Professional Documents
Culture Documents
Manual KK PP
Manual KK PP
Manual KK PP
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau calon sahaja.
0 TERHA
TERHAD
Kandungan
BAHAGIAN I : GURU
1.0 Pengenalan 2
3.1 Arahan Am 2
BAHAGIAN II : CALON
Lampiran 16-20
1 TERHA
TERHA
BAHAGIAN I :
1.0 Pengenalan
Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah
swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Semester 3, yang
dinilai sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan pada tarikh
yang ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan lisan yang akan
diberikan penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan gagal hadir untuk
membuat pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran ini dan
akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini.
Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian
Perniagaan STPM.
Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai dan memperkukuh kemampuan calon untuk:
2.1 Memahami konsep-konsep asas yang dipelajari dalam subjek ini
2.2 Menganalisis secara kritis dan memahami elemen-elemen perniagaan yang perlu ada dalam
sebuah organisasi yang baik
2.3 Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari daripada pelbagai topik di organisasi kajian kes
berkenaan
2.4 Menerapkan domain kemahiran insaniah ke dalam mata pelajaran
3.1 Arahan am
3.1.1 Kerja kursus Pengajian Perniagaan wajib diambil oleh semua calon, sama ada calon
sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon
persendirian individu.
3.1.2 Kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan oleh semua calon STPM yang mengambil
mata pelajaran Pengajian Perniagaan pada Semester 3 pengajian Tingkatan Enam.
3.1.3 Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang berterusan.
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.2.1 Mempengerusikan mesyuarat kerja kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah.
Mesyuarat mestilah diadakan sekurang-kurangnya sebanyak dua kali dalam satu
semester kerja kursus.
3.2.2 Memastikan ahli jawatankuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk Kerja
Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai fail
kerja kursus bagi mata pelajaran masing-masing
3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 946/4 hendaklah dibimbing dan
diselia oleh guru Pengajian Perniagaan
3.2.4 Memastikan bahawa laporan kerja kursus calon dijalankan mengikut peraturan yang
ditetapkan
3.2.5 Memastikan bahawa semua hasil kerja kursus dinilai dan diberikan markah oleh guru
mengikut peraturan pemarkahan yang ditetapkan
3.2.6 Mengesahkan markah penulisan kerja kursus yang diperoleh calon dengan
menandatangani Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK)
2 TERHA
TERHA
3.2.7 Memastikan guru menghantar Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon
(BRuMKK) ke MPM (u.p En. Noor Affendy bin Amat Suanti) selewat-lewatnya
seminggu selepas penghantaran markah dalam aplikasi e-submission
3.3 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan
Kerajaan
3.3.1 Memberitahu calon tentang arahan melaksanakan kerja kursus dan memastikan
bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan melaksanakan kerja
kursus
3.3.2 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan
memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon
3.3.3 Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang dilampirkan
dalam Skema Pemarkahan Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) dan
menyerahkannya kepada Jurulatih Utama semasa taklimat kerja kursus, untuk
dihantar kepada MPM (u.p En. Noor Affendy bin Amat Suanti)
3.3.4 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan
berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual
Perancangan dan Pelaksanaan
3.3.5 Memberikan taklimat kepada calon tentang tugasan dan perinciannya
3.3.6 Membimbing calon dalam pemilihan tajuk kajian berdasarkan tugasan
3.3.7 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah,
memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan
3.3.8 Memaklumkan calon tentang elemen, aspek, dan kriteria penskoran yang terdapat
dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus
3.3.9 Memastikan calon melaksanakan kerja kursus
3.3.10 Memaklumkan calon tahap pencapaian yang diperoleh mereka supaya mereka boleh
membaiki hasil kerja
3.3.11 Membimbing calon untuk menghasilkan kerja kursus yang terbaik
3.3.12 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan
secara individu
3.3.13 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian atau pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus
Pengajian Perniagaan
3.3.14 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian
Perniagaan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Calon
hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telah
ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1).
