Kurikulum Pendidikan Islam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

(Aktiviti 18 Okt 2pm )

Disediakan Oleh : AHMAD IZZAT ADIB BIN


MOHD YUNUS

1. Beri definisi kurikulum.

- Kurikulum merupakan satu rancangan pendidikan yang


mengandungi segala ilmu pengetahuan , kemahiran ,nilai
dan norma serta unsur kebudayaan dan kepercayaan
yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan
daripada generasi ke generasi yang lain.

2. Beri definisi kurikulum Pendidikan


Islam.

- Kurikulum Pendidikan Islam adalah bahan-bahan


pendidikan Islam iaitu kegiatan, pengetahuan dan
pengalaman yang disusun dengan sistematik diberikan
kepada anak didik dalam rangka mencapai tujuan
pendidikan Islam
3. Apakah falsafah Pendidikan Islam.

- Pendidikan Islam merupakan satu proses penyampaian


ilmu yang berterusan sehingga ilmu itu dapat dijiwai dan
meresap dalam pemikiran, kelakuan dan tindakan
terhadap diri sendiri, sesama manusia dan alam sekeliling,
sesuai dengan peranan manusia sebagai hamba Allah,
khalifah-Nya dan ulamak pewaris nabi
-

4. Nyatakan sejarah Pendidikan Islam

a. Zaman Rasulullah SAW :

- Pendidikan Islam bersumberkan Ilmu yang


disampaikan secara terus daripada Nabi SAW
kepada sahabat-sahabat Nabi SAW.

- Sahabat mengikuti segala tindakan dan saranan


daripada Nabi SAW.

- Pada awal pemulaan Islam, pendidikan Islam telah


dilaksanakan secara rahsia dan tersembunyi kerana
terdapat bahaya dan ancaman daripada musuh-
musuh Islam

- Selepas berlaku pembukaan kota Mekah,


pendidikan Islam telah dilaksanakan secara lebih
terbuka dan luas oleh Nabi dan para sahabat.

b. Zaman sahabat

- Selepas Kewafatan Nabi SAW pendidkan Islam


telah disambung oleh para Sahabat Nabi bermula
dengan perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai
Amirul MUkminin iaitu Khalifah Islam menggantikan
Nabi SAW.

- 4 Khulafa Ar Rashidin iaitu Saidina Abu Bakar,


Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali telah
berusaha giat bagi menyebarkan pendidikan Islam
sehingga Negara Rom dan Parsi

-Pendidikan Islam telah tersebar luas pada zaman


Khulafa Ar Rasyidin sehingga orang-orang dari
Negara yang jauh telah datang ke Madinah bagi
mempelajari pendidikan Islam.
c. Zaman selepas sahabat.

- Kerajaan Islam telah terbahagi kepada dua zaman


selepas zaman Khulafa Ar Rashidin Iaitu Zaman Bani
Umaiyyah Dan Zaman Bani Abbasiyyah.

- Pada Zaman Bani Ummaiyah pendidikan Islam telah


berkembang dengan sangat pesat sehingga sebuah kota
yang diberi nama Kota Basrah telah dijadikan sebagai
pusat pengajaran dan penyebaran Ilmu serta ramai ahli
ahli ilmu yang hebat telah lahir pada waktu tersebut.

- Pada Zaman Bani Abbasiyyah kajian mendalam


terhadap ilmu Islam telah berlaku seperti ilmu Usul Fiqh
yang telah disusun oleh Imam As Syafie dan telah lahir
Imam-Imam Mazhab yang menjadi sumber rujukan
sehingga ke hari ini, semua itu atas jasa yang telah
disumbangkan oleh para ilmuan pada zaman Bani
Abbasiyyah
d. Zaman Malaysia sebelum merdeka.

-Kedatangan Islam ke Alam Melayu berlaku di sekitar


pertengahan abad ke 7 Masehi yang dibawa oleh
saudagar-saudagar Arab dengan alasan bahawa
hubungan perdagangan antara saudagar-saudagar Arab
dengan Nusantara telah pun berlaku sebelum daripada itu

- Sistem pendidikan Islam pada waktu itu merupakan


sistem pendidikan yang tidak formal.

- Pendidikan Islam di Tanah Melayu ia telah bermula sejak


terdirinya Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke 15
Masehi, iaitu dari Zaman Kesultanan Melaka di mana
tenaga pengajar terdiri daripada guru-guru agama dari
golongan pedagang, pengembara, pendakwah, utusan
raja dan para tentera keturunan sayid dan sheikh. Mereka
datang dari serata pelusuk seperti Mesir, Cina, India Jawa
dan Parsi
d. Zaman Malaysia lepas merdeka.

- Selepas merdeka kerajaan Tanah Melayu telah


merancang untuk membina kembali corak pendidikan
Negara yang telah diruntuhkan oleh penjajah

- Pendidikan Islam telah berjalan di zaman penjajahan


selama lebih 400 tahun sehinggalah wujudnya Penyata
Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960). Dalam
kedua-dua penyata tersebut, Pendidikan Islam telah
dibicarakan untuk diletakkan bersama di dalam sistem
Pendidikan Kebangsaan.
-Berdasarkan cadangan tersebut, Akta Pelajaran 1961
telah mengadakan peruntukan berkaitan peruntukan
kewangan selain mewajibkan sekolah-sekolah bantuan
kerajaan mengadakan pelajaran agama Islam kepada
murid-murid selama dua jam seminggu sekiranya di
sekolah tersebut terdapat seramai 15 orang murid Islam
atau lebih

- Pada tahun 1967, sukatan pelajaran pendidikan Islam


sekali lagi disusun oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri
daripada wakil Kementerian Pelajaran, Kolej Islam dan
Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan Negeri. Sukatan
tersebut telah disemak oleh jawatankuasa peringkat
Kementerian Pelajaran s

e. Zaman kini.

- Pada masa kini secara umum, sistem pendidikan Islam


formal boleh dibahagikan kepada tiga peringkat
pelaksanaan iaitu sistem pendidikan Islam pra sekolah,
sistem persekolahan Islam dan system pengajian tinggi
Islam.
- Ia dibentuk bagi menjana ilmu bermula dari peringkat
asas hingga keperingkat tertinggi mengikut acuan
moden/barat supaya nilai ilmu yang dipelajari berupaya
untuk bersaing dengan sistem pendidikan sekular sedia
ada.

-Pada masa kini jaringan ilmu yang semakin melebar


dalam arus modenisasi memberi kelebihan kepada sistem
pendidikan Islam tidak formal untuk bergerak dengan lebih
pesat.

You might also like