juga melibatkan urusan-urusan sebelum jualan seperti
kajian, pembangunan produk, kualiti produk, perletakan harga, pengagihan
produk,pembungkusan, urusan selepas jualan.menyalurkan barangan dan
perkhidmatan kepada pengguna akhir. tujuannya ialah untuk mencari keuntungan di

16
020926-10-1170
SW4111/1086
mana barang akan keluar apabila ada permintaan dan permintaan pula bergantung
kepada keperluan dan kehendak pelanggan.

3.3 Menghuraikan peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan


dalam organisasi

a) Perancangan

Menurut James A. F. Stoner dan Charles Wankel (1995) mentakrifkan


perancangan sebagai satu garis panduan yang dirangka oleh pihak atasan sesebuah
organisasi bagi mencapai tujuan asal penubuhannya. Pada masa yang sama,
perancangan membantu pihak pengurusan organisasi menentukan arah tujuan
organisasi, memutuskan isu-isu yang berkaitan dengan persoalan mengenai – apa, bila
dan bagaimanakah pelan perancangan akan dilaksanakan dan siapa yang akan
melakukannya. Stoner dan Wankel juga melontarkan pandangan bahawa perancangan
tanpa pelaksanaan adalah satu perbuatan yang sia-sia.

b) Pengorganisasian

Menurut Jaafar Muhammad (1992), pengorganisasian ialah penyusunan


sumber-sumber organisasi dalam bentuk kesatuan dengan cara yang berkesan agar
matlamat dan tujuan sesebuah organisasi tercapai. Menurut Certo (1997), fokus utama
pengorganisasian adalah menentukan setiap aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan oleh
sumber manusia dalam organisasi, dan bagaimana sumber-sumber tersebut dapat
diselaraskan atau digabungkan dengan cara yang terbaik untuk mencapai objektif
organisasi.

c) Kepimpinan

John W. Gardner (1990) mendefinisikan kepimpinan sebagai proses


Pemujukan di mana individu-individu merangsang kumpulannya meneruskan objektif
yang ditetapkan oleh pemimpin dan dikongsi bersama oleh pemimpin dan
pengikutnya.Ia juga bermaksud sesuatu kuasa yang ada pada seorang pemimpin untuk
menggerakkan anggota kumpulannya untuk mencapai matlamat tertentu. Bagi
mempengaruhi kakitangan, biasanya seorang pemimpin akan menggunakan pelbagai

17
020926-10-1170
SW4111/1086
cara seperti memberi pujian, semangat, sokongan, ganjaran, menunjukkan model yang
baik, menjelaskan matlamat yang dikehendaki dan sebagainya

d) Pengawalan

Menurut David H. Holt (1992), pengawalan bermaksud proses memantau


prestasi dan pengambilan tindakan untuk memastikan hasil tercapai seperti yang
dijangkakan. Pengawalan merupakan satu proses bagi menentukan sesuatu kegiatan
organisasi berjalan lancar selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan.

3.4 Membincangkan cabaran persekitaran luaran dan dalaman yang


mempengaruhi perniagaan

3.4.1 Cabaran persekitaran luaran

a) Persekitaran ekonomi

Menurut Norashidah Hashim (2009), keadaan ekonomi yang kukuh dan stabil
di sesebuah negara dapat menggalakkan aktiviti keusahawanan tetapi jika sebaliknya
berlaku, kegiatan kusahawanan juga terganggu. Penilaian dan analisis dijalankan
terhadap persekitaran ekonomi untuk mengenal pasti peluang dan ancaman yang
wujud kepada aktiviti keusahawanan.

b) Persekitaran persaingan dan jaringan

Porter (1980) membangunkan kaedah penilaian persaingan dalam perniagaan


iaitu “Porter’s Five Forces”. Dengan kaedah ini, usahawan boleh menilai persaingan
dengan menggunakan lima faktor iaitu ancaman pendatang baharu dalam industri,
ancaman barang-barang pengganti, kuasa menawar pembeli, kuasa menawar
pembekal dan persaingan sedia ada. Holmlund dan Tornroos (1997) mentakrifkan
jaringan dalam konteks jaringan perniagaan usahawan sebagai suatu proses saling
bergantungan yang mana interaksi dan pertukaran yang berterusan berlaku antara
sekurang-kurangnya dua individu. Menurut Larson (1993), jaringan perniagaan
merupakan hubungan usahawan dengan pihak-pihak di luar organisasi perniagaan.
Pihak yang terlibat dengan usahawan dalam jaringan ini ialah pelanggan, pembekal,
bank, akauntan, kerajaan, persatuan perniagaan, badan-badan profesional dan
seumpamanya.

18
020926-10-1170
SW4111/1086
c) Persekitaran sosiobudaya

Menurut Aini Hayati Mohamed (2005), sosiobudaya merupakan satu set


gabungan kepercayaan, nilai adat, amalan, idea dan sikap yang serupa yang terdapat
dalam sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat yang diperturunkan dari satu
generasi ke satu generasi yang lain. sebagai seorang usahawan itu perlu menyusun
dan merancang satu strategi yang sesuai kerana minat dan kemampuan pelanggan
sentiasa berubah dan dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktor perlu peka dengan apa
yang terjadi terhadap bakal pelanggan.

d) Persekitaran politik dan perundangan

Menurut Aini Hayati Mohamed, Faridahwati Mohd Shamsudin, HasniChe


Ismail. Lim Kong Teong, Mohammad Basir Saud, Nasruddin Zainudin, Norsiah Mat
& Nurli Yaacob (2005), persekitaran politik dan perundangan mengandungi undang-
undang dan peraturan-peraturan yang kebanyakannya menyekat aktiviti perniagaan.
Hal ini kerana keadaan politik yang stabil dalam sesebuah negara adalah satu suasana
yang kondusif yang dapat membantu usaha teroka berkembang maju. Menurut
Norashidah Hashim (2009), usahawan terikat dengan undang-undang dan peraturan
serta dasar-dasar kerajaan. Hal ini kerana setiap usahawan akan melalui proses
tertentu di dalam memulakan perniagaan dan semua tindakan tersebut perlu melalui
dan mengikut semua undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

e) Persekitaran teknologi

Perkembangan teknologi yang ketiga berkait rapat dengan kemunculan


Internet. Hesmondhalgh (2013) menyatakan bahawa perkembangan Internet
sememangnya merupakan antara topik utama yang sering dibincangkan dalam kajian-
kajian yang berkaitan dengan kesan teknologi terhadap industri media. Mula dicipta
untuk tujuan bertukar maklumat tekstual, kewujudan Internet telah selama-lamanya
mengubah gaya hidup manusia. Menurut Albaran (2004), kemunculan ‘World Wide
Web’ sebagai contoh telah memberi kelebihan visibiliti kepada syarikat-syarikat yang
menjalankan aktiviti perniagaan yang mana mereka boleh membina laman web
mereka sendiri untuk menarik minat dan mudah untuk berhubung dengan pengguna.
Kesannya, ini memudahkan mereka untuk membina dan meningkatkan pembangunan
jenama bagi perniagaan mereka.