3.3.15 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang
telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan
gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM
3.3.16 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon
(BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus Pengajian
Perniagaan
3.3.17 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.3.18 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
3 TERHA
TERHA
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus.
3.3.19 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon
3.3.20 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan,
BMKKC (Lampiran 4), dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah
calon yang baharu
3.3.21 Mendapatkan pengesahan daripada Pengetua dan menghantar markah kerja kursus
Pengajian Perniagaan calon kepada MPM (up. En. Noor Affendy bin Amat Suanti)
dengan menggunakan Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKKC)
(Lampiran 5). Kegagalan guru menghantar markah kerja kursus calon akan
menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan
dan tidak mengambil kertas 946/4.
3.3.22 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika
mentaksir kerja kursus calon
3.3.23 Menilai hasil kerja calon secara berterusan
3.3.24 Menilai laporan akhir kerja kursus setiap calon
3.3.25 Memastikan hasil kerja kursus calon adalah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu
menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang
diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.
3.3.26 Memeriksa atau menilai atau mentaksir kerja kursus Pengajian Perniagaan bagi setiap
calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC)
3.3.27 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi e-submission
yang telah ditetapkan oleh MPM. Kegagalan guru menghantar markah kerja kursus
calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus dan tidak
mengambil kertas 946/4.
3.3.28 Memastikan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi
setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh selama
enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan
3.4 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Swasta
3.4.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan
menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan
3.4.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus Pengajian
Perniagaan
3.4.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman web MPM dan
memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon
3.4.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan
(b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan
(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan yang digunakan dalam tugasan
3.4.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah,
memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus
3.4.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon
semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah
3.4.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu
4 TERHA
TERHA
3.4.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus berdasarkan garis panduan dan
tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
Kerja Kursus
3.4.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus
mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan.
Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder kerja
kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru
berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus.
3.4.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data atau
maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus
3.4.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian atau pengumpulan maklumat
3.4.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan penulisan
kerja kursus
3.4.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian
Perniagaan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah.
Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang
telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1).
3.4.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang
telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan
gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM
3.4.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus.
3.4.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon
Catatan: Sekiranya guru memerlukan penjelasan lanjut berkaitan dengan kerja kursus, sila
hubungi Jurulatih Utama Negeri (JU). Maklumat JU boleh diperoleh daripada Sektor Pentaksiran
dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, (u.p. Pegawai Meja STPM)
5 TERHA
TERHA
Perancangan dan
Tarikh Tindakan guru
perlaksanaan aktiviti
18 Ogos 2022 Tugasan kerja kursus diterima Memuat turun manual kerja kursus dan
skema pemarkahan dari portal MPM
30 Ogos 2022 Taklimat JU kepada Guru Menghadiri taklimat tersebut dan memberikan
Tingkatan 6 sepenuh perhatian semasa taklimat berlangsung
6 Mac hingga Sesi pembentangan dan Memeriksa dan memberi markah laporan kerja
16 Mac 2023 penilaian kursus dan pembentangan
6 TERHA
TERHA
5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi
mencari maklumat tambahan.
5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian
mengikut format berikut:
(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Langkau (spacing): 1.0 dibenarkan hanya bagi Abstrak
(f) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten
5.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak
melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai
rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran
5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi atau gambar rajah untuk menyokong penulisan.
5.5 Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti berikut:
(a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna hijau muda (Lampiran 1)
(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
(d) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan
5.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan
berjilid.
Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan
kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja
kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap
hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang
berikut:
(a) Tajuk,Abstrak dan Pengenalan
Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji.
(b) Objektif kajian
Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah
ditentukan.
(c) Latar belakang kajian
Huraian ringkas tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan berdasarkan
objektif kajian seperti yang telah ditetapkan.
