Polisi Pendidikan Bagi Meningkatkan Kualiti Guru Sekolah Orang Asli Di Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

FALKULTI PENDIDIKAN

SESI AKADEMIK 2020/2021, SEMESTER 2

PQB7010 MANAGEMENT OF STRATEGIC POLICY IN


EDUCATION

POLICY BRIEF

PREPARED BY :

MUHAMMAD NASRUL BIN ABU BAKAR


S201795

LECTURE NAME :

PROFESOR MADYA DR. HUSAINA BANU BT KENAYATHULLA


Polisi Pendidikan Bagi Meningkatkan Kualiti Guru Sekolah Orang Asli Di Malaysia
Oleh : Muhammad Nasrul bin Abu Bakar
S2017795

Ringkasan Eksekutif

Usaha memartabatkan pendidikan Orang Asli supaya tidak ketinggalan dalam arus
permodenan dan kemajuan terus dipergiatkan kerajaan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
melaksanakan pelbagai polisi dan juga program bagi menjayakan matlamat pendidikan Orang
Asli selaras dengan Falsafah Pendidikan Malaysia dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Beberapa
program telah disusun bagi meningkatkan kualiti guru di sekolah Orang Asli dalam agenda
memastikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan seperti Pusat
Kecermelangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan (2017) dan Pelan Transformasi Orang Asli
(2013-2018) selari dengan Pelan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Walaupun pelbagai usaha
telah dilaksanakan sejak dari tahun 1995, masih terdapat jurang yang begitu ketara di antara
pendidikan arus perdana dan pendidikan anak Orang Asli sehingga hari ini. Salah satu faktor
dominan yang menyumbang kepada pekara ini ialah terdapat jurang di antara polisi dan
perlaksanaan di peringkat dasar. Dalam memastikan semua polisi dan juga program yang
dijalankan mencapai objektif yang ditetapkan, pekara ini perlu diatasi dengan segera.
Ringkasan polisi ini ditulis kepada Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan
untuk mencadangkan beberapa penambah baikan bagi meningkatkan kualiti guru dalam
menjayakan usaha memperkasa pendidikan anak Orang Asli di Malaysia. Berdasarkan dapatan
sedia ada, sebagai penganalisis polisi, saya telah mencadangkan beberapa pekara dalam usaha
meningkatkan lagi kualiti guru di sekolah Orang Asli. Antara cadangan yang diutarakan ialah
latihan yang sesuai dan mencukupi perlu dijalani oleh guru pelatih supaya mereka lebih
memahami budaya dan bahasa Orang Asli, latihan dan bimbingan yang berterusan diberikan
kepada guru, penglibatan masyarakat Orang Asli sebagai pembantu bilik darjah, mewujudkan
laluan khas kepada graduan anak Orang Asli lepasan ijazah atau diploma untuk berkhidmat
sebagai guru, dan menyediakan inisiatif khas bagi tenaga pengajar Orang Asli seperti elaun ,
kemudahan asas dan kelengkapan bahan bantu mengajar khas.
Pendahuluan

