Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI NEGERI

JALAN AYER HANGAT, KUAH, 07000 LANGKAWI


KEDAH DARUL AMAN
TEL : 04-9692030 FAKS : 04-9692032
KOD SEK : KBA 6006 EMAIL : kba6006@moe.edu.my

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKSN . 700-7/1/1 ( )
Tarikh : 18 Julai 2021

Ketua Polis Daerah,


Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi,
Jalan Ayer Hangat, Kuah,
07000 Langkawi, Kedah
Darul Aman .
(u.p. : Pentadbiran Am & Pegawai Perhubungan Sekolah )

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MELAKSANAKAN PENGEDARAN BANTUAN KUMPULAN WANG


AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) KEPADA WARIS MURID SK SERI NEGERI YANG
TERLIBAT SEMASA TEMPOH KAWALAN PERGERAKAN 3.0 FASA 1

Dengan hormatnya perkara di atas adalah berkaitan dan dirujuk.

2. Sebagaimana tuan sedia maklum, menerusi Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan
pada 27 Jun 2021 telah memaklumkan bahawa Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP )
menyeluruh dikekalkan dalam Plan Pemulihan Negara ( PPN) sehingga tiga indikator nilai
ambang utama dicapai. Semasa tempoh itu juga, semua guru dan murid akan melaksanakan dan
mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) seperti sebelum ini. Bagi
memastikan proses pengedaran bantuan ini dapat disegerakan dalam keadaan sekarang pihak
sekolah bercadang untuk mengedarkan sumbangan secara berperingkat dan berjadual pada tarikh
19 Julai dan 22 julai 2021.

3. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon kebenaran dan keizinan tuan untuk
melaksanakan pengedaran BAP berkenaan. Sukacita dimaklumkan bantuan KWAPM ini melibatkan
116 orang murid dan hanya seorang waris sahaja dimohon untuk mengambil. Cadangan
tarikh, masa pelaksanaan, kelas/darjah terlibat dan jangkaan kehadiran waris adalah seperti berikut
:

Tarikh Masa Tempat waris


19 Julai 2021 9.00 pagi-10.00 pagi Pintu B secara pandu 20 orang satu sesi
10.00 pagi-11.00 pagi lalu
11.00 pagi-12.00
tengahari
22 Julai 2021 9.00 pagi-10.00 pagi Pintu B secara pandu 20 orang satu sesi
10.00 pagi-11.00 pagi lalu
11.00 pagi-12.00
tengahari
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI NEGERI
JALAN AYER HANGAT, KUAH, 07000 LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN
TEL : 04-9692030 FAKS : 04-9692032
KOD SEK : KBA 6006 EMAIL : kba6006@moe.edu.my

4. Pihak sekolah akan mengambil langkah-langkah berikut bagi memastikan tahap pematuhan
yang tinggi terhadap SOP yang sedang berkuatkuasa :

i. Kehadiran waris terhad kepada seorang sahaja


ii. Waris akan masuk melalui Pintu B secara pandu lalu ,akan diambil suhu oleh
pengawal keselamatan bertugas dan mengimbas aplikasi MySejahtera.
iii. Guru yang bertugas akan mengedarkan KWAPM kepada waris
iv. Bagi waris yang tinggal melebihi 10 kilometer dari sekolah, pihak pengurusan
sekolah menggunakan surat pemakluman ini untuk ditunjukkan ketika melalui
Sekatan Jalan Raya (SJR)
v. Kehadiran waris akan dikawal dengan membenarkan 20 orang sahaja setiap sesi
dibenarkan masuk ke kawasan sekolah secara penggiliran.

5. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan bagi
kelangsungan pembelajaran murid secara PdPR. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas,
pihak tuan boleh terus berhubung dengan Cikgu Mad Saipon Nizar bin Zainon, Penolong Kanan
hal Ehwal Murid di talian 016-4300694.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”


" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
" KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA "

Saya yang menjalankan amanah,

(AHMAD ZIFNI BIN ADELI)


Guru Besar,
SK Seri Negeri, Langkawi.

You might also like