Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

TEKS PENGACARA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SKFUT

‘GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA’


16 MEI 2022

ACARA SKRIP
Perhatian.
Minta kerjasama murid untuk memberi laluan kerana Majlis Sambutan Hari
Guru akan berlangsung sebentar lagi.
Terima kasih..

Perarakan Guru Warga dewan yang dihormati,


Marilah sama-sama kita memberikan tepukan yang gemuruh kepada barisan
guru Sekolah Kebangsaan felda ulu tebrau yang dikasihi dan diraikan.

Bacaan yasin Bagi memuliakan majlis hari guru kita pada tahun ini, kita akan mulakan dengan
dan tahlil. bacaan yasin dan tahlil. Dengan itu, dijemput ustaz Mohd Suhil bin Mohd Rubani
untuk memimpin majlis, dipersilakan ustaz….

Nyanyian 3 buah Bagi memulakan majlis kita pada pgi ini, marilah sama-sama kita berdiri tegak
lagu untuk menyanyikan 3 buah lagu, lagu Negaraku, lagu bangsa Johor dan lagu
sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian sebentar tadi…


Dia seorang guru pengganti ayah ibu,
Dia seorang guru pembentuk generasi baru,
Dia seorang guru pembina insan sepadu,
Dia seorang guru pewaris tamadun ilmu,
Yang terus hidup sepanjang waktu.

Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia.

Alhamdulillahirabbil’alamin, wassalatuwassalamu’ala ashrafil


anbiyaiwalmursalin, wa’ala alihi wasahbihi ajmain.

Yang Dihormati
En. Abdul Razak bin Hisammudin
Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

Pn. Rosnaini binti Jaafar.


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Pn. Rohani binti Othman.


1
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

En. Mohd Tajul arif bin Mohd Rani.


Pengerusi Kelab Guru dan kakitangan SKFUT

Barisan pendidik yang disayangi,


Warga kerja  Sekolah Kebangsaan Felda Ulu Tebrau.
Dan murid-murid yang dikasihi sekalian…

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana pada pagi ini kita dapat bersama-sama
berkumpul bagi meraikankan insan yang amat disanjungi dalam Majlis
Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan (F) Ulu Tebrau.

“Guru Tunjang Sekolah Sejahtera” itulah tema perayaan hari guru pada tahun
ini.

Buat pertama kalinya setelah dua tahun bergelut dengan Covid19, marilah
kita bersama-sama merafakkan setiinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi
kerana dengan limpah rahmat, taufiq, dan hidayahNya, dapatlah kita
bersama-sama berhimpun dalam majlis penuh barakah ini untuk kita sama-
sama raikan para guru dalam Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2022.

Menyemat butang saya siapkan,


Butang dijahit ditepi celana,
Selamat Hari Guru saya ucapkan,
Buat guru seluruh malaysia.

Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari yang istimewa yang


didedikasikan khas untuk warga pendidik di bumi Malaysia. Hari inilah yang
dipanggil Hari Guru iaitu hari yang dipilih untuk meraikan guru-guru yang
bekerja dengan seikhlas hati, berkorban tenaga dan masa untuk
memastikan kecemerlangan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan spiritual
generasi demi generasi pelapis anak bangsa. Maka, pada hari ini kita
semua akan meraikan guru-guru di Sekolah Kebangsaan (F) Ulu Tebrau
yang kita sayangi ini dengan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.
Seterusnya, pihak jawatankuasa pengelola majlis juga mengharapkan dan
berdoa agar majlis ini berjalan dengan lancar di bawah lindungan barakah
Allah S.W.T. InsyaAllah.

Bacaan Doa Hadirin sekalian,

2
Panggilan guru adalah keramat,
Bersabar menabur jasa dan bakti,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-
sama menadah tangan dan mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh
ustaz nasharudin bin Md Said. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan
ustaz.

