Pendahuluan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

1.

0 Pendahuluan
Merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka (2015), vandalisme ialah
perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam ataupun persendirian.
Di sekolah, murid yang melakukan vandalisme ialah murid yang
merosakkan harta benda sekolah ataupun kemudahan awam sekolah.
Contohnya seperti menconteng dinding sekolah dan tandas (graffiti), merosakkan
meja kerusi dalam bilik darjah, menampal pelekat-pelekat di tempat yang tidak
sepatutnya dan banyak lagi.

2.0 Model-Model Pengurusan Disiplin Dalam Menangani Gejala Vandalism

2.1 Model Disiplin Asertif Canter (300 pp)

Bagi menangani masalah vandalisme di sekolah, model yang paling sesuai ialah.
Model Disiplin Asertif Canter. Model ini berasaskan kepada peneguhan terhadap
tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada
tingkah laku yang ditunjukkan (Mokhtar & Sahat, 2022).

Melihat kepada isu vandalisme, guru boleh mengaplikasikan kaedah


model Asertif Canter dengan membuat satu penetapan peraturan
tingkah laku sebagai salah satu langkah bagi mengatasi masalah
vandalisme. Hal ini disokong oleh Mohamad Johdi Salleh (2009) yang
menegaskan penetapan peraturan di bilik darjah sangat penting sebagai garis
panduan kepada tingkah laku pelajar sebagaimana yang diharapkan guru.

Langkah pertama dalam menetapkan peraturan ialah guru membuat


perancangan disiplin secara bertulis dan formal. Perancangan disiplin ini mestilah
menyatakan secara jelas mengenai peraturan, pengiktirafan dan akibat daripada
salah laku. Contohnya, guru menyatakan dengan jelas bahawa murid dilarang
merosakkan harta benda sekolah, guru memberikan hadiah dan sijil kepada
murid yang menjaga tingkah laku dan menyayangi harta benda sekolah serta
guru menerangkan hukuman akan dikenakan kepada murid yang merosakkan
meja, menconteng dinding dan mengoyak kertas pada papan kenyataan.

Seterusnya, guru perlu memberikan pengiktirafan kepada murid yang


menunjukkan tingkah laku yang diingini. Hal ini dilakukan untuk menggalakkan
tingkah laku tersebut di samping turut meningkatkan konsep kendiri dan
keyakinan diri murid. Contohnya, guru perlu memberikan pujian, ganjaran berupa
hadiah dan komen yang positif sekiranya terdapat murid yang membantu
menghias papan kenyataan. Hal ini dapat merangsang murid lain untuk
melakukan perbuatan yang sama.

Selanjutnya, guru mengenakan tindakan pembetulan kepada murid-murid


yang melakukan vandalisme. Misalnya, murid yang merosakkan harta benda
sekolah dalam masa yang sama akan mengganggu hak murid-murid lain untuk
belajar dengan selesa. Murid yang dikenakan tindakan pembetulan perlu
diberitahu sebab mereka dikenakan sesuatu tindakan pembetulan. Misalnya,
guru memberi nasihat kepada murid bahawa perlakuannya yang menconteng
dinding sekolah itu adalah salah. Sekiranya murid tersebut masih melakukan
kesalahan yang sama, guru perlu mengenakan denda kecil seperti mengutip
sampah di padang. Sekiranya kesalahan itu berlarutan, maka guru perlu
berbincang dengan guru besar dan ibu bapa mengenai cara untuk mengelakkan
daripada murid tersebut terus melakukan kegiatan vandalisme di sekolah,

Akhir sekali, guru menangani murid bermasalah dengan cara yang


berhemah. Guru perlu menetapkan peneguhan negatif sekiranya peraturan itu
dilanggar kerana menurut Pace dan Hemmings (2007), kanak-kanak
cenderung untuk memenuhi keperluan guru mereka berbanding individu
remaja. Jadi, peraturan yang ditetapkan oleh guru dapat mengawal tingkahlaku
murid disamping membentuk rutin bilik darjah yang lebih sistematik melalui
pelaziman yang guru terapkan. Contohnya, guru perlu mendekati dan
mendapatkan kepercayaan murid, memberikan perhatian kepada keperluan
mereka serta berusaha untuk berinteraksi dengan mereka. Murid-murid yang
melakukan vandalisme selalunya menunjukkan kelakuan disruptif dan senang
memberontak. Oleh itu, murid sebegini paling memerlukan perhatian dan
pertimbangan daripada guru.

