Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Latihan 1

Pilih jawapan yang betul.

1.       Ali dan Rahmat baik hati. ______ disukai oleh rakan-rakan.


a.       Kita
b.       Dia
c.       Beliau
d.       Mereka

2.        Wahid ponteng sekolah. ______ didenda oleh guru disiplin.


a.       Saya
b.       Dia
c.       Aku
d.       Mereka

3.        ______ ialah negarawan yang terkenal.


a.       Dia
b.       Kamu
c.       Beliau
d.       Kita

4.        "______ ingin bersantap," titah sultan.


a.       Beta
b.       Hamba
c.       Patik
d.       Tuanku

5.        "______ mohon pertimbangan tuanku," kata Laksamana Hang Tuah kepada sultan.
a.       Beta
b.       Hamba
c.       Aku
d.       Saya

6.        "______ patut menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh semangat," kata ketua
pengawas.
a.       Kita
b.       Kami
c.       Dia
d.       Mereka

7.        Kumaran suka akan rambutan tetapi ______ tidak suka akan manggis.
a.       kita
b.       dia
c.       mereka
d.       nya
Latihan 2

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. ____________seorang budak yang baik hati dan jujur.

2. Di manakah ____________tinggal?

3. ____________bertiga merupakan sahabat karib.

4. "Dayang,____________ingin bersantap sekarang juga," titah Sultan Mahmud.

5. Puan Monaliza ialah guru kelas saya. ____________ seorang guru yang

penyayang dan baik hati.

6. "Sembah____________harap diampun,"kata Laksamana Kirana kepada

____________Sultan Rauddin Syah.

7. "____________akan ke rumah awak esok,"kata Rauna dan Rauni kepada

____________.

8. Cis, berani ____________membuli adikku!

 baginda                   beta                      patik                      engkau                     


kami              mereka                  awak                    dia                       
saya                           beliau
Kata Ganti Nama Diri digunakan untuk menggantikan nama orang. Kata Ganti
Nama Diri terdiri daripada 3 jenis,iaitu:

 Kata Ganti Nama Diri Pertama


 Kata Ganti Nama Diri Kedua
 Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Kata Ganti Nama Diri Pertama

1. Saya  : digunakan dalam situasi rasmi,semasa bercakap dengan orang yang


lebih tua.

2. Aku   : bercakap dengan orang yang rapat, doa kepada tuhan.

3. Beta  : digunakan oleh raja.

4. Patik : digunakan oleh rakyat biasa semasa bertutur dengan raja.

5. Kami : tidak termasuk orang yang diajak bercakap.

6. Kita   : digunakan untuk orang yang bertutur dan termasuk orang yang diajak
bercakap.

Kata Ganti Nama Diri Kedua

1. Anda   : digunakan apabila tiada hubungan langsung atau pertemuan.

2. Awak  : digunakan untuk bercakap dengan kawan.

3. Engkau: digunakan antara dua pihak yang rapat hubungannya, digunakan


untuk   membahasakan Tuhan semasa berdoa.

4. Kamu  : digunakan oleh orang yang lebih tua terhadap orang yang lebih
muda.

5. Kalian : digunakan untuk diri kedua yang lebih muda daripada orang yang
bercakap atau lebih daripada seorang. 
Kata Ganti Nama Diri Ketiga

1. Dia/Ia    : digunakan untuk orang biasa.

2. Beliau   : digunakan untuk orang yang terhormat.


3. Baginda : digunakan untuk raja.

4. Mereka  : digunakan untuk diri ketiga yang lebih daripada seorang.

You might also like