BACAAN DOA

Amin. Aminyarabbalalamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz


nasharudin bin Md Said atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan wakil Dapat banyak BUNGA? Tanda tugas guru mengharumkan dunia. Dapat
Murid banyak PEN? tanda guru bijak melakar kata.
Dapat PEMADAM? Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta.
Dapat UCAPAN  tanda guru sentiasa di ingatan.

Para guru dan pelajar sekalian,


seterusnya majlis menjemput adik ………………………………. yang
mewakili murid-murid Sekolah Kebangsaan Felda Ulu Tebrau untuk
menyampaikan ucapan khas sempena hari guru. Dipersilakan.

UCAPAN WAKIL MURID

Terima kasih diucapkan kepada adik ……………………………..atas ucapan


sebentar tadi.

Bacaan Hadirin sekalian, seterusnya dijemput, Cikgu Abd Razak bin Hisammudin
Perutusan Hari GPK Kurikulum untuk membacakan perutusan daripada Menteri Kanan
Guru (KPM Pendidikan Malaysia, YB Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.
Dipersilakan….
 
<PERUTUSAN DARIPADA MENTERI KANAN PENDIDIKAN MALAYSIA>

Demikianlah tadi bacaan perutusan daripada Menteri Kanan Pendidikan


Malaysia yg telah dibacakan oleh GPK1 Cikgu Abd Razak bin Hisammudin..
Terima kasih diucapkan….

Bacaan Pakai baju warna biru


3
Perutusan Hari Ke sekolah hingga pukul satu
Guru Murid sentiasa hormatkan guru
(PENGARAH Kerana guru pembekal ilmu
PENDIDIKAN
MALAYSIA) Hadirin sekalian, seterusnya dijemput pula Cikgu Rosnaini binti Jaafar GPK
HEM SKFUT untuk membacakan perutusan daripada Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia, Ybhg Datuk Hjh Nor Zamani Binti Abd Hamid.
Dipersilakan….
 
<PERUTUSAN DARIPADA KP PENDIDIKAN MALAYSIA>

Demikianlah tadi bacaan perutusan Hari Guru daripada Ketua


Pengarah Pendidikan Malaysia.
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Rosnaini binti Jaafar GPK HEM.

Murid-murid yang disayangi,

Sesungguhnya:
Jasa guru tidak dapat dihitung dengan jari. Gurulah menyebabkan kita
mengenal huruf dan angka. Huruf yang diajar, dikembangkan menjadi suku
kata, perkataan dan seterusnya ayat. Menerusi nombor, kita mampu
mengira ribuan angka. Semuanya kita peroleh menerusi dedikasi guru yang
berterusan mendidik tanpa mengenal penat dan lelah.

Bacaan Ikrar Beralih kita ke acara seterusnya dengan menjemput semua guru berdiri
Guru & Nyanyian untuk melafaz ikrar Guru yang akan diketuai oleh Cikgu Mohd Tajul Arif
Lagu bin Mohd Rani, Pengerusi Kelab Guru dan Staf.
Mohon para guru berdiri.

Dan selepas itu, kita akan diperdengarkan kelunakan suara oleh para guru
dengan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia.

BACAAN IKRAR GURU & NYANYIAN HARI GURU

Demikianlah tadi lafaz ikrar dan nyanyian daripada guru-guru yang kita
sayangi.

Penyampaian Guru…
Cenderahati Mencurahkan ilmu dengan motivasi
Mengajar dengan penuh dedikasi
Bersabar menabur jasa dan bakti
Mengisi minda yang masih kosong ini
Pengorbananmu ku sanjungi

4
Menjadi penggerak jati diri
Terimalah sedikit cenderahati
Sebagai tanda kenangan budi..

Sidang hadirin sekalian,


kita teruskan acara pagi ini dengan penyampaian cenderahati kepada
semua guru dan Staf SKFUT daripada pihak KEBIRU.

Bagi menyempurnakan majlis, majlis mempersilakan para pengawas


sekolah untuk menyampaikan cenderamata.

Anugerah khas Murid2 sekalian,


guru Pada tahun ini, diadakan cenderamata untuk anugerah khas guru.
Penilaian dilaksanakan oleh guru besar dan para pentadbir.

