Bmu556 Lwb05i PB3 Kumpulan 2

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 33

ANALISIS TEKS TERJEMAHAN

LW224 (LWB05I)

PENILAIAN BERTERUSAN 3 (KUMPULAN)

ANALISIS TEKS “ ABDULLAH BIN ATAN V PUBLIC PROSECUTOR AND OTHER

APPEALS [2020] 6 MLJ 727 OLEH ASHOK KUMAR”

DISEDIAKAN OLEH:

BIL. NAMA PELAJAR NO. PELAJAR T.TANGAN

1. AFIQAH NADHIRAH BINTI NORDIN 2018680546 Dhie 

2. NUR AUNIE FATINI BINTI SHAHADAN 2018644916 Aunie  

3. NURUL FAREESHA BINTI MOHD FAZLI 2018644896 ​Fareesha 

4. NURUL SYUHADAH BINTI AHMAD 2018645092 Syuhadah 

SHUHAIMI

PENSYARAH : ENCIK ADIB ZAKWAN AL-QAYYUM SHAHBUDDIN

1 FEBRUARI 2021
ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan 2

2.0 Analisis teks 3

2.1 Kelainan Bahasa dalam 3


Terjemahan

2.2 Kaedah Terjemahan 9

2.3 Padanan Makna 13

2.4 Peristilahan 18

3.0 Kesimpulan 23

4.0 Rujukan 28

1
1.0 PENGENALAN

Istilah ‘terjemah’ berasal daripada istilah Arab iaitu ‘al-tarjamah’ yang bermaksud mengubah sesuatu

istilah dengan menukarkannya kepada sesuatu istilah dalam bahasa lain. Menurut Kamus Dewan Edisi

Keempat, istilah ‘terjemah’ merupakan proses mengalihbahasakan sesuatu bahasa kepada bahasa yang

lain. Hal yang sedemikian penting dalam proses penterjemahan bagi memastikan teks sasaran membawa

maksud yang sama dengan teks sumber. Selain itu, karya terjemahan yang serasi juga akan dapat memberi

kefahaman yang lebih mendalam kepada para pembaca. Menurut tokoh seperti Newmark (1981), proses

penggantian sesuatu istilah dalam sesuatu bahasa lain yang membawa maksud yang sama adalah satu

kesenian dalam proses penterjemahan. Manakala, Nida dan Taber (1974) mengatakan proses terjemahan

adalah proses menghasilkan bahasa sasaran yang paling tepat dengan bahasa sumber dari segi makna dan

gaya penulisan.

Teks yang dipilih untuk tugasan berkumpulan ini merupakan fakta daripada laporan kes jenayah di antara

“Abdullah bin Atan v Public Prosecutor and other appeals [2020] 6 MLJ 727” yang dilaporkan oleh

Ashok Kumar. Laporan ini dipetik daripada laman web Lexis Advance yang merupakan salah satu

platform penyelidikan dalam talian yang membantu memudahkan proses pencarian bahan penyelidikan

berlaraskan perundangan yang dijamin berkualiti, cepat dan mudah.

Secara ringkasnya, fakta daripada laporan kes ini menceritakan tentang proses rayuan jenayah di antara

pihak-pihak terlibat di Mahkamah Persekutuan. Tertuduh dalam kes ini telah disabitkan dan dijatuhkan

hukuman mati oleh Mahkamah tinggi atas pertuduhan pengedaran dadah berbahaya. Oleh kerana mereka

tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, tertuduh membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan

seterusnya merayu kepada Mahkamah Persekutuan.

Bagi tugasan ini, teks sasaran yang telah diterjemah perlu dianalisis berdasarkan empat perkara iaitu

kelainan bahasa dalam terjemahan, kaedah-kaedah terjemahan yang digunakan, padanan makna dan

peristilahan.

2
2.0 ANALISIS TEKS

2.1 KELAINAN BAHASA DALAM TERJEMAHAN

Analisis kontrastif ialah kajian dua bahasa yang dibandingkan untuk melihat kelainan pada struktur

bahasa tersebut. Kelainan dari aspek linguistik dan budaya dapat dilihat dari persamaan dan perbezaan di

antara bahasa sumber dan bahasa sasaran. Analisis kontrastif dapat membantu penterjemah untuk

memahami perbezaan dan persamaan di antara teks sumber dan teks sasaran. Terdapat tiga peringkat yang

dapat menghasilkan teks terjemahan dengan struktur ayat yang lengkap. Oleh itu, perbandingan di antara

bahasa sumber dan bahasa sasaran dari teks yang akan dilakukan adalah dari segi kata, frasa dan ayat.

2.1.1 Perbandingan Peringkat Kata

a)​ ​Penggunaan kata nama

❏ Pertama sekali ialah penjamakan kata nama​, terdapat beberapa kelainan yang dapat dilihat dari

segi dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Bagi penjamakan di dalam bahasa

Melayu, biasanya kata nama akan digandakan untuk menunjukkan jamak atau lebih dari satu.

Selain itu, penjodoh bilangan juga digunakan untuk menunjukkan sesuatu itu lebih daripada satu

tanpa menggandakan ayat tersebut. Bahasa Inggeris pula menggunakan konsep suffixes iaitu

penambahan abjad di hujung perkataan untuk menunjukkan bilangan yang banyak.

Contoh:

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

Abdullah, Reza and Hassan raised a common Abdullah, Reza dan Hassan membangkitkan persoalan

point of law. undang-undang yang sama.

3
all Iranians — were jointly charged with kesemuanya warganegara Iran — dituduh bersama dengan

trafficking in 15,821g of methamphetamine mengedarkan 15,821g methamphetamine

Huraian:

Untuk ayat yang pertama, “common point of law” telah diterjemah kepada “persoalan undang-undang

yang sama” yang menunjukkan penggandaan perkataan “law’ supaya dapat menunjukkan “law” dalam

bahasa Melayu mempunyai bilangan yang banyak menjadikan perkataan “undang-undang”.

Untuk ayat yang kedua, “all Iranians” telah diterjemah kepada “kesemuanya warganegara Iran”.

Terjemahan ini tidak digandakan kerana ia telah menunjukkan penjamakkan dengan perkataan

‘kesemuanya warganegara’ yang adalah lebih tepat.

❏ Yang kedua pula ​penggunaan kata ganti nama, didapati terdapat perbezaan di antara dua bahasa

iaitu kepelbagaian untuk merujuk seseorang dengan sesuatu perkataan itu. Terdapat perbezaan

dalam merujuk lelaki atau perempuan untuk bahasa Inggeris, ​she, he, his, him adalah salah satu

contoh. Bagi bahasa melayu, dari segi jantina tiada perbezaan untuk kata ganti nama seperti ​dia,

awak, anda dan lain-lain​ yang boleh diguna pakai untuk semua jantina.