19
020926-10-1170
SW4111/1086
f) Persekitaran prasarana

Menurut Sullivan (2003), persekitaran prasarana merupakan atu set struktur


yang bergabung antara satu sama lain lalu membentuk satu rangka yang menyokong
keseluruhan struktur tertentu. Misalnya, infrastruktur pengangkutan merangkumi
landasan kereta api, jalan raya, lapangan terbang, pelabuhan dan elemen-elemen lain
yang bersangkutan dengan pengangkutan.

g) Persekitaran antarabangsa

Menurut Sarokin (2019), persekitaran antarabangsa merupakan dasar


perundangan, undang-undang perniagaan yang melibatkan dua buah atau lebih negara
yang terlibat, sistem perniagaan antarabangsa seperti eksport, import serta pelabuhan
langsung di negara lain. Isu global seperti dasar perdagangan, halangan perdagangan
dan tarif, risiko politik dan perjanjian perdagangan juga akan mempengaruhi aktiviti
perniagaan.

3.4.2 Cabaran dalaman

a) Pelanggan

Menurut Philip Kotler (2017), pelanggan merupakan individu atau organisasi


yang membeli barang atau produk demi keperluan dan kehendak peribadi. Seseorang
usahawan perlu mengenal pasti dan memahami keperluan pelanggan dan mencipta
penyelesaian yang dapat membawa kepuasan kepada pelanggan. Inovasi pasaran
diperoleh dengan menghasilkan kepuasan pelanggan melalui inovasi produk, kualiti
produk dan perkhidmatan pelanggan.

b) Pembekal

Menurut Dent (2011), pembekal merupakan individu yang orang atau


perniagaan yang menyediakan produk atau perkhidmatan kepada entiti lain. Peranan
pembekal dalam perniagaan adalah menyediakan produk berkualiti tinggi dari
pengilang dengan harga yang baik kepada pengedar atau peruncit untuk dijual semula.
Pembekal dalam perniagaan adalah seseorang yang bertindak sebagai perantara antara
pengilang dan peruncit, memastikan komunikasi akan datang dan stok berkualiti.

c) Pemodal atau Pelabur

20
020926-10-1170
SW4111/1086
Menurut Lin dan Tom C.W (2015), pelabur merupakan seseorang individu
yang meletakkan pelaburan dalam sesebuah perniagaan dengan harapan untuk
mendapat keuntungan selepas sesuatu tempoh tertentu. Pelabur mungkin terdiri
daripada individu, kerajaan, dana pencen atau korporat. Definisi ini merangkumi
semua jenis pelaburan, sama ada pelaburan korporat atau pelaburan individu dalam
saham tersenarai, bon dan komoditi. Dalam semua keadaan,pelabur menukarkan
sejumlah wang pada masa kini yang diketahui jumlahnya dengan sejumlah aliran
tunai yang dijangka pada masa hadapan yang lebih tinggi daripada jumlah pelaburan
awal.

d) Pesaing

Menurut Kirzner (1982), pesaing merupakan perniagaan atau organisasi yang


mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang hampir sama dengan usahawan dalam
pasaran yang sama. Pesaing boleh memberi sumbangan dari segi meningkatkan
kualiti produk secara umum. Persaingan perlu adil tanpa melanggar etika atau
peraturan perniagaan.

e) Kerajaan

Menurut Donovan dan John (1993), kerajaan ialah satu komuniti politik
tersusun yang menakluki sesuatu kawasan dan mempunyai kedaulatan luaran dan
dalaman yang boleh menguatkuasakan monopoli terhadap penggunaan kekerasan
yang difikirkan wajar

f) Pekerja

Menurut Mokhtar (2010), Pekerja merupakan sumber manusia yang penting


dalam sesebuah organisasi perniagaan. Pekerja terlibat secara langsung dalam operasi
perniagaan. Oleh itu, pekerja dibayar gaji dan juga faedah-faedah lain seperti cuti
sakit, cuti tahunan, bonus dan sebagainya, dilindungi oleh kesatuan sekerja dan juga
kerajaan. Interaksi pekerja dengan perniagaan perlu diberi perhatian yang rapi.
Namun, pengambilan pekerja, hubungan perindustrian diantara pemilik perniagaan
dan kesatuan sekerja serta kerajaan akan memberi kesan kepada penentuan bentuk
sistem, dasar, perancangan strategi dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan
perniagaan.

21
020926-10-1170
SW4111/1086
g) Masyarakat

Menurut Ralph Linton (1968), masyarakat adalah setiap kelompok manusia


yang hidup dan bekerja sama dalam waktu yang relatif lama dan mampu membuat
keteraturan dalam kehidupan bersama dan mereka menganggap sebagai satu kesatuan
sosial.

22
020926-10-1170
SW4111/1086

4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah Kajian

Data Primer Data Sekunder

Laman Majalah/Keratan
Temu bual Buku Ilmiah
Sesawang Akhbar

Menurut Ahmad Mazhab Ayob (1985), kaedah kajian ialah soal bagaimana
tiap-tiap suatu objektif atau penyelidikan itu hendak dicapai. Kaedah kajian biasanya
mengambil kira aspek pemilihan kaedah kajian, teori pembelajaran bahasa, prosedur
pengumpulan data dan prosedur analisis data. 

4.1 Data Primer

Menurut Rohana Yusof (2004), data primer ialah data yang berasal daripada
sumber asli atau edisi yang asal. Data primer ini akan dikumpulkan oleh penyelidik
untuk menguji hipotesis dalam kajiannya. Data primer merujuk kepada sumber data
yang tidak tersedia di dalam fail atau laporan. Dalam bidang penyelidikan sains sosial,
data-data ini boleh dikumpulkan daripada individu, kumpulan fokus atau melalui
panel pakar. Pengumpulan data primer boleh dilakukan secara pasif dan aktif. Data
primer didapatkan oleh pengkaji melalui kaedah temu bual.

