Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

3 Musuh Islam Paling Berbahaya (Wahhaby – Syiah – Islam  

Liberal)
Posted on September 3, 2009 by admin
3 SEKAWAN BAHAYA

Pemikiran Wahhabiyah tidak sesuai diamal kerana dikhuatiri boleh pecah belah ummah
 
FELO Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman El-
Muhammady mendedahkan sejak kebelakangan ini aliran selain Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti fahaman
(Wahhabiy), Syiah dan Islam liberal mula menyerang negara menyebabkan sebahagian masyarakat terpengaruh.
 
 
Beliau yang menjadi ahli panel pada Wacana Ilmu bertajuk Ahli Sunnah Wal Jamaah anjuran akhbar Berita Harian
dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), baru-baru ini melahirkan kebimbangan (bahawa) masyarakat dan
negara akan berdepan pelbagai masalah jika perkara (ini) tidak didedahkan. “Ramai yang mempertikaikan kita
menggunakan kitab lama, kononnya tidak moden. (Mereka sebenarnya ingin memodenkan) masyarakat kepada
aliran (pemikiran) Islam liberal. Kita bimbang jika masyarakat tidak didedahkan dengan fahaman yang betul
mengenai Ahli Sunnah Wal Jamaah (pegangan Majlis Agama Negeri dan Fatwa Kebangsaan) nescaya kita akan
berdepan pelbagai masalah termasuk boleh (memberi ancaman) kepada keselamatan negara,” katanya.
 
Ketika ditanya, Sejauh mana fahaman Syiah, aliran Wahhabiy dan Islam liberal mempengaruhi pemikiran umat
Islam, Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Razali Shahabudin berkata,
sukar menafikan wujud segelintir umat Islam negara ini dipengaruhi unsur bertentangan akidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah dan amalan mazhab Syafi’ie. Beliau berkata, setakat ini JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam
Negeri (JAIN) serta pihak keselamatan melalui peruntukan undang-undang dan dasar kerajaan berjaya membendung
penularan fahaman berkenaan. “Pelbagai tindakan pencegahan dilakukan JAKIM dan JAKIM bagi mengelakkan
fahaman itu menjadi serius sama ada melalui fatwa dikeluarkan, majlis penerangan di pelbagai peringkat masyarakat
dan tindakan undang-undang terhadap penganut fahaman berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, fahaman Syiah dan Islam liberal bahaya terhadap umat Islam kerana alasan yang berbeza. Syiah
diharamkan di negara ini melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996 berdasarkan
percanggahan dengan akidah, syariah dan akhlak Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan yang bersidang pada 3 Mei 1996 membuat keputusan menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah
hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.
Memperakukan ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan
hukum syarak dan undang-undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada
pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang. Antara penyelewengan yang dikenal pasti dalam ajaran Syiah
ialah imam adalah maksum, khalifah diwasiatkan secara nas, menolak ijmak ulama, menolak qiyas dan
mengamalkan nikah mutaah (dan banyak lagi penyelewengan).
Sementara fahaman Wahhabiyah pula tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada
perpecahan umat Islam. Itu adalah hasil daripada perbincangan beberapa kali pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan. Semua keputusan adalah menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu khilafiyyah
fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia. Bagaimanapun keputusan itu tidak
memutuskan Wahhabiyyah sebagai ajaran sesat. Razali berkata, mengenai Islam liberal pula setakat ini tidak wujud
mana-mana individu atau organisasi di Malaysia yang menubuhkan apa-apa kumpulan atas nama Islam liberal
seperti berlaku di Indonesia.
 
 
 
Bagaimanapun katanya, wujud fenomena liberal dalam kalangan organisasi dan individu tertentu yang sentiasa
dipantau serta dikaji oleh pihak berkuasa agama. Malah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-74 pada 25- 27 Julai 2006 membincangkan “Aliran Pemikiran Islam
Liberal” dan memutuskan aliran itu adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam. “Antara kesesatan
pemikiran itu ialah berpegang kepada konsep pluralisme agama, meragui ketulenan al-Quran, menggesa tafsiran
baru konsep ibadat, mempertikaikan kredibiliti Nabi SAW dan mempertikaikan hukum-hakam yang muktamad,”
katanya. Beliau berkata, ajaran sesat dan sebarang ajaran baru menyalahi tradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara
ini yang berpegang kepada akidah Asya’irah-Maturidiyyah dan fiqh Syafi’ie, sudah tentu akan menimbulkan rasa
kurang senang umat Islam.
 
Katanya, penyebaran ajaran sesat akan menggugat akidah serta syariah Islam sementara aliran seperti Wahhabiyyah
boleh menimbulkan kekeliruan dan berakhir dengan krisis perpaduan jika tidak dibendung dan ditangani.
Berdasarkan rencana Fahaman Wahabi Berasaskan Pemikiran Ibnu Taimiyyah di laman web Jakim bertarikh 19
Disember 2006, pada prinsipnya fahaman Wahabi membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-
bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka. Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini
sejak berkurun lama berakar umbi dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah menimbulkan salah faham di kalangan
umat Islam. Orang awam yang kurang mahir selok belok mazhab lebih baik bertaklid dengan pegangan mazhab sedia
ada. Hakikatnya fahaman Wahhabiy tidak membawa pemikiran baru mengenai akidah. Mereka hanya mengamalkan
apa yang dikemukakan Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan Ibnu
Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara
ini tidak dapat dielakkan kerana kesan globalisasi ilmu di dunia hari ini.
Nota : Di edit dari wartawan : Hasliza Hassanhasliza@bharian.com.my
http://www.bharian.com.my/Tuesday/Agama/20090825013128/Article/index_html
25/08/09. Tulisan dlm kurungan adalah editan dari Tuan Blog.
 
Kesimpulan :
 
1) Fahaman Wahhabiy, Syiah dan Islam Liberal adalah bertentangan dengan Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah di
Malaysia. Kewujudan aliran ini bukan sekadar mengganggu-gugat keharmonian fahaman dan amalan, tetapi
tindakan mereka yang ekstrem mampu mengancam keselamatan negara. Oleh itu, ianya perlu dibendung sehingga ke
akar umbi.
 
 
2) Bersama kita semarakkan program Pemantapan Akidah di semua peringkat dalam mendedahkan penyelewengan
yang terdapat pada fahaman ini supaya masyarakat jelas dgn fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.
 
 
3) Tiba masanya undang-undang sivil dan syariah diperkasakan bagi tujuan mengawal kesucian akidah dan
pematuhan kepada peraturan syarak dari dicemari oleh golongan ekstrem dan golongan yang tidak
bertanggungjawab. Awas, TIGA SEKAWAN! Wahhabiy, Syiah dan Liberal, kami akan menggempur kamu!
BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT.
http://al-ghari.blogspot.com/
Filed under: *Anti Virus Syiah, 3 Musuh Islam Paling Berbahaya (Wahhaby - Syiah - Islam Liberal) | Tagged: 3 Musuh Islam
Paling Berbahaya (Wahhaby - Syiah - Islam Liberal) | 5 Comments »

You might also like