7 TERHA
TERHA
Penilaian kerja kursus dibuat terhadap laporan bertulis dan pembentangan hasil kerja calon. Calon
mestilah menyenaraikan sumber rujukan dalam senarai rujukan laporan yang dikemukakan
sekiranya hasil kerja calon melibatkan petikan mana-mana sumber luar. Penilaian bagi calon
sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat oleh guru mata pelajaran berkenaan.
Penilaian bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu dibuat oleh pemeriksa yang dilantik
oleh MPM.
8 TERHA
TERHA
2 Objektif kajian 2
4 Kaedah kajian 7
7 Rujukan 3
8 Lampiran 3
9 Pembentangan
(a) Kerelevanan 2
(b) Soal jawab 2
(c) Kebahasaan 2
(d) Kreativiti 2
(e) Keterampilan 2
10 Kemahiran manipulatif 5
11 Kemahiran insaniah 6
9 TERHA
TERHA
BAHAGIAN II :
1 TERHA
TERHA
18 Ogos 2022 Tugasan kerja kursus diterima Menerima arahan tugasan. Semak
http://www.mpm.edu.my
Memahami skop tugasan kerja kursus
Merancang jadual kerja
13 September Penyediaan dan penulisan laporan kerja Mengumpul data dan maklumat melalui
2022 hingga kursus untuk sesi penilaian pemerhatian, pencerapan, pengukuran,
3 Mac 2023 temu bual, dan kaji selidik
Memperoleh data dan maklumat dari
sumber sekunder Menyusun dapatan (data
dan maklumat) mengikut keutamaan dan
struktur tugasan
Memproses, mentafsir, menganalisis, dan
merumus data dan maklumat
Mempersembahkan data dan
maklumat dalam bentuk yang sesuai,
seperti peta lokasi, jadual, graf, carta
dan lain-lain
Membincangkan dapatan hasil kajian dan
menghubung kait dengan prinsip dan teori
yang dipelajari
Berlatih membuat pembentangan
mengikut format yang sesuai
6 Mac hingga Sesi pembentangan dan penilaian Hantar laporan bertulis
16 Mac 2023 Sesi pembentangan (10 minit hingga 15
minit sahaja untuk setiap calon)
17 hingga Penskoran kerja kursus dan hantaran Menghantar markah melalui aplikasi
24 Mac 2023 markah ke MPM e-submission
1 TERHA
TERHA
1 TERHA
TERHA
1 TERHA
TERHA
1 TERHA
TERHA
Calon diminta memilih sebuah organisasi bagi menjalankan kajian yang meliputi aspek-aspek berikut:
Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian yang telah dibuat beserta lampiran yang relevan.
Nota: Penyediaan tugasan ini mestilah berpandukan Manual Kerja Kursus Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM) 2022.
1 TERHA
TERHA
LAMPIRAN 1
TAJUK
NAMA CALON
NOMBOR
KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN
ALAMAT SEKOLAH
NAMA GURU
TANDATANGAN
GURU
TARIKH
1 TERHA
TERHA
LAMPIRAN 2
BPC
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru atau pemeriksa yang memeriksa kerja kursus
calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru atau pemeriksa.
Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan
sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.
Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat KK Calon
Tandatangan Calon
Tarikh
Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
Alamat
1 TERHA
TERHA
LAMPIRAN 3
BRKKC
Tarikh : …………………............................................................
Cop Sekolah:
Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara pelajar dengan guru dan dilampirkan pada
bahagian hadapan kerja kursus calon apabila dihantar kepada guru untuk dinilai.
1 TERHA
TERHA
LAMPIRAN 4
BMKKC
Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan
menggunakan aplikasi e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.
1 TERHA
TERHA
LAMPIRAN 5
BRuMKK
SEMESTER: TAHUN:
MATA PELAJARAN:
Saya memperakui bahawa markah dan butiran Saya memperakui bahawa markah dan butiran
di atas adalah benar. di atas adalah benar.
Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia
selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam aplikasi e-submission.
2 TERHA