23
020926-10-1170
SW4111/1086
4.1.1 Temu bual

Kaedah temu bual merupakan teknik pengutipan data yang melibatkan


interaksi bersemuka (face-to-face) atau melalui percakapan telefon antara penyelidik
dengan orang yang ditemu bual (responden). Protokol temu bual adalah senarai yang
mengandungi soalan yang akan dikemukakan dalam sesi temu bual yang dijalankan.
Terdapat 10 soalan telah disediakan untuk usahawan yang menguruskan perniagaan
Restoran Kong Yeah. Kaedah ini memudahkan untuk mendapat maklumat dan data
secara lanjut dan tepat daripada responden.

4.2 Data sekunder

Menurut Umi Narimawati (2008), data sekunder ialah sumber data


yang diperoleh melalui media perantaraan seperti buku atau internet. Data sekunder
merupakan sumber yang diperoleh oleh pengkaji secara tidak langsung melalui media
perantara. Data sekunder pada umumnya berupa bukti, catatan atau kajian lepas yang
telah tersusun dalam arkib, sama ada diterbitkan atau tidak diterbitkan. Data sekunder
dalam kajian ini diperoleh melalui kaedah laman sesawang, buku ilmah, majalah atau
keratan akhbar.

4.2.1 Laman sesawang

Menurut Allan (2005), laman sesawang adalah sekumpulan jaringan komputer


yang saling terhubung secara fisik dan memiliki kemampuan untuk membaca dan
menguraikan protokol komunikasi tertentu yang disebut Internet Protocol (IP) dan
Transmission Control Protocol (TCP). Protokol adalah spesifikasi sederhana
mengenai bagaimana komputer saling bertukar informasi. Pengkaji telah melayari
laman sesawang untuk mencari maklumat lebih lanjut tentang ciri-ciri usahawan,
kaedah usahawan memulakan dan menjalankan perniagaan, peranan usahawan dalam
melaksanakan fungsi pengurusan dalam organisasi dan cabaran persekitaran luaran
dan dalaman yang mempengaruhi perniagaan.

4.2.2 Buku Ilmiah

24
020926-10-1170
SW4111/1086
Menurut Ana Rosmiati (2017), buku ilmiah merupakan naskah yang
mengetengahkan masalah tertenti atas disiplin ilmu dengan memilih tatakaedah
tertentu dalam pembentangan secara menyeluruh, teratur dan konsisten. Karya ilmiah
sebagai hasil tulisan yang berteraskan pengamatan, penelitian dan peninjauan
terhadap bidang ilmu tertentu yang disusun dengan cara tertentu dengan gaya tulisan
yang baik dan santun.

4.2.3 Majalah/Keratan Akhbar

Menurut Assegaff (1983), majalah merupakan media cetak atau terbitan secra
berkala yang mengandungi artikel hasil pelbagai penulis. Menurut Weber dan
JOhannes (2006), keratan akhbar merupakan merupakan penerbitan berkala sama ada
harian, mingguan, atau bulanan; yang memuatkan berita semasa. Akhbar biasanya
dicetak pada kertas kos rendah yang disebut kertas akhbar, dan berisi berita-berita
terkini dalam pelbagai topik. Topiknya boleh terbentuk dari acara-
acara politik, jenayah, sukan, rencana atau cuaca. 

25
020926-10-1170
SW4111/1086

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1.1 Sifat-sifat peribadi usahawan berjaya

a) Lokus kawalan dalaman

Berdasarkan maklumat yang dikumpul oleh pengkaji, Encik Lim Hoong Kin
merupakan seorang yang mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi. Hal ini
dikatakan demikian kerana beliau kurang dipengaruhi oleh pendapat orang lain
apabila terdapat banyak orang yang menyatakan bahawa perniagaan aksesori
keretanya tidak akan berjaya. Beliau mempercayai perniagaannya adalah ditentukan
oleh kebolehan dan usaha beliau. Tahap lokus kawalan yang tinggi membolehkan
Encik Lim berasa yakin akan keputusan yang dibuatnya dan merasakan bahawa
keputusan tersebut merupakan keputusan yang terbaik dan dapat memberi kebaikan
kepada semua pihak. Contohnya, Encik Lim percaya bahawa tindakan untuk
mendapatkan bekalan aksesori kereta daripada pembekal di China akan membawa
keuntungan yang lebih banyak walaupun pekerjanya yang menyatakan bahawa
tindakan tersebut memakan kos yang tinggi. Hasilnya, pendapatan kedai meningkat
apabila Encik Lim menempah stok dengan pembekal dari China kerana pembekal
tersebut menawarkan harga yang lebih rendah berbanding dengan pembekal di
Malaysia.

b) Bijak mengambil peluang

Perniagaan aksesori kereta Encik Lim Hoong Kin memperlihatkan sifatnya


yang bijak mengambil peluang semasa waktu pandemik Covid-19. Beliau
menukarkan situasi persekitarannya kepada peluang perniagaan di samping
memperbaik perniagaan. Beliau bukan sahaja mampu menghasilkan idea yang bernas
malahan menukar idea tersebut dalam bentuk keuntungan. Sebagai contoh, Encik Lim
memulakan perniagaan secara atas talian di platform membeli belah seperti Shopee
dan Lazada. Dengan ini, perniagaannya mendapat sambutan yang amat menggalakkan
apabila orang ramai mula membeli secara atas talian akibat pandemik Covid-19.

26
020926-10-1170
SW4111/1086
Pendapatan Fordayo Audio Sdn. Bhd. mencatat keuntungan yang amat tinggi apabila
Encik Lim memilih untuk menjual secara atas talian. Jelasnya, Encik Lim yang
melihat situasi pandemik sebagai peluang perniagaan telah membawa kepada
perkembangan perniagaannya.

