Aktiviti Motor Kasar&Halus

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

Aktiviti

motor
kasar&halus
Ahli Kumpulan
SEOW
HENG
MAHENDRA
HAFIZ
FAHMI
FAZRIEN
Motor halus
1. Bermain pasir
-Pasir sama ada pasir kinetik atau pasir biasa merangsang jari-jemari
dan tapak tangan mereka. Sediakan alatan yang lain seperti penceduk
untuk mengangkut pasir. Selain itu, isikan pasir ke dalam dulang dan
biarkan mereka melakar di atasnya, juga boleh membawa mereka ke
pantai dan ajaknya untuk membina istana pasir.
2.DOH MAINAN
-Doh mainan memang sesuai untuk tujuan
sensori motor halus. Dia bebas menguli,
memicit, mencubit doh pelbagai warna. Ini
adalah latihan yang baik untuk jari-jarinya.
3. Menampal
-Menampal kertas mahupun pelekat
boleh menggalakkan mereka
menggunakan tangannya. Kita boleh
ajaknya membuat kolaj pelbagai
bentuk seperti buah epal, payung dan
sebagainya.
4. busy board
-Bermain dengan busy board ialah aktiviti
yang bagus untuk si kecil. Ia menggalakkan
penguasaan mereka untuk membutangkan
baju, membuka tombol, membuka ikatan,
memasang zip dan sebagainya.
5. nenyusun mengikut bentuk

-Ambil sekeping kadbod dan lukis


dua garisan iaitu zigzag dan
berombak. Sediakan juga objek
seperti kacang atau butang. Minta
mereka untuk menyusun objek
mengikut garisan-garisan ini.
Penggunaan hujung jari untuk
mengambil objek melenturkan otot
jari dan tangan mereka.
Aktiviti Motor Kasar
balance beam

Aktiviti balance beam ini adalah salah


satu aktiviti vestibular yang melibatkan
hampir kesemua anggota badan seperti
tangan, bahu, tengah badan dan kaki.
Kanak-kanak juga belajar untuk
mengimbangkan tubuh badan mereka
agar tidak terjatuh daripada laluan yang
disediakan.
berjalan atas tape
Permainan ini sering dijalankan di tadika-
tadika untuk membantu kanak-kanak
mengawal keseimbangan badan mereka
daripada terkeluar daripada kawasan
tape.Mereka boleh berjalan atau
melompat di atas tape yang sudah pasti
membantu dalam meningkatkan
kemahiran motor kasar mereka. Aktiviti ini
bolehlah divariasikan dengan meletakkan
mainan seperti buah, kereta atau apa
sahaja untuk diambil di penghujung tape
agar lebih menarik.
sarang labah-labah
Dengan hanya menggunakan tali atau
tape, reka satu laluan seperti sarang
labah labah yang besar. Aktiviti ini
akan merangsang kanak-kanak untuk
merangkak, melangkah atau
membongkokkan badan mereka untuk
merentasi halangan yang dibina.
jungle trekking
Aktiviti ini akan memberi pengalaman baru kepada
kanak-kanak. Seperti kita tahu, pengalaman baru dilalui
kanak-kanak akan membina laluan neural yang baru di
dalam otak mereka. Semakin banyak laluan baru ini
terbina, semakin aktif otak mereka berfungsi. Bukan
sahaja memberi manfaat kepada kemahiran motor
mereka, malah sangat bagus untuk otak!
berenang
Sukan renang sangat memberi manfaat kepada anak-
anak. Aktiviti ini akan

melibatkan hampir kesemua anggota badan mereka


iaitu tangan, kaki kepala

dan belajar mengawal pernafasan supaya mereka


boleh terapung.
sekian
terima
kasih

You might also like