Secara keseluruhannya, penetapan peraturan tingkah laku seperti yang


dikemukakan dalam model Canter adalah relevan dilaksanakan di dalam
bilik darjah kerana dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan
bermanfaat.
2.2 Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordon (300 pp)

Saya telah memilih Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordon sebagai satu
model yang sesuai untuk dijadikan panduan dalam menangani masalah
vandalisme. Langkah-langkah yang terdapat dalam Model Pengurusan Disiplin
Thomas Gordon yang pertama ialah mempengaruhi daripada mengawal, kedua,
mencegah masalah sebelum berlaku, ketiga, masalah siapa, keempat, berdepan
dengan masalah tingkah laku, kelima, kemahiran mendengar dan keenam
penyelesaian konflik yang berkesan.

Dalam keenam-enam langkah ini, tidak kesemuanya boleh digunakan untuk


menangani masalah vandalisme. Langkah yang pertama iaitu mempengaruhi
daripada mengawal merupakan salah satu langkah yang boleh digunakan untuk
menangani masalah vandalisme. Guru perlu menggunakan peneguhan positif
dan berkomunikasi secara berkesan dengan murid agar hubungan yang erat dan
penuh kasih sayang terjalin antara guru dengan murid. Hal ini kerana, murid yang
tidak gemar akan gurunya akan lebih cenderung untuk memberi protes dengan
cara merosakkan harta benda sekolah bagi melampiaskan rasa tidak puas hati
mereka terhadap sikap guru yang tidak disukai. Oleh itu, guru perlu mengelakkan
daripada membebel, memberikan amarah, mengejek dan merendahkan moral
murid. Ini kerana, model ini menegaskan bahawa lebih banyak guru cuba
mengawal murid, maka lebih sukar bagi guru untuk menerapkan nilai positif
dalam diri murid Haliza dan Joy (2016).

Langkah yang kedua juga boleh digunakan untuk menangani masalah


vandalisme. Guru perlu mencegah masalah sebelum berlaku. Oleh itu, bagi
mengelakkan daripada berlakunya vandalisme, guru boleh membentuk peraturan
bilik darjah secara kolaboratif iaitu hasil perbincangan dengan murid-murid serta
melibatkan murid dalam pengurusan bilik darjah. Contohnya, guru mengadakan
aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah. Selain itu, guru juga
boleh meminta pendapat dan kreativiti murid untuk menghias kelas sesuai
dengan minat mereka. Apabila murid terlibat dalam pembentukan bilik darjah,
mereka tidak akan membuat kerosakkan terhadap usaha yang telah mereka
lakukan.
Langkah keempat dalam Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordon iaitu
berdepan dengan masalah tingkah laku juga sesuai dalam menangani
vandalisme di mana model ini mencadangkan agar guru menyediakan suasana
pembelajaran murid yang kondusif, menarik dan menyeronokkan di dalam bilik
darjah. Suasana kelas seperti ini akan mewujudkan sifat kepunyaan dan sayang
terhadap bilik darjah dalam diri murid-murid (Che Nizam et al., 2016).
Contohnya, guru memastikan meja dan kerusi murid berada dalam keadaan baik
dan memastikan murid tidak kepanasan kerana kerosakan kipas dan
sebagainya. Guru juga perlu memastikan murid menguruskan kelas mereka
sendiri dengan mengadakan pertandingan kelas tercantik. Ini dapat dilaksanakan
dengan menjadikan konsep kelas itu sendiri sebagai ‘Kelasku Syurgaku’. Hal ini
dapat menjurus kepada murid menghargai kelas. Dengan ini, masalah
vandalisme akan dapat ditangani dalam kalangan murid.

3.0 Intervensi Dalam Menangani Gejala Vandalism (600pp)

Intervensi Kaunseling.

Dalam intervensi kaunseling, guru perlu membina hubungan yang baik antara murid. Hal
ini supaya guru dapat memastikan murid akan dapat memberikan kerjasama dan
persepsi yang positif untuk pertama kali. Guru juga perlu mewujudkan suasana yang
tenang serta menyedialan jarak ruang komunikasi yang sesuai mengikut peringkat
umur,jantina,budaya,latar belakang,agama dan lain-lain. Contohnya, guru mengadakan
sesi kaunseling di dalam bilik kaunseling yang telah disediakan khusus. Bilik tersebut
mestilah tertutup, mempunyai suasana yang tenang, supaya murid tidak merasa
terpaksa untuk menghadiri sesi kaunseling.