5.1.2 Tabii orang yang berjaya

a) Berorientasikan matlamat

Encik Hoong Kin sedaya upaya berusaha untuk mencapai matlamat dan
wawasan perniagaannya itu bagi membolehkan beliau menjadikan perniagaannya
lebih dikenali oleh orang ramai. Beliau mempunyai impian dan cita-cita yang ingin
dicapai pada masa hadapan. Encik Lim menetapkan matlamat kedai iaitu menawarkan
produk yang berkualiti pada harga rendah. Beliau juga berhasrat untuk menjadikan
Fordayo Audio Sdn. Bhd. sebagai pilihan utama orang ramai. Beliau berpegang teguh
pada prinsip “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” semasa menjalankan
perniagaan. Encik Lim sentiasa memastikan prosedur pekerja melakukan kerja adalah
betul seperti menempah stok, mengemas pesanan dan sebagainya supaya mendapat
ulasan yang lebih positif dan kepuasan pelanggan yang lebih tinggi. Dengan ini,
perniagaannya semakin berkembang dan dikenali oleh orang ramai dan mendapat
tempat dalam kalangan pelanggan kerana produk yang ditawarkan menepati
kemahuan pengguna.

b) Tajamkan gergaji

Bagi meningkatkan keberkesanan perniagaan Fordayo Audio, Encik Lim


Hoong Kin terus meningkatkan kemahiran pengurusan perniagaan melalui seminar
atas talian. Beliau mengatakan bahawa terdapat banyak seminar dan kursus mengenai
bidang keusahawanan ditawarkan oleh badan kerajaan dan bukan kerajaan. Beliau
pernah menyertai seminar perniagaan yang dianjurkan oleh Star Media Group.
Melalui seminar tersebut, Encik Lim dapat menimba ilmu tentang pengurusan
perniagaan. Beliau percaya bahawa dengan memantapkan ilmu dan kemahiran
berniaga, perniagaannya mampu bertahan dan bersaing meskipun berhadapan dengan
persekitaran ekonomi yang meleset terutama waktu pandemik.

27
020926-10-1170
SW4111/1086

5.2 Kaedah Usahawan Memula dan Menjalankan Perniagaan

5.2.1 Kaedah yang digunakan oleh usahawan dalam memulakan perniagaan

Perniagaan secara maya dan fizikal

Sebelum memulakan perniagaan secara maya, Encik Lim Hoong Kin telah
menjalankan perniagaan secara fizikal berkedai di kawasan Kepong, Kuala Lumpur.
Encik Lim telah mendaftar kedai sebagai syarikat enterprise dengan nama kedai “V
Ken Audio Trading” pada tahun 2010. Selepas itu, pada tahun 2018, beliau
menukarkan status kedai kepada syarikat sendirian berhad dengan nama “Fordayo
Audio Sdn Bhd”. Encik Lim memilih untuk membuka kedai fizikal adalah disebabkan
sasaran pelanggan perniagaan ialah lelaki dalam lingkungan umur dari 25 tahun
hingga 65 tahun. Kebanyakan lelaki daripada lingkungan umur tersebut lebih gemar
mengunjung kedai fizikal untuk membeli barang. Tambahan pula, kedai fizikal
menawarkan faedah kepada pelanggan supaya mereka dapat memperoleh bantuan
daripada pekerja untuk membantu pelanggan mengenal pasti keperluan dan
memberikan interaksi yang memuaskan supaya pelanggan lebih berpuas hati dengan
perkhidmatan perniagaan.

Pada tahun 2020, Encik Lim merancang untuk memulakan perniagaannya


secara maya di aplikasi-aplikasi membeli belah iaitu Shopee dan Lazada. Hal ini
demikian kerana aplikasi membeli belah semakin mendapat sambutan dalam kalangan
masyarakat. Selain itu, berniaga secara maya mempunyai liputan kawasan yang luas
di mana pelanggan di bandar dan di luar bandar dapat membeli produk Fordayo
Audio melalui kedai di Shopee dan Lazada. Oleh itu, bagi memenuhi keperluan
pelanggan, Encik Lim menjual produk secara atas talian. Dengan bantuan anak
lelakinya, produk Fordayo Audio Sdn. Bhd. telah dimuat naik di Shopee dan Lazada.
Pelanggan dapat melayari semua produk di Shopee dan Lazada. Encik Lim akan
membalas mesej pelanggan di Shopee dan Lazada supaya sebarang pertanyaan
tentang produk Fordayo Audio dapat diselesaikan.

Kaedah memulakan sesebuah perniagaan

Memulakan perniagaan sendiri

28
020926-10-1170
SW4111/1086
Kaedah yang digunakan oleh Encik Lim untuk memulakan sesebuah
perniagaan adalah memulakan perniagaan sendiri. Menurut Harman (2003), usahawan
memulakan perniagaan sendiri dengan berusaha untuk mendaftarkan perniagaan,
mencari lokasi dan membuka perniagaan bermula dari peringkat awal lagi.

Encik Lim memilih untuk memulakan perniagaan sendiri kerana beliau minat
tentang perniagaan dan bercita-cita untuk memiliki sebuah perniagaan sendiri. Beliau
juga berpendapat bahawa beliau bebas untuk membuat sebarang keputusan terhadap
perniagaannya dalam menentukan jenis produk yang ingin dijual, lokasi perniagaan
dan sebagainya. Hal ini boleh memberikan kepuasan kepada beliau terhadap
perniagaan yang dijalankan. Beliau juga ingin melatih diri untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi dalam perniagaan, berfikir secara kritis untuk mencari ruang
kejayaan untuk melakukan perkara yang beliau tidak terfikir untuk melakukannya.

Sebelum memulakan perniagaan, Encik Lim telah mempertimbangkan


beberapa perkara supaya gambaran tentang perniagaannya menjadi adalah jelas. Encik
Lim telah merancang dan mengawal bajet untuk setiap pembiayaan seperti perabot,
kos penyewaan kedai, gaji kakitangan dan lain-lain. Encik Lim juga merangka pelan
perniagaan lengkap yang memperincikan tujuan dan objektif perniagaan. Beliau juga
telah menentukan bentuk perniagaannya iaitu pemilikan tunggal dan menentukan
jenis sumber kewangan yang terbaik. Beliau telah mengambil lokasi perniagaan
kerana lokasi yang strategik dapat membawa kepada kejayaan perniagaannya. Beliau
menentukan sasaran pelanggan, mengambil kira kuasa beli, cita rasa dan keperluan
pelanggan. Akhir sekali, beliau mendaftarkan dan mendapatkan lesen perniagaan dari
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Antara kebaikan memulakan perniagaan sendiri ialah beliau mempunyai untuk


membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Sekiranya Encik Lim
mempunyai idea yang ingin dilaksanakan, beliau tidak perlu berunding dengan
sesiapun pun. Selain itu, memulakan perniagaan juga membolehkan Encik menerima
keuntungan langsung. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan memulakan
perniagaan sendiri iaitu perniagaannya tidak mempunyai pelanggan sedia ada dan
perlu mencari pelanggan baharu. Perniagaan Encik Lim memakan masa yang panjang
untuk berkembang stabil dan dikenali umum.

