Kompang

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kompang 

ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu.
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama
ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada
abad ke-13 oleh pedagang Arab. Alat ini tergolong dalam kumpulan alat
muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun
mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat daripada kulit lembu, kerbau malah getah sintetik. Alat
ini mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan
sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain. Cara memalu kompang ialah dengan
menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak.
Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Begitu juga digunakan untuk persembahan di sekolah atau program di luar sekolah. Bunyi
paluan kompang yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan.
Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup atau
dirapatkan. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan keadaan jari
tangan yang terbuka. Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan
paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi ialah kompang yang dipalu sambil menyanyi
ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahasa Melayu klasik. Manakala paluan moden
pula ialah paluan kompang yang diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah,
pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang
telah hampir pupus ini.

Rujukan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kompang

http://resam-melayu.com/2009/12/kompang-alat-muzik-tradisional-melayu.html

http://malaysiana.pnm.my/kesenian/Membra_Kompang.htm

http://mbsskl.edu.my/panitia_sivik/kenegaraan/alat-muzik-tradisional/kompang/

You might also like