Contoh:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

..he had just arrived at the house to deliver food ..beliau baru tiba di rumah tersebut untuk

from a restaurant where he worked when the police menghantar makanan dari sebuah restoran tempat

arrested him. beliau bekerja ketika polis menangkapnya.

Huraian:

‘He’ ialah kata ganti nama diri ketiga (singular third person pronoun) dalam Bahasa Melayu,. ‘He’

digunakan untuk jantina lelaki sahaja. Padanan yang paling hampir Dalam Bahasa Melayu ialah beliau.

4
Hal ini kerana, beliau ialah kata ganti nama diri ketiga yang merujuk kepada insan yang terkemuka dan

dihormati dalam masyarakat.

b)​ ​Penggunaan artikel a, an, the

Artikel digunakan dalam Bahasa Inggeris supaya dapat mengenal pasti jika kata nama itu khusus atau

umum. Terdapat dua jenis Artikel untuk bahasa Inggeris iaitu kata sandang pasti (the) dan kata sandang

tidak pasti (a, an). “​​the” digunakan untuk pendengarnya memahami sesuatu secara jelas. Manakala “​a”

digunakan untuk satu benda sebelum kata nama konsonan. “​​An” adalah untuk diletakkan sebelum kata

nama huruf vokal. Untuk Bahasa Melayu, struktur ayat tidak menggunakan ​artikel​. Oleh itu, untuk

terjemahan bahasa Melayu, artikel yang digunakan dalam bahasa Inggeris tidak digunakan untuk

menghasilkan penterjemahan yang tepat. Ia tidak mengganggu maksud ayat walaupun tidak diterjemah.

Contoh:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

The police had been monitoring the goings-on at a Pihak polis telah memerhati keluar masuk sebuah

particular house for several days and pounced into rumah selama beberapa hari dan bertindak apabila

action when a car drove up and its occupant sebuah kereta datang dan pemandunya memasuki

entered the house. rumah tersebut.

Huraian:

Penterjemah telah menggunakan ‘the’ dalam Bahasa Inggeris tetapi telah menterjemahkan ia kepada

‘pihak’. Ini adalah kerana ‘​the’ ​di dalam ayat ini membawa makna yang berbeza. Penterjemah sebaliknya

menggunakan ‘pihak’ kerana ia lebih sesuai diterjemahkan sebegitu walaupun ‘the’ tidak mempunyai

makna.

c)​ ​Sistem Kala

5
Unsur kala (tense) dalam bahasa Inggeris ialah past tense (kala lampau), kala depan (future tense) dan

kala kini (present tense). Bahasa Melayu tidak mempunyai sistem kala seperti Bahasa Inggeris.

Sistem kala ialah kelas kata yang merujuk kepada waktu. Sistem kala menggambarkan perkara

mengikut masa kejadian seperti kejadian yang telah berlaku iaitu kala lampau (past tense), perkara

yang akan berlaku iaitu kala depan (future tense) atau perkara yang sedang berlaku iaitu kala kini

(present tense).

Contoh:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

the Criminal Procedure Code (‘the CPC’) Jenayah (‘KTJ’) memperuntukkan bahawa dalam

provided that to determine whether a prima facie menentukan sama ada kes prima facie telah

case had been made out against an accused at the dibuktikan terhadap tertuduh pada akhir kes

end of the prosecution’s case pendakwaan

​Huraian:

Untuk menunjukkan sesuatu yang telah berlaku, penterjemah menambah akhiran -ed dalam perkataan

‘provide’ yang menjadi ‘provided. Ayat di atas adalah contoh kala lampau. Penterjemah memilih

padanan yang paling hampir iaitu ‘memperuntukkan’ untuk menggambarkan sesuatu yang telah berlaku.

Selain itu, penterjemah juga telah menterjemah ‘had been made out’ kepada ‘telah dibuktikan’ dalam

bahasa Melayu. Ayat kedua diatas ialah contoh kala lampau. Penggunaan perkataan ‘had’

menggambarkan sesuatu yang telah berlaku dan untuk menggambarkan sesuatu yang telah berlaku,

penterjemah telah menggunakan padanan paling hampir iaitu dengan penambahan perkataan ‘telah’

sebelum ‘dibuktikan’.

2) Perbandingan peringkat frasa

6
Frasa nama untuk bahasa Melayu menggunakan hukum D/M atau Hukum Diterang-Menerang. Hukum

D/M ialah peraturan dalam Bahasa Melayu yang menetapkan perkataan yang diterangkan mesti hadir

sebelum unsur yang menerangkan. Hukum ini digunakan untuk menyusun kata nama majmuk.

Contoh:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

1. dangerous drugs offences 1. kesalahan dadah berbahaya

2. Prima facie 2. Prima facie

​Huraian:

Dalam Bahasa Inggeris, kata adjektif wujud untuk menerangkan kata nama yang diterangkan.

Berdasarkan terjemahan ‘kesalahan dadah berbahaya’ perbezaan penyusunan kata nama antara Bahasa

Inggeris dan Bahasa Melayu ditunjukkan. Bahasa Melayu menggunakan hukum D/M, manakala Bahasa

Inggeris meletakkan kata adjektif sebelum kata nama. Oleh hal yang demikian, ‘dangerous’ dalam bahasa

Inggeris berada di hadapan kerana ia adalah adjektif tetapi terjemahan bahasa Melayunya. ‘berbahaya’

berada di belakang untuk menerangkan ‘kesalahan dadah’.

Untuk ayat yang kedua, tiada perbezaan kedudukan untuk frasa ‘prima facie’ kerana ia akan menjadi frasa

yang salah sekiranya dibetulkan kerana prima facie adalah merupakan frasa adjektif yang menerangkan

sahaja.

3) Perbandingan Peringkat Ayat

Bahasa Melayu mempunyai 4 pola ayat, dan adalah berbeza dengan bahasa Inggeris dari segi

penstrukturan ayat. Pola tersebut ialah Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja

(FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FK) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN).

Bahasa Inggeris berbeza dari segi penstrukturan ayat kerana hanya mempunyai 1 pola ayat iaitu

menggunakan struktur Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK).

7
Contoh:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

1. the prosecution must have ‘​adduced 1. pihak pendakwaan haruslah

credible evidence proving each ‘​mengemukakan bukti yang boleh

ingredient of the offence ​which if dipercayai yang membuktikan setiap

unrebutted or unexplained would warrant unsur kesalahan yang jika tidak dibantah

a conviction’ atau tidak dapat dijelaskan akan

menyebabkan sabitan’

2. The police had been monitoring ​the 2. Pihak polis telah memerhati ​keluar

goings-on at a particular house for masuk sebuah rumah selama beberapa

several days and pounced into action hari dan bertindak ​apabila sebuah kereta

when a car drove up and its occupant datang dan pemandunya memasuki rumah

entered the house. tersebut.