29
020926-10-1170
SW4111/1086
5.2.2 Pembiayaan serta kemudahan dan bantuan yang diterima bagi memulakan
perniagaan

5.2.2.1 Pembiayaan sumber modal tidak formal

a) Simpanan sendiri

Encik Lim telah menggunakan pembiayaan sumber modal tidak formal iaitu
simpanan sendiri untuk memulakan perniagaan. Menurut Dell’Amore dan Giordano
(1983), simpanan sendiri merupakan aset yang disimpan dalam tabungan sendiri.
Usahawan tidak perlu membuat permohonan untuk mendapatkan dana, membuat
kertas kerja atau membuat sebarang bayaran faedah.

Pada peringkat awal, Encik Lim hanya mempunyai RM80 000 sebelum
memulakan perniagaannya. Oleh itu, beliau merancang untuk memula perniagaan
secara kecil-kecilan sebelum mengembangkan perniagaannya bagi meminimumkan
risiko perniagaan. Encik Lim telah membuka satu akaun bank khas untuk perniagaan
supaya simpanan dan pendapatan perniagaan dapat diasingkan. Duit tersebut
digunakan terutama untuk membeli produk daripada pembekal selain membayar
sewa, utiliti dan gaji. Selepas dua tahun, perniagaan Encik Lim semakin berkembang
di mana beliau telah mempunyai duit yang mencukupi untuk mengembangkan
perniagaannya dengan menempah lebih banyak jenis produk dan menambah baik
kemudahan di kedai seperti membeli perabot baharu, pendingin hawa dan sebagainya.
Beliau juga menyewa kedai yang berfungsi sebagai gudang yang terletak di tingkat
dua kedainya . Dengan ini, Encik Lim dapat memuat lebih banyak stok kerana stok
tidak mempunyai ruang untuk disimpan sebelum ini.

5.2.2.2 Kemudahan dan Bantuan yang diterima

a) Khidmat nasihat dan perundingan

Kemudahan dan bantuan yang diberikan kepada Encik Lim ialah khidmat
nasihat dan perundingan. Menurut Gladding (2000), khidmat nasihat merupakan
proses membantu seseorang individu membuat keputusan yang penting yang akan
mempengaruhi keadaan perniagaan. Kemudahan ini disediakan bagi memastikan
usahawan memperlengkapkan diri mereka dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan
dalam aspek pengurusan oleh profesional dan agensi kerajaan.

30
020926-10-1170
SW4111/1086
Encik Lim mendapat khidmat nasihat daripada bapa saudaranya sebelum
memulakan perniagaan kerana bapa saudaranya merupakan seorang usahawan. Oleh
itu, bapa saudara beliau berkongsi pengalaman berniaga dengan Encik Lim. Bapa
saudaranya menasihati beliau supaya lebih bersabar semasa menguruskan perniagaan
kerana perniagaan mengambil masa yang lama untuk mencapai kejayaan.
Pengalaman bapa saudara Encik Lim telah memberi inspirasi kepada beliau untuk
berusaha demi kejayaan perniagaannya.

5.3 Peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam


organisasi

a) Perancangan

Peranan Encik Lim dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam organisasi


ialah perancangan. Menurut James A. F. Stoner dan Charles Wankel (1995)
mentakrifkan perancangan sebagai satu garis panduan yang dirangka oleh pihak
atasan sesebuah organisasi bagi mencapai tujuan asal penubuhannya.

Encik Lim telah merangka rancangan perniagaan yang merangkumi pelbagai


aspek. Beliau telah menetapkan visi kedai iaitu menawarkan produk yang berkualiti
pada harga rendah. Visi kedainya adalah untuk membina imej perniagaan tersendiri
dalam kalangan pekedai aksesori kereta. Beliau juga telah membentuk anggaran
perbelanjaan kedai terutama jenis produk yang perlu ditempah daripada pembekal.
Beliau telah membentuk rancangan pemasaran di mana beliau mengatakan bahawa
beliau mensasarkan pelanggan yang berumur daripada 25 hingga 65 tahun. Encik Lim
mampu memikirkan pelbagai alternatif tindakan untuk meningkatkan jualan.
Contohnya, Encik Lim menganjurkan promosi jualan setiap bulan di kedainya dan
juga kedai atas taliannya. Dengan ini, rancangan dibuat oleh Encik Lim memberi
gambaran yang jelas tentang perniagaan yang akan dijalankan.

b) Kepimpinan

Peranan Encik Lim dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam organisasi


ialah kepimpinan. John W. Gardner (1990) mendefinisikan kepimpinan sebagai
proses Pemujukan di mana individu-individu merangsang kumpulannya meneruskan

31
020926-10-1170
SW4111/1086
objektif yang ditetapkan oleh pemimpin dan dikongsi bersama oleh pemimpin dan
pengikutnya.

Kepimpinan dapat diperlihatkan apabila Encik Lim berkemampuan untuk


memimpin dan berkomunikasi dengan pekerjanya dengan baik. Beliau menentukan
apa yang perlu dilakukan oleh pekerja supaya prosedur kerja berjalan dengan lancar.
Beliau juga bergantung pada ganjaran untuk menggalakkan pekerjanya melakukan
tugas dengan sempurna. Sekiranya prestasi seseorang pekerja adalah baik maka dia
akan diberi bonus pada hujung tahun.

Selain itu, Encik Lim juga menunjukkan gaya kepimpinan demokratik semasa
menguruskan perniagaan. Hal ini demikian kerana beliau memberi kebebasan kepada
pekerja untuk menyumbang idea dan berbincang dalam proses membuat keputusan
tetapi keputusan akhir masih terletak dalam tangan beliau. Contohnya, pekerja Encik
Lim berkuasa untuk menempah stok mengikut permintaan. Dengan ini, pekerjanya
lebih bermotivasi untuk menjalankan tugas kerana mereka diberi kebebasan untuk
membuat keputusan bersama-sama.

5.4. Cabaran persekitaran luaran dan dalaman yang mempengaruhi perniagaan

5.4.1 Cabaran persekitaran luaran

a) Persekitaran ekonomi

Cabaran persekitaran luaran yang dihadapi oleh Encik Lim semasa


menguruskan perniagaan ialah persekitaran ekonomi. Menurut Norashidah Hashim
(2009), keadaan ekonomi yang kukuh dan stabil di sesebuah negara dapat
menggalakkan aktiviti keusahawanan tetapi jika sebaliknya berlaku, kegiatan
kusahawanan juga terganggu. Penilaian dan analisis dijalankan terhadap persekitaran
ekonomi untuk mengenal pasti peluang dan ancaman yang wujud kepada aktiviti
keusahawanan.

