Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KERTAS KERJA

PROJEK PENAMBAHBAIKAN
MUSOLLA AS SYAFIE
TAHUN 2022 M / 1444 H

KELOLAAN; PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT NAWI
PETI SURAT NO.1, PARIT JAWA, 84150 MUAR JOHOR

2
KERTAS KERJA PROJEK PENAMBAHBAIKAN MUSOLLA AS SYAFIE
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT NAWI MUAR JOHOR.

PENDAHULUAN

Musolla atau surau merupakan rumah Allah iaitu satu tempat yan g
penting bagi umat Islam. Musolla menjadi nadi penting dalam pelaksanaan
program -program keagamaan dan program pembentukan sahsiah umat Islam
khususnya bagi murid-murid sekolah. Kewujudan musolla adalah sebagai salah
satu tempat pengibadahan dan penyebara n agama Islam secara teori
mahupun praktikal.

Dalam usaha membina pembentukan sahsiah dan kemenjadian murid


sekolah, Sekolah Kebangsaan Parit Nawi (SKPN) Muar telah mewujudkan
musolla As Syafie. Fungsi musolla As Syafie adalah menjadi tempat pertemuan
dan tumpuan pelaksanaan program- program keagamaan dan proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Antara aktiviti yang dijalankan
adalah Kem Bestari Solat (KBS), Program Solat Hajat, Program Tasmik Al -Quran
dan amali Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) serta menjadi tempat rujukan
tambahan untuk pembelajaran Pendidikan Islam.

Walau bagaimanapun, keadaan dan kemudahan yang terdapat di


musolla berada dalam keadaan kurang selesa dan tidak mencukupi serta daif
bagi melaksanakan program -program pembentukan sahsiah murid pemikiran
kelas pertama. Untuk makluman, SKPN mempunyai murid beragama Islam
seramai 164 orang dan bilangan guru dan staf beragama Islam adalah
sebanyak 18 orang. Saiz keluasan musolla yang sedia ada seluas 2 buah kelas
bercantum dan memiliki 2 tempat wuduk untuk murid lelaki dan perempuan.
Hal ini menyukarkan pihak sekolah untuk melaksanakan program -program
keagamaan secara serentak untuk mengikat kebersamaan antara guru dan
murid.

Oleh yang demikian, Panitia Pendidikan Islam telah mengambil inisiatif


memberi cadangan kepada pihak sekolah untuk menambahbaik prasarana
sedia ada dan menaik taraf musolla As Syafie supaya berada dalam keadaan
yang lebih baik, selesa dan berinformasi kepada semua murid khususnya bagi
melaksanakan aktiviti yang melibatkan matapelajaran Pendidikan Islam dan
aktiviti-aktiviti kerohanian yang akan dijalankan di sekolah.

3
MATLAMAT

Dalam mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang selesa


dan berkesan serta ke arah mencapai kemenjadian murid yang cemerlang
dan terbilang, proses menambahbaikan dan menaik tar af musolla perlu
dijalankan bagi mencapai matlamat ini .

Antara matlamat yang telah digariskan adalah seperti berikut;

1. Menambahbaik pengurusan dan kemudahan musolla As Syafie


2. Memberi keselesaan warga sekolah untuk menunaikan solat secara
berjemaah,
3. Menjadi salah satu tempat rujukan tambahan dan penyebaran dakwah
kepada warga sekolah,
4. Menanamkan sifat dan sikap cintakan musolla dalam diri setiap murid
terutamanya murid -murid sekolah rendah yang menjadi tunjang ke arah
kemajuan sesebuah Negara membangun,
5. Meningkatkan minat murid- murid terhadap matapelajaran Pendidikan
Islam.

OBJEKTIF

Program ini dijalankan adalah dengan ber tujuan;

1. Memberikan keselesaan dan kemudahan kepada murid menjalani amali


solat dan amali wuduk dengan baik dan berkesan,
2. Memberikan kemudahan kepada murid- murid menjalankan aktiviti- aktiviti
keagamaan,
3. Meningkatkan minat dan pengetahuan murid terhadap matapelajaran
Pendidikan Islam sebagai amalan harian,
4. Menjadikan musolla As Syafie sebagai tempat yang bersih, ceria, selamat
dan berinformasi kepada warga sekolah,
5. Sebagai persediaan untuk pertandingan surau dan musolla terbaik pada
tahun hadapan dengan kemudahan fizikal yang mencukupi.