​Huraian:

Ayat yang pertama, terjemahan Bahasa Melayu adalah berdasarkan struktur FN+ FA manakala ayat

dalam Bahasa Inggeris menggunakan struktur FN + FK. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu

adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan lain seperti

kata bantu atau kata penguat. Untuk ayat di atas, ‘bukti yang boleh dipercayai’ ialah Frasa Adjektif.

Untuk ayat kedua, struktur ayat dalam dua bahasa adalah sama iaitu menggunakan pola FN + FK di mana

selepas ‘polis’ terdapat kata kerja ‘telah memerhati’ yang sama seperti Bahasa Inggeris.

2.2 KAEDAH- KAEDAH PENTERJEMAHAN

8
Menurut Vinay dan Dalbernet (1958), terdapat dua kaedah terjemahan yang boleh digunakan oleh

penterjemah iaitu kaedah terjemahan langsung dan tidak langsung. Kaedah terjemahan langsung

merupakan kaedah yang menekankan persamaan dari segi format, rima rentak dan bentuk agar teks

sasaran menyamai teks sumber. Kaedah terjemahan tidak langsung pula membenarkan penterjemah

mengadaptasi, mengubah suai, menokok tambah dan membuang unsur-unsur seperti morfologi, sintaksis,

semantik, stilistik serta bentuk keseluruhan wacana asal (Firdaus, Zaki & Redha, 2017). Contoh ​kae​dah

terjemahan langsung adalah kaedah pinjaman, kaedah pinjam terjemah dan kaedah terjemah literal

manakala kaedah terjemahan tidak langsung adalah seperti kaedah transposisi, modulasi, persamaan dan

adaptasi.

2.2.1 Kaedah Pinjaman (Borrowing)

Kaedah pinjaman merupakan satu kaedah di mana bahasa sasaran akan meminjam kata dan konsep

bahasa sumber tanpa melakukan sebarang perubahan yang ketara semasa proses terjemahan. Kaedah ini

digunakan apabila sesuatu kata dalam bahasa sumber tidak wujud dalam bahasa sasaran dan kesukaran

untuk menukarkan perkataan yang sesuai dan tepat dalam bahasa sasaran.

Contoh:

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

1. Prima facie 1. Prima facie

2. Methamphetamine 2. Methamphetamine

3. Respondent 3. Responden

4. Premises 4. Premis

5. Restaurant 5. Restoran

Huraian:

9
Berdasarkan contoh di atas, perkataan seperti ‘prima facie’ merupakan perkataan Latin yang dipinjam

yang mana menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ianya membawa maksud ‘pada pandangan pertama’.

Selain itu, perkataan ‘methamphetamine’ merupakan istilah perubatan yang dipinjam kerana tiada istilah

lain yang sesuai untuk digunakan dalam konteks ayat di atas bagi menerangkan jenis dadah yang

digunakan. Terdapat juga perkataan-perkataan yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris seperti

‘respondent’, ‘premises’ dan ‘restaurant’ digunakan dalam konteks ayat di atas tetapi berlaku sedikit

perubahan dari segi ejaan dan kosonan bagi menyesuaikan dengan sebutan Bahasa Melayu tanpa

mengubah makna asal perkataan-perkataan tersebut.

2.2.2 Kaedah Penggantian (Harfiah/ Literal Translation)

Kaedah ini digunakan dengan menggantikan perkataan atau frasa dalam ayat tanpa perlu melakukan

perubahan yang besar terhadap kedudukan struktur atau susunannya. Dalam kata lain, penterjemah akan

menterjemah setiap perkataan teks sumber satu demi satu tanpa satu kata pun ditinggalkan ke dalam teks

sasaran.

Contoh:

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

1. The police had been monitoring the 1. Pihak polis telah memerhati keluar masuk

goings-on at a particular house for sebuah rumah selama beberapa hari dan

several days and pounced into action bertindak apabila sebuah kereta datang

when a car drove up and its occupant dan pemandunya memasuki rumah

entered the house. tersebut.

2. The men were caught and arrested and 2. Lelaki-lelaki tersebut ditangkap dan ditahan

the police party searched the premises dan pihak polis menggeledah premis

tersebut dan mendapati terdapat 15,821g

10
and recovered 15,821g of methamphetamine.

methamphetamine.

3. On those facts, the trial judge ruled that 3​. Berdasarkan fakta tersebut, hakim

the prosecution had made out a prima perbicaraan memutuskan bahawa pihak

facie case and called on Abdullah to make pendakwaan telah membuktikan kes

his defence. prima facie dan meminta Abdullah untuk

membela diri.

4. Abdullah was charged with trafficking in 4. Abdullah dituduh mengedar 4,213g ganja

4,213g of cannabis while Reza, Hassan sementara Reza, Hassan dan Mahmood —

and Mahmood — all Iranians — were kesemuanya warganegara Iran — dituduh

jointly charged with trafficking in 15,821g bersama dengan mengedarkan 15,821g

of methamphetamine. methamphetamine.

5. In the instant appeals, Abdullah, Reza and 6. Dalam rayuan semasa, Abdullah, Reza

Hassan appealed against their conviction dan Hassan mengemukakan rayuan

and sentence while the Public Prosecutor terhadap sabitan dan hukuman mereka

appealed against Mahmood’s acquittal. sementara pendakwa raya merayu

terhadap pembebasan Mahmood.

Huraian:

Berdasarkan contoh-contoh di atas, kaedah terjemahan literal telah digunakan oleh penterjemah apabila

setiap perkataan di dalam bahasa sumber diterjemah satu demi satu tanpa mengalami perubahan yang

besar dan ketara di dalam ayat.

2.2.3 Kaedah Persamaan

11
Kaedah persamaan adalah kaedah yang memerlukan penterjemah untuk menterjemah bahasa sumber

dengan perkataan yang paling hampir dan setanding dengan perkataan di dalam bahasa sumber seperti

mana yang diterangkan oleh Nida (1964) dalam karyanya “The Theory and Practice of Translation”.

Penterjemah tidak dapat menggunakan persamaan yang tepat ketika menterjemah kerana tidak ada dua

perkataan yang mempunyai makna yang benar-benar sama dalam dua bahasa yang berlainan. Oleh itu,

kaedah ini wujud bagi membolehkan penterjemah untuk menterjemah sumber teks dengan menggunakan

persamaan yang paling dekat maknanya dalam teks sasaran.

