Nota 3 Ogos

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

7.

2 Tamadun China

Lokasi dan perkembangannya

1. Kawasan yang subur serta kedudukannya yang strategik menjadikan


Lembah Sungai Huang He kawasan yang sesuai dijadikan pusat kerajaan
2. Dinasti Qin muncul sebagai kerajaan paling utama di China semasa
pemerintahan Raja Zheng yang kemudian memakai gelaran Maharaja Shi
Huangdi kerajaan ini berpusat di Xianyang
a. Dinasti ini wujud antara tahun 221 SM hingga tahun 206 SM dan
mempunyai wilayah yang luas meliputi bahagian utara sehingga ke
Gurun Gobi dan selatan China bersempadan dengan Vietnam
b. Maharaja Shi Huangdi merupakan pemimpin Dinasti Qin yang
bertanggungjawab menyatukan China
3. Dinasti Qin digantikan oleh Dinasti Han antara tahun 206 SM hingga 220
M
a. Dinasti ini diasaskan oleh Liu Bang yang kemudiannya memakai gelaran
Maharaja Gaozu
b. Membentuk empayar yang luas meliputi utara China,sempadan Vietnam di
selatan dan bahagian utara Korea di sebelah timur serta Tukerstan di
sebelah barat
c. Terbahagi kepada dua tahap iaitu Han Awal antara tahun 206 SM- 8 M
dan Han Akhir antara tahun 25M hingga 220 M
d. Ketika zaman Han Awal pusat pemerintahan terletak di Chang’An
manakala zaman Han Akhir pusat pemerintahan terletak di Loyang
e. Dinasti Han menunjukkan peningkatan dalam bidang perdagangan melalui
pembukaan laluan sutera , bidang pentadbiran dan bidang sosial ketika
pemerintahan Maharaja Han Wu Di antara tahun 140SM-87 SM
f. Laluan Sutera laluan perdagangan daratan terpanjang di dunia melibatkan
China hingga empayar Rom
g. Dinasti Han juga terkenal kerana melaksanakan sistem pemilihan pegawai
perkhidmatan awam sebagai sebahagian daripada perkembangan dalam
sistem Pendidikan.
Perkembangan Pendidikan

1. Pendidikan bermula sejak zaman Dinasti Shang dan berkembang ketika


zaman Dinasti Zhou

2. Terdapat ramai ahli falsafah seperti Konfusius yang menjadi perhatian


masyarakat China
a. Konfusius hidup dari tahun 551 SM - 479 SM dan karya beliau paling
terkenal ialah Lun Yu atau Analects
b. Ajaran Konfusius terus kekal hingga ke hari ini

3. Pada zaman Dinasti Qin


a. Pendidikan menekankan aspek pemahaman perundangan yang diasaskan
oleh Han Fei Zi yang mengutamakan ketegasan undang-undang untuk
mengawal tingkah laku manusia
b. Sistem pendidikan menjadi lebih tersusun apabila Maharaja Shi Huang Di
menyeragamkan sistem tulisan

4. Pada zaman Dinasti Han,


a. sistem pendidikan diperkukuhkan dengan penubuhan sekolah tinggi di
Chang’an
b. Penekanan diberi kepada pembelajaran ajaran Konfusius yang diikuti
penubuhan sekolah yang sama pada peringkat daerah dan wilayah
c. Sistem pendidikan bertambah baik dengan adanya teknologi membuat kertas
daripada campuran kulit pokok, serpihan rami kain dan jaring oleh Cai Lun
d. Kejayaan ini meningkatkan pendidikan di sekolah apabila kertas tersebut
digunakan secara meluas

5. Matlamat sistem pendidikan


a. Dari segi sosial seseorang yang terpelajar akan berada dalam hieraki tertinggi
dalam masyarakat diikuti golongan petani, artisan dan hamba
b. Lulus peperiksaan perkhidmatan awam dan memilih pegawai kerajaan
c. Mengekalkan ajaran Konfusius dan memupuk nilai moral dan etika
d. Membezakan golongan elit dengan rakyat