Bagi menyampaikan anugerah tersebut, dipersilakan cikgu abdul Razak


bin hisamudin GPK1 untuk menyempurnakan majlis.

Dipersilakan guru yang layak adalah…………………………….

Penyampaian Murid-murid yang sekalian,


hadiah dari Sebentar lagi murid-murid akan pergi berehat dikantin. Tetapi sebelum itu,
murid kepada kamu semua hendaklah berjumpa dengan semua guru dan mengucapkan
guru. SELAMAT HARI GURU. Jika membawa hadiah, maka bolehla kamu
sampaikan kepda guru2 kamu.
Selepas rehat kamu perlu Kembali ke dewan untuk kita teruskan majlis hari
guru.

Murid rehat
Persembahan 1 Warga dewan sekalian.
Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, kita tampilkan satu
persembahan Koir oleh guru-guru SKFUT, sebagai kenangan di halwa
telinga khususnya untuk guru-guru yang diraikan pada hari ini. Sama-
samalah kita saksikan….

PERSEMBAHAN NYANYIAN.

Terima kasih kepada para guru yang membuat persembahan sebentar


tadi. Sekalung penghargaan diucapkan.

5
Pantun teka teki -Ambik dari cikgu riduan
- bagi hadiah.

Hadiah sukan Hadirin sekalian, seperti sedia maklum pada hari Selasa Minggu lepas,
sekolah telah mengadakan pertandiangn antara guru dan murid untuk
menyemarakkan lagi sambutan hari guru tahun ini.
Sebelum itu, dijemput pn Rohani bt Othman GPK koko untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Bagi acara bola sepak, pemenanya adalah guru lelaki.


Bagi acara bola baling dipersilakan guru perempuan.

Persembahan 2 Seterusnya pula marilah kita sama-sama saksikan persembahan lakonan


daripada murid-murid SKFUT.

PERSEMBAHAN LAKONAN MURID.

Begitulah tadi persembahan lakonan yang mantap daripada murid-murid


SKFUT. Untuk makluman semua, persembahan itu tadi adalah dibawah
pengarahan ustaz mohd suhil bin Rubani. Tahniah diucapkan..
Sesi Photografi Majlis diteruskan dengan sesi photografi guru2.
Penutup Para guru dan anak didik yang budiman.

Kalau memanjat, sudah sampai ke puncak,


Kalau menurun, sudah sampai ke lembah.
Kalau terjun, sudah sampai ke tanah,
Kalau berenang, sudah sampai ke pantai.
Kalau belayar sudah sampai ke pulau,
Kalau berjalan sudah sampai ke batas.
Kalau mudik, sudah sampai ke hulu,
Kalau hanyut sudah sampai ke kuala.

Kita semakin hampir ke penghujung majlis,

Penutup saya minta ampun,


saya minta maaf ...
Kalau wajah ada yang tersalah pandang,
Kalau nama ada yang tersalah sebut,
Kalau gelar ada yang tersalah ucap,
Kalau duduk ada yang di salah tempat.

Akhir kata tamatlah sudah majlis kita pada pagi ini. Sekali lagi syabas dan
tahniah kepada semua warga SKFUT kerana dapat bersama-sama dalam

6
Sambutan Hari Guru bagi tahun ini.

Semoga Yang Maha Esa menganugerahkan ilham kepada semua guru


untuk menjadi pendidik yang gemilang. Semoga benih-benih keikhlasan
berjaya ditanam dalam setiap batas hati para guru, kerana dengan
keikhlasan, akan terpancar kejernihan dan kejayaaan anak didik yang
mutlak. Mudah-mudahan…amin.

Terima kasih daun keladi


Panjang umur kita sambut lagi
Buat guru, saya  sudahi
Selamat Hari Guru buatmu dikasihi
Jasa guru terpahat dihati

Sekian. Salam sejahtera. Wabillahi taufik wahidayah. wassalamualaikum


wbt…

You might also like