Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH NILAM DAERAH 2022

1.0 Tarikh Pencalonan Anugerah NILAM 2022


22 Mac hingga 4 April 2022

Tarikh Pertandingan Anugerah NILAM 2022


11 April hingga 14 April 2022

Penyertaan Anugerah NILAM 2022


2 orang sekolah rendah Tahun 6 dan 2 orang Tingkatan 5 sekolah
menengah.

2.0 Penilaian Anugerah NILAM 2022


Penilaian akan dibuat secara dalam talian dengan menggunakan google meet.

3.0 Tatacara Penilaian Anugerah NILAM 2022

3.1 Penilaian Individu

3.1.1 Penilaian Individu diadakan selama 20-30 minit bagi setiap orang calon.
3.1.2 Calon diminta untuk menghujahkan pembacaan salah sebuah buku
daripada lima pilihan. (Peserta pilih satu bahan bacaan sahaja).
3.1.3 Soalan terbuka. Penilai akan kaitkan soalan dengan isu semasa dengan
bahan bacaan yang disampaikan oleh calon. Calon akan bersoal jawab
dengan para hakim.
3.1.4 Penilaian bermula pada pukul 8.30 pagi. Penilaian murid akan dibuat
mengikut jadual yang ditetapkan. Murid perlu bersedia 30 minit lebih awal
daripada masa penilaian tersebut.

3.2 Penilaian Kumpulan

3.2.1 Penilaian kumpulan diadakan selama 30-45 minit bagi setiap kumpulan.
3.2.2 Calon berkumpulan akan diberi lima soalan bertema. Soalan
perbincangan akan diberi lima (5) hari sebelum penilaian.
3.2.3 Cabutan ahli kumpulan akan dibuat secara dalam talian. Murid diminta
untuk berbincang secara dalam talian.
3.2.4 Penilai akan memberikan lima tema. Murid akan pilih satu sampul. Murid-
murid akan memberikan hujah berkaitan tema yang telah dipilih.
3.2.5 Penilaian bermula pada pukul 9.00 pagi. Penilaian kumpulan akan dibuat
mengikut jadual yang ditetapkan. Calon perlu bersedia 30 minit lebih awal
daripada masa penilaian tersebut.
3.3 Murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah.
3.4 Pihak sekolah diwajibkan mengisi mengisi (borang Anugerah NILAM Daerah
2022). Disamping itu, pihak sekolah juga perlu menghantar dokumen-dokumen
seperti berikut:
• Data NILAM murid dan sekolah yang telah disahkan
• Sijil yang berkaitan yang telah disahkan
• Lain-lain yang berkaitan dengan Program NILAM
• Cara penghantaran melalui link secara dalam talian

3.5 Pihak sekolah perlu menghantar link yang mengandungi dokumen


https://bit.ly/ANUGERAHNILAMDAERAH22 pada atau sebelum 4 April 2022.
3.6 Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan mengenai
keputusan tidak akan dilayan.
4.0 Skema Pemarkahan

4.1 Pemarkahan Individu

Item Markah
Isi Kandungan dan Pengolahan (20%)
Penggunaan Bahasa (10%)
Penyampaian/ Keupayaan Komunikasi (15%)
Ketokohan dan Profil Murid ( 5%)

4.2 Pemarkahan Kumpulan

Item Markah
Isi Kandungan dan Pengolahan (20%)
Penggunaan Bahasa (10%)
Penyampaian/ Keupayaan Komunikasi (10%)
Interaksi dan kesepakatan dalam (10%)
komunikasi berkumpulan

You might also like