Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Nama: Nur Liyana Syamimi Binti Mohd Azman

Opsyen: Sains (MEN)

Tutorial
1: Discuss why the study of Philosophy of Education is important for teachers. (10 marks)

• State how
the knowledge of Philosophy of Education is beneficial to teachers.

• Relate
these benefits to show their importance to teachers.

• Give an example
for each point.

Jawapan:

Ilmu Falsafah Pendidikan merupakan disiplin ilmu yang penting bagi seorang guru kerana daripada
maksud etimologi falsafah itu sendiri, iaitu cinta akan pengetahuan. Seseorang perlu terlebih dahulu
mencintai kebenaran dan pengetahun sebelum mula menyampaikan kebenaran atau pengetahuan
seterusnya untuk mendidik pelajar.

Ilmu Falsafah Pendidikan dapat memberi berjuta manfaat kepada guru masa kini. Melalui Falsafah
Pendidikan iaitu untuk melahirkan pelajar yang seimbang perkembangan jasmani, rohani, intelek dan
spiritual seterusnya mampu menyumbang idea atau tenaga yang baik untuk kemajuan bangsa dan
negara. Seorang guru yang mengetahui ilmu Falsafah Pendidikan akan bersabar dan mencintai proses
menyampaikan pengetahuan kepada pelajar.

Selain itu, daripada Falsafah Pendidikan juga dapat melahirkan guru yang mempunyai pemikiran
sistematik, sejagat dan radikal. Ciri-ciri falsafah adalah berfikir secara sistematik. Bahkan mencari
pembuktian kebenaran secara sistematik. Wajarlah seorang guru memiliki pemikiran sistematik agar
penyampaian PdP kepada pelajar lancar seterusnya pelajar mencapai objektif yang ditentukan bagi
setiap topik pelajaran. Bahkan pelajar mampu berinteraksi secara sosial daripada pembelajaran.

Sebagai contoh dalam PdP subjek Sains bahkan Sains Tulen, guru perlu menanam rasa cinta pelajar
kepada pengetahuan ilmu Sains terlebih dahulu agar pelajar lebih bersedia untuk berfikir secara
sistematik dan mendalam mengenai ilmu kajian alam yakni sains.

Seperti contoh dalam subjek Sains Tingkatan 3 bertajuk Elektrik dan Kemagnetan. Guru perlu
membawa pelajar untuk sama-sama berfikir mengenai bagaimana untuk menjimatkan tenaga elektrik
di rumah. Pelajar yang telah menanamkan minat terhadap subjek Sains akan mula berfikir kaedah dan
seterusnya membuat keputusan untuk menggunakan peralatan elektrik yang rendah nilai
kuasa(Watt). Pelajar akan berinteraksi dengan keluarga di rumah untuk memilih barangan elektrik
yang rendah nilai kuasanya.

Bermula dengan mengenali apa itu elektrik dan bagaimana elektrik dijanakan di setiap rumah
seterusnya mengaplikasi dalam kehidupan seharian, begitulah bagaimana guru membawa pelajar
untuk berfikir secara sistematik seperti ahli falsafah.

Matlamat Falsafah Pendidikan adalah untuk melahirkan pelajar yang seimbang akal dan jiwa yakni
bukan sahaja pandai dari segi akademik tapi juga sahsiah pelajar. Proses melahirkan pelajar seperti ini
bukan mengambil masa sehari dua bahkan ia merupakan proses yang panjang.

You might also like