Kualiti kejayaan pendidikan di Malaysia dilihat semakin bertambah baik dengan


perlaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Kejayaan hampir 97.88%
murid di seluruh negara yang mengikuti persekolahan pada 2017 menunjukkan usaha yang
beterusan bagi menyediakan pendidikan untuk semua. Sebanyak 96.57% murid pula mengikuti
persekolahan rendah dan 84.07% murid mengikuti persekolahan peringkat menengah. Hal ini
menunjukkan semakin kecil jumlah murid yang tercicir dalam pendidikan (EPRD, 2018).
Manakala kadar literasi murid pula mencapai 96.9% pada tahun 2018.
Walaubagaimanapun, kejayaan di peringkat kebangsaan ini masih belum menjadi
petunjuk yang ampuh kualiti pendidikan di Malaysia terutama pendidikan anak-anak Orang Asli.
Pada 2018 dilaporkan hanya 76.7% anak Orang Asli melanjutkan pelajaran ke peringkat
menengah berbanding 96.8% jumlah di peringkat kebangsaan (KPM, 2019). Malahan pada tahun
2014 hanya 59% anak Orang Asli menamatkan persekolahan menengah. Kadar kejayaan anak
Orang Asli dalam peperiksaan utama juga sangat jauh ketinggalan berbanding purata gred di
peringkat nasional. Kadar murid Orang Asli yang lulus dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) tahun 2017 hanya 20.2 % berbanding 80 % kadar di peringkat kebangsaan (KPM, 2018)
Keadaan ini memperlihatkan kerajaan perlu menilai dan meneliti keberkesanan polisi dan
program sedia ada supaya Orang Asli tidak ketinggalan jauh terutama dari aspek pendidikan.
Tidak dinafikan pendidikan Orang Asli merupakan anatara fokus utama di Kementerian
Pendidikan. Pelbagai usaha telah direncana bagi memastikan kualiti pendidikan Orang Asli
dipertingkatkan. Antaranya ialah program KIA2M, KEDAP, PIKAP, Sekolah K9, Pelan
Transformasi Orang Asli, Pusat Kecermelangan Pedagogi Peribumi dan banyak lagi.
Namun begitu melalui pelbagai kajian terdahulu menunjukkan pendidikan Orang Asli
berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Di antaranya ialah cabaran tahap
keberkesanan guru menyampaikan pengajaran yang berkesan bagi memastikan pembelajaran
murid lebih berkualiti sekaligus menarik minat mereka untuk belajar dan hadir ke sekolah. Anak-
anak Orang Asli mengalami masalah dalam menggunakan dan memahami bahasa penghantar di
sekolah kerana Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua dan ketiga bagi
mereka (Wong & Abdillah 2018). Selain itu, silibus pendidikan kebangsaan terlalu asing dengan
kehidupan anak Orang Asli yang menyebabkan mereka sukar memahami konteks pembelajaran
aliran perdana (Renganathan, 2016). Justeru itu, peranan pendidik sangat penting bagi
memastikan masalah-masalah ini dapat di atasi.
Pernyataan Masalah

Kebanyakkan guru yang mengajar di sekolah Orang Asli mengalami masalah dari aspek
kekurangan latihan dalam pedagogi peribumi Orang Asli dan memahami budaya mereka.
Pertama ialah halangan bahasa untuk berkomunikasi di antara guru dan murid. Sistem
pendidikan kebangsaan berhasrat agar semua murid boleh menguasai bahasa Melayu sebagai
bahasa utama dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Namun begitu kebanyakkan murid di
sekolah Orang Asli tidak memahami kedua-dua bahasa ini kerana kebanyakkan mereka bertutur
dalam bahasa etnik masing-masing serta tidak mengikuti pendidikan Prasekolah. Manakala
kajian oleh Mustapha (2015) mendapati majoriti guru di sekolah Orang Asli bukan Orang Asli
dan tidak bertutur dalam bahasa mereka. Hal ini menyebabkan murid Orang Asli sukar
memahami pembelajaran dan arahan yang diberikan oleh guru. Komunikasi di dalam kelas
sangat penting supaya murid boleh belajar dengan baik dan berinteraksi bersama guru serta rakan
di dalam kelas.
Kedua banyak kajian menunjukkan guru di sekolah Orang Asli kurang berpengalaman
dan pendedahan berkaitan pedagogi Orang Asli. Kajian yang dilaksanakan oleh Wong dan
Abdillah (2018) di Pos Senderut menunjukkan kebanyakkan guru di situ walaupun mendapat
latihan dan merupakan graduan pendidikan merupakan guru yang baru saja ditempatkan di
sekolah tersebut. Manakala kajian oleh Mohamed et al. (2019) menunjukkan daripada 29 orang
responden, 20 daripadanya merupakan guru yang berkhidmat kurang dari lima tahun. Manakala
daripada 29 orang responden itu juga, 6 daripadanya tidak pernah menerima sebarang latihan
berkaitan dengan pedagogi Orang Asli.
Ketiga, melalui kajian oleh Mohamed et al. (2019) juga mendapati hanya seorang sahaja
daripada 29 orang responden telah dilatih untuk mengajar murid Orang Asli melalui
perlaksanaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguran (PISMP) khas . Program PISMP ini telah
dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tengku Ampuan Afzan sebagai Pusat
Kecemerlangan Pedagogi Peribumi. Namun begitu ambilan pelajar hanya sekitar 20-30 orang
setiap tahun dan kursus yang ditawarkan hanyalah Pendidikan Prasekolah. Kekurangan ini
menyebabkan kebanyakkan guru sukar untuk beradaptasi dengan budaya dan bahasa mereka.
Menurut kajian oleh Wahab dan Mustapha (2015) telah mencadangkan agar kerajaan
segera meningkatkan latihan perguruan bagi pendidikan Orang Asli. Selain itu, program
Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) serta bimbingan berterusan perlu diberikan kepada
guru-guru di sekolah Orang Asli agar mereka dapat menyesuaikan keadaan budaya adat nilai
masyarakat setempat dengan konteks pengajaran bagi memastikan pembelajaran lebih bermakna.

