Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA, KULAI


LAPORAN TAKLIMAT PROGRAM BANTU MEMBACA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2022

Tarikh : 20 September 2022

Masa : 12.00 Tengah hari

Tempat : Bilik Aspirasi

Pengerusi : Puan Zanariah binti Md Jidin

Kehadiran(Bilangan) : 31 orang

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1. Taklimat oleh Puan Zanariah binti Md. Jidin


1.1 Ucapan terima kasih di atas kehadiran guru-guru subjek Bahasa Melayu tahap 1
dan tahap 2.
P
1.2 Pengenalan tentang Program Bantu Membaca -satu inisiatif Kementerian
Pendidikan Malaysia sebagai bantuan awal kepada murid-murid yang belum boleh
membaca.

1.3 Program ini melibatkan semua murid tahun 1 hingga tahun 6 yang belum boleh
membaca. Program ini akan membantu murid-murid yang masih berada dalam
kategori belum boleh membaca dan boleh membaca sedikit dengan bimbingan.

1.4 Guru-guru yang akan terlibat dalam program ini ialah semua guru sesi petang dan
semua guru Bahasa Melayu sesi pagi.

1.5 Panitia Bahasa Melayu dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras. Cikgu Noor


Arinah dilantik sebagai penyelaras bagi Program Bantu Membaca dibantu oleh
Cikgu Nurul Atiqah.

1.6 Murid-murid yang terlibat dalam program ini diambil daripada data yang telah
dihantar ke JPN pada 19 Julai 2022.

1.7 Ibu bapa dan penjaga akan diberikan surat makluman agar dapat menghantar anak
lebih awal ke sekolah.

1.8 Guru-guru yang terlibat akan menerima tidak lebih daripada 5 orang murid bagi
seorang guru untuk dibimbing sehingga murid dapat membaca. Guru akan menjadi
mentor kepada murid.

1.9 Program ini akan bermula pada 11 September 2022 sehingga 29 November 2022.
Cadangan pelaksanaannya adalah seperti berikut:

26 September 2022 hingga 2 Oktober 2022 = Setiap hari


10 Oktober 2022 hingga 3 November 2022 = 2 atau 3 kali seminggu
6 November 2022 hingga 30 November 2022 = Sekali seminggu

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

1.10 Modul bacaan telah disediakan oleh KPM. Panitia Bahasa Melayu akan
menyediakan salinan modul tersebut. Guru akan mengambil modul yang telah siap
dicetak di Bilik Pemulihan.

1.11 Semasa program berjalan, guru boleh memilih tempat yang sesuai untuk
membimbing murid membaca menggunakan modul tersebut. Guru juga boleh
menggunakan bahan bacaan lain yang bersesuaian. Bagi sesi pagi, program
dijalankan pada pukul 7.30 pagi hingga 8.00 pagi manakala bagi sesi petang pula
dijalankan pada pukul 12.30 tengah hari hingga 1.00 petang.

2. Gambar-gambar Sepanjang Taklimat

PENUTUP
a. Taklimat ditangguhkan pada jam 1 petang. Taklimat seterusnya akan diadakan pada
tarikh yang akan diberitahu kelak.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.....................................… ……...............................……….
(Noor Arinah binti Sanip) ( )
Penyelaras Program Bantu Membaca
SK Bandar Putra,Kulai
Tarikh : Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like