Keadaan ekonomi semakin meleset menjelang tahun 2019 dan keadaan


tersebut menjadi semakin teruk apabila seluruh dunia dilanda pandemik wabak Covid-
19. Oleh itu, jualan Fordayo Audio telah menurun sebelum beliau membuka kedai
secara atas talian. Hal ini demikian kerana Pelaksanaan Kawalan Perintah (PKP)

32
020926-10-1170
SW4111/1086
menyebabkan kebanyakan rakyat kehilangan pekerjaan dan sumber rezeki. Tambahan
pula, rakyat tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah selain mempunyai urusan
penting. Oleh itu, permintaan terhadap aksesori kereta menurun. Perubahan ekonomi
di negara ini menjejaskan kuasa beli dan corak perbelanjaan pelanggan. Jelaslah
bahawa persekitaran ekonomi telah mempengaruhi perniagaan Encik Lim.

Encik Lim telah membuka kedai atas talian apabila PKP dikuatkuasakan
kerana Encik Lim tidak dapat membuka kedai kecuali jika beliau membuka kedai atas
talian untuk mengendalikan pesanan daripada pelanggan. Dengan membuka kedai di
Shopee dan Lazada, kedai dapat dikenali oleh orang ramai dari seluruh dunia.
Kesannya, pendapatan kedai atas talian Encik Lim meningkat dengan ketara sejak
pembukaan kedai di Shopee dan Lazada. Encik Lim juga mendapat banyak maklum
balas yang positif daripada pelanggan.

b) Persekitaran persaingan dan jaringan

Selain itu, Encik Lim menghadapi cabaran persekitaran persaingan dan


jaringan. Porter (1980) membangunkan kaedah penilaian persaingan dalam
perniagaan iaitu “Porter’s Five Forces”. Dengan kaedah ini, usahawan boleh menilai
persaingan dengan menggunakan lima faktor iaitu ancaman pendatang baharu dalam
industri, ancaman barang-barang pengganti, kuasa menawar pembeli, kuasa menawar
pembekal dan persaingan sedia ada. Holmlund dan Tornroos (1997) mentakrifkan
jaringan dalam konteks jaringan perniagaan usahawan sebagai suatu proses saling
bergantungan yang mana interaksi dan pertukaran yang berterusan berlaku antara
sekurang-kurangnya dua individu.

Persaingan dalam kalangan pekedai aksesori kereta semakin sengit apabila


semakin banyak kedai yang menawarkan produk yang hampir sama atau sama dengan
kedai Encik Lim. Terdapat banyak kedai aksesori kereta yang menawarkan produk
yang hampir sama dengan produk yang ditawarkan oleh kedai Encik Lim. Oleh itu,
beliau menurunkan harga produknya supaya dapat bersaing dengan pesaing-
pesaingnya. Daripada sesi temubual dengan Encik Lim, pengkaji dimaklumkan
bahawa harga produk Encik Lim merupakan antara produk aksesori kereta yang
paling rendah di Shopee dan Lazada.

33
020926-10-1170
SW4111/1086
5.4.2 Cabaran persekitaran dalaman

a) Pelanggan

Antara cabaran persekitaran dalaman yang dihadapi oleh Encik Lim dalam
menguruskan perniagaannya ialah pelanggan. Menurut Philip Kotler (2017),
pelanggan merupakan individu atau organisasi yang membeli barang atau produk
demi keperluan dan kehendak peribadi.

Pelanggan merupakan salah satu cabaran persekitaran dalaman kepada


perniagaan Encik Lim kerana Encik Lim perlu sentiasa mengawasi pasaran supaya
kehendak pelanggan dapat dipenuhi. Beliau sentiasa menawarkan produk yang
berkualiti dengan harga lebih rendah daripada pesaing-pesaingnya.

b) Pembekal

Encik Lim menghadapi cabaran persekitaran dalaman iaitu pembekal.


Menurut Dent (2011), pembekal merupakan individu yang orang atau perniagaan
yang menyediakan produk atau perkhidmatan kepada entiti lain.

Pembekal produk Encik Lim sentiasa menghantar stok pada tepat masa dan
hal ini memastikan perniagaan Encik Lim tidak terpengaruh kerana stok sentiasa
dalam keadaan mencukupi. Oleh itu, produk dapat disampaikan kepada pelanggan
dalam tempoh masa yang singkat.

6.0 PENUTUP

6.1 Ciri-ciri usahawan

6.1.1 Sifat-sifat usahawan berjaya

Encik Lim hendaklah mengamalkan sifat berwawasan supaya perniagaannya


akan berkemban. Hal ini dikatakan demikian kerana walaupun perniagaannya
dijalankan sebanyak 12 tahun, perniagaan masih tidak berkembang. Encik Lim perlu
merancang lebih awal tentang masa hadapan perniagaan supaya perniagaan Fordayo
Audio dapat berdaya saing dengan pesaing-pesaing.

Selain itu, Encik Lim harus mengamalkan sifat berani mengambil risiko

34
020926-10-1170
SW4111/1086
6.1.2 Tabii usahawan berjaya

Encik Lim harus bersikap proaktif dengan mencari idea bernas untuk memajukan
perniagaan. Beliau tidak menunggu peluang datang tetapi mencari peluang yang dapat
membantu mereka untuk melaksanakan kerja. Usahawan yang proaktif akan berusaha
mencari maklum balas daripada pelanggannya dan bukan sekadar menunggu
pelanggannya datang membuat aduan. Beliau perlu mendengar suara dan pandangan
pelanggan serta mengambil tindakan yang berpatutan dengan segera untuk
menyelesaikan masalah pelanggan supaya memenuhi kehendak pelanggan.

6.2 Kaedah usahawan memulakan dan menjalankan perniagaan

6.2.1 Kaedah yang digunakan oleh usahawan dalam memulakan perniagaan

Encik Lim menguruskan perniagaannya secara fizikal dan maya. Beliau boleh
menggaji pekerja yang lebih mahir dalam ICT untuk mereka bentuk sepanduk produk.
Selain itu, pekerja yang berkemahiran ICT juga mampu mengiklankan produk Encik
Lim di media massa. Hal ini dikatakan demikian kedai dan produk Encik Lim akan
lebih terdedah kepada orang ramai kerana orang ramai kini lebih gemar melayari
internet dan media massa.