Intervensi kaunseling juga memerlukan guru untuk memberi perhatian bagi


membolehkan guru merasai masalah yang timbul daripada perspektif murid. Hal ini
supaya murid dapat menghilangkan rasa yang tidak selamat dan terancam yang
mungkin sebelum ini dirasai oleh murid. Contohnya, guru perlu bersikap peramah dan
sentiasa mempamerkan senyuman kepada murid sepanjang sesi kaunseling. Dengan
ini, murid akan berasa lebih selesa untuk meluahkan perasaan sebenar mereka dan
sebab mengapa mereka berkelakuan vandalisme. Dengan ini, guru dapat membuat
refleksi mengenai masalah sebenar murid berkelakuan demikian.
Dalam intervensi kaunseling juga, guru perlu mendengar secara aktif. Ini bermaksud,
guru perlu memberi ruang untuk murid meluahkan masalah mereka dan cuba
memahami maksud yang hendak disampaikan oleh murid. Contohnya, apabila berdepan
dengan murid yang melakukan kesalahan vandalisme, mereka biasanya suka
memberontak dan meluahkan perasaan mereka dalam nada yang marah. Oleh itu, guru
perlu terus memberi galakan kepada murid untuk terus bercakap dan meluahkan. Guru
perlu mempamerkan bahasa badan yang sesuai agar murid mengetahui bawah guru
sedang mendengar masalahnya.

Seterusnya, intervensi kaunseling juga memerlukan guru untuk menggunakan bahasa


yang sesuai, jelas dan mudah difahami. Dalam menangani masalah vandalisme, guru
juga perlu berhadapan dengan ibu bapa bagi tindakan yang lebih lanjut untuk
menangani masalah vandalisme. Oleh itu, dalam perbincangan dengan ibubapa, guru
perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami. Contohnya,guru menyatakan
perasaan kecewa dengan tingkahlaku anak muridnya, guru perlu menunjukkan nada
suara dan pergerakan badan menyampaikan mesej dengan sopan dan beretika. Bahasa
dan pergerakan badan yang sesuai amat penting supaya tidak mengguris hati ibu bapa
dan seterusnya tidak memberikan persepsi negatif ibubapa terhadap anak-anaknya.

Akhir sekali, keberkesanan pengendalian sesi bimbingan dan kaunseling juga


memerlukan guru untuk mahir dalam komunikasi interpersonal. Kemahiran ini meliputi
corak perbualan positif secara lisan dan bukan lisan. Contohnya, guru memulakan
perbualan dengan bertanyakan kesihatan pelajar, apakah aktiviti yang gemar mereka
lakukan dan sebagainya agar murid berasa selesa seterusnya merangsang murid untuk
terus bercakap. Kemahiran bukan lisan pula guru perlu menunjukkan keprihatinan
terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Misalnya, jika murid yang melakukan
vandalisme itu mempunyai masalah di rumah, maka guru perlu bertanyakan keadaan
nya di rumah dan apakah masalah yang murid hadapi. Dengan ini, murid tidak akan
teragak-agak untuk menceritakan kehidupan mereka dan seterusnya guru dapat
membuat konklusi terhadap apakah punca murid ini melakukan kegiatan vandalisme di
sekolah

4.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, isu vandalism dalam kalangan murid sememangnya merupakan
isu yang wajar diberikan perhatian dan tumpuan bagi guru untuk menanganinya. Hal ini
kerana, tindakan murid yang melanggar peraturan dan sebagainya akan menyebabkan
mereka terlepas peluang untuk menimba ilmu di sekolah. Ini akan membawa kepada
kesan yang buruk sepanjang hidup murid-murid.

Rujukan

Dewan Bahasa dan Pustaka(2015, Desember 20). Terbitan berkala. Diperolehi pada
20Desember2016,daripada http://goo.gl/nJ3kKA

Mokhtar, M. M., & Sahat, M. N. (2022). Tinjauan Berkaitan Amalan Kreativiti Guru
Pendidikan Islam dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 [Overview on The
Creativity Practice of Islamic Education Teachers in Teaching and 21st Century
Learning]. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences
(e-ISSN: 2600-9080), 5(2), 1-10.

You might also like