6. Tahap sistem pendidikan


a. Pendidikan rendah tumpuan kepada menghafal tulisan serta buku suci tanpa –
perlu memahami maknanya
Pendidikan menengah tumpuan kepada aspek menulis karangan dan sajak
b. Pendidikan tinggi tumpuan menterjemah buku suci serta pembelajaran
berkaitan etika upacara, adat istiadat dan tanggungjawab rakyat kepada raja
dan negara

Peperiksaan

1. Peperiksaan perkhidmatan awam merupakan komponen penting dalam


sistem pendidikan dan kehidupan masyarakat China
2. Peperiksaan membolehkan seseorang menerima penghormatan dan
meningkatkan taraf sosial ke arah kehidupan yang lebih baik
3. Ciri-ciri sistem peperiksaan perkhidmatan awam
a. Peperiksaan yang sangat kompettitif dan hanya lelaki dibenarkan
menduduki peperiksaan tanpa mengira latar belakang dan status sosial
b. Mengekalkan tradisi dan budaya China terutamanya ajaran Konfusiusme
c. Larangan sebarang bentuk perubahan bagi mengekalkan keaslian tradisi
China
d. Lulus peperiksaan merupakan matlamat utama pendidikan bagi anak
lelaki dan calon yang berpotensi akan menerima tajaan
e. Sistem peperiksaan dikawal dengan ketat. Sistem yang sama dilaksanakan
diseluruh empayar dan mereka yang didapati meniru akan dikenakan
hukuman Bagi mengelakkan penipuan calon akan dikurung sebelum
peperiksaan berlangsung
f. Hanya yang lulus dengan cemerlang akan diserapkan dalam sistem
perkhidmatan kerajaan
g. Peperiksaan berkisar kandungan buku Empat Buku dan Lima Buku yang
dikenali sebagai Sembilan Buku Suci
4. Lulus peperiksaan merupakan matlamat utama pendidikan bagi seorang anak
lelaki
5. Seseorang calon yang berpotensi akan menerima tajaan daripada penduduk
kampong dengan harapan calon yang dipilih akan berjaya dalam peperiksaan

6. Terdapat tiga tahap peperiksaan perkhidmatan awam


a. Tahap pertama(Xiucai)
Dijalankan diperingkat daerah dan terbuka kepada semua orang
Diadakan dua kali setiap tiga tahun dan tempoh peperiksaan ialah sehari
dan bilangan calon antara 500 ke 2000 orang
b. Tahap kedua(Juren)
Dijalankan diibu kota daerah dan hanya terbuka kepada calon yang telah
lulus tahap pertama
Diadakan tiga tahun sekali dan bilangan calon antara 4,800 ke 10,000
orang
c. Tahap ketiga(Jinshi) dijalankan di ibu kota kerajaan dan diadakan tiga
tahun sekali dan tempoh peperiksaan selama 13 hari
7. Mereka yang lulus peperiksaan akan diserapkan dalam perkhidmatan awam
kerajaan serta memperoleh pelbagai keistimewaan berdasarkan tahap
kelulusan mereka
a. Tahap pertama: Memperoleh butang keemasan yang akan dilekatkan
pada topi mereka diterima sebagai kakitangan kerajaan peringkat rendah
dan menyertai Majlis Santapan Diraja
b. Tahap keduaL Memperoleh butang keemasan dan mendapat jawatan
dalam kerajaan dan rumah mempunyai tanda nama yang diletakkan
dipintu masuk dan mempunyai kakitangan pengiring
c. Tahap ketiga:Mendapat kedudukan dan pangkat tinggi dalam kerajaan
dan memperoleh pelbagai keistimewaan lain untuk diri, keluarga dan
kampungnya
d. Sistem peperiksaan untuk memilih kakitangan kerajaan telah menjadi
contoh kepada negara-negara di dunia dan diamalkan hingga ke hari ini
8. Sistem ini banyak melahirkan banyak sarjana dan sejarawan
9. Dong Zhongshu yang merupakan sarjana Konfusius terkemuka Sejarawan
China pertama iaitu Sima Qian yang menulis karya bertajuk Shiji dan karya
ini mengisahkan tentang Sejarah China hingga tahun 90 SM

You might also like