6.2.2 Pembiayaan serta kemudahan dan bantuan yang diterima bagi memulakan
perniagaan

Selain menggunakan simpanan sendiri untuk menjalankan perniagaan, Encik


Lim boleh memilih untuk meminjam daripada pihak kerajaan yang dapat menawarkan
pinjaman dalam jumlah besar. Dengan ini, Encik Lim dapat menggunakan pinjaman
tersebut untuk mengembangkan perniagaannya seperti membuka cawangan,
menjalankan iklan dan sebagainya untuk menarik lebih banyak pelanggan. Institusi
seperti TEKUN dan MARA adalah antara dua institusi yang menyediakan pinjaman
perniagaan untuk peniaga kecil dan sederhana. Berbanding dengan pinjaman peribadi,
pembiayaan perniagaan mempunyai kadar faedah yang lebih rendah iaitu di antara 5%
hingga 10% sahaja.

35
020926-10-1170
SW4111/1086
Di samping itu, Encik Lim juga boleh memohon bantuan daripada agensi
kerajaan atau badan berkanun. Institusi seperti MARA memperkenalkan Skim
Pembiayaan Perniagaan Mudah jaya (SPiM) yang merupakan kemudahan pembiayaan
untuk meningkatkan perniagaan dalam pelbagai bidang kecuali bidang pertanian dan
penternakan. Had pembiayaan bagi perniagaan milikan tunggal atau perkongsian
adalah RM250 000 dan syarikat sendirian berhad, RM500 000.

6.3 Peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam


organisasi

a) Perancangan

Encik Lim boleh menguruskan perniagaan mengikut proses perancangan iaitu


menentukan matlamat dan objektif, menganalisis persekitaran perniagaan,
membentuk alternatif tindakan, menilai alternatif dan memilih alternatif tindakan.
Dengan ini, Encik Lim dapat menyelaras perniagaan secara tersusun. Encik Lim juga
boleh menggunakan analisis kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang (SWOT)
iaitu kaedah perancangan strategik yang digunakan untuk menilai kekuatan,
kelemahan, peluang dan ancaman yang ada dalam perniagaan.

b) Kepimpinan

Encik Lim boleh menggunakan gaya kepimpinan laissez-faire di mana


subordinat bebas membuat keputusan dan melaksanakan kerja. Pekerja bawahan dapat
membuat keputusan apabila Encik Lim tidak berada di kedai supaya segala operasi
kedai dapat dijalankan dengan lancar walaupun terdapat masalah. Oleh itu, Encik
Lim boleh mneyerahkan kuasa kepada pekerja yang mempunyai kepakaran dan
pengalaman untuk membuat keputusan berdasarkan lingkungan had tertentu yang
dibenarkan.

6.4 Cabaran persekitaran luaran dan dalaman yang mempengaruhi perniagaan

6.4.1 Cabaran persekitaran luaran

a) Persekitaran ekonomi

36
020926-10-1170
SW4111/1086
Kerajaan harus memperkenalkan lebih banyak skim bantuan yang membantu
usahawan dalam jangka masa panjang supaya perniagaan kecil dapat bertahan lama
dalam keadaan ekonomi negara yang meleset. Dengan ini, Encik Lim dapat mendapat
manfaat daripada skim bantuan kerajaan. Apabila perniagaan menerima bantuan
dalam bentuk kewangan maka perniagaan dapat dijalankan secara lancar. Encik Lim
juga harus mengkaji kadar pertumbuhan ekonomi supaya dapat menyelaras aktiviti
perniagaan mengikut keadaan semasa.

b) Persekitaran persaingan dan jaringan

Encik Lim harus membuat analisis terhadap tren permintaan produk, cita rasa
pelanggan, kedapatan bahan mentah dan sebagainya supaya dapat bersaing dalam
kalangan pesaing. Perniagaan Encik Lim perlu menyesuaikan strategi pemasaran
dengan struktur pasaran agar dapat bersaing dengan lebih kompetitif. Strategi
pemasaran mengambil kira kualiti produk dan perkhidmatan, peletakan harga serta
jenis promosi yang sesuai. Contohnya, Encik Lim boleh menawarkan produk yang
berbeza daripada produk yang ditawarkan oleh pesaingnya.

5.4.2 Cabaran persekitaran dalaman

a) Pelanggan

Encik Lim perlu menyampaikan barangan kepada pelanggan pada tepat masa
dengan mengupah seorang penghantar bungkusan lagi. Hal ini dikatakan demikian
kerana terdapat hanya seorang penghantar bungkusan pada masa ini. Selain itu, Encik
Lim perlu memberi maklumat penuh tentang barangan yang dijual kepada pelanggan
terutama di produk yang dijual secara atas talian kerana terdapat sesetengah produk
tidak dilengkapi dengan maklumat yang jelas. Oleh itu, Encik Lim perlu memberi
penjelasan tentang setiap produk yang dijual supaya pelanggan lebih yakin dengan
produknya.

b) Pembekal

Encik Lim harus menjalinkan hubungan baik dengan pembekal kerana


pembekal merupakan pihak yang membekalkan stok kepada perniagaan. Hal ini
adalah untuk memastikan barangan yang dibekalkan adalah berkualiti, bekalan stok
dihantar dengan segera dan tidak berlaku kelewatan serta pemberian tempoh kredit

37
020926-10-1170
SW4111/1086
yang lebih panjang. Encik Lim juga boleh membuat perjanjian yang adil dengan
menyatakan syarat-syarat kontrak yang jelas kepada pembekal tentang tempahan
bekalan stok.

7.0 RUJUKAN

David Sarokin. “What Are Some Ways in Which Global Forces Affect Business
Today?” dlm. Small Business, 20 Mei 2019.
https://web.archive.org/web/20131105155745/http://www.eccount.com/financial-
news/a-short-history-of-overdrafts/#.UnkVg9DP3YE
https://www.academia.edu/39561040/Nota_STPM_Pengajian_Perniagaan_Penggal_3
https://www.investopedia.com/terms/o/overdraft.asp
https://www.thebalance.com/what-is-a-friendly-loan-5206447
David C. Mowery, Joanne E. Oxley dan Brian S. Silverman, Strategic Alliances and
Interfirm Knowledge Transfer, Strategic Management Journal, Vol. 17, Special Issue:
Knowledge and the Firm. Disember 1996.
Holmlund, M., And Tornroos, J.K. What are Relationships in Business Networks?.
Management Decision. Mei 1997.
Hustedde, R. dan Pulver, G.. Factors Affecting Equity Capital Acquisition: the
Demand Side, Journal of Business Venturing. hlm. 263-374. 1992.
Larson, A.. Network Dyads in Entrepreneurial Settings: A Study of the Governance of
Exchange Relationships, Administrative Science Quarterly. hlm. 76-104. Mac 1992.

