Kertas Kerja Kejohanan Balapan Dan Padang 2020

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Perkara Jawatan Tarikh

Disediakan oleh SETIAUSAHA SUKAN 10.01.2020

Disemak oleh GURU PENOLONG KANAN 29.01.2020

Disahkan oleh GURU BESAR 10.02.2020

No. Keluaran : 01

M.S: 01 dpd 07 KEJOHANAN OLAHRAGA


SEKOLAH
No. Pindaan : 00
______________________________________________________________________
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BUNYI,82000 PONTIAN, JOHOR.
Kod Sekolah : JBA 6006 No. Keluaran : 01 Muka Surat: 2 daripada 4
Tajuk : KEJOHANAN OLAHRAGA . Tarikh Keluaran:10.01.2020 .Tarikh Kuatkuasa :
Tarikh Pindaan : 00 .No. Pindaan : 00 20.02.2020

1. PENDAHULUAN

Kejohanan Olahraga akan diadakan di Padang SMK Dato Ali Haji Ahmad Pontian pada
20 Februari 2020 merupakan satu program luar bilik darjah. Buat kali pertama kalinya program
sukan di jalankan di luar kawasan sekolah. Program ini diharapkan dapat membentuk murid
yang mempunyai daya saing bagi memajukan diri murid itu sendiri. Selain itu juga dapat
melahirkan murid yang cerdas dari segi mental dan fizikal, keyakinan serta berketrampilan.
Matlamat ini selaras dengan faslafah Pendidikan Negara yang mahu melahirkan insan yang
cemerlang dari segi intelek, rohani dan jasmani

2. RASIONAL

Kanak-kanak merupakan aset penting bagi Negara. Sikap kanak-kanak yang sentiasa
gembira dan riang perlu dipupuk agar pembentukan minda mereka sentiasa berkembang.

3. TEMPOH PROGRAM

Kejohanan Olahraga akan berlangsung pada 20 Februari 2020, Khamis, bertempat di


Padag SMK Dato Ali Haji Ahmad pada pukul 730 pagi hingga 1.00 petang.

4. MATLAMAT

4.1 Membentuk semangat kerjasama dan toleransi di kalangan murid sekolah ini.
4.2 Memupuk sikap berbudi bahasa dan sahsiah yang cemerlang,gemilang dan terbilang.
4.3 Melahirkan murid yang cerdas mental dan fizikalnya serta teguh kerohaniannya.
4.4 Melahirkan murid yang mempunyai keyakinan tinggi dan berdaya pimpin yang baik.

5. OBJEKTIF

5.1 Membentuk semangat kerjasama yang tinggi dan mencungkil bakat kepimpinan
dikalangan murid sekolah ini.
5.2 Melahirkan murid yang cerdas mental dan fizikal serta membina sahsiah diri yang baik
dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
5.3 Memupuk semangat kekitaan dikalangan murid dan menimbulkan kesedaran untuk
berkhidmat dan bertanggungjawab kepada diri sendiri, ibu bapa, sekolah, masyarakat
dan Negara.
5.4 Memupuk kesedaran kepada persekitaran yang bersih dan nyaman di samping
pendidikan memelihara alam sekitar.
5.5 Melahirkan murid yang berkeyakinan, berani menghadapi cabaran serta mempunyai
sifat ketabahan yang tinggi.
5.6 Menghayati dan menginsafi akan kekayaan, kebesaran dan kekuasaan Allah S.A.W.
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BUNYI,82000 PONTIAN, JOHOR.
Kod Sekolah : JBA 6006 No. Keluaran : 01 Muka Surat: 3 daripada 4
Tajuk : KEJOHANAN OLAHRAGA . Tarikh Keluaran:10.01.2020 .Tarikh Kuatkuasa :
Tarikh Pindaan : 00 .No. Pindaan : 00 20.02.2020

6. SASARAN

Semua murid tahap dua lelaki dan perempuan sekolah ini

7. PELAKSANAAN PROGRAM

8.1 Fasilitator program ini adalah terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman dan
jurulatih-jurulatih yang mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu
8.2 Murid-murid yang menyertai program ini diberikan pendedahan awal secara teori yang
disampaikan dari masa ke semasa.
8.3 Murid-murid diwajibkan mematuhi peraturan dan undang-undang sepanjang aktiviti
dijalankan.
8.4 Perlaksanaan aktiviti-aktiviti sukan olahraga tertakluk kepada jadual program, guru
besar dan keadaan semasa.
8.5 Kebenaran dan makluman untuk melaksanakan kem ini akan diperolehi terlebih dahulu
daripada pihak tertentu:
8.5.1 Pejabat Pelajaran Daerah Pontian
8.5.2 Guru besar
8.5.3 Penjaga / ibu bapa
8.5.4 Pusat Kesihatan Pontian
8.5.5 Penjaga Balai, Balai Polis Pontian
8.5.6 Masyarakat sekitar.

8. TENTATIF PROGRAM
Kejohanan Olahraga Sekolah
0700 pg : Murid berkumpul di khemah peserta
0745 pg : Perbarisan lintas hormat
: Nyanyian lagu bangsa Johor
: Bacaan doa
: Bacaan ikrar kejohanan Balapan dan padang
: Ucapan perasmian oleh Guru Besar
: Acara sukan bermula
:Penyampainan hadiah.

1.00 : Majlis bersurai

Tentatif program tertakluk kepada pindaan dan perubahan dari semasa ke semasa
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BUNYI,82000 PONTIAN, JOHOR.
Kod Sekolah : JBA 6006 No. Keluaran : 01 Muka Surat: 4 daripada 4
Tajuk : KEJOHANAN OLAHRAGA . Tarikh Keluaran:10.01.2020 .Tarikh Kuatkuasa :
Tarikh Pindaan : 00 .No. Pindaan : 00 20.02.2020

9. PERBELANJAAN:

BIL PERKARA JUMLAH


1 Makanan dan minuman murid
( mi goreng ,air kotak dan kuih ) 520 X RM 3.20 RM 1664.00
2 Hadiah pertandingan
276 medal X RM 4.50 RM 1242.00
10 buah piala X RM 15.00 RM 150.00

Jumlah keseluruhan RM 3056.00

10. KAWALAN DAN PENYELIAAN

Semua guru dan dan penglibatan ibu bapa dalam program ini akan menjadi pembimbing
dan pemantau serta mengawasi pergerakan setiap peserta dalam penglibatan mereka
sepanjang kejohanan olahraga berlangsung.

10. PENUTUP

Kejohanan Olahraga merupakan aktiviti yang menguji serta mencabar kebolehan murid
daripada segi fizikal dan mental. Justeru itu, program ini memerlukan persiapan yang rapi
daripada semua pihak. Guru –guru dan fasilitator yang dilantik semestinya berkerjasama
sepenuhnya dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................... ...........................................
CG HAFIZUDDIN BIN SHAKHIH JAFFRI BIN SALIMIN
Setiausaha Sukan Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK.Sungai Bunyi SK.Sungai Bunyi
Pontian, Johor. Pontian, Johor.

Disahkan oleh,

........................................................
PN.HJH.PONNISAH BTE DAUD
Guru Besar
SK. Sungai Bunyi
Pontian,Johor.

You might also like