Contoh:

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

1. Cannabis 1. Ganja

2. Public Prosecution 2. Pendakwa Raya

3. Sentences 3. Hukuman

4. Pounced 4. Bertindak

5. Double-storey shop house 5. Rumah kedai dua tingkat

Huraian:

Berdasarkan contoh-contoh di atas, penterjemah telah menggunakan perkataan yang paling hampir dan

setanding di dalam bahasa sasaran agar maksud ayat yang ingin diterjemah di dalam bahasa sumber dapat

diterjemah dengan baik dan mudah difahami oleh pembaca. Sebagai contoh, perkataan ‘cannabis’ yang

apabila diterjemah membawa maksud ganja membawa maksud yang lebih mudah difahami dan dekat

dengan pengguna bahasa melayu. Selain itu, perkataan ‘sentences’ yang membawa maksud hukuman juga

membawa maksud ‘ayat-ayat’, tetapi perkataan hukuman digunakan untuk menerangkan ayat dengan

tepat. Begitu juga dengan perkataan yang lain iaitu ‘public prosecution’ yang bermaksud pendakwa raya,

‘pounced’ yang bermaksud bertindak dan ‘double-storey shop house’ yang bermakna rumah kedai dua

12
tingkat, yang mana ketiga-tiga contoh ini diterjemah di dalam bahasa sasaran dengan perkataan yang

paling hampir dan setanding dengan makna di dalam bahasa sumber.

2.3 PADANAN MAKNA

Konsep persamaan atau padanan makna boleh ditakrifkan sebagai satu usaha penterjemah untuk

memadankan teks bahasa sasaran agar terjemahan yang dihasilkan membawa maksud yang sama seperti

penulisan dalam bahasa sumber. Konsep ini telah diperkenalkan pada sekitar tahun 1960-an dan 1970-an

di mana para penterjemah pada ketika itu beranggapan bahawa teks bahasa sumber boleh berkongsi nilai

yang sama (equivalent) dengan teks bahasa sasaran. Menurut Moore (2009), persamaan formal

melibatkan proses terjemahan perkataan kepada perkataan, manakala persamaan dinamik merupakan

terjemahan makna kepada makna. Manakala Hasuria (1997) menekankan bahawa konsep pemadanan

makna ini melibatkan proses penterjemahan ke bahasa sasaran yang membawa maksud seiring dengan

bahasa sumber melalui pemadanan setiap perkataan, frasa, klausa, ayat atau perenggan yang terlibat.

Selain itu, Nida (1964) melalui bukunya yang bertajuk ​Toward A Science of Translation,​ menegaskan

bahawa dua konsep asas yang terlibat iaitu persamaan formal dan persamaan dinamis sangat penting

kerana ianya dapat membantu untuk mencari pemadanan yang paling hampir ​(the closest possible

equivalent).​ Menurut beliau, penterjemah haruslah memastikan teks sasaran yang dihasilkan mempunyai

padanan makna yang terdekat supaya mesej yang ingin disampaikan oleh penulis asal dapat diterima

dengan baik oleh para pembaca. Sebagai contoh, teks yang mengandungi elemen budaya perlu

diterjemahkan dengan mencari padanan elemen budaya yang sesuai ke bahasa sasaran, kata kerja

hendaklah diterjemahkan kepada bentuk kata kerja dan sebagainya. Nida (1964) juga turut

memperkenalkan empat jenis padanan dalam terjemahan iaitu satu lawan satu, satu lawan banyak, banyak

lawan satu dan satu lawan tiada. Jenis jenis padanan ini akan dihuraikan berserta contoh pada perenggan

seterusnya.

13
2.3.1 Satu Lawan Satu

Satu lawan satu merupakan jenis padanan makna yang melibatkan perkataan daripada bahasa sumber

mempunyai hanya satu padanan sahaja dalam bahasa sasaran. Oleh itu para penterjemah perlu

memadankan perkataan yang sesuai dalam teks sasaran seperti apa yang dimaksudkan dalam bahasa

sumber. Hal ini tidak akan menimbulkan sebarang masalah kerana padanan perkataan yang sesuai sudah

wujud dan penterjemah hanya tinggal untuk memilih padanan yang sesuai sahaja.

Contoh:

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

1. Case 1. Kes

2. Police 2. Polis

3. Car 3. Kereta

Huraian:

Jadual di atas merupakan contoh penggunaan konsep padanan makna satu lawan satu kerana

perkataan-perkataan ini hanya mempunyai satu padanan makna sahaja bagi bahasa sumber dan bahasa

sasaran.

2.3.2 Satu Lawan Banyak

Konsep satu lawan banyak merupakan jenis padanan makna yang melibatkan satu perkataan dari bahasa

sumber yang mempunyai banyak padanan makna dalam bahasa sasaran. Oleh itu, penterjemah haruslah

berhati-hati ketika memilih padanan makna yang sesuai bagi perkataan yang terlibat agar makna teks

sumber tidak lari dan maksud asal penulis dapat disampaikan dengan baik kepada pembaca.

Contoh:

14
Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

1. Charges 1. Disabitkan, Mengenakan bayaran

Huraian:

Perkataan- perkataan di atas merupakan contoh penggunaan konsep padanan makna satu lawan banyak

satu kerana perkataan-perkataan dari bahasa sumber ini membariskan beberapa padanan makna dalam

bahasa sasaran.

2.3.3 Banyak Lawan Satu

Konsep banyak lawan satu merupakan jenis padanan makna yang melibatkan perkataan dari bahasa

sumber mempunyai banyak makna, akan tetapi hanya ada satu padanan yang sesuai dalam bahasa sasaran.

Contoh:

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

1. Arrest, Caught 1. Tangkap

2. Raised, Cast 2. Menimbulkan

3. Barged, Raiding 3. Serbu

4. Made Out, Proving 4. Membuktikan

Huraian:

Contoh dia atas merupakan padanan makna banyak lawan satu kerana bahasa sumbernya membariskan

beberapa perkataan yang membawa maksud yang sama, akan tetapi, hanya terdapat satu padanan makna

yang sesuai dalam bahasa sasaran.

2.3.4 Banyak Lawan Banyak

15
Konsep banyak lawan banyak merupakan jenis padanan makna yang melibatkan perkataan dari bahasa

sumber dan bahasa sasaran, di mana perkataan dari kedua-dua bahasa ini mempunyai banyak padanan

makna yang sesuai yang boleh digunapakai ketika menterjemah.

Contoh:

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

1. Found, Recovered 1. Dijumpai, Mendapati

Huraian:

Perkataan- perkataan di atas merupakan contoh padanan makna banyak lawan banyak kerana perkataan

dari bahasa sumber dan bahasa sasaran membariskan banyak perkataan yang membawa maksud yang

sama.

2.3.5 Satu Lawan Kosong

Konsep satu lawan kosong merupakan jenis padanan makna yang melibatkan tiada padanan makna yang

boleh digunakan oleh penterjemah ketika menterjemah teks sumber ke dalam bahasa sasaran. Oleh itu,

penterjemah tidak mengantikkan perkataan itu dengan perkataan lain kerana perkataan dari bahasa

sumber itu tidak mempunyai padanan dalam bahasa sasaran.