4
BUTIRAN ASAS MUSOLLA AL_FALAH

Nama tempat Musolla As Syafie


Keluasan Anggaran dua buah kelas yang dicantumkan
Tujuan 1. Tempat pengajaran dan pembelajaran Al -Quran
diwujudkan 2. Salah satu tempat menjalankan aktiviti keagamaan
3. Tempat menunaikan Solat Sunat Dhuha, Solat Sunat
Hajat murid Tahun 6 dan solat -solat fardhu.
Kelolaan Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab
Aktiviti yang 1. Kem Bestari Solat Siri 1 hingga 2 (setiap tahun)
dijalankan 2. Kem Cemerlang Jawi (KCJ)
3. Amali PAFA
4. Solat-solat sunat dan fardhu s ecara berjemaah
5. Amali solat jenazah Tahun 6
6. Program Tasmik Al-Quran
7. Majlis Tadarus Al-Quran

PIAGAM , VISI DAN MISI

PIAGAM
“ Ke arah melahirkan murid- murid SK Parit Nawi dapat melaksanakan dan
menjaga solat secara berjemaah secara Istiqamah pada setiap tahun ”

VISI
“ Murid SK Parit Nawi dapat melaksanakan solat secara berjemaah pada
waktunya, mempelajari Al -Quran dan dapat menghayati cara hidup Islam
melalui perlakuan solat berjemaah serta menjadi insane yang
bertanggungjawab terhadap diri, agama, masyarakat dan Negara ke arah
mencapai kebahagiaan yang diredhai Allah dunia dan akhirat “

MISI
 Murid dapat melakukan solat secara berjemaah secara istiqamah
 Menjadikan institusi musolla sebagai pusat ibadah, pembelajaran Al-
Quran dan Perkara Asas Fardhu A in
 Murid dapat memahami fungsi dan kegunaan musolla secara
menyeluruh melalui konsep “one stop centre”

5
BENTUK PELAKSANAAN

Program ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut;


 Memohon sumbangan pada syarikat -syarikat yang berdekatan.
 Memasang banner di hadapan sekolah.
 Kutipan sumbangan ikhlas daripada warga SK Parit Nawi
 Mewujudkan platform socmed whatapps, telegram, facebook,email
sebagai hebahan kutipan
 Kutipan adalah berasaskan kepada INFAK dan sumbangan IKHLAS.

JAWATANKUASA

Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Puan Kamilah Binti Mohamad


(Guru Besar)
Timb. Pengerusi : Puan Zaharah Binti Kamal
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi : Encik Nasruddin Shah Bin Jamal
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
: Encik Rosman Bin Selamat
(Penolong Kanan Kokurikulum )

Ketua Panitia : En Muhammad Sharizan Bin Abd Razak


Penyelaras : En Muhammad Sharizan Bin Abd Razak
Setiausaha : Pn Nurul Hidayah Binti Jaafar
Bendahari : Pn Kamilah Binti Mohamed
AJK : EN Mohd Nizam Bin Sabli
Pn Noraqlili Binti Baharuddin

6
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara cadangan penambahbaikan adalah seperti berikut;

1. Menambah baik pengurusan penyimpanan Al Quran, rehal, sejadah dan telekung.


 Mencadangkan agar rak sedia ada yang telah rosak ditukar ganti
dengan yang baru supaya, keadaan musolla menjadi lebih teratur
dan kemas.
 Memastikan proses penyimpanan Al Quran dan juga rehal sentiasa
teratur dan mengikut prosedure yang telah ditetapkan.

2. Menceriakan cat baharu dan papan kenyataan di dalam musolla .


 Usaha untuk memberikan keselesaan kepada warga sekolah
khususnya murid-murid mendirikan solat secara berjemaah.
 Memastikan proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran
secara amali dijalankan dengan baik dan berkesan kepada murid
 Dicadangkan menggantikan papan kenyataan sedia ada yang
sudah tanggal dan rosak .

