Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

STE3271

PENJAGAAN DAN DANDANAN

RAMBUTSEMESTER 4, SESI

2021/2022

NAMA MUHAMMAD IKHMAL HAKIM BIN BUKHARI

PROGRAM BACELOR PENDIDIKAN SAINS RUMAHTANGGA

NO. MATRIK 206045

PENSYARAH PUAN ANIS BINTI ZAKARIA

PEMBANTU PENGAJAR CIK ANIS NURDDINI BINTI AZIZ

KUMPULAN 3
STE3271

PENJAGAAN DAN DANDANAN RAMBUT

SEMESTER 4, SESI 2021/2022

AMALI 10

(Sanggul French Twist)

NAMA: MUHAMMAD IKHMAL

HAKIM BIN BUKHARI

NO. MATRIK: 206045

KUMPULAN AMALI: 3

PEMBANTU PENGAJAR: CIK

ANIS NURDDINI BINTI AZIZ


AMALI 10

Tarikh: 8 Jun 2022

Masa: 08.00 am – 11.00 am

1.0 Tajuk

Sanggul French twist

2.0 Objektif Utama

a) Mengetahui maksud sanggul

b) Menyatakan tujuan sanggul

c) Menyenaraikan alatan dan bahan untuk membuat sanggul French twist

d) Mengenal pasti langkah-langkah untuk membuat sanggul French twist

e) Memastikan keselamatan semasa membuat sanggul French twist

3.0 Maklumat Penting

Dengan perkembangan zaman, sanggul menjadi semakin popular dan bukan

sahaja dipakai oleh rakyat Mesir purba, tetapi oleh rakyat seluruh dunia. Sanggul sering

diaplikasikan pada bila-bila masa terutamanya untuk perkahwinan dan pekerjaan.

Sanggul merupakan seni reka bentuk hiasan rambut dimana rambut dipintal, dijalin,

ditarik, dan membalut bagi mendapat bentuk bulat atau bujur di bahagian atas atau di

bahagian belakang kepala atau lebih tepat lagi di bahagian atas leher. Sanggul

diperkukuhkan dengan menggunakan alatan tambahan seperti pengikat rambut, sepit

rambut, bobby pin, jarring rambut, atau batang rambut.

Sanggul terbahagi kepada dua jenis iaitu sanggul tradisional dan sanggul

moden. Sanggul tradisional merupakan sanggul turun-temurun


mengikut adat dan sesebuah negara. Manakala sanggul moden pula merupakan

pegubahsuaian dari sangul- sanggul tradisional yang diiubah menjadi bentuk yang

lebih sederhana ataupun lebih moden supaya ia menjadi formasi yang cantik, elegan,

dan menarik.

4.0 Alatan dan Bahan

Patung Rambut Sikat Ekor Paddle Hair

Finishing Hair Spray Hair Shine Spray Pin Rambut

5.0 Langkah Kerja

1) Sediakan alatan yang diperlukan di atas meja.

2) Pastikan kawasan kerja bersih dan selamat daripada sebarangkemalangan.

3) Rambut patung mestilah disikat dengan rapi supaya mudah untukmeneruskan

melakukan sanggul.

4) Bahagikan rambut kepada 2 bahagian iaitu di bahagian rambut ataskepala

dan selebihnya dibiarkan dahulu.


5) Pada bahagian atas depan rambut dibuat backcomb supaya kelihahan tinggi

dan lebih padat untuk mendapat kesan sanggul yang lebih tinggi.

6) Kemudian tutup backcomb dengan lebihan rambut depan dan tarik rambut ke

belakang dengan kemas.

7) Sikatkan keseluruh rambut ke bahagian tepi kepala dan kemaskan dengan

menggunakan pin rambut pada bahagian tengah kepala.

8) Tarik rambut dari sisi dan pin tengah kemudian gulungkan rambut ke tengah

untuk membentuk sanggul.

9) Kemaskan dengan menggunakan pin dan semburkan rambut dengan

menggunakan spray finishing rambut supaya bentuk sanggul kemas dan tahan

lebih lama.

10) Dandanan sanggul French twist selesai.

6.0 Refleksi

Alhamdulillah dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan tugasan amali yang

diberikan ini dengan jayanya. Pada amali kali ini, saya dapat mendandanrambut untuk

membuat sanggul French twist. Sanggul jenis ini sering diaplikasikan oleh para

pramugari semasa bekerja.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Puan Anis dan Miss Dee kerana

telah banyak memberikan tunjuk ajar semasa kelas virtual berlangsung. Selain daripada

tunjuk ajar mereka, saya juga memperolehi maklumat daripada laman web, youTube,

dan slide yang diberikan oleh Puan Anis. Segala perkongsian dapat difahami dengan

jelas dan boleh diaplikasikan semasa kelas amali berlangsung. Mereka memberikan

tugasan kepada kami untuk membuat sanggul French twist dengan cara dan kaedah

yang betul.
7.0 Perbincangan

Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita. Sanggul pula merupakan salah

satu cara wanita untuk berhias diri. Rambut dibahagikan kepada dua bahagian.

Bahagian rambut ialah folikel yang berada di dalam kulit dan batang rambut (shaft)

iaitu bahagian luar yang boleh dilihat. Bilangan folikel adalah kekal dan akan

berkurangan disebabkan factor usia yang semakin meningkat. Setiap helu rambut

terdiri daripada tiga lapisan keratin di mana lapisan luar (kutikel) berfungsi untuk

melindungi dua lapisan dalam.

8.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pada akhir sesi amali pada kali ini, pelajar dapat mengetahui

maksud sanggul iaitu seni reka bentuk hiasan rambut dimana rambut dipintal, dijalin,

ditarik, dan membalut bagi mendapat bentuk bulat atau bujur di bahagian atas atau di

bahagian belakang kepala atau lebih tepat lagi di bahagian atas leher. Selain itu,

pelajar dapat menyatakan tujuan sanggul dan menyenaraikan alatan serta bahan untuk

membuat sanggul French twist. Akhir sekali, pelajar dapat mengenal pasti langkah-

langkah untuk membuat sanggul French twist dan memastikan keselamatan semasa

membuat sanggulFrench twist. Objektif amali pada kali ini tercapai.


9.0 Lampiran

You might also like