Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Terima kasih Tuan Pengerusi majlis.

Yang berusaha Pn Norleha, guru


Sejarah 1RK1 dan rakan pelajar yang dikasihi. Terima kasih kerana memberi saya
peluang untuk berucap pada pagi yang bahagia ini. Ucapan saya bertajuk
“Wawasan 2020” dan saya mengkhususkan kepada matlamat-matlamat penting
yang terangkum dalam wawasan Negara ini.

Rakan-rakan sekalian,

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan yang dicetuskan oleh Tun
Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Wawasan ini
bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian
dan Negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Antara matlamat utama wawasan ini adalah untuk mewujudkan negara


Malaysia yang bersatu.Matlamat Negara haruslah dikongsi bersama supaya
menjadi satu bangsa Malaysia yang berdedikasi.

Selain itu,masyarakat Malaysia mestilah berjiwa bebas dan cukup gagah


menghadapi pelbagai masalah. Dengan itu masyarakat demokratik yang matang
perlu dibangunkan.

Rakan–rakan sekalian,

Wawasan 2020 juga bermatlamat mewujudkan masyarakat saintifik.


Walau pun demikian,masyarakat pada tahun 2020 haruslah mengamalkan budaya
sayang menyayangi bagi mewujudkan sistem keluarga yang kukuh.

Memastikan masyarakat yang adil dalam ekonomi juga amat penting. Hal ini
termasuk melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama.
Akhir kata, saya ingin menyeru kepada semua pelajar supaya bersama-sama
menyahut seruan kerajaan yang hanya berbaki lebih kurang 7 tahun sahaja lagi.

Sebelum saya mengundur diri, terimalah serangkap pantun pengakhir bicara:


Pergi ke sekolah dengan gembira,
Harapan tinggi ingin berjaya,
Wawasan 2020 amanah Negara,
Bersatulah kita menjayakannya.

Sekian, terima kasih.

You might also like