Senarai Pilihan Polisi

Terdapat beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan oleh KPM bagi meningkatkan
kualiti guru di sekolah Orang Asli. Pertama dengan mewujudkan laluan khas bagi graduan anak
Orang Asli di Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi memenuhi jawatan guru di Kementerian
Pendidikan Malaysia. Graduan ini boleh terus mengikuti sijil perguruan selepas tamat belajar. Di
anggarkan hampir 59 orang anak Orang Asli berjaya bergraduasi dengan ijazah pertama pada
tahun 2017 (KPM, 2017). Namun, wujud kekangan di antaranya adalah graduan ini tidak
berminat untuk menjadi guru serta jumlah anak Orang Asli yang sudah bergraduasi masih lagi
rendah.
Kedua kerajaan boleh mengembangkan dan meluaskan lagi fungsi Pusat Kecemerlangan
Pedagogi Peribumi. Setakat ini, hanya IPG Tengku Ampuan Afzan sahaja yang berperanan
sebagai pusat kecermelangan. Kerajaan boleh membuka pusat-pusat kecemerlangan satelit di
negeri-negeri yang mempunyai sekolah Orang Asli bagi membolehkan lebih ramai guru diberi
latihan dan bimbingan dengan lebih kerap. Pusat kecemerlangan ini boleh mengawal selia
dengan lebih dekat kualiti guru di sekolah serta memberikan bimbingan secara berterusan.
Namun begitu, kerajaan perlu memastikan terlebih dahulu tenaga pakar pedagogi Orang Asli
dalam kalangan pensyarah mengcukupi serta berkualiti memenuhi keperluan pendidikan Orang
Asli.
Ketiga, menawarkan insiatif khas kepada guru yang berkhidmat di sekolah Orang Asli.
Mereka perlu diberi kemudahan seperti rumah kuanters di pekan atau bandar terdekat bagi
memastikan keluarga mereka boleh mendapatkan bekalan asas dan jarak mereka ke sekolah tidak
terlalu jauh. Selain itu, elaun khas guru Orang Asli boleh diberikan bagi menarik minat mereka
mengajar lebih lama di sekolah Orang Asli. Namun bagi menjayakan pekara ini akan memberi
implikasi kewangan yang tinggi kepada kementerian. Selain itu, pasangan guru juga
kebanyakkan bekerja jauh dari kawasan sekolah Orang Asli menyebabkan kadar permohonan
perpindahan guru sekolah Orang Asli adalah tinggi.
Akhir sekali, pilihan yang saya cadangkan dan fikir sesuai untuk dilaksanakan dengan
baik oleh kerajaan adalah dengan menyediakan latihan berkualiti kepada bakal guru dan latihan
berterusan untuk guru yang berkhidmat di sekolah Orang Asli. Berdasarkan analisis di atas
menunjukkan guru merupakan kunci kejayaan polisi dan program yang dilaksanakan. Dua
pekara yang penting bagi mencapai keberkesanan guru ialah sumber yang diberikan kepada guru
dan bidang tugas serta tanggungjawab mereka yang jelas. Kemampuan guru mengajar mengikut
subjek opsyen meraka yang disesuaikan dengan latar belakang kehidupan anak Orang Asli akan
memberikan impak kepada hasil pembelajaran. Selain itu, guru-guru perlu mendapat latihan
khusus sebelum diberi penempatan ke sekolah orang Asli. Pembelajaran dan bimbingan secara
berterusan perlu diberikan supaya guru-guru ini jelas pekara yang perlu dilakukan dan berupaya
membawa pembelajaran dengan lebih bermakna. Program-program yang ingin dilaksanakan juga
tidak boleh tergesa-gesa dilaksanakan tanpa mengambil kira faktor kesedian guru. Dapatan lepas
menunjukkan kelemahan beberapa program lalu turut disumbang dengan keadaan guru yang
belum terdedah dan bersedia melaksanakan program tersebut. Seharusnya kementerian memberi
latihan dan melakukan rintis terhadap keberkesanan sesuatu program yang ingin dilaksanakan.

