Professional Documents
Culture Documents
MINIT MESYUARATkaunseling CTH
MINIT MESYUARATkaunseling CTH
MINIT MESYUARATkaunseling CTH
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Puan pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua AJK dan mengalu-
alukan kehadiran semua AJK
Tindakan : Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit mesyuarat diterima dan disokong oleh Pn Rozinani Bt Awang tanpa pindaan.
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Perkara (4.1 pada minit 4.1.1) pada muka surat 2 :
Antara penambahbaikan yang akan dijalankan pada tahun
ini: Puan Nurhaiza memaklumkan telah memaklumkan kepada
semua murid dan warga guru di tapak perhimpunan
3.2 Perkara (4.2 pada minit 4.2.1) pada muka surat 3 :
Pengetua mencadangkan agar Program Selepas PT3 dirancang oleh
penyelaras tingkatan tiga dengan berkesan dan lebih awal agar kehadiran
murid tingkatan tiga tidak menurun dengan teruk: Puan Salina
telah merancang Program Selepas PT3.
3.3 Perkara (4.3 pada minit 4.2.3) pada muka surat 3 :Operasi lewat
yang disarankan kepada unit disiplin untuk menyediakan data
dan dokumentasi yang lengkap untuk bertanding dalam Amalan
Terbaik Disiplin tahun 2017 tidak dijalankan. Encik Mohd Noor
memaklumkan Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah bertanding atas Amalan
Terbaik Disiplin di bawah tajuk SPOT SUIT Murid “Kehadiran Murid Ke
Sekolah” kerana impak yang lebih tinggi.
Tindakan: Makluman
4. PELAPORAN
4.1 Projek Zoom In Meningkatkan Kehadiran Murid
4.1.1 Puan Nurhaiza memaklumkan bahawa program Zoom
In diteruskan namun tiada KPI kelas mengikut kategori
kelas kerana sekolah tidak mengamalkan lagi pengairan kelas.
Tindakan: Makluman
Tindakan; Makluman
4.2 Program Guru Penyayang
4.2.1 Indeks kendiri murid untuk Amalan Guru Penyayang
meningkat sebanyak 90% pada tahun 2017. Terima kasih
diucapkan kepada guru-guru yang telah memberikan kerjasama
dalam program Guru Penyayang
Tindakan: Makluman
4.4 Program Sarana dan KSIB
4.4.1 KPI Kehadiran Ibu Bapa Dalam 6 Aktiviti Utama iaitu
KPI Wilayah Persekutuan KL adalah 75% dan sekolah
mencapai 84.45%. Penglibatan Ibu Bapa pada tahun
2017 berjaya mengatasi KPI WPKL.
Tindakan : Makluman
4.4.2 Puan Rozinani memaklumkan pengurangan satu aktiviti
utama keterlibatan dari ibu bapa untuk program sekolah
iaitu penetapan target tidak lagi menjadi KPI Sarana Sekolah.
Tindakan: Makluman
4.5 Program Minda Sihat
4.5.1 Pada tahun ini, format saringan murid berbeza iaitu 20%
murid dari setiap tingkatan perlu menjalani saringan Minda Sihat.
Tindakan: Puan Nurhaiza Che Mat
4.6 Projek Inovasi
4.6.1 Pada tahun lepas, UBK menerima Anugerah Perak Inovasi Modul Peringkat Kebangsaan
dan Johan Amalan Terbaik Kaunseling WPKL 2017 dan keenam peringkat kebangsaan
2017
Tindakan: Makluman
4.6.2 Tahun ini akan bertanding untuk pertandingan modul menangani murid bermasalah disiplin
pula bagi Pertandingan Inovasi Kaunseling
Tindakan: Puan Nurhaiza Bt Che Mat
4.6.3 Pengetua meminta salinan jejak SPM disimpan untuk mengkategorikan murid berjaya yang
boleh memohon untuk sumbangan kepada sekolah dan juga mengenalpasti ikon sekolah.
Pengetua meminta mengenal pasti alumni berjaya untuk di tampal di papan kenyataan bagi
meningkatkan aura positif sekolah
Tindakan: Puan Rozinani Awang
.7 Bimbingan Kerjaya
4.7.1 Setiap kelas akan mengikuti lawatan kerjaya secara berperingkat mulai Januari hingga
Julai 2018. Lawatan ke Institut Pengajian Tinggi Swasta akan diatur dari Januari hingga
Julai mengikut kelas –kelas tingkatan lima.
Tindakan: Pn Rozinani Bt Awang
5. Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang
Disediakan oleh,