3. Mewujudkan Sistem Audio dan pemasangan sudut ICT sesuai dengan


pembelajaran abad ke 21 .
 Usaha untuk menjadikan musolla antara bilik yang suka dikujungi
oleh murid .
 Usaha untuk menjadikan musolla tempat tumpuan bukan untuk
urusan akhirat semata bahkan menjadi tempat pembelajaran yang
menarik .
 Dicadangkan musolla diberikan 1 lcd sebagai salah satu medium
penyampaian pembelajaran ,
 Dicadangkan musollah dibekalkan dengan system audio yang
lengkap bagi melicinkan setiap program berkala untuk warga
sekola terutama murid .

4. Menceriakan ruang musolla dengan INFOGRAFIK berkaitan Islam ,


mewujudkan sudut membaca , mewujudkan tempat persalinan dan
penyimpanan telekung murid perempuan .
 Usaha menjadikan musolla antara tempat penambahan dan
percambahan ilmu dan info luar daripada buku teks .
 Usaha menjadikan musollah tempat yang bersih, ceria dan kondusif
dengan fasiliti yang bermanfaat kepada warga sekolah teru tama
murid .
 Dicadangkan supaya pembelian buku edisi terkini bagi sudut
membaca di musolla.
 DIcadangkan diwujudkan dan dikemaskini bilik dibelakang
musollah menjadi tempat persalinan murid perempuan dilengkapi
sejadah telekung serta almari untuk susun atur yang baik .

7
KEWANGAN

Seperti yang telah dilampirkan.

DIREKTORI

Sekolah Kebangsaan Parit Nawi


Peti Surat No1,
84150 Parit Jawa,Muar,Johor.
Telefon : 06-9881892 Faks : 06-9881892
Ketua Panitia Pendidikan Islam : En Muhammad Sharizan
017-7214174
Sumbangan boleh disalurkan atas nama :
PIBG SEK KEB PARIT NAWI
Akaun : 001048225539 ( MAYBANK )

PENUTUP

Adalah diharapkan agar proses penambahbaikan musolla As Syafie


dapat memberi keselesaan dan kemudahan yang lebih baik kepada warga
SKPN khususnya murid-murid tahap 1 dan tahap 2. Sehubungan dengan itu,
adalah menjadi harapan kami Panitia Pendidikan Islam agar projek ini
mencapai objektif dan matlamat yang telah digariskan demi menjaga
kepentingan murid- murid. Justeru proses penyebaran syiar Islam pada setiap
warga sekolah tercapai dengan baik dan melahirkan murid- murid pemikiran
kelas pertama.

Sokongan dan pandangan daripada pihak tuan amat diharapkan agar


dapat merealisasikan matlamat ini. Semoga segala pemberian dan usaha yang
dijalankan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.

Disediakan oleh :
Disahkan oleh,
………………………………………….
( En Muhammad Sharizan B Abd ……………………………………………….
Razak ) (En Hasrin bin Abdullah)
Setiausaha PIBG merangkap Ketua 7 YDP PIBG,
Panitia, Sekolah Kebangsaan Parit Nawi ,Muar.
Panitia Pendidikan Islam
Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Muar .
Lampiran

KEPERLUAN KEWANGAN PENAMBAHBAIKAN MUSOLLAH AS SYAFIE SKPN

BIL Senarai Barang Harga per Unit Harga


Keseluruhan
1 Sistem Audio
- Amp
- Speaker
- Mikrofon UHF Wireless
- Upah dan pemasangan RM 5, 000 RM 5,000

2 Pembangunan ICT surau RM 8,000 RM 8, 000


- LCD
- Layar LCD
- Smart TV 50 inci

3 Sistem pendingin hawa (2unit) RM1 ,750 RM3,500

4 Cat baharu RM250 RM 400


- 1 tong cat Putih matex 18L

- 2 tong cat berwarna sancora 5L


5 Keceriaan Surau RM 2,500 RM 2, 500
- Infografik
- Langsir
- Rak rehal (2unit)
- Rak sejadah & rak telekung (3 unit)
- Rak Al Quran dan Kitab (2unit)

Harga Keseluruhan RM 19 , 400


KEADAAN SEMASA MUSOLLAH AS SYAFIE SKPN

Rak sejadah dan tikar dalam keadaan dimakan anai-anai.

Papan kenyataan dan cat dinding kelihatan kusam dan lama.


Rak Al Quran dan rehal yang reput serta tidak mencukupi
untuk menampung bilangan Al Quran dan rehal.

You might also like