Cadangan Berdasarkan Polisi Yang Dipilih

1. Meluaskan program perguruan atau pendidikan Orang Asli di Institut Pendidikan Guru
(IPG) dan Universiti Awam (UA). Seperti yang dibincangkan di atas, hanya IPG Tengku
Ampuan Afzan yang menyediakan kursus khas untuk bakal guru pendidikan Orang Asli.
Kursus yang dijalankan pula terhad kepada Prasekolah sahaja. Oleh itu, kerajaan boleh
membuat lebih banyak kursus serupa bagi menarik minat masyarakat Orang Asli dan
masyarakat luar menyertai kursus perguruan untuk Pendidikan Orang Asli di peringkat
rendah dan menengah.
2. Memperkukuh sokongan dan bimbingan dalam jaringan guru dan jurulatih. Kemahiran
mengajar dan mendidik guru perlu sentiasa dipertingkatkan dan disesuaikan dengan
keperluan murid. Guru-guru di sekolah-sekolah Orang Asli boleh bertukar-tukar idea,
pendapat dan pengalaman mengenai cara mereka meningkatkan kemahiran pengajaran
mereka. Lebih banyak perkongsian santai dan terbuka boleh dilakukan bagi program
‘Meet, Share, Learn (MSL)”. Peranan SISC+ dan pensyarah IPG sebagai jurulatih
instructional kepada guru boleh dimainkan dengan lebih berkesan supaya guru-guru
sentiasa mendapat bimbingan yang betul.Lawatan dan pemerhatian rakan-rakan dari
sekolah lain akan membantu membina komuniti pembelajaran.
3. Memasukan kurikulum dan pedagogi Orang Asli ke dalam silibus dan pembelajaran sedia
ada. Kurikulum sekolah Orang Asli perlu dirangka dan disesuaikan dengan konteks
budaya, persekitaran dan nilai mereka. Ianya masih mengikut silibus kebangsaan tetapi
menggunakan pendekatan setempat. Oleh itu, guru mempunyai panduan yang lengkap
dan boleh dilatih untuk memberikan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik buat
anak-anak Orang Asli.
4. Menyediakan kit permulaan kepada guru-guru yang baru memasuki ke sekolah Orang
Asli sebagai panduan kepada mereka mengenai Bahasa dan budaya setempat. Guru-guru
baru boleh melakukan pembelajaran kendiri supaya mereka mendapat gambaran awal
budaya, adat dan bahasa lokaliti murid mereka. Selain itu, guru-guru baru ini juga perlu
melalui program orentasi mengenai masyarakat setempat dengan berkenalan dengan
komuniti Orang Asli dan menyertai aktiviti mereka. Hal ini secara tidak langsung
memberikan mereka pengalaman sebenar kehidup masyarakat Orang Asli.
Senarai Rujukan

Educational Planning and Research Division (2018). Quick Facts 2018: Malaysia Educational
Statistics. Putrajaya: Ministry of Education Malaysia.

KPM (2017). Malaysia Education Blueprint 2013-2025: Annual Report 2016. Putrajaya:
Ministry of Education Malaysia.

KPM (2018). Malaysia Education Blueprint 2013-2025: Annual Report 2017. Putrajaya:
Ministry of Education Malaysia.

KPM (2019). Malaysia Education Blueprint 2013-2025: Annual Report 2018. Putrajaya:
Ministry of Education Malaysia.

Muhammad Fuad, Azmah Othman, Juli Edo, & Rohana Jani (2019).Multidimensional Poverty
Index of Marginalized Orang Asli in Terengganu, Malaysia. Pertanika J. Soc. Sci. &
Hum, 27 (2): 1241 - 1259.

Renganathan, Sumathi, & Inge Kral (2018). "Comparative Analysis of Language and Education
Policies for Indigenous Minorities in Australia and Malaysia ." International Journal of
Multicultural Education 138-156.

The National Indigenous Pedagogy Centre of Excellence (PKPPK). n.d. " Kertas Makluman
Penubuhan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Peribumi Kebangsaan ."

Wahab, Norwaliza Abdul, & Ramlee Mustapha. (2015) .Reflections on Pedagogical and
Curriculum Implementation at Orang Asli Schools in Pahang. Procedia - Social and
Behavioral Sciences, 172: 442 – 448.

Wong, Bemen Win Keong, & Kiky Kirina Abdillah (2018).Poverty and primary education of the
Orang Asli children. In Policies and politics in Malaysian education: Education reforms,
by Cynthia Joseph, 54-71. New York: Routledge.

You might also like