Contoh:

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

1. ​The appellants in Appeal Nos 56 (‘Abdullah’), 1. Perayu dalam Rayuan No 56 (‘Abdullah’), 205

205 (‘Reza’) and 206 (‘Hassan’) and the (‘Reza’) dan 206 (‘Hassan’) dan responden dalam

respondent in Appeal No 207 (‘Mahmood’) were Rayuan No 207 (‘Mahmood’) disabitkan dan

convicted and sentenced to death by the High dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi.

Court.

16
2. On those facts, the trial judge ruled that the 2. Berdasarkan fakta tersebut, hakim perbicaraan

prosecution had made out ​a prima facie case and memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah

called on Abdullah to make his defence. membuktikan kes prima facie dan meminta

Abdullah untuk membela diri.

3.Various types ​of drug manufacturing/processing 3.​Pelbagai jenis peralatan pembuatan/pemprosesan

equipment and chemicals were also found in the dan bahan kimia juga didapati di premis tersebut.

premises.

Huraian:

Contoh di atas merupakan konsep padanan makna satu lawan kosong kerana tiada padanan makna yang

sesuai dapat digantikan dari bahasa sumber ke bahasa sasaran. Perkataan yang dihitamkan dalam bahasa

sumber merupakan contoh dari teks terjemahan di mana tidak terdapat terjemahan yang sebenar dalam

bahasa sasaran yang boleh digunapakai ketika menterjemah.

2.4 PERISTILAHAN

Konsep peristilahan adalah satu aspek yang penting dalam proses penterjemahan dan pembinaan bahasa

Melayu. Secara amnya, penggubalan istilah dalam pelbagai bidang ilmu berkembang selari dengan

perkembangan ilmu dan teknologi. Menurut Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad (2009), istilah adalah

kata atau gabungan kata yang berfungsi untuk memberi makna yang eksklusif berdasarkan bidang ilmu

yang berbeza untuk menerangkan makna, konsep proses, keadaan atau sifat khusus bagi sesuatu ilmu.

Setiap istilah perlu mempunyai definisi tertentu dalam bidang tertentu agar mudah dipelajari dan difahami

oleh pembacanya. Istilah ini amat penting dalam bidang perundangan kerana bidang ini mempunyai

istilah-istilah tertentu yang khusus untuk diguna pakai. Sebagai contoh, istilah ‘fugitive offender’ dalam

bahasa sumber ditukar kepada ‘pesalah buruan’ dalam bahasa Melayu. Antara contoh lain, istilah

‘plaintiff’ dalam bahasa sumber ditukar kepada ‘plaintif’ dalam bahasa melayu. Hal yang sedemikian

17
penting bagi pihak perundangan dalam memberi penerangan mengenai sesuatu perkara. Justeru itu, proses

peristilahan perlulah mengikut kaedah-kaedah yang tertentu iaitu kaedah pinjaman langsung, kaedah

pinjaman ubah suai, kaedah menterjemah bentuk/rupa, kaedah penggantian, kaedah pinjaman separa,

kaedah pinjam terjemah dan kaedah menterjemah fungsi.

2.4.1 Kaedah Pinjam Langsung

Dalam proses pembinaan istilah bahasa Melayu, sesuatu istilah bahasa asing boleh dipinjam secara

sepenuhnya jika istilah itu lebih sesuai maksudnya dan dapat memudahkan penyelarasan sesuatu istilah.

Kebiasaannya, istilah yang dipinjam sepenuhnya adalah sesuatu idea yang baharu dan tidak pernah wujud

dalam bahasa sasaran.

Contoh 1:

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

Thereafter called for their defence after ruling Kemudian meminta mereka membela diri setelah

that a ​prima facie​ case had been made out. memutuskan bahawa kes ​prima facie ​telah

dibuktikan.

​Huraian:

Merujuk contoh di atas, istilah ‘prima facie’ dipinjam sepenuhnya dari bahasa sasaran kerana ia dapat

memberi padanan yang sesuai dan tepat dalam bidang perundangan. Justeru itu, istilah tersebut dapat

memudahkan proses menerangkan sesuatu kes dan mudah difahami oleh orang awam.

Contoh 2:

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

18
Reza, Hassan and Mahmood — all Iranians — Reza, Hassan dan Mahmood — kesemuanya

were jointly charged with trafficking in warganegara Iran — dituduh bersama dengan

15,821g of ​methamphetamine. mengedarkan 15,821g ​methamphetamine.

​Huraian:

Berdasarkan contoh di atas, istilah “methamphetamine” adalah merupakan satu jenis dadah dan istilah itu

dipinjam secara menyeluruh dalam bahasa Melayu. Hal yang sedemikian adalah kerana jika ditukar

kepada istilah lain, ia akan menyukarkan orang ramai untuk memahami maksud istilah tersebut.

Contoh 3:

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

Reza and Hassan, on the other hand, said they Reza dan Hassan, sebaliknya, mengatakan

merely followed one ​Mehdi in his car to the mereka hanya mengikuti seorang ​Mehdi di

house... dalam keretanya ke rumah...

Huraian:

Merujuk contoh di atas, istilah ‘Mehdi’ adalah merupakan satu istilah yang dipinjam secara menyeluruh.

Mehdi membawa maksud ‘petunjuk’ dan berasal daripada Arab. Oleh itu, jika istilah itu ditukar kepada

istilah yang lain, orang awam akan menghadapi kesukaran untuk memahaminya.

2.4.2 Kaedah Pinjaman Ubah Suai

Dalam kaedah ini, sesuatu istilah akan dipinjam dan disesuaikan ejaannya dalam bahasa sasaran. Namun

begitu, istilah bahasa sasaran tidak akan mempunyai ejaan yang amat berbeza dengan bahasa sumber

kerana hanya beberapa ejaan yang ditukarkan.

Contoh 1:

19
Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

The ​respondent in Appeal No 207 Responden dalam Rayuan No 207

(‘Mahmood’) were convicted and sentenced to (‘Mahmood’) disabitkan dan dijatuhkan

death by... hukuman mati oleh ..

​Huraian:

Berdasarkan contoh di atas, istilah ‘respondent’ ditukarkan kepada ‘responden’. Hal yang sedemikian

kerana istilah itu telah disesuaikan ejaannya dalam bahasa sasaran.

Contoh 2:

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

restaurant where he worked when the ​police tempat beliau bekerja ketika ​polis

arrested​ him. menangkapnya.

​Huraian:

Merujuk contoh di atas, istilah ‘police’ ditukar kepada ‘polis’. Hal ini kerana berlakunya penyesuaian

ejaan dalam bahasa sumber. Istilah ‘police’ agak janggal jika dipinjam secara sepenuhnya dalam bahasa

Melayu. Oleh itu, istilah ‘polis’ adalah lebih tepat untuk digunakan.

Contoh 3:

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

Various types of drug Pelbagai jenis peralatan

manufacturing/processing equipment and pembuatan/pemprosesan dan bahan kimia juga

chemicals were also found in the ​premises​. didapati di ​premis​ tersebut.

20
​Huraian:

Berdasarkan contoh di atas, istilah ‘premises’ dalam bahasa sumber ditukar kepada ‘premis’ dalam bahasa

Melayu. Hal ini kerana istilah itu telah disesuaikan ejaannya dalam bahasa sasaran untuk memberi makna

yang lebih tepat dan mudah difahami.

2.4.3 Kaedah Menterjemah Bentuk/Rupa

Dalam kaedah ini, sesuatu istilah akan ditukarkan mengikut bentuk atau rupa sesuatu benda itu. Namun

begitu, istilah tersebut tidak ditukar secara literal ke dalam bahasa sumber. Hal ini kerana ia dinamakan

dan disesuaikan dengan rupanya.

Contoh 1:

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

Abdullah was charged with trafficking in Abdullah dituduh mengedar 4,213g ​ganja

4,213g of ​cannabis​.

Huraian:

Berdasarkan contoh di atas, istilah ‘cannabis’ telah ditukar kepada ’ganja’. Hal yang sedemikian adalah

kerana istilah itu telah dipadankan mengikut rupa dan bentuknya dalam bahasa Melayu.

Contoh 2:

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

He led police to his rented room in ​a Dia membawa polis ke bilik sewanya di

double-storey shop-house where the cannabis sebuah rumah kedai dua tingkat di mana

was found under a table. ganja tersebut dijumpai di bawah meja.

​Huraian:

21
Merujuk contoh di atas, istilah ‘a double-storey shop-house’ telah ditukarkan kepada ‘sebuah rumah kedai

dua tingkat’. Hal yang sedemikian adalah kerana istilah itu dinamakan semula mengikut bentuknya

dengan tepat dan sesuai.

2.4.4 Kaedah Pinjam Terjemah

Cara penggunaan kaedah ini adalah dengan meniru sesuatu konsep atau istilah dan memasukkannya ke

dalam bahasa sasaran. Kaedah ini kebiasaannya melibatkan beberapa patah perkataan yang ditiru secara

literal dan dimasukkan ke dalam teks sasaran. Oleh itu, cara penyampaian istilah itu tidak akan diubah

kerana istilah itu akan ditiru dan ditukarkan dengan menggunakan kegramatisan yang betul.

Contoh 1:

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

Not rebutted the presumption of trafficking. Tidak membantah anggapan pengedaran.

​Huraian:

Berdasarkan contoh di atas, ayat tersebut telah ditukar ke dalam bahasa sasaran secara literal dengan

mengikut kegramatisan yang betul. Ayat tersebut juga tidak kedengaran janggal kerana telah

diterjemahkan dengan tepat.

Contoh 2:

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

Nor cast any reasonable doubt. Tidak menimbulkan keraguan yang munasabah.

​Huraian:

Merujuk contoh di atas, ayat dalam bahasa sumber telah ditiru dan ditukarkan ke dalam bahasa sasaran

secara literal dan mengikut kegramatisan ayat yang betul. Oleh itu, ayat itu telah diterjemahkan dengan

tepat dan mudah difahami oleh pembaca.

22
2.4.5 Kaedah Penggantian

Cara penggunaan kaedah ini adalah dengan mencari padanan istilah yang telah wujud dalam bahasa

Melayu. Oleh itu, istilah itu perlulah sedia ada dalam bahasa Melayu sebelum kaedah ini digunakan.

Contoh 1:

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

The ​appellants in Appeal Nos 56 (‘Abdullah’), Perayu dalam Rayuan No 56 (‘Abdullah’), 205

205 (‘Reza’) and 206 (‘Hassan’) and the (‘Reza’) dan 206 (‘Hassan’) dan responden

respondent in Appeal No 207 (‘Mahmood’) dalam Rayuan No 207 (‘Mahmood’)

were convicted... disabitkan...

Huraian:

Berdasarkan contoh di atas, istilah ‘appallants’ mempunyai padanan yang tepat dalam bahasa Melayu

iaitu ‘perayu’. Hal ini kerana kedua-dua perkataan ini memberi maksud yang sama dan sepadan.

Contoh 2:

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

On appeal, the Court of Appeal ​quashed Semasa rayuan, Mahkamah Rayuan

Mahmood’s conviction and ​affirmed the membatalkan ​sabitan Mahmood dan

convictions and sentences of the others. mengesahkan​ sabitan dan hukuman yang lain.

Huraian:

Menurut contoh di atas, istilah ‘quashed’ ditukar kepada ‘membatalkan’ kerana istilah tersebut telah sedia

ada dalam bahasa Melayu. Tambahan lagi, istilah ‘affirmed’ juga dapat dipadankan dengan istilah

‘mengesahkan’ kerana konsep istilah tersebut membawa pengertian yang sama dengan bahasa sasaran.

23
Contoh 3:

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

While the Public Prosecutor appealed against Sementara pendakwa raya merayu terhadap

Mahmood’s ​acquittal​. pembebasan​ Mahmood.

Huraian:

Berdasarkan contoh di atas, istilah ‘acquittal’ telah dipadankan dengan istilah ‘pembebasan’. Hal yang

sedemikian adalah kerana istilah itu telah sedia ada dalam bahasa Melayu dan membawa maksud yang

sama.

3.0 KESIMPULAN

Konklusinya, analisis teks yang dijalankan ini telah berjaya mengenal pasti perbandingan di antara kedua

teks dari segi kata, frasa dan ayat, kaedah terjemahan, konsep padanan makna dan kaedah terjemahan

peristilahan yang digunakan oleh penterjemah semasa menterjemah teks sumber ke dalam teks sasaran.

Pertama sekali, bagi perbandingan dari segi kelainan bahasa, dapat dilihat penterjemah telah

membandingkan teks secara berperingkat bermula dari peringkat kata, frasa dan ayat. Perbandingan

secara berperingkat dapat membuat penterjemah lebih memahami struktur teks yang diterjemah dengan

lebih teliti.

Seterusnya, dua kaedah utama terjemahan yang digunakan oleh penterjemah di dalam teks terjemahan

adalah kaedah formal dan dinamik. Bagi kaedah formal, penterjemah menggunakan kaedah pinjaman dan

penggantian manakala bagi kaedah dinamik pula, penterjemah menggunakan kaedah persamaan. Namun

begitu, selepas dianalisis kedua-dua teks sumber dan teks sasaran, dapat disimpulkan bahawa penterjemah

lebih menumpukan kaedah formal iaitu kaedah penggantian. Di dalam analisis ini dapat dilihat bahawa

penterjemah lebih cenderung untuk menterjemah teks sumber menggunakan kaedah penggantian atau

24
literal kerana ayatnya yang lebih mudah untuk difahami dan tidak mengubah makna asal ayat teks sumber

dengan ketara.

Selain itu, penterjemah dalam analisis ini juga telah menggunakan beberapa konsep padanan makna

dinamis dalam hasil terjemahannya seperti satu lawan satu, satu lawan banyak, banyak lawan satu, banyak

lawan banyak dan satu lawan kosong. Setiap konsep padanan makna yang digunakan oleh penterjemah

dalam analisis ini telah berjaya memadankan teks sasaran dengan teks sumber dengan tepat agar

terjemahan yang dihasilkan membawa maksud dan nilai yang sama. Sebagai contoh, padanan makna satu

lawan banyak yang digunakan oleh penterjemah telah berjaya menterjemah beberapa istilah yang

membawa banyak makna seperti ‘sentences’. Pada umum, istilah ini mungkin akan difahami sebagai

perkataan, namun, dalam sudut undang-undang istilah ini membawa maksud ‘hukuman’. Bagi pembaca

yang tidak mempunyai kemahiran bahasa yang tinggi atau pengetahuan dalam bidang-bidang

undang-undang, mereka mungkin tidak dapat memahami sepenuhnya ayat teks sumber sekiranya ianya

diterjemah dengan salah. Namun begitu, dapat dilihat bahawa penterjemah telah menterjemah dengan

baik sekali apabila setiap padanan makna yang digunakan adalah tepat dan membawa maksud yang sama

walaupun istilah tersebut mempunyai beberapa makna yang lain.

Di samping itu, bagi analisis peristilahan dapat dilihat bahawa penterjemah telah menggunakan empat

kaedah terjemahan istilah iaitu kaedah pinjam langsung, kaedah pinjaman ubah suai, kaedah terjemahan

bentuk/rupa dan kaedah pinjam terjemah. Keempat-empat kaedah ini telah digunakan oleh penterjemah

dalam menterjemah teks sumber agar teks sasaran menjadi lebih mudah difahami oleh pembaca dan mesej

teks sumber dapat disampaikan dengan baik. Kaedah terjemahan peristilahan ini penting dalam proses

terjemahan kerana kadang-kadang terdapat beberapa istilah yang sukar untuk diterjemah kerana alasan

seperti tiada istilah yang sesuai wujud dalam bahasa sasaran bagi mengantikan istilah tersebut, maka

konsep ini muncul sebagai panduan untuk penterjemah dalam menterjemah karya mereka dengan lebih

mudah. Sebagai contoh di dalam analisis di atas, kaedah pinjam langsung yang mengekalkan istilah asal

25
walaupun selepas diterjemah, telah memberi kemudahan kepada penterjemah untuk menterjemah dan

menyampaikan mesej teks sumber ke dalam teks sasaran.

Sebagai penutup wacana, dapat disimpulkan bahawa teks “Abdullah Bin Atan V Public Prosecutor And

Other Appeals [2020] 6 Mlj 727” hasil terjemahan Ashok Kumar, merupakan sebuah terjemahan yang

baik kerana ianya mudah difahami oleh pembaca lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak mempunyai

pengetahuan dalam bidang undang-undang. Hal ini kerana, mesej dan makna yang ingin disampaikan di

dalam teks asal diterjemah tanpa melibatkan banyak perkataan yang kompleks dan suka difahami oleh

pembaca. Kesannya, masalah untuk memahami kedua-dua teks sumber dan sasaran tidak akan timbul

kerana seperti yang dimaklumkan di atas bahawa penterjemah lebih memfokuskan kaedah terjemahan

literal yang sememangnya memfokuskan kepentingan pemahaman pembaca lebih daripada apa-apa pun.

26
4.0 RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Keempat

Mat Dehan, A.A. et al. International Journal of Language Education and Applied Linguistics

(IJLEAL) 2014, Vol. 1, 77-86

Nida, E.A. dan Taber, C. (1969). The Theory and Practice of Translation. Leiden: Brill.

Peter Newmark (1988). A Textbook of Translation. UK: Prentice Hall Internasional

Sharif, S. (​2014). Bab 2 Padanan Dalam Terjemahan. Dipetik daripada

http://studentsrepo.um.edu.my/4596/3/B2-Padanan.pdf

Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad (2009). ​Perkembangan pembentukan istilah Bahasa Melayu di

Malaysia.​ Indonesia: Kimli Malang.

27
LAMPIRAN TEKS SUMBER

The appellants in Appeal Nos 56 (‘Abdullah’), 205 (‘Reza’) and 206 (‘Hassan’) and the respondent in

Appeal No 207 (‘Mahmood’) were convicted and sentenced to death by the High Court on charges of

trafficking in dangerous drugs contrary to s 39B(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952 (‘the DDA’).

Abdullah was charged with trafficking in 4,213g of cannabis while Reza, Hassan and Mahmood — all

Iranians — were jointly charged with trafficking in 15,821g of methamphetamine. On appeal, the Court

of Appeal quashed Mahmood’s conviction and affirmed the convictions and sentences of the others. In

the instant appeals, Abdullah, Reza and Hassan appealed against their conviction and sentence while the

Public Prosecutor appealed against Mahmood’s acquittal.

The prosecution’s case against Abdullah was that following his arrest by a police party, whom he had

tried to run away from when approached, on a roadside, he led police to his rented room in a

double-storey shop-house where the cannabis was found under a table. Since Abdullah had pointed out

where the drugs were kept, the trial judge concluded that he had knowledge and actual possession of the

cannabis and invoked the presumption under s 37(da) of the DDA that he was trafficking in the drug. On

those facts, the trial judge ruled that the prosecution had made out a prima facie case and called on

Abdullah to make his defence. Abdullah’s denial of knowledge of the drugs and his claim that it belonged

to a woman who shared his room did not find favour with the trial judge in the absence of evidence to

indicate that a woman was also occupying the premises. Abdullah was convicted and sentenced on the

trial court finding that he had not rebutted the presumption of trafficking nor that he had raised a

reasonable doubt on the prosecution’s case.

The police had been monitoring the goings-on at a particular house for several days and pounced into

action when a car drove up and its occupant entered the house. T​he police party barged into the house

after breaking down the front door and rushed up to the fourth floor where they saw three men (said to be

Reza, Hassan and Mahmood) trying to flee through the roof. ​The men were caught and arrested and the

28
police party searched the premises and recovered 15,821g of methamphetamine. Various typ​es of drug

manufacturing/processing equipment and chemicals were also found in the premises. Finding that the

element of possession had been established against the three men, the trial judge invoked the presumption

of trafficking against them under s 37(da) and thereafter called for their defence after ruling that a prima

facie case had been made out. Mahmood claimed he had nothing to do with the house or the drugs and

that he had just arrived at the house to deliver food from a restaurant where he worked when the police

arrested him. Reza and Hassan, on the other hand, said they merely followed one Mehdi in his car to the

house and had fallen asleep when they were suddenly woken up by the raiding police party. The trial

judge found the defences of all the three to be bare denials and convicted them after finding they had not

rebutted the presumption of trafficking nor cast any reasonable doubt on the prosecution’s case.

In the instant appeals, Abdullah, Reza and Hassan raised a common point of law, ie, that a prima facie

case of trafficking could not be made out simply by invoking the presumption of trafficking under s

37(da) of the DDA. ​They argued that a statutory presumption was not evidence and that s 180(4) of the

Criminal Procedure Code (‘the CPC’) provided that to determine whether a prima facie case had been

made out against an accused at the end of the prosecution’s case​, the prosecution must have ‘adduced

credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would

warrant a conviction’. The prosecution replied that, int​er alia, s 180(4) of the CPC was a law of general

application for the purpose of finding whether a prima facie case had been made out, but since the DDA

was a specific law to deal with dangerous drugs offences, the presumption under s 37(da) of the DDA was

credible evidence to establish a prima facie case of trafficking.

29
LAMPIRAN TEKS SASARAN

Perayu dalam Rayuan No 56 (‘Abdullah’), 205 (‘Reza’) dan 206 (‘Hassan’) dan responden dalam Rayuan

No 207 (‘Mahmood’) disabitkan dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi terhadap

pertuduhan pengedaran dadah berbahaya yang bertentangan dengan s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya

1952 (‘ADB’). Abdullah dituduh mengedar 4,213g ganja sementara Reza, Hassan dan Mahmood —

kesemuanya warganegara Iran — dituduh bersama dengan mengedarkan 15,821g methamphetamine.

Semasa rayuan, Mahkamah Rayuan membatalkan sabitan Mahmood dan mengesahkan sabitan dan

hukuman yang lain. Dalam rayuan semasa, Abdullah, Reza dan Hassan mengemukakan rayuan terhadap

sabitan dan hukuman mereka sementara pendakwa raya merayu terhadap pembebasan Mahmood.

Kes pendakwaan terhadap Abdullah adalah berikutan penangkapannya oleh pihak polis, yang mana beliau

cuba melarikan diri apabila dihampiri, di tepi jalan, dia membawa polis ke bilik sewanya di sebuah rumah

kedai dua tingkat di mana ganja tersebut dijumpai di bawah meja. Oleh kerana Abdullah telah

menunjukkan di mana dadah tersebut disimpan, hakim perbicaraan menyimpulkan bahawa beliau

memiliki pengetahuan dan pemilikan sebenarnya ganja tersebut dan mengguna pakai anggapan di bawah

37(da) ADB bahawa beliau mengedar dadah tersebut. ​Berdasarkan fakta tersebut, hakim perbicaraan

memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie dan meminta Abdullah untuk

membela diri. ​Penafian Abdullah tentang pengetahuan mengenai dadah dan dakwaan bahawa ianya

adalah milik seorang wanita yang berkongsi biliknya tidak mendapat sokongan hakim perbicaraan dengan

ketiadaan bukti yang menunjukkan bahawa seorang wanita juga mendiami premis tersebut. Abdullah

disabitkan dan dijatuhkan hukuman di mahkamah perbicaraan berdasarkan dapatan bahawa beliau tidak

membantah anggapan pengedaran dan juga tidak menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes

pendakwaan.

Pihak polis telah memerhati keluar masuk sebuah rumah selama beberapa hari dan bertindak apabila

sebuah kereta datang dan pemandunya memasuki rumah tersebut. ​Pihak polis menyerbu masuk ke dalam

30
rumah setelah memecah pintu depan dan bergegas ke tingkat empat di mana mereka melihat tiga lelaki

(dikatakan Reza, Hassan dan Mahmood) cuba melarikan diri melalui bumbung. ​Lelaki-lelaki tersebut

ditangkap dan ditahan dan pihak polis menggeledah premis tersebut dan mendapati terdapat 15,821g

methamphetamine. ​Pelbagai jenis peralatan pembuatan/pemprosesan dan bahan kimia juga didapati di

premis tersebut. Setelah mendapati bahawa unsur pemilikan telah dibuktikan terhadap ketiga-tiga lelaki

tersebut, hakim perbicaraan mengguna pakai anggapan pengedaran terhadap mereka di bawah s 37(da)

dan kemudian meminta mereka membela diri setelah memutuskan bahawa kes prima facie telah

dibuktikan. Mahmood mendakwa beliau tidak ada kaitan dengan rumah atau dadah tersebut dan bahawa

beliau baru tiba di rumah tersebut untuk menghantar makanan dari sebuah restoran tempat beliau bekerja

ketika polis menangkapnya. Reza dan Hassan, sebaliknya, mengatakan mereka hanya mengikuti seorang

Mehdi di dalam keretanya ke rumah dan tertidur ketika mereka tiba-tiba terjaga oleh pihak polis yang

melakukan serbuan. Hakim perbicaraan mendapati pembelaan ketiga-tiganya adalah penafian kosong

semata-mata dan mensabitkan mereka setelah mendapati mereka tidak membantah anggapan pengedaran

atau menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam rayuan semasa, Abdullah, Reza dan Hassan membangkitkan persoalan undang-undang yang sama,

yakni, bahawa kes prima facie pengedaran tidak dapat dibuktikan hanya dengan mengguna pakai

anggapan pengedaran di bawah s 37(da) ADB. Mereka berpendapat bahawa anggapan undang-undang

bukanlah suatu keterangan dan bahawa s 180(4) Kanun Tatacara Jenayah (‘KTJ’) memperuntukkan

bahawa dalam menentukan sama ada kes prima facie telah dibuktikan terh​adap tertuduh pada akhir kes

pendakwaan, pihak pendakwaan haruslah ‘mengemukakan bukti yang boleh dipercayai yang

membuktikan setiap unsur kesalahan yang jika tidak dibantah atau tidak dapat dijelaskan akan

menyebabkan sabitan’. Pihak pendakwaan menjawab bahawa, antara lain, s 180(4) KTJ adalah pemakaian

undang-undang umum dengan tujuan untuk mengetahui sama ada kes prima facie telah dibuktikan, oleh

kerana ADB adalah undang-undang khusus untuk menangani kesalahan dadah berbahaya, anggapan di

bawah s 37(da) ADB adalah bukti yang dipercayai untuk membuktikan kes pengedaran.

31
32

You might also like