Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LAYANG

69000 GENTING HIGHLANDS,


PAHANG DARUL MAKMUR.
KOD SEKOLAH : CBA0003
No. Tel : 012-2388656 - YDP / 019-2081575 - SU
e – mail : cba0003@moe.edu.my

“ SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG ”

Ruj. Tuan : _______________________________


Ruj. Kami : PIBG 2022/01/01(39)
Tarikh : 24 JUN 2022
En. Mohamad Izzudin bin Hamzah
Pengerusi Majlis Belia Daerah Bentong
Sekretariat Majlis Kbs Daerah
60, Jalan Sri Jaafar,
28700 Bentong
Pahang Darul Makmur

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN SET JERSI BOLA SEPAK SEKOLAH


Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami telah mengesahkan pendaftaran untuk menyertai Kejohanan
Bola Sepak Daerah Bentong Tahun 2022 Bawah 12 Tahun yang akan berlangsung pada 4 – 5 Julai 2022.

3. Sehubungan dengan itu, pihak PIBG ingin memohon sumbangan Set Jersi untuk pasukan bola sepak seko-
lah. Ini adalah kerana Jersi yang sedia ada tidak boleh digunakan lagi kerana telah rosak.

4. Segala bantuan dari pihak Tuan dapat melancarkan lagi pelaksanaan aktiviti tersebut. Sumbangan berben-
tuk cek hendaklah ditulis atas nama PIBG SK Sri Layang. Nombor akaun Bank Rakyat 1101419282.

5. Kerjasama dan keperihatinan dari pihak Tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“ WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menjalankan amanah,

(SURAYNI BINTI ABDUL SIDEK)


Setiausaha
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Sri Layang,
69000 Genting Highlands

Sk - Fail PIBG
Fail Sekolah

_____________________________________________________________________________________________
Akaun PIBG - Bank Rakyat No akaun – 1101419282
- Cek atas nama – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sri Layang

You might also like