38
020926-10-1170
SW4111/1086
Lin dan Tom C. W. Reasonable Investors. Boston University Boston,
Massachussetts. hlm. 484-486. 2015.
Weber dan Johannes. Strassburg, 1605: The Origins of the Newspaper in
Europe, German History. Ogos 2006.
Kamus Dewan Bahasa, 2010, Dewan Pustaka dan Bahasa, Kuala Lumpur.
Oleh dua orang penulis Dent dan Julian, 2011. Distribution Channels: Understanding
and Managing channels to Market. Kogan Page: London.
Oleh dua orang penulis Donovan, John C., 1993. People, power, and politics: an
introduction to political science. Rowman & Littlefield.
Oleh dua orang penulis James A. F. Stoner dan Charles Wankel, 1995. Management,
Edisi Kelima. London: Pearson Education.
Oleh dua orang penulis Lowenfeld V dan Brittain, 1982. Creative and Mental Growth,
Edisi Ketujuh. New York: Macmillan.
Oleh dua orang penulis Sullivan, Arthur, 2003. Economics: Principles in action.
Upper Saddle River, New Jersey 07458: Prentice Hall.
Oleh seorang penulis Michael E. Porter, 1980. Competitive Strategy Techniques for
Analyzing Industries and Competitors. New York: The Free Press.
Oleh seorang penulis Abdul Aziz, Y, 2003. Prinsip Keusahawanan. Selangor: Prentice
Hall: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Oleh seorang penulis Ana Rosmiati, 2017. Dasar-dasar Penulisan Karya Ilmiah.
Surakarta: ISI Press.
Oleh seorang penulis Asmah Haji Omar, 1975. Essays on Malaysian linguistics
melalui Zawiah Mat; Mashitah Sulaiman (2007). "Interaksi budaya India & Cina ke
atas pengukuhan bahasa dalam Tamadun Melayu". Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Oleh seorang penulis Dave Chaffey, 2000. Internet Marketing: Strategy,
Implementation and Practice. Financial Times Prentice Hall, New Jersey.
Oleh seorang penulis David H. Holt, 1992. Management: Principles and Practices.
New Jersey: Prentice Hall.
Oleh seorang penulis Gregory D. Hawkins, 1981. An Analysis of Revolving Credit
Agreements. Franklin Classics Trade Press.
Oleh seorang penulis Jaafar Muhamad, 1992. Asas Pengurusan. Edisi Kedua. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Oleh seorang penulis Jarrell, Gregg A. ,2002. "Takeovers and Leveraged Buyouts". In
David R. Henderson (ed.). Concise Encyclopedia of Economics (1st ed.). Library of
Economics and Liberty.
Oleh seorang penulis John W. Gardner, 1990. On Leadership. Free Press: New York.
Oleh seorang penulis Khairuddin Khalil, 1996. Keusahawanan Sebagai Kerjaya,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

39
020926-10-1170
SW4111/1086
Oleh seorang penulis Kirzner, I. (1979). Procedur, Enterprenuer and the Right to
Property: In Perception, Opportunity, and Profit. Chicago: University of Chicago
Press.
Oleh seorang penulis Kotler, P., 2003. Marketing Insights from A to Z, John Wiley &
Sons, Inc., Hoboken, New Jersey Laulanie, H De (2011) “Intensive Rice Farming in
Madgascar”
Oleh seorang penulis Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M, 1992. Entrepreneurship, a
contemporary approach. London: Dryden Press.
Oleh seorang penulis Ranjit Singh Malhi, 1997. Mempertingkatkan Harga Diri. Kuala
Lumpur: Self Esteem Seminar’s Sdn Bhd.
Oleh seorang penulis Robert Dubin, 1958. The World of Work, Industrial Society and
Human Relations. New Jersey: Prentice Hall.
Oleh seorang penulis Rohana Yusof, 2004. Penyelidikan Sains Sosial, PTS
Publications & Distributors, Kuala Lumpur.
Oleh seorang penulis Samuel C. Certo, 1997. Modern Management: Diversity,
Quality, Ethics and the Global. New Jersey: Prentice Hall.
Oleh seorang penulis Spencer, 2003. Content Area Learning in Middle School, Social
Studies Classrooms and Students with Emotional or Behavioral Disorders: A
Comparison of Strategies.
Oleh seorang penulis Umi Narimawati, 2008. Metodologi Penelitian Kualitatif dan
Kuantitatif, Teori dan Aplikasi. Bandung: Agung Media.
Oleh seorang penulis Woolfolk A, 1993. Educational psychology (5th ed.). Boston,
MA: Allyn & Bacon.
Oleh tiga orang penulis Stevenson, H., Roberts, M. & Grousbeck, I. (1989). New
Bussiness Ventures and the Enterpreneur.
Oleh seorang Rosdi, 2002. Faktor-faktor Kegagalan Usahawan Melayu, Majlis
Amanah Rakyat, Johor Bahru.
UUM is the Best Wordpress (2016), Asas Keusahawanan. Dicapai pada 12 November
2021 dari https://uumisthebest96.wordpress.com/2016/11/14/pengenalan/

40
020926-10-1170
SW4111/1086

LAMPIRAN

Gambar 1: Peta yang menunjukkan lokasi Fordayo Audio Sdn. Bhd.

41
020926-10-1170
SW4111/1086

Gambar 2: Kedai Fordayo Audio Sdn. Bhd.

42
020926-10-1170
SW4111/1086

43
020926-10-1170
SW4111/1086

44
020926-10-1170
SW4111/1086

45
020926-10-1170
SW4111/1086

46
020926-10-1170
SW4111/1086

47
020926-10-1170
SW4111/1086

48
020926-10-1170
SW4111/1086

49
020926-10-1170
SW4111/1086

50
020926-10-1170
SW4111/1086

51
020926-10-1170
SW4111/1086

52
020926-10-1170
SW4111/1086

53
020926-10-1170
SW4111/1086

54
020926-10-1170
SW4111/1086

55
020926-10-1170